Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 13
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 13 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
MIKAIL menanggalkan kaca mata hitamnya. Rambut yang hampir menutup dahi itu dikuak kan kebelakangan bagi menyerlahkan lagi kekacakannya.
Dia menarik nafas panjang, menghirup udara segar sambil memejamkan mata. Ah rindunya dengan suasana Malaysia!
Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki disini. Hampir 12 tahun dia menetap di Korea dan akhirnya pulang ke tanah air.
Orang ramai yang berada disitu tidak lengkang memandang ke arahnya. Hampir dikalangan gadis-gadis muda yang lalu-lalang di situ, terpegun melihat kekacakan Mikail. Ada juga yang berbisik sesama sendiri dan ada juga yang beranikan diri untuk menyapanya namun Mikail hanya berbuat endah tak endah sahaja.
Ditolak beg bagasi itu sehingga ke luar dari kawasan lapangan terbang. Dia terus menuju ke arah kereta yang sudah lama parking di sebelah pokok renek yang tidak jauh dari tempat dia berdiri. Pak Habib selaku pemandu kereta itu menunduk hormat kepada Mikail. Mikail hanya tersenyum manis lalu membenamkan dirinya ke dalam kereta tersebut.
Handphone yang berdering di dalam kocek seluarnya diseluk dan handphone itu dilekapkan ke telinganya.
” Waalaikumussalam, aku baru nak gerak ni. Mungkin dalam setengah jam baru aku sampai “. Ujar Mikail. Matanya tidak lengkang memandang permandangan diluar tingkap. Semuanya tidak berubah, sama seperti dahulu.
Selama 12 tahun meninggal Malaysia dan pada hari ini dia kembali semua ke tanah air tempat dimana dia menciptakan banyak kenangan manis disini. Hasrat nya hanya satu, berjumpa dengan insan tercinta.
Lelaki kacukan Melayu-Korea itu beralih pula memandang Pak Habib. Pak Habib juga banyak membantu keluarganya dari dia masih lagi kanak-kanak. Orang tua itu sudah dianggap seperti ayah kandung sendiri kerana Pak Habib banyak memberi nasihat dan mendorongnya kearah kebaikan.
” Pak cik kita pergi singgah dulu ke Damansara ye? “. Ujar Mikail dengan lembut.
” Baik tuan muda “.
…***…
TUBUH itu terus dibawa keluar dari perut kereta sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah Kota Damansara itu. Vila Equestrian itu dipandang lama dengan senyuman mekar dibibir. Dia bergegas masuk ke dalam rumah agam itu lalu memberi salam.
” Waalaikumussalam… “. Ujar satu suara. Mikail tersenyum lebar melihat susuk tubuh wanita yang amat dirindui lalu tubuh itu didakap erat dengan penuh kasih sayang.
” Omma, I miss you “. Ujar Mikail yang masih lagi memeluk erat tubuh Puan Maryam.
Puan Maryam bagaikan tidak percaya yang anak tunggalnya itu berada dihadapannya. Ya Allah adakah ini semua hanyalah mimpi?
” Omma, ni Mika anak omma. Maafkan Mika sebab dah lama tak balik sini. Sudah bertahun Mika kat Korea, baru sekarang Mika muncul kan diri. Mika minta maaf sebab tinggalkan eomma macam tu aje, maafkan Mika ye omma? “. Kata Mikail dengan nada yang lembut. Dia menatap wajah Puan Maryam yang sudah memapah usia itu.
Puan Maryam tersenyum lebar. Mak siapa yang tidak merindui anaknya. Sejak Encik Ju Hyun meninggal dunia dahulu, Mikail mengambil keputusan untuk pergi ke Korea dan menetap terus disana.
Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja membasahi kedua pipi lalu tangannya mengusap lembut wajah Mikail yang sudah semakin dewasa dan semakin tinggi dari sebelum ini. Wajah anak kesayangannya itu mirip seperti ayahnya Encik Ju Hyun.
” Sudah lah tu, omma arraso.. Mari masuk ke dalam. Kamu mesti penat bukan? “. Puan Maryam menarik lengan anak lelakinya itu.
” Omma… “. Hidung Mikail sudah menangkap bau sesuatu sebaik sahaja masuk ke dalam rumah tersebut. Bau itu membuatkan perutnya tiba-tiba terasa lapar.
” …Kimchi? “. Ujar Mikail lagi. Puan Maryam hanya membalas dengan senyuman. Tahu benar itu adalah masakkan kegemaran anak tunggalnya itu. Walaupun Mikail tidak ada disitu, tiap-tiap hari jugalah Puan Maryam akan membuat Kimchi bagi menghilangkan rasa rindunya pada suami mahupun si anak.
