Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 14
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 14 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
MAWAR DAHLIA sudah membentak geram. Sudahlah Anis tinggalkan aku sorang-sorang dekat tepi jalan ni. Kalau dibuat aku kena culik ke, kena perkosa ke sisih malaikat empat puluh empat, ya Allah takutnya.
Sudahlah banyak kes yang berlaku dekat Malaysia ni antaranya ada kanak-kanak umur belasan tahun diculik dan diperkosa kejam tanpa ada hati perut malah ada diantara mereka juga dibunuh dengan kejam tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak.
Dengan hati yang penuh dengan ketakutan, dia gagahkan diri juga menjalani masuk ke dalam lorong kecil tersebut. Hanya jalan itu sahaja yang cepat untuk menembusi terus ke jalan besar.
Lorong tersebut penuh dengan sampah sarap yang bertaburan di atas jalan walaupun di kawasan itu sudah disediakan tong sampah. Terdapat juga sekumpulan matpit yang sedang tidur disana sini.
” Eh eh awek lalu.. “. Ujar satu suara. Mawar Dahlia menoleh memandang ke arah lelaki gila yang agak hitam wajahnya. Rambut lelaki itu juga tidak terurus. Dia menghulurkan sebatang ranting kayu kecil ke arah Mawar.
” Ambil lah bunga ni… Wangi tau, baru je kita petik tadi “. Ujar lelaki itu bersama dengan sengihan dibibir.
Mawar pantas menggelengkan kepalanya. Dia menolak ranting kayu itu sehingga terjatuh diatas jalan tar.
Mata lelaki itu terus membutang. Marah mungkin apabila ‘bunga’ itu dicampak sahaja oleh Mawar.
” Kenapa kau buang bunga aku hah?! “. Marah lelaki itu. Dia tunduk lalu mengutip ranting kayu tersebut.
” Kau tak suka aku ke. Apa aku ni teruk sangat ke, sampai bunga aku pun kau pun buang! Kau layan aku macam sampah kan?! “. Lelaki itu terus memaksa Mawar menerima ‘bunga’ tersebut namun gadis itu sedaya upaya menolak. Dengan penuh bertenaga, Mawar Dahlia menolak sekuat hati tubuh itu, sehingga lelaki itu jatuh terduduk di atas jalan tar dan Mawar Dahlia terus memecut laju.
” Woi perempuan bodoh! Mana kau nak lari hah?! “. Lelaki gila itu terus bangun lalu mengejar Mawar Dahlia yang sudah lari ke hadapan.
Mawar Dahlia menoleh ke belakang. Dia menjerit nyaring. Umi… Baby takut! Air mata tak usah cakaplah. Memang dari tadi tak henti-henti mengalir. Sedar tak sedar Mawar sudah berlari sampai ke jalan besar. Dia teruskan perlarian sampai terlanggar seseorang.
” Hey Mawar. Is that you? “. Ujar Firdaus Arasy tersentak. Dia terus memegang kedua bahu Mawar. Muka gadis itu merah padam akibat terlalu banyak menangis.
” Kenapa ni? Siapa yang buat awak? “. Soal Firdaus Arasy dengan nada yang lembut. Panggilan kau-aku sudah bertukar ke awak-saya. Dia tidak hirau lagi pasal semua tu, yang penting sekarang ni adalah Mawar. Kenapa gadis itu menangis?
Mata Mawar masih lagi memandang ke arah lorong kecil tersebut. Dia takut kalau lelaki gila itu masih lagi kejar dirinya.
” Hey, what are you looking at? There is nothing at there. What’s wrong with you Mawar? “. Cengkaman pada baju Firdaus Arasy semakin kuat. Ini membuktikan bahawa gadis itu benar-benar ketakutan dan jelas kelihatan tubuh kecil itu sedang menggigil.
” Ada or… Orang gila ke.. kejar saya. Tolong saya, saya takut! “. Mawar menangis teresak-esak. Dia tidak hirau lagi kalau Firdaus Arasy fikir dia cengeng. Apa yang dia tahu sekarang adalah dia mahu balik ke rumah sahaja.
” Mana ada orang gila dekat sini “. Ujar Firdaus Arasy tenang. Memang dia tak nampak pun sesiapa yang mencurigakan. Lagi-lagi orang yang dimaksudkan oleh Mawar itu.
