Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 10
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 10 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
HARI minggu yang cukup membosankan membuatkan Mawar Dahlia menongkat dagu dan membuang pandangannya ke luar tingkap. Suasana malam yang sungguh cantik di luar rumah tidak memberikan apa-apa kesan pada gadis itu. Mood dia benar-benar kosong.
Mawar menyalakan skrin handphone dan kembali menutup semula. Dikerling pula jam di dinding. Sudah menunjukan pukul satu pagi namun dia masih tidak merasa untuk sambung tidur. Sebelum ni kerap juga Mawar tidur lambat gara-gara hendak menyiapkan assignment. Nasib baik hari ini hari Ahad, boleh juga dia merehatkan badannya.
Baru sahaja Mawar hendak meletakkan kepala. Tiba-tiba dia terdengar derapan tapak kaki melintas di luar pintu biliknya.
Bunyi apa tu? Pencuri ke?
Lagi membuatkan Mawar berasa cemas apabila tombol pintu bilik itu seperti dipulas oleh seseorang. Mawar mula berasa ketakutan. Jantungnya mula berdegup laju. Manik-manik putih jernih mula membasahi mukanya. Perlahan-lahan Mawar menuruni katil lalu mencapai payung yang tergantung di sebelah pintu bilik dan menyembunyikan diri di belakang pintu.
Pintu bilik sudah pun terbuka dengan luar dan Mawar pula sudah bersiap sedia disebalik pintu. Apabila nampak ‘pencuri’ itu melangkah masuk, Mawar terus menghayunkan payung ke arah belakang badan ‘pencuri’ tersebut.
‘Pencuri’ tersebut terus jatuh ke lantai dan membuatkan Mawar menjerit kegembiraan.
” Padan muka kau, matilah kau pencuri tak guna! “. Mawar memukul bertalu-talu badan pencuri itu.
Lelaki itu menjerit kesakitan. Dia terus merampas payung yang berada di tangan Mawar.
” Mawar dengarlah dulu… “. Ujar lelaki itu.
” Macam mana kau tahu nama aku hah? Pencuri tak guna! Berani-berani nak takutkan aku ye? Bak sini payung tu biar aku ketuk kau sampai lunyai “. Mawar cuba merampas payung itu, tetapi dia pula yang jatuh.
” Baby ni abang Ras lah.. “. Rasyid menarik nafas panjang. Sakit juga badannya akibat kena pukul dengan adik sendiri. Ada ke patut dia katanya aku pencuri. Tak logik langsung!
Dia masuk ke dalam bilik Mawar kerana mahu mengajak gadis itu teman dia pergi memancing. Tak sangka pula, adiknya itu fikir yang Rasyid ini pencuri yang cuba meroboh masuk ke dalam bilik Mawar.
” Hah, abang Ras?! “.
” Apa abang buat dalam bilik baby ni? “. Mawar terus mendapatkan abangnya yang sudah kelihatan lemah. Kuat sangat ke aku pukul tadi?
” Abang datang sini sebab nak ajak baby temankan abang pergi Taman Tasik Ampang hilir. Tak sangka pula baby pukul abang teruk sampai macam ni “. Ujar Rasyid sedih. Dia mahu tergelak apabila melihat wajah cemberut adik kesayangannya itu.
” Alah baby tak sengaja. Kalau dari awal lagi baby tahu itu adalah abang, baby tak akan pukul sampai macam tu sekali. Abang pun satu siapa suruh pakai serba hitam, kan sudah kena pukul! “.
” Sorry “. Ujar Rasyid sambil tersengih.
” Hah, abang nak ajak baby temankan abang pergi memancing. Nak ke tak nak? “. Soal Rasyid. Dia berharap sangat kali ini Mawar ikut teman dia pergi memancing. Mawar terus mengeliat malas.
” Alah baby ngantuk lah abang Ras. Lain kali aje lah ye? “. Mawar mahu merebahkan badannya di atas katil namun dengan cepat Rasyid menarik lengan gadis itu.
” Boleh lah baby kali ni aje “. Rasyid mengerdipkan kedua-dua matanya. Mawar terus mencebik. Huh, ingat comel ke?
” Yelah-yelah tunggu kejap baby salin baju “.
” Eh tak payah baby pakai aje baju tidur macam tu “. Rasyid terus menarik lengan baju Mawar. Gadis itu hanya menuruti sahaja.
Rasyid pula sudah menyembunyikan senyumannya. Semoga berseronok Mawar Dahlia!
…***…
SUDAH kali ke sepuluh Mawar menguap sehingga kedua-dua matanya berair.
” Mana ikannya abang Ras… Baby sudah ngantuk ni “. Ujar Mawar. Dia menongkat dagu sambil memandang
Rasyid yang tidak jauh dari tempat dia duduk.
