Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 11
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 11 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
FIRDAUS ARASY duduk diatas bangku meja sambil membuat beberapa tugasan yang belum disiapkan. Aman, Imran dan juga Danny sudah hilang entah ke mana.
Tiba-tiba datang pula seorang gadis lalu duduk dihadapan Firdaus Arasy.
” Hai “. Sapa gadis itu sambil tersenyum.
Firdaus Arasy mengangkat mukanya. Dia mahu sahaja membalas senyuman itu, tapi terus dibatalkan sahaja niatnya lalu diusap lembut belakang lehernya.
” Nak apa? “. Soal Firdaus Arasy dingin.
” Tak ada apa, saja aje . Saya ganggu awak ke? “. Firdaus Arasy hanya menggelengkan kepalanya. Mawar hanya mengangguk perlahan dan memandang sekeliling.
Firdaus Arasy melirik kan matanya memandang ke arah muka Mawar. Gadis itu mengenakan blouse berwarna hijau muda. Penampilan gadis itu nampak comel dengan rambut dilepaskan.
Suasana kembali sunyi sepi. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Mawar menyulam kan kedua tangannya. Dia mula memuncungkan bibirnya.
” Err.. awak dah makan ke? Saya tengok orang lain semua pergi rehat. Awak sorang aje yang duduk dekat sini, kawan-kawan awak yang lain mana? “. Mawar pandang kiri kanan. Mana tahu kalau kawan-kawan Firdaus Arasy tiba-tiba datang.
” Malas lah nak makan. Aku pun tak tahu mana dia orang pergi “.
” Ish makan pun awak malas ke? Benda simple pun tak tahu nak buat. Tinggal masuk mulut aje “. Mawar menggelengkan kepalanya. Firdaus Arasy pula memandang ke arah Mawar. Mawar mengeluarkan sesuatu dalam beg sandangnya lalu dihulurkan kepada Firdaus Arasy.
” Apa ni? “. Soal Firdaus Arasy sambil berkerut dahi.
” Makan lah roti tu. Saya beli lebih tadi “.
” Tak nak “. Ujar Firdaus Arasy. Dia menolak lembut roti tersebut ke arah Mawar.
” No Aras no, saya bagi awak, so awak kena ambil “. Mawar menghulurkan kembali sebungkus roti itu kepada Firdaus Arasy. Firdaus Arasy mengeluh perlahan dan terus mengambil roti tersebut dengan kasar.
” Kan aku dah cakap tak nak. Kau ni degil lah. Aku ambil sebab aku kesian tau “. Ujar Firdaus Arasy geram.
Mawar menyorak gembira dalam hati. Dia menyembunyikan senyumannya.
” Tak apa, saya bersyukur sebab awak ambil juga “.
” Oh ye waktu rehat dah nak habis ni. Awak tak nak masuk kelas ke? “. Soal Mawar sambil mengerling jam di tangan.
Firdaus Arasy hanya menggelengkan kepalanya. Dia tekun menyiapkan assignment. Sikit lagi Aras.
” Tak apa, kau pergi jelah. Lagipun kelas aku dekat aje “.
Mawar mengangguk perlahan. Dia mencapai beg sandang miliknya dan melirikan matanya ke arah Firdaus Arasy. Lelaki itu hanya menunduk menyiapkan kerjanya. Mawar Dahlia menapak perlahan dan terus beredar dari situ.
Firdaus Arasy mendongak memerhati belakang badan gadis itu sehingga hilang dari pandangan. Dia memegang dadanya yang dari tadi berdegup laju. Apa yang tak kena dengan kau ni Aras? Desis hatinya.
…***…
MAWAR DAHLIA menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apasal soalan add math ni lebih susah dari soalan sebelum ni eh? Mawar memandang sekeliling. Asal orang lain jawab ok je kenapa bukan aku. Ya Allah…
Mawar memandang belakang badan Anis lalu menendang perlahan kerusi gadis itu.
” Kau nak apa setan!… “. Bisik Anis keras sambil mengecilkan matanya. Sudahlah tendang kerusi orang banyak kali. Kau bagitahu aku siapa je yang tak mengamuk. Mawar tersengih sehingga menampakkan barisan gigi putihnya.
” Aku nak suruh kau ajarkan soalan ni? “. Bisik Mawar perlahan namun cukup untuk didengari oleh Anis Farhana sambil menunjukkan buku latihan panjang itu ke arah Anis.