” Ada! Dia dekat sana “. Ujar Mawar sambil menunding jari ke arah lorong kecil tersebut. Mawar mencengkam kuat baju Firdaus Arasy. Lelaki itu hanya mendiamkan dirinya. Aish anak siapalah ni.
Firdaus Arasy mengeluarkan sapu tangannya kemudian dia mengelap air mata yang membasahi pipi gadis itu. Ish anak dara ni guna sapu tangan orang ye? Desis hati Firdaus Arasy. Dia menyembunyikan senyumannya.
” Don’t cry anymore, little girl. Awak nampak buruk bila nangis. Saya hantar awak balik ok? “. Ujar Firdaus Arasy dengan nada lembut. Cengkaman pada baju Firdaus Arasy juga sudah dileraikan.
” Jom saya hantar awak balik “. Firdaus Arasy menolak lembut bahu Mawar. Gadis itu hanya menunduk. Dia membawa Mawar sehingga sampai dihadapan keretanya dan terus membuka pintu kereta tersebut.
Mawar memandang Firdaus Arasy sekilas sebelum masuk ke dalam perut kereta. Firdaus Arasy bergerak pula ke tempat pemandu dan turut membenamkan dirinya ke dalam kereta Ferrari miliknya.
Sampai sahaja di apartment tersebut, Firdaus Arasy terus menghantar Mawar sehingga tiba betul-betul dihadapan pintu rumah gadis itu.
” Masuk dalam rumah, lepas tu rehat ok. Cuci muka, solat then tidur ok little girl? “. Ujar Firdaus Arasy sambil mengukir senyuman. Mawar hanya mengangguk perlahan sebelum dia masuk ke dalam rumah.
Firdaus Arasy hanya tersenyum kecil. Dia teringat kembali peristiwa tadi. Peristiwa saat Mawar Dahlia mencengkam lengan bajunya dan menangis tersedu-sedan. Nampak comel!
…***…
USAI mengaminkan bacaan doa, dia membuka telekung dan digantungkan ke tempat asal. Tubuh kecil itu dihumban ke atas katil lalu cuba untuk melelapkan mata.
Kejadian tadi benar-benar membuat dia rasa malu. Sudahlah kes tempoh hari pasal luahan perasaan belum hilang lagi rasa malu tu then muncul pula kes baru dimana aku sendiri yang cipta sejarah tu. Sejarah dimana peluk baju Firdaus Arasy dan menangis merengek manja depan lelaki itu.
Mesti malaun tu gelakkan aku kaw kaw punya tak pun labelkan aku sebagai ‘anak manja’. Memang sah-sah lelaki itu akan mengungkit. Bukan boleh percaya pun mamat tu!
Anis Farhana berdiri statik dihadapan pintu bilik Mawar Dahlia. Dia merenung ke arah gadis itu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Mawar sedar akan kehadiran Anis lalu dia mula bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas katil.
” Terjegat apa depan pintu tu, masuk jelah “. Ujar Mawar sambil mengikat rambutnya yang panjang itu. Anis pula hanya tersengih lalu melangkahkan kakinya ke arah Mawar. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu.
” Sorry babe aku tak sengaja tinggalkan kau sorang-sorang dekat sana. Nasib baik tak ada apa-apa jadi dekat kau. Aku dapat tahu semua ni pun dari Aras. Dia ceritakan semuanya dekat aku tadi. Aku rasa bersalah gila dengan kau. Kalau bukan sebab aku sakit perut tadi, memang kau tak akan jadi macam ni. Aku minta maaf sangat-sangat dekat kau. “. Anis Farhana memegang erat tangan Mawar. Mujur ada Firdaus Arasy waktu tu, kalau tak memang tak tahu lah apa yang akan jadi dekat kawan baiknya itu.
” Hmm “. Jawab Mawar sepatah.
” Jangan lah macam ni Mawar. Kau buat aku rasa serba salah lah “.
” Maafkan aku eh? Aku janji lepas ni aku tak akan tinggalkan kau sorang-sorang “. Anis mengangkat sumpah. Dia tak nak lagi temannya itu menghadapi semua itu sekali lagi. Kali ini dia benar-benar tekad tidak akan meninggalkan Mawar. Kalau lah tadi ada apa-apa yang berlaku dekat Mawar, memang dia tidak akan memaafkan dirinya.