” Sabar lah baby.. “. Sudah sepuluh kali Rasyid meminta untuk dia bersabar. Sampai bila nak sabar kalau satu ikan pun tak dapat. Pegidah!…
Mawar menepuk betisnya. Sudahlah banyak nyamuk kat sini. Kalau tahu tadi tak payah ikut! Desis hati Mawar. Dia memuncungkan bibirnya.
” Sudah lama sampai? “. Sapa satu suara. Mawar terus mendongak memandang siapakah gerangan suara tersebut. Manakala Rasyid pula terus menoleh dan memacak batang pancing ke tanah.
” Baru je setengah jam “. Ujar Rasyid kepada Adam Arasy.
Mawar terus melopong. Kalau abang Adam ada kat sini, mesti dia adakan? Ya Allah umi, baby nak balik.
” Eh Mawar pun ada kat sini? Kaki pancing juga ke? “. Ujar Adam Arasy sambil tergelak kecil.
” Tak adalah abang Adam. Mawar teman abang Ras. Gedik nak berteman. Biasanya pandai pergi sorang-sorang “. Perli Mawar sambil menjelirkan lidahnya kepada Rasyid.
Rasyid memutarkan bola matanya. Adam Arasy pula hanya menggelengkan kepalanya melihat dua gelagat adik-beradik itu.
Mawar baru sahaja hendak meneguk air dalam botol minuman, Rasyid sudah teriak memanggil namanya.
” Baby tolong amikkan umpan dalam bekas putih. Dalam kereta tau! “. Arah Rasyid.
Mawar sudah mencebik, baru nak minum air. Dah suruh buat tu lah, ini lah. Mawar terus bangun sambil menghentakkan kakinya tanda protes.
Dia menghampiri kereta Honda Civic lalu terus membuka pintu kereta. Box berwarna putih terus dicapai. Pintu kereta kembali ditutup lalu terus dikunci.
Mawar membawa box berwarna putih itu dengan berhati-hati. Sudahlah berat, entah apa yang ada kat dalam ni pun dia tidak tahu.
Entah bagaimana dia boleh pula tersandung batang pokok yang sudah lama ada dikawasan itu sehingga kan dia hampir terjatuh namun dia dapat merasakan ada satu tangan melingkari pinggangnya.
Terkejut bukan kepalang apabila melihat orang itu adalah Firdaus Arasy.
” Awak? “. Mawar menuding jari tepat ke arah muka Firdaus Arasy.
” A… Awak bu… Buat a.. apa kat sini? “. Soal Mawar gagap dan dia terus berdiri tegak. Mukanya juga sudah memerah begitu juga dengan Firdaus Arasy.
Firdaus Arasy mengusap lembut belakang lehernya. Dia hanya datang sini saja-saja untuk keluar hilangkan bosan. Bukan dia minat sangat dengan bab-bab memancing ni macam Adam Arasy.
Kebetulan masa tu dia nak cari tandas, ternampak pula Mawar mengeluarkan sesuatu dalam kereta dan membuatkan dia berlari ke arah Mawar apabila melihat gadis itu hampir-hampir sahaja hendak tersungkur.
” Saja ambil angin “. Firdaus Arasy juga turut berdiri tegak. Dia berdehem dan membetulkan bajunya.
Pipi Mawar sudah mula berona mereh. Matanya melirik segenap inci muka Firdaus Arasy. Ish kau dah kenapa Mawar!
” Kau pula buat apa dekat sini? “. Soal Firdaus. Bukan dia tak tahu Mawar tengah merenung memandang mukanya sekarang ni. Tak pernah nak cover!
” Hah? “. Mawar tercengang. Dia cakap apa tadi? Ha tulah berangan lagi tenung muka dia, sampai dia tanya pun kau tak dengar. Desis hati Mawar.
” Ish lain kali korek telinga tu, aku tanya kau buat apa dekat sini?! “. Soal Firdaus Arasy agak kuat dan jelas betul-betul sebelah telinga Mawar.
” Ohh.. saya temankan abang Rasyid memancing “. Fuh boleh pekak telinga aku.
Baru sahaja Firdaus Arasy membuka mulut untuk menanyakan soalan, tiba-tiba datang pula Rasyid dan Adam Arasy.
” Lah.. puas kita orang mencari, rupa-rupanya tengah ‘dating’ “. Ujar Adam sambil tergelak kecil.
” Abang suruh ambilkan umpan, baby tengah buat umpan kat sini pula ye? “. Rasyid bercekak pinggang sambil menggelengkan kepala.
Mawar pula sudah menundukkan mukanya. Dia mencuri-curi memandang ke arah Firdaus Arasy. Lelaki itu juga memandang ke arah Mawar.