” Oh soalan ni. Aku dah nak siapkan dah. Meh sini aku ajar. Alah senang kacang aje “. Anis menarik buku latihan Mawar lalu menerangkan satu demi satu teknik untuk menjawab soalan add math itu.
” Kau faham tak? “. Soal Anis minta kepastian. Mawar mengangguk laju.
” Ohh macam tu. Barulah aku faham. Thanks babe! Mawar tersengih lebar.
” Kau perlu tahu konsep dia je dan tak semua soalan add math kena jawab dalam konsep yang sama “. Terang Anis Farhana.
” Untunglah otak add math. Kalau tak faham nanti aku tanya kau aje “.
” Apa-apa ajelah “.
Sementara itu, Puan Aisyah meletakkan dulang diatas meja kopi lalu melabuhkan punggungnya disebelah Encik Azman yang sedang kusyuk membaca surat khabar.
” Awak ni sudah kenapa Aisyah. Bukan waktu macam ni awak layan drama melayu ke? Ini tak muka monyok aje “. Soal Encik Azman pelik. Selalunya perangai Puan Aisyah tidak macam tu, tapi hari ini pelik pula.
” Tak ada apa-apa lah bang. Cuma teringatkan dekat baby aje “. Keluh Puan Aisyah.
” Lah.. awak ni pun. Dia dekat sana tu ok. Tak perlu risau sangatlah “.
” Ha saya dengar esok awak nak buat makan-makan. Katanya ada tetamu istimewa siapa orangnya? “. Soal Encik Azman.
Puan Aisyah memandang ke arah Encik Azman. Dia menepuk perlahan dahinya.
” Lupa saya nak bagitahu bang. Memang nak buat makan-makan sikit dekat rumah ni. Tetamu tu kawan lama Ras “. Ujar Puan Aisyah.
” Kawan lama Ras yang mana satu ni? “.
” Alah bang tak akan awak tak kenal. Adam dengan Aras “. Ujar Puan Aisyah.
” Saya dah lupa lah Aisyah oi “.
” Awak ingat tak dulu Ras pernah hantar Aras dekat airport awak ada masa tu bang “. Ujar Puan Aisyah cuba menerangkan kembali waktu Rasyid hantar Firdaus Arasy sambung belajar ke luar negara.
” Oh Firdaus tu ye? “. Ujar Encik Azman sambil mengangguk perlahan.
” Haritu kan bang, Aras ada datang sini bawa baby naik kereta. Bukan main suka lagi anak kita tu bang. Cepatlah baby khawin dengan Aras tu. Saya dah berkenan betul dengan dia “. Ujar Puan Aisyah gembira. Encik Azman hanya tersenyum.
” Biar lah dia orang tu. Lagipun masing-masing dah besar “. Ujar Encik Azman lalu kembali membaca surat khabar. Puan Aisyah menguntum senyuman lebar.
…***…
DIATAS meja makan penuh dengan hidangan lauk-pauk. Pelbagai juadah yang sudah terhidang seperti udang bakar, siakap tiga rasa, ayam percik dan macam macam lagi dan tak lupa juga dengan pencuci mulut.
Mawar pula sudah lengkap memakai gaun berwarna merah jambu dan rambutnya didandan bagi nampak lebih kemas dan penampilannya kini jauh lebih cantik dari sebelum ini kerana dia mengubah style rambut dari lurus ke kerinting hanya hujung rambut sahaja.
” Baby kalau Aras dengan Adam dah sampai baby jemput dia orang masuk ye? Abang Ras nak ke tandas kejap sakit perut lah “.
” Hah ok! “. Ujar Mawar. Dia baru sahaja hendak menjamah buah tembikai susu yang cantik disusun atas meja itu. Fuhh nampak sedap!
Tiba-tiba pintu utama diketuk seseorang. Mawar memandang tembikai susu itu sebelum memandang pintu utama.
” Tunggu sini eh tembikai. Kejap lagi aku makan kau “. Mawar berlari anak lalu terus membuka pintu tersebut.
” Assalamualaikum “. Sapa lelaki itu terlebih dahulu bersama senyuman dibibir.
” Waalaikumussalam. Eh abang Adam! “. Mawar membalas senyuman lelaki itu. Mawar melambaikan tangannya ke arah seorang perempuan dan budak kecil yang turut ada situ. Mungkin anak dan isteri Adam Arasy. Apabila bertentangan mata dengan Firdaus Arasy hanya jelingan tajam sahaja yang dihadiahkan.
Firdaus Arasy mencebik.