Mawar merenung wajah Anis Farhana lalu dia mengukirkan senyuman.
” Janji? “. Soal Mawar meminta kepastian.
Anis mengangguk berkali-kali. ” Ye aku janji”.
” Ok aku dah maafkan kau “.
” Seriusly? “.
” Iye.. “. Ujar Mawar menderet. Anis Farhana sudah tersengih lebar lantas tubuh itu dipeluk erat.
” Sudah-sudah lemas aku. So memandangkan aku dah maafkan kau, apa kata kau masakkan untuk aku. Cepat-cepat aku lapar ni “. Ujar Mawar sambil memegang perutnya.
” Tak harini aku tak masak “.
” Kenapa pula? “. Soal Mawar sambil memuncungkan bibirnya.
” Nak masak macam mana. Barang dapur semua dah habis. Kita makan kat luar eh? Lepas tu baru kita beli barang dapur “. Anis mengerdipkan kedua-dua matanya.
Mawar mencebik. Huh ingat comel ke?
” Hm yelah-yelah. Tunggu kejap aku pergi tukar baju “. Mawar terus melompat turun dari katil. Dia menuju ke almari pakaian dan menarik satu persatu baju yang sesuai untuk dipakai.
…***…
KERETA mini Cooper itu di parking elok sahaja bersebelahan dengan kereta Nissan GTR R35 entah siapa empunya. Anis mematikan enjin kereta lalu tali pinggang keledar dileraikan.
” Kita makan dekat mana ni? “. Soal Mawar pelik. Kan senang makan dekat bawah apartment rumahnya tadi. Bukan tak ada kedai makan dekat situ, nak juga pergi jauh-jauh.
” Kita makan dekat Alam Selera aje lah ye? Aku teringin nak makan Nasi Hujan Panas. Lagi-lagi lauk rendang daging dia perghhh menjilat jari weh! “. Ujar Anis sambil tersengih kecil.
” Dah jom, nanti beratur panjang pula “. Mereka berdua terus keluar dari perut kereta lalu terus bergegas masuk ke dalam Restoran Alam Selera.
Tanpa berlengah lagi, mereka berdua terus memesan makanan. Selesai sahaja memesan makanan, mereka berdua terus mengambil tempat duduk di bahagian belakang memandangkan tempat itu sahaja yang kosong. Lagipun tempat itu nampak lebih jauh dan tersorok sedikit berbanding dengan tempat lain.
Tanpa mereka sedari ada mata yang memerhati sahaja tingkah laku dari mula-mula mereka masuk ke dalam Restoran tersebut. Bibirnya mengukir senyuman. Well I didn’t expect to see you here. Desis hatinya.
Dia menoleh memandang ke arah Firdaus Arasy, ternyata lelaki itu tidak perasan akan kehadiran Mawar dan juga ada seorang gadis bersama dengannya mungkin kawan dia.
” Mika kita nak duduk dekat mana ni? Meja penuh gila kot! “. Firdaus Arasy memandang sekeliling. Ramai betul orang malam ni, ingatkan hari Rabu tak ramai orang, rupanya-rupanya bersusun.
” Jom ikut aku “. Ujar Mikail. Dia sudah jalan ke hadapan manakala Firdaus Arasy hanya membuntuti.
” Hi pretty girls. Can I join you two? “. Ujar Mikail sambil menayangkan barisan gigi putihnya. Firdaus Arasy yang berada di sebelah Mikail hanya menggaru pelipisnya.
Mawar dan Anis mengangkat wajahnya. Mawar sudah melopong manakala Anis hanya berlagak seperti biasa. Dalam hati dia sudah terkekek-kekek ketawa. Tak usah tengok muka Mawar pun dia sudah tahu pasti gadis itu terkejut beruk tengok crush sudah ada didepan mata. Aish kecil sahaja dunia ni.
” Yaa sure! “. Ujar Anis bersama anggukan.
” Tak boleh! “. Mawar mengelengkan kepalanya. Mikail dan Firdaus Arasy mengalihkan pandangan mereka ke arah Mawar. Gadis itu hanya menundukkan wajahnya. Lantas itu Anis mencubit peha kiri Mawar sehingga gadis itu terjerit kecil mengadu kesakitan.