” Err.. “. Firdaus Arasy mengusap lembut belakang lehernya bagi menghilangkan rasa janggal.
” Apa abang ni, malu lah baby! “. Mawar terus menarik lengan abangnya itu dan berjalan jauh meninggalkan Firdaus dan Adam Arasy.
Adam Arasy mendekatkan mukanya ke arah Firdaus Arasy lalu berbisik.
” Sweet nampak? “. Perli Adam.
” Sweet apa benda nya “. Ujar Firdaus Arasy. Keningnya dijongketkan dan dahinya juga berkerut.
” Eleh kau pura-pura tak tahu pula. Kau sebenarnya dah suka dekat Mawar kan? Ngaku jelah Aras.. “.
” Eh mana ada aku suka dia. Pandai-pandai je kau buat andaian “.
” Kalau bukan hari ini, esok lusa mesti kau akan suka dia juga. Nak tahu sebab apa? Sebab Mawar tu baik orangnya dan aku percaya dia tak akan sia-siakan cinta seseorang itu. Dia satu dalam sejuta Aras. “. Ujar Adam Arasy sebelum berlalu pergi mendapatkan Rasyid dan Mawar.
Firdaus Arasy hanya memandang kosong belakang badan Adam Arasy. Fikirannya melayang terbang entah ke mana. Dari jauh dia nampak Mawar begitu gembira sekali berada di sisi Rasyid.
…***…
KERETA Honda Civic itu diparking di luar rumah untuk memudahkan kerja Rasyid. Dia tidak mahu umi dan baba dengar bunyi keretanya dan dia tidak mahu menganggu lena orang tua itu.
Jam tangan dikerling sudah menunjukkan pukul empat lima minit pagi.
Mawar dan Rasyid keluar sama-sama dari perut kereta. Masing-masing menunjukkan isyarat supaya jangan membuat bising.
Kedua-dua adik beradik itu jalan berjengket-jengket masuk ke dalam rumah. Baru sahaja hendak menapak naik ke tingkat atas, nama mereka berdua sudah dipanggil oleh seseorang.
” Ras! Baby! Umi nak tanya kamu berdua pergi mana pagi-pagi buta ni? Umi jergah masuk bilik kamu berdua, tapi tak ada. Mana kamu pergi, bagitahu umi? “. Soal Puan Aisyah sambil bercekak pinggang. Dia memandang kedua-dua anaknya.
” Err.. kita orang pergi… “. Belum sempat Mawar menghabiskan kata-katanya, Rasyid sudah memotong.
” Ras pergi memancing umi, alang-alang tu Ras bawa baby ajak teman borak-borak “. Ujar Rasyid sambil tersengih. Manakala Mawar hanya menayangkan peace✌🏻
Puan Aisyah sudah mengucap panjang. Nasib baik lah Encik Azman tidak ada di rumah. Kalau tak entah apalah yang bakal terjadi antara dua orang adik-beradik itu. Kalau tak memang kena tadah aje lah telinga mendengar orang tua itu membebel.
” Ish kamu berdua ni kalau umi marah macam mana sekalipun, bukannya kamu nak dengar. Kamu pula baby, tahu ikut aje apa yang abang kamu ajak pergi memancing tapi cuba umi suruh kamu masak bukan main liat lagi kamu kan? Memancing tu kan kerja lelaki baby. Kamu yang perempuan tu sepatutnya ke dapur bukan jadi macam lembu cucuk hidung. Kalau macam ni lah perangai kamu berterusan sampai sekarang, memang tak ada ada satu lelaki pun yang nak kan kamu baby “. Bebel Puan Aisyah panjang lebar. Mawar hanya menunduk. Mulut nya sengaja dimuncungkan dan tangannya disilangkan ke dada.
” Ha dengar tu baby umi dah membebel “. Rasyid tergelak kecil melihat muka cemberut adiknya itu.
” Kamu jangan tahu nak gelakkan orang aje Rasyid. Kamu tu bila nak bagi umi menantu. Nak tunggu umur kamu dah masuk 40 tahun baru nak khawin? Umur tu dah makin meningkat bukan makin muda lagi. Kerja pun dah elok. Cuba kamu tengok kawan kamu tu, sebaya dengan kamu kan? Sudah ada anak bini, nak tunggu apa lagi Rasyid? “. Rasyid yang sedang mengekek ketawa gelakkan adiknya terus terdiam seketika. Rasyid menggaru pelipisnya yang tidak gatal.
” Ala umi, normal lah lelaki khawin lambat. Lagipun akhir-akhir ini Rasyid sibuk dekat pejabat tu. Jadi tak ada masa lagi nak fikirkan pasal khawin ni? Lagipun Ras belum cari calon isteri lagi lah umi “. Ujar Rasyid sambil tersengih.
” Tengok baru je umi cakap kan tadi. Senang-senang biar umi aje yang carikan Ras. Nak tunggu kamu sampai bila lagi “.
” Eh tak perlu lah umi. Susahkan umi aje. Lagipun tu urusan Ras. Biar Ras yang tentukan dengan siapa yang Rasa nak khawin “. Ujar Rasyid penuh bangga.
” Oklah umi, Ras nak naik atas dulu. Nak mandi badan Ras pun dah melekit ni “. Rasyid terus berlalu pergi ke tingkat atas.
” Baby pun nak naik ke atas. Baby naik dulu ye umi? Baby nak sambung tidur bye assalamualaikum “. Baru sahaja Mawar hendak memijak anak tangga, Puan Aisyah sudah memanggil namanya.
” Baby tunggu kejap. Umi ada benda nak cakap dengan kamu ni “. Puan Aisyah terus duduk di atas sofa. Manakala Mawar pula mengusap lembut belakang lehernya. Jantungnya usah dikatakan memang makin laju berdegup dan dengan perlahan dia menghampiri Puan Aisyah.
” Ada apa umi? “. Soal Mawar dengan lembut.
” Umi nak tanya kamu dari hari itu lagi, tapi umi manjang lupa aje “.
” Umi nak tanya apa? “. Sangkaannya Puan Aisyah akan terus memarahinya namun dia berasa lega apabila amarah Puan Aisyah hanya sekejap sahaja.
” Siapa lelaki yang hari itu ambil kamu naik kereta Ferrari putih tu? “. Soal Puan Aisyah dengan riak wajah yang sukar untuk Mawar gambarkan.
” Kenapa umi? “. Soal Mawar pelik.
” Itu boyfriend kamu ye baby? “. Soal Puan Aisyah dengan tenang.
” Eh ya Allah bukanlah umi. Umi dia tu kawan baby aje tak lebih dari tu pun “. Ujar Mawar sambil tersengih-sengih.
” Tak adalah umi bukan apa, umi cukup berkenan dengan dia. Sudahlah handsome manis aje budaknya “. Puji Puan Aisyah. Mawar pula sudah menyembunyikan senyumannya. Ini kalau Aras tahu confirm kembang semangkuk mamat tu.
” Alah umi, takkan lah Umi tak kenal adik Adam? Kawan lama Ras “. Ujar Rasyid tiba-tiba.
” Eh bukan tadi kata nak ke tingkat atas? “. Soal Puan Aisyah dengan dahi berkerut.
” Hihihi memang nak naik ke tingkat atas pun, tapi bila umi sebut pasal Firdaus tu yang Ras tolong jawabkan tu “. Ujar Rasyid sambil tersengih.
” Firdaus? “. Soal Puan Aisyah sambil berkerut dahi.
” Haah umi, nama adik Adam tu Firdaus. Alah tak kan umi tak kenal yang sambung belajar kat Korea tu “. Mawar hanya diam membisu mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh abangnya dan uminya itu. Terima kasih abang Ras kerana tolong jawabkan untuk baby.
” Ohh… Umi baru ingat kamu hantar kan dia pergi air port kan? Masa tu umi ingat lagi yang umi hantarkan baby pergi asrama dan kamu hantar kan Aras pergi air port. Masa tu Adam baru dapat tapak binaan untuk restoran dia. Lagipun masa tu baby baru belasan tahun mana dia ingat lagi semua tu “. Ujar Puan Aisyah teruja.
Mawar sudah buat muka blur. Maknanya aku jelah yang tak pernah tahu asal usul keluarga Arasy ni dan tak pernah jumpa diorang dan baru sekarang aku tahu?
” Sukanya Umi.. patutlah umi macam pernah nampak aje muka budak tu. Rupanya-rupanya Aras. Boleh lah buatkan Aras tu jadi menantu umi. Dekat betul jodoh kamu baby! “. Puan Aisyah menepuk lembut bahu Mawar. Mawar pula apa lagi terus tersedak dibuatnya. Rasyid pula terus bantai ketawa mengekek.
” Rabu ni ajak mereka datang rumah ye? Umi nak buat makan-makan sikit. Jangan lupa bagitahu dekat dia orang ye Ras? “. Ujar Puan Aisyah sebelum berlalu ke tingkat atas.
Mawar hanya memandang belakang badan Puan Aisyah sehingga tidak lagi kelihatan. Matanya beralih pula pada Rasyid.
” Habislah baby umi dah berkenan dengan Aras “. Rasyid terus tertawa kecil.
” Diam lah abang! “.
” Daripada baby layan perangai abang yang sewel ni, baik baby naik atas tidur lagi bagus “. Mawar terus berlalu ke tingkat atas. Mawar dapat mendengar yang Rasyid terus ketawa berdekah-dekah di tingkat bawah.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…