Kini Mikail pula yang menarik lengan Puan Maryam. Dia sudah tidak sabar mahu merasa air tangan Puan Maryam. Walaupun dekat Korea banyak yang membuka gerai Kimchi tapi semua tidak dapat menandingi air tangan wanita itu. Walaupun nampak simple tapi citarasanya sungguh lain.
” Jom kita makan, Mika dah lapar tahap gaban dah ni “. Ujar Mikail sambil tergelak kecil. Dia menarik kerusi meja makan itu untuk Puan Maryam, manakala dia mengambil tempat di hadapan wanita itu.
Puan Maryam menyambut huluran pinggan yang dihulur oleh Mikail. Kemudian dia menuang air ke dalam dua gelas minuman. Satu lagi dihulurkan kepada Mikail.
Puan Maryam hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat Mikail makan Kimchi dengan gelojoh.
” Makan perlahan-lahan nanti tercekik “. Pesan Puan Maryam dengan senyuman yang tidak lengkang dari bibirnya.
” Sedap omma, memang sedap. Terrrbaikkk “. Ujar Mikail sambil menayangkan kedua ibu jarinya tanda sedap.
” Pukul berapa nak bertolak rumah Aras? “. Soal Puan Maryam. Ingatkan nak luangkan masa dengan Mikail tapi lelaki itu mengatakan dia hanya singgah sebentar sahaja. Katanya mahu jumpa dengan Firdaus Arasy.
” Pukul 3 “. Ujar Mikail sambil mengunyah kimchi.
” Tidur sana ke? “.
” Haah, 2 hari je omma. Lepas tu balik sini balik “. Puan Maryam mengangguk perlahan. Faham benar dengan sikap anaknya itu. Hendak pergi ke mana-mana mesti hanya berdua sahaja dengan Firdaus Arasy.
Dulu sewaktu mereka kecil, kerap juga Puan Maryam membawa mereka berdua jalan-jalan memandangkan waktu itu rumah mereka hanya sebelah menyebelah sahaja.
” omma nak tanya kamu ni “. Mikail terus memandang wajah Puan Maryam. Terbantut niatnya untuk menghabiskan Kimchi tersebut.
” Mwo? “. Mikail memandang wajah Puan Maryam dengan kerutan di dahi. Puan Maryam hanya menggelengkan kepalanya.
” Tak ada apalah. Omma dah lupa nak tanya apa “. Puan Maryam mengukir senyuman. Sekali lagi dahi Mikail berkerut, dia hanya mengangguk perlahan.
…***…
MAWAR DAHLIA menghirup udara segar di balkoni. Kejadian dua hari yang lalu masih lagi tergia-gia difikirannya. Lepas sahaja dia meluahkan perasaan dekat Firdaus Arasy, sampai sekarang dia tidak berjumpa lagi dengan lelaki itu.
Kalau di Universiti pun jarang dia keluar kelas. Hendak beli makanan pun dia hanya kirim sahaja dekat Anis takut kalau terserempak dengan Firdaus Arasy.
” Mesti dia fikir yang aku ni gila “. Ujar Mawar seorang diri. Bunyi ketukan di pintu membuat lamunan Mawar terhenti. Dia menoleh memandang gerangan tersebut.
Belum sempat gadis itu memasuki ke dalam rumah, susuk tubuh gadis itu sudah ditarik lalu di bawah ke sofa.
” Anis… “. Ujar Mawar meleret. Mukanya dibenamkan ke bahu Anis dan pura-pura hendak menangis. Muka Anis kerut seribu. Dah kenapa dengan minah ni?
” Kau apasal? Tiba-tiba aje “.
” Pak cik jaga tu usik kau lagi eh? “. Soal Anis namun pantas Mawar menggelengkan kepalanya.
” Bukan eh? “. Puas Anis memikirkannya lalu dia menarik nafas panjang.
” Habis tu siapa kacau kau? “.
” Arasy.. “. Rengek Mawar sambil menekup muka dengan kedua tangannya.
” Dia buat apa dengan kau sampai kau jadi macam ni? Kali ni apa pula? “. Anis mula tidak senang duduk.
” Macam ni cerita dia… “. Mawar menceritakan semua perkara yang berlaku antara dia dan Firdaus Arasy. Bukan main syok cerita sampai tangan ikut gerak sama.
” Jadi dia ada cakap apa-apa tak? “. Soal Anis dengan sedikit teruja. Sudah lama aku nak tengok diaorang berdua ni berbaik, lagi-lagi masing-masing sudah menaruh perasaan sayang tapi ego je lebih.
” Lepas aku cakap yang aku suka dia, aku terus bla sebab malu gila weh. Muka dia waktu tu merah padam gila and aku nampak dia betul-betul terkejut “. Ujar Mawar sambil menundukkan kepalanya.
” Hmm memang lah dia terkejut. Lagi-lagi kau pergi reply status Whatsapp dia then kau terus confess dekat dia. Kalau aku kat tempat Aras pun memang aku terkejut juga “.
” Tapi babe benda ni jadi dalam luar jangkaan aku. Aku tak sedar langsung waktu tu, aku cair gila bila dengar dia cover lagu-lagu masa tu “. Ujar Mawar dengan muncung sedepa.
” Tulah gatal sangat tangan tu menaip kan dah mendapat. Nak tak nak kau kena hadap juga. Kau dah tak boleh nak lari ke mana. Kau kena berani sikit Mawar, kalau kau terus lari macam ni nanti dia anggap kau ni pengecut “. Anis menepuk bahu Mawar dengan perlahan sambil tersenyum lebar.
Mawar Dahlia hanya tersenyum kecil. Aku kena berani hadap semua ni. How?
…***…
KAKINYA laju sahaja melangkah sehingga sampai betul-betul dihadapan pintu rumah Firdaus Arasy, lantas daun pintu itu diketuk berkali-kali diiringi dengan memberi salam.
Dalam lima minit kemudian, barulah pintu itu dikuak dari dalam. Muncullah susuk tubuh Firdaus Arasy yang tidak berbaju itu. Dari memek muka lelaki itu, jelas kelihatan dia baru bangun dari tidur.
” Hmm lambat, penat aku tunggu kau sampai tertidur tau! “. Firdaus Arasy mencebik. Ketiak yang terasa gatal itu digaru perlahan lalu tangan itu dibawa ke hidung. Hm wangi, bau fresh basah-basah sikit.
Mikail hanya berlagak selamba sahaja. Dia sudah lali dengan sikap spontan Firdaus Arasy itu. Muka aje nampak handsome tapi disebalik ketampanan wajah itulah terselit satu perangai yang hanya dia seorang sahaja yang tahu.
” Sorry, tadi memang dah gerak awal. Aku singgah rumah mak aku jap “. Ujar Mikail sambil menayangkan barisan gigi putihnya.
” Hm.. dah lah jom masuk “. Mikail hanya mengangguk perlahan. Dia melangkah masuk ke dalam rumah Aras lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.
Baru sahaja hendak menapak masuk ke dalam bilik semula, namanya sudah dipanggil.
” Mwo? “. Ujar Firdaus Arasy dalam bahasa Korea yang bermaksud ‘apa dia’
” Aku dengar budak perempuan yang kau selalu cerita tu tinggal dekat sini juga. Betul ke? “. Soal Mikail ingin tahu. Kerap juga Firdaus Arasy menceritakan tentang Mawar kepadanya.
” Haah “. Jawab Firdaus Arasy sambil menguap luas.
” Dia tinggal dekat tingkat berapa? “.
” Kenapa? “. Soalan dibalas dengan soalan. Kening Firdaus Arasy sengaja dijongketkan.
” Woo.. relax l’m just asking. There is no other intention and don’t think nonsense “. Jelas Mikail dengan nada serius.
” Mana tahu “. Jawab Firdaus Arasy acuh tak acuh.
” Aish, kau macam baru kenal aku semalam! “. Mikail mencebik.
” Yelah Mika “.
” Ok aku tanya kau sekali lagi ni, dia tinggal dekat tingkat mana? “. Soal Mikail ingin tahu. Nak tahu juga perempuan tu jenis macam mana sampai bukan main beria lagi Firdaus Arasy cerita pasal perempuan tu.
” Sebelah rumah aku “.
” Wow, seriusly?! Aduhai korang ni dah macam dalam drama pula. Jangan sampai dah khawin nanti kau pergi kopak kan dinding batu ni pula macam dalam filem P.Ramlee tu. Apa eh tajuk dia?… “. Mikail fikir sejenak lalu dia memetik jarinya.
” …Ha tajuk dia masam-masam manis!. HAHAHHAHA”. Mikail sakan gelak lalu berguling-guling di atas lantai sambil memegang perutnya.
Akibat terlalu berang, tisu yang berada di atas meja itu ditarik beberapa helai lalu digumpal menjadi sebiji bola kemudian dimasukkan ke dalam mulut Mikail yang tidak henti-henti mengetawakannya.
” Tutup mulut kau, kalau kau tak nak kena lagi buat kali kedua “. Ujar Firdaus Arasy memberi amaran. Lelaki itu terus melangkah masuk ke dalam bilik. Tidur lagi bagus!
” Apa ni Arasy?! “. Jerit Mikail lantang. Tisu itu dibuang jauh-jauh. Dia bangun dan duduk bersila dengan muka merah padam. Kuang aja punya kawan.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…