” Tak apa duduk jelah lagipun kerusi ni memang kosong tak ada siapa duduk “. Ujar Anis Farhana sambil tersenyum kecil. Mawar disebelah kanan dijeling tajam. Gadis itu hanya memuncungkan bibirnya.
Firdaus Arasy hampir tergelak melihat gelagat dua orang perempuan yang berada di hadapannya itu. Dia mengambil tempat duduk di bahagian hadapan Mawar manakala Mikail pula mengambil tempat duduk di hadapan Anis.
Anis sudah menunduk malu apabila matanya bertentangan mata dengan Mikail. Pipinya berona merah dan usah dikatakan memang jantungnya juga bermain peranan.
Mikail berdehem kemudian dia memulakan langkah untuk mengorat. Firdaus Arasy sudah ada crush, aku pun nak juga lah!
” What is your name? “. Soal Mikail. Dia memandang setiap inci wajah gadis dihadapannya itu. Not bad but she looks cute actually.
Firdaus Arasy sudah mencebik. Misi mengorat awek sudah bermula!
” Anisa Farhana “. Ujar Anis sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua pipinya.
Terus tergugat iman Mikail apabila melihat senyuman manis itu. Omma I think I’ve met the girl I’ve been dreaming of for a long time.
” By the way, just call me Mika. If you wanna call me sayang or baby hahahah it’s okay, I like it anymore. Gurau lah “. Ujar Mikail bersahaja. Dia sengaja mahu mengusik Anis. Gadis itu hanya mengelengkan kepalanya.
” Wow those are really interesting words. Keep it up! “. Kata Anis sambil tergelak kecil. Perempuan kan haruslah jual mahal sikit.
Mikail sudah menggaru pelipisnya. Tak apa Mika, you can do it! Firdaus Arasy sudah menyembunyikan senyumannya.
” We meet again miss flower “. Ujar Firdaus Arasy sambil tersenyum lebar. Dari tadi gadis itu hanya menunduk. Langsung tak nak mengangkat muka. Apa hebat sangat lah nasi tu sampai kena tenung.
” Baik awak diam kalau awak tak nak saya cucuk mulut awak dengan garfu ni! “. Ujar Mawar berbaur geram.
” Wow garangnya “.
” Awak jangan salah faham ye? Saya tetap dengan pendirian saya untuk tak nak tegur awak atau berbaik dengan awak. Pasal kes pagi tadi tu memang saya tak sedar langsung eh. Jangan nak menggatal cakap saya ni menggatal dengan awak “. Firdaus Arasy hanya menjongketkan keningnya. Dia hanya berlagak selamba sahaja. Kita tengok sahaja macam mana.
Setelah itu meja makan tersebut kembali sunyi sepi. Masing-masing sibuk menghabiskan makanan sendiri.
Firdaus Arasy pula curi-curi memandang ke arah Mawar. Gadis itu tekun menghabiskan makanan tanpa memandang ke kiri dan kanan. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Kejadian tadi kembali bermain di benak fikirannya.
…***…
” SO what’s your plan after this? “. Soal Mikail sambil bersandar pada kereta Nissan GTR R35 miliknya. Dia memandang ke arah dua orang perempuan dihadapannya bersilih ganti.
” Kitaorang nak keluar beli barang dapur. Lepas tu mungkin balik terus kot “. Ujar Anis. Mikail hanya mengangguk perlahan.
Belum sempat dia ingin menanyakan beberapa soalan datang pula seorang gadis berpakaian seksi membuatkan keempat-empat mereka menoleh ke arah gadis itu. Firdaus Arasy, Anis dan Mawar sudah mengeluh perlahan.
” Wow what is this surprise? Go out to eat together, oh so sweet “. Ujar Puteri Laila sambil mencebik. Dia menjeling tajam ke arah Mawar.
” What do you want? Are you following me? “. Soal Firdaus Arasy dingin. Mikail pula sudah berkerut dahi. Siapa perempuan ni?
” Huh, I follow you? Oh come on, KL ni kecil jelah. Pergi mana-mana pun akan terserempak dengan you. But today boleh pula terserempak dengan you guys yang tengah berseronok “. Puteri Laila terus mendekati Firdaus Arasy lalu lengan lelaki itu dipaut erat.
” Aku dah cakap berpuluh-puluh kali dengan kau kan, jangan sentuh aku! “. Marah Firdaus Arasy sambil menepis kuat tangan Puteri Laila. Suka-suka hati aje nak pegang tangan orang. Ingat aku ni patung agaknya nak peluk, cium suka hati. Banyak kali juga cakap dengan perempuan ni tapi dia buat derk sahaja.
Dia menjauhkan sedikit tubuhnya dari Puteri Laila. Fikir dia bodoh agaknya dan sudah sah-sah si Puteri Laila ni mabuk. Kuat betul bau arak di badannya itu.
” Aras.. I sayangkan you tau sampai mati pun I tetap sayangkan you. You tak peduli langsung dengan apa yang I buat dekat you. Why you layan I macam sampah? “. Ujar Puteri Laila. 2 tahun menaruh harapan dekat Firdaus Arasy dan sudah bermacam-macam cara dia buat untuk dapatkan hati lelaki itu namun semuanya hampa.
Mikail masih lagi bersandar pada kereta miliknya. Dia menjongketkan keningnya. Oh jadi ni lah perempuan yang selama ni Aras cerita tu? Patutlah lelaki tu tolak mentah-mentah. Kalau aku kat tempat dia pun aku rimas. Aish apa nak jadilah perempuan zaman sekarang, macam tak ada harga diri sahaja.
Sanggup jual gadai maruah sendiri gara-gara untuk tarik perhatian orang yang dia sayang.
” Aku tak tahu nak bagi alasan apa dekat kau kali ni. Even dah banyak kali aku bagitau kau yang aku memang tak sukakan kau langsung. Jadi tolonglah faham! “. Firdaus Arasy meraup mukanya dengan kasar. Penat lah nak hadap semua ni. Bosan!
” Sikit pun you tak ada rasa apa-apa ke Aras? “. Soal Puteri Laila sebak. Dia menahan air matanya dari terus mengalir.
Anis dan Mawar dari tadi hanya memerhati. Dia mahu sahaja pergi dari situ, tapi si Puteri Laila ni halang laluannya. Nak keluarkan kereta macam mana? Silap-silap kang kena pula gadis itu. Aku tak nak jadi punca kes langgar anak orang.
” Never! “.
” Then how about this girl? “. Soal Puteri Laila sambil menunding jari tepat ke arah Mawar. Gadis itu terkesima. Apa pula kena mengena dengan aku ni.
” Perlu ke semua benda aku nak bagitahu kau? Tak penting untuk kau tahu “. Ujar Firdaus Arasy dingin. Dia memeluk tubuhnya sambil menghela nafas kasar. Menyampah aku duduk lama-lama dekat sini.
” Jadi betul lah you ada hubungan dengan dia? I’m right? “.
” If I have a relationship with her at all what’s the problem? Because no one can stop me if I like her “. Kata-kata Firdaus Arasy itu membuatkan Mawar tersentak. Dia memandang tepat ke arah Firdaus Arasy.
” Especially you! “. Ujar Firdaus Arasy lagi. Kali ni dia benar-benar serius. Biar dia ajar sikit Puteri Laila ni.
Puteri Laila tunduk memandang ke arah jalan tar sebelum dia mengangkat mukanya. Dari tadi dia cuba menahan airmata namun dia kalah, kalah untuk mengawal perasaannya. Dia mengangguk perlahan lalu terus berlalu pergi meninggalkan mereka semua.
Firdaus Arasy menghelakan nafas lega. Dia meraup wajahnya lalu terus masuk ke dalam kereta Nissan GTR R35 milik Mikail.
Mikail memberi isyarat kepada Anis dan Mawar, balik nanti hati-hati memandu. Anis dan Mawar hanya mengangguk perlahan dan memandang ke arah kereta tersebut sehingga hilang dari pandangan.
Mawar diam membisu. Dia turut berasa simpati terhadap Firdaus Arasy.
” Jom lah nanti lambat pula kita nak balik. Kata tadi nak singgah kedai beli barang dapur kan? “. Soal Anis. Mawar hanya mengangguk perlahan. Dia terus membenamkan dirinya ke dalam kereta mini Cooper itu.
Fikirannya menerawang jauh entah ke mana. Rasa macam tak ada mood pula hari ini.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…