” Jemput lah masuk. Buat macam rumah sendiri. Jom akak “. Ujar Mawar sambil memaut lengan Syafiqah iaitu isteri Adam Arasy.
Syafiqah hanya tersenyum manis.
Apabila gadis itu sudah beredar dari situ, Firdaus Arasy hanya memerhati sahaja gadis itu melayan kerenah anak buahnya.
Adam Arasy perasan akan hal itu. Dia hanya menyembunyikan senyumannya.
” Puas dah lepaskan rindu? “. Sakat Adam. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Firdaus Arasy.
Firdaus Arasy tersentak. Dia berdehem kemudian memalingkan wajahnya ke tempat lain.
” Mana aku perhatikan dia. Aku tengah tengok udang bakar atas meja tu. Terasa lapar pula perut ni “. Nafi Firdaus Arasy sambil pura-pura memegang perutnya.
” Hek eleh kau ingat aku tak nampak mata kau pandang mana. Kau bukan pandang udang bakar tu, kau pandang tu gadis baju merah jambu tu kan? Ngaku jelah “. Ujar Adam Arasy lalu tergelak kecil sambil menyiku lengan Firdaus Arasy. Firdaus Arasy hanya diam membisu lalu mengusap lembut belakang lehernya.
” Aku nak tanya kau ni? “. Soal Adam Arasy sambil menjamah pencuci mulut.
” Apa dia? “. Soal Firdaus Arasy. Dia bermain dengan anak buahnya. Arfan sekarang sudah lasak ada sahaja benda yang nak dibuat.
” Setakat sekarang ni masih tak ada lagi ke putik-putik cinta dalam hati kau? “.
Firdaus Arasy berkerut dahi.
” Maksud kau? “.
” Maksud aku, kau tak ada rasa apa-apa lagi ke dekat Mawar? Kau tak nampak ke yang dia tu syok dekat kau? “. Adam Arasy nampak yang Mawar pandang Firdaus Arasy bukan seperti seorang kawan. Dia juga tahu hal tersebut dari Rasyid. Haritu Rasyid membongkarkan satu rahsia yang Rasyid nampak wallpaper handphone Mawar adalah gambar Firdaus Arasy. Hanya sekerat sahaja. Namun Rasyid sudah dapat mengagak itu adalah Firdaus Arasy.
” Aku tahu pasal tu “. Ujar Firdaus Arasy bersahaja.
” Then? Tak akan kau nak biarkan dia bertepuk sebelah tangan. Kau nak buat benda yang sama macam kau buat dekat perempuan-perempuan yang pernah confess dekat kau sebelum ni? “. Adam Arasy merenung wajah Firdaus Arasy. Apa benar adiknya itu langsung tidak ada sikit pun perasaan dekat Mawar.
” Aras kau tahu kan sakitnya sebuah harapan. Jangan biarkan dia tunggu kau. Kalau betul kau tak ada rasa apa-apa dekat dia. Jujur dengan dia. Bukan biarkan dia tunggu kau dengan harapan. Aku nak kau pertimbangkan benda tu “. Ujar Adam Arasy lagi. Harap dengan penjelasan itu buat Firdaus Arasy sedar.
Firdaus Arasy melepaskan keluhannya.
” Maaf Adam, aku belum bersedia lagi untuk semua ni “.
” Take how much time you have, and I believe he can make you crazy and I believe he can also open the door of your hard heart “. Adam mengangguk perlahan. Mungkin adiknya itu masih belum dapat terima kenyataan dan masih belum lupakan cinta pertamanya atau mungkin dia masih lagi ragu-ragu. Kenapa kau susah sangat nak buka pintu hati kau untuk terima orang baru. Keluh Adam Arasy dalam hati.
…***…
PUAN AISYAH tersenyum lebar melihat Adam Arasy dan Firdaus Arasy. Matanya tidak lengkang memandang ke arah Firdaus Arasy.
” Jadi ni lah Aras? Sudah besar orangnya. Last tengok masa umur Aras 19 tahun. Sekarang dah 24 tahun makin handsome pula tu “. Puji Puan Aisyah membuatkan Mawar Dahlia tersenyum-senyum.
” Baby cepat-cepatlah habis belajar ye? Tak sabar umi nak tengok baby naik pelamin dengan Aras “. Sakat Puan Aisyah sambil tersenyum lebar. Adam Arasy dan Rasyid sudah tersengih.
” Umi apa ni, malulah baby. Lagipun baby dengan Aras kawan biasa aje, tak lebih dari itu pun “. Mawar melirikan matanya ke arah Firdaus Arasy. Lelaki itu hanya berlagak selamba.
” Dari kawan lah terbit rasa sayang kan abang? “. Soal Puan Aisyah kepada Encik Azman. Encik Azman pula hanya tersenyum lebar.
Adam Arasy mengerling ke arah Arfan yang sudah terlelap di atas riba Syafiqah. Kesian pula dia melihat budak kecil itu, penat agaknya bermain lari-lari tadi.
” Err Umi Abah, Adam balik dulu lah ye, kesian pula tengok Arfan dah tidur. Mungkin penat sangat agaknya main tadi “. Ujar Adam Arasy. Dia juga sudah terbiasa panggil Puan Aisyah dan Encik Azman umi dan abah, kerana mereka juga yang memutuskan untuk memanggil mereka seperti itu.
” Yelah kesian juga tengok Arfan. Sibuk main dengan akak Mawar, sampai dah tertidur “. Ujar Puan Aisyah sambil tergelak kecil. Syafiqah mengangkat perlahan-lahan Arfan supaya budak kecil itu tidak terjaga.
Firdaus Arasy turut juga bangun dari tempat duduknya. Dia menghampiri Puan Aisyah dan Encik Azman.
” Terima kasih lah umi abah jemput kita orang makan malam dekat sini. Alhamdulillah semuanya sedap-sedap dan maaf tak dapat nak borak lama-lama. Kalau ada apa-apa, telefon aje nombor ni “. Firdaus Arasy menghulurkan sekeping kad lalu dihulurkan kepada Puan Aisyah.
Firdaus Arasy dan Adam Arasy berjabat tangan dengan Encik Azman dan juga Rasyid. Aliya pula bersalaman dengan Mawar dan Puan Aisyah. Setelah selesai dia melangkah keluar membawa Arfan masuk ke dalam kereta.
” Kalau kita orang free inshaAllah bawa Arfan datang sini. Suka pula dia main dengan Mawar “. Ujar Adam Arasy sambil tergelak kecil.
” Baby memang suka main dengan budak-budak. Tengok lah perangainya juga tak ubah macam budak kecil “. Ujar Puan Aisyah dan membuatkan semuanya tertawa.
” Apa umi ni.. “. Mawar merengek manja. Ada ke patut cakap macam tu.
Firdaus Arasy tersenyum sinis dengar Puan Aisyah memanggil nama manja Mawar Dahlia. Baby erk?
” Oklah umi abah kita orang gerak dulu. Bye assalamualaikum “. Ujar Adam. Firdaus Arasy menunjukkan kepalanya kepada Puan Aisyah.
” Waalaikumussalam hati-hati semua “. Ujar Encik Azman lembut.
Baru sahaja beberapa langkah hendak ke luar banglo rumah itu, Mawar sudah memanggil namanya.
” Aras tunggu! “. Mawar mendekati Firdaus Arasy. Wajah tampan lelaki itu dipandang lama. Dia tidak hiraukan lagi jantungnya yang sudah mula berdegup kencang.
” Yes ada apa? “.
” Terima kasih sebab awak sudi datang walaupun awak tak suka saya, tapi awak datang untuk family saya terutamanya umi, abah dan juga abang Ras. Thank you so much “.
” Tak ada masalah apalah. Sebab dia orang semua tu aku dah anggap macam family aku sendiri “. Ujar Firdaus Arasy. Dia mengusap lembut belakang lehernya.
” Tak perlu kau nak ucap terima kasih, aku datang dengan hati yang terbuka without any sense of compulsion or hatred “. Ujar Firdaus Arasy sambil tersenyum kecil.
” Oklah aku gerak balik dulu, dah lewat malam ni. Assalamualaikum “. Firdaus Arasy terus menuju ke arah kereta Ferrari miliknya. Apabila kereta putih itu hilang dari pandangan barulah Mawar Dahlia masuk ke dalam rumah.
Dia terus naik ke bilik tidurnya. Dari tadi senyuman itu tidak lengkang dari bibirnya. Rasa gembira hati apabila dapat melihat muka Firdaus Arasy walaupun hanya sekejap. Ya Allah berdebar-debar sampai sekarang.
Dia mula membuka skrin handphone nya dan menatap gambar lelaki itu. Itupun dia ambil senyap-senyap sewaktu Firdaus Arasy membebel dengannya. Nasib baik Firdaus Arasy tak perasan. Mawar kembali menutup handphone nya dan terus melelapkan mata.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…