Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 15
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 15 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
MAWAR DAHLIA tekun menyiapkan assignment. Dia duduk didalam perpustakaan bersama dengan beberapa orang pelajar, memandangkan waktu itu adalah waktu balik.
Anis pula katanya nak balik awal. Muka minah tu kalau nak stay back memang taklah. Mesti dia akan cakap macam ni.
” Aku penat lah Mawar “.
” Alah.. aku malaslah nak stay “.
” Tak boleh aku nak dating dengan oppa oppa aku pukul dua nanti. Lain kali jelah kita stay back “. Sampai kadang aku dah naik pening dengan perangai si Anis tu. Sudah masak sangat, apa yang best sangat tengok cerita Korea tu tah. Aku tengok biasa aje!
” Sorang je ke? “. Soal satu suara. Pantas Mawar mendongak memandang siapakah gerangan suara tersebut. Ceh mamat ni lagi!
” Tak adalah berlima “. Firdaus Arasy sudah tergelak kecil. Asyik nak marah aje si pendek ni!
” Loya buruk eh? “.
” Boleh aku duduk? “. Ujar lelaki itu lagi. Mawar mendengus perlahan.
” Dekat kerusi meja tu ada tampal tak label ‘dilarang duduk’? “. Soal Mawar sambil keningnya terangkat sebelah.
Tawa Firdaus Arasy terus meletus. Kali ini benar-benar dia tidak boleh tahan. Mawar Dahlia pula mencebik. Gelak tu tak boleh cover ke? Sudah macam dirasuk hantu!
Head of the university library yang berada di situ meminta mereka supaya jangan berbuat bising. Mawar dan Firdaus Arasy hanya menganggukkan kepalanya.
Mawar kembali menulis. Sikit lagi Mawar, lepas ni dah boleh balik awal. Mawar berlagak selamba sahaja, bukan dia tak tahu yang Firdaus Arasy sedang merenung tepat ke arah wajahnya. Mawar meletakkan pen sambil mendengus perlahan. Dia memandang tepat ke arah Firdaus Arasy.
” Awak ni tak kerja lain ke? “. Soal Mawar. Dia rimas kalau Firdaus Arasy terus memandang ke arahnya. Bukan tak suka cuma dia jadi tak selesa dan automatik kerja tu jadi lambat bila orang asyik tenung muka kita.
” Tak ada “. Jawab Firdaus Arasy sepatah.
” Jadi awak buat apa dekat sini? Bukan ke awak ni jenis tak suka datang tempat-tempat macam ni. Yelah sebab awak cakap tempat ni membosankan dan bukannya cita rasa awak “. Pernah juga dia ajak Firdaus Arasy datang sini ulang kaji sama-sama.
Bukan tak pernah ajak tapi lelaki itu aje yang menolak. Katanya tak ada feel duduk lama-lama dekat library dan dia juga pernah cakap selama 3 tahun dia tak pernah pun jejakkan kaki ke situ. Entah mimpi apatah tiba-tiba datang ke sini.
” Kenapa? Tak boleh ke aku nak temankan kau? “. Soal Firdaus Arasy dengan tangan disilangkan ke dada kemudian dia bersandar pada kerusi meja itu. Pandangan tepat ke arah muka Mawar Dahlia. Entah kenapa dia jadi tertarik bila tengok muka kecil itu.
” Bukan tak boleh cuma pelik “. Mawar kembali mencapai pen hitamnya lalu kembali menulis kertas kerja itu. Sikit lagi then siap! Dia menarik nafas lega. Alhamdulillah esok dah boleh hantar. Kertas kerja itu diselitkan didalam buku teks dan dia mengemas semua peralatan tulis.
Firdaus Arasy hanya memerhati sahaja tingkah laku gadis itu sambil berdehem.
” Mawar aku nak cakap sikit dengan kau boleh? “. Ujar Firdaus Arasy sambil merenung tepat ke arah mata Mawar Dahlia. Mawar Dahlia menghentikan niatnya untuk mengemas meja tersebut dan menoleh memandang ke arah Firdaus Arasy dengan kening terangkat. sebelah.
” Aku nak tanya kau satu soalan… “.
” … Tapi aku nak kau jujur dengan aku dan aku nak tahu isi hati kau. Aku percaya kau tak macam orang lain “. Ujar Firdaus Arasy berbaur serius. Mawar sudah mula tidak senang duduk. Jantungnya mula berdegup kencang.
” Maksud awak? “. Soal Mawar bingung. Dia tak faham apa yang Firdaus Arasy cuba sampaikan.
” Aku nak tahu kau betul-betul sukakan aku atau kau hanya main-main? “. Memang sebelum ni Mawar ada beritahu yang dia betul-betul sukakan Firdaus Arasy tapi hari ini dia nak pastikan benarkah apa yang dikatakan gadis itu dulu atau hanya sekadar permainan sebab Firdaus Arasy takut yang cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.
Dia akui dia sudah mula menyukai gadis itu namun dia mahu dengar sekali lagi pengakuan dari Mawar Dahlia tentang perasaannya.
” Untuk apa awak tanya soalan yang sama sedangkan jawapan saya tetap sama. Awak rasa cinta saya ni main-main ke Aras? Yes, I admit I am in love with you sincerely. My love for you is sincere Aras tapi saya sedar nak gapai awak bukan mudah. Awak dengan saya jauh bezanya Aras, saya hanya dapat bayang awak bukan jasad awak. Terlalu banyak saingan dan saya akui, saya kalah “. Mawar Dahlia menghela nafas panjang. Berat untuk dia ungkapkan perkataan itu. Dia sedar siapa diri dia dengan Puteri Laila. Gadis itu berhak dapat Firdaus Arasy. Yes memang dia layak pun.
Firdaus Arasy berpeluk tubuh. Dia merenung ke arah Mawar Dahlia. Gadis itu menunduk menyembunyikan wajahnya. Kemudian dia terus berdehem.
” Kalau aku cakap macam ni kau percaya tak? “. Ujar Firdaus Arasy dengan tenang. Mawar mengangkat perlahan mukanya memandang tepat ke arah Firdaus Arasy.
” Sebenarnya ada benda aku nak bagitahu kau dan aku harap kau tak terkejut dengar apa yang aku nak bagitahu kau “. Ujar Firdaus Arasy lagi.
Mawar Dahlia hanya memandang Firdaus Arasy kemudian dia menunduk semula. Tak berani nak bertentangan mata sebab jantungnya sudah mula berdegup laju.
” Jujurlah dulu memang aku tak suka dengan perangai kau. Aku rasa menyampah gila bila tengok perangai kau yang macam budak-budak sekolah rendah. Merengek manja bila tak dapat something but bila aku kenal and aku nampak kau ni tak macam yang lain. Kau manja dengan family but not with another man. Kau dengan perempuan yang tergila-gilakan aku tu aku berani cakap jauh bezanya. Dia orang cakap dia orang sukanya aku, tapi masih lagi berfoya-foya dengan lelaki lain.
Kira macam dalam masa yang sama layan banyak lelaki belakang aku even dia orang cakap sukakan aku and cintakan aku. Tapi kau lain Mawar, kau cakap kau suka aku dan kau betul-betul maksudkannya. Aku nampak semua tu. Aku berani akui aku betul-betul dah mula sayang kau masa kau kena pukul teruk dengan Puteri Laila. Aku simpan perasaan tu dah lama dan dalam masa yang sama, aku perhati semua gerak-geri kau. Aku tak tahu macam mana nak ungkapkan perasaan tu “. Firdaus Arasy menarik nafas dalam-dalam sebelum dia menyambung kata-katanya.
” Mawar Dahlia binti Muhamad Azman. I really really like you, and..I don’t expect anything from you, I just want you to know that I really love you “. Ujar Firdaus Arasy dengan nada yang lembut. Dia mengusap perlahan pelipisnya kemudian berdehem.
Mawar Dahlia pula sudah melopong. Dia terkejut dengar semua penjelasan dari Firdaus Arasy itu.
Aku tak mimpi kan?
” How about Puteri Laila? Didn’t you have a relationship with her? “. Soal Mawar ingin tahu.
” Dari mana kau dengar pasal benda merepek ni? “. Firdaus Arasy mendengus kasar. Pantang kalau dengar nama Puteri Laila, automatik jadi amarah.
” Saya dengar sendiri dari mulut dia “. Jawab Mawar dengan tenang.
” Sayang… Dengar sini baik-baik. Saya dengan dia tak pernah bercinta pun nak katakan dating pun jauh sekali. Saya berani jujur memang tak ada apa-apa langsung perasaan cinta or sayang dekat dalam hati ni untuk dia. Demi Allah awak sekarang yang ada dalam fikiran saya Mawar. Awak buat saya tak keruan dan hilang arah sayang. I want to ask you, will you be my girlfriend sayang? “. Firdaus Arasy merenung tepat ke arah Mawar Dahlia bersama dengan senyuman dibibir.
” Betul ke ni? Awak yakin ke awak tak ada rasa apa-apa perasaan dekat dia? “. Soal Mawar meminta kepastian.
Firdaus Arasy mengangkat kedua-dua tangannya kemudian dia menggelengkan kepalanya.
” Betul memang tak ada rasa apa-apa pun. Dia je yang syok sendiri “. Mawar mengangguk perlahan kemudian dia tersenyum kecil.
” Ok saya percaya kan awak “.
” Saya tanya awak sekali lagi ni, awak nak tak jadi girlfriend saya? “. Melihat anggukan dari Mawar membuatkan Firdaus Arasy menjerit kecil dan bibirnya mengukir senyuman lebar. Mawar Dahlia pula sudah tersipu-sipu malu.
” Awak ni over lah Aras! “. Mawar tergelak kecil melihat gelagat Firdaus Arasy. Dia akui memang tak pernah nampak lelaki itu gembira sampai macam tu sekali dan yes ini kali pertama.
Firdaus Arasy bersyukur dalam hati. Dia begitu gembira apabila Mawar sudi menerima cintanya.
” Thank you sayang “. Ujar Firdaus Arasy bersama senyuman lebar.
” Jangan lah panggil macam tu, malu lah saya “. Mawar ketawa kecil. Pipinya mula berona merah.
” Eleh malu tapi mahu! “. Firdaus Arasy terus ketawa mengekek. Suka benar dia menyakat gadis itu.
” Eh mana ada! “.
…***…
HATI siapa tak berbunga jika orang yang diminati dan diimpikan untuk jadi kekasih akhirnya sudah jatuh ke tangan sendiri. Kini masing-masing sudah menanam rasa cinta yang sama dan berhasrat untuk terus kekalkan hubungan ni ke langkah seterusnya.
Macam tak percaya benda ni betul-betul jadi. Lelaki yang dulu dingin sedingin ais batu akhirnya mula mencair dan menjadi seorang yang tidak lengkang dengan senyuman mekar dibibir. Senyuman itu hanya untuk seorang gadis.
Wajah tampan Firdaus Arasy direnung untuk sekian kalinya. Hubungan mereka masih lagi menjadi satu rahsia. Mereka berdua berhasrat untuk tidak memberitahu pada sesiapa sehingga kedua-duanya sudah bersedia.
” Puas tenung muka saya hah sayang? “. Ujar Firdaus Arasy sambil menyuap beberapa sudu cheese cake.
Mawar tergelak kecil sambil menekup mulutnya. Alamak kantoi!
” Muka awak tu buruk sangat, macam setahun tak dapat makan cheese cake tu “. Mawar ketawa berdekah-dekah. Sorry guys actually muka Firdaus Arasy memang comel bila tengah makan. Tak boleh puji lebih-lebih mamat ni, nanti mula kembang semangkuk!
Mata Firdaus Arasy terus terbeliak. My little face is so handsome that she say it bad! Oh memang nak kena budak ni.
” Dah puas gelak? “. Firdaus Arasy berpeluk tubuh sambil merenung tepat ke arah Mawar Dahlia tanpa secalit senyuman dibibir. Keningnya sengaja dijongketkan dan mukanya jelas kelihatan yang dia betul-betul serius.
Mawar sudah menelan air liur. Ok dia buat aku rasa takut kemudian perlahan-lahan dia menundukkan wajahnya. Firdaus Arasy sudah menyembunyikan senyumannya. Mahu sahaja dia ketawa melihat muka Mawar Dahlia sekarang ni. Tahu takut…
” Jangan buat muka serupa macam itik boleh tak sayang? Nanti saya tarik muncung tu biar jadi macam mulut platipus “. Ujar Firdaus Arasy bersama sengihan dibibir. Mawar memutarkan bola matanya ke atas.
Tiba-tiba datang pula seorang perempuan dengan selambanya duduk disebelah Firdaus Arasy sambil memaut kemas lengan itu dan kepalanya disandarkan pula pada bahu Firdaus Arasy.
Mawar sudah mencebik. Sakit matanya memandang aksi selamba Puteri Laila itu terhadap Firdaus Arasy. Muka lelaki itu jelas menunjukkan bahawa dia tak selesa bila diperlakukan seperti itu.
Mawar mengambil beg sandangnya dan mula bangun dari tempat duduknya dan baru hendak melangkah pergi, namun dengan cepat Firdaus Arasy menarik lengan baju gadis itu. Mulut lelaki itu bergerak tanpa mengeluarkan suara ‘ stay dekat sini dengan saya ‘.
Mawar mengeluh perlahan dan dia kembali melabuhkan punggungnya di hadapan Firdaus Arasy. Mukanya dikalihkan ke tempat lain.
Firdaus Arasy terus menarik lengannya dan menolak tubuh Puteri Laila sehingga gadis itu jatuh terduduk. Woo.. aku tolak sikit je pun dah boleh jatuh?
Puteri Laila pura-pura mengaduh kesakitan. Dia berkerut dahi menahan sakit. Well kalau berlakon kena nampak real right?
Malah tak ada siapa pun yang menghiraukan keadaan dia. Firdaus Arasy lagi sibuk berbual dengan Mawar Dahlia adalah!
Lantas itu dia bangun dengan perlahan-lahan. Menyesal buat kerja bodoh macam tu akhirnya diri sendiri yang rasa sakit. Usah dikatakan lagi punggungnya yang masih lagi terasa kebas diurut perlahan sambil matanya merenung tepat ke arah mereka berdua yang langsung tidak memperdulikan dirinya.
” Aras! “. Puteri Laila melaung kuat memanggil nama Firdaus Arasy. Dia tidak peduli kalau semua mata disitu sedang memandang ke arah mereka.
Firdaus Arasy menoleh memandang ke arah Puteri Laila dengan pandangan kosong.
” Why do you do this to me Aras? 3 tahun I tunggu you. I sayangkan you and why you pilih perempuan ni?! “. Puteri Laila menunding jari tepat ke arah Mawar Dahlia. Terhinjut sedikit bahu Mawar apabila mendengar suara lantang gadis itu.
Dia menundukkan sedikit wajahnya apabila melihat semua mata memandang ke arah mereka dan ada antara mereka yang sudah mula berbisik sesama sendiri.
Air mata Puteri Laila mula mengalir dengan deras. Esakan tangisan mula kedengaran.
” I tunggu you separuh nak mati Aras. Banyak kali I luahkan perasaan I dekat you. But this girl is also your choice. What am I less than her?! “. Air mata gadis itu makin mengalir dengan deras. Sakit rasanya hanya tuhan sahaja yang tahu.
” That’s enough Puteri! First I want to apologize to you. I know and I understand how you feel right now. But I didn’t means to reject your love. Soal hati tak boleh buat main Puteri. Dulu aku tolak kau sebab aku memang tak ada rasa apa-apa… “. Belum sempat Firdaus Arasy ingin menghabiskan kata-katanya Puteri Laila terus memotong.
” Why don’t you learn to love me? “. Ujar Puteri Laila tepat memandang ke arah Firdaus Arasy dengan mata yang penuh dengan air mata.
” Aku dah cuba tapi tak boleh. Lepas aku dengar kau cakap macam tu terus aku ambil keputusan untuk belajar mencintai kau dalam diam but I can’t. I can’t force myself to love you Puteri.
Luluh jantung Puteri Laila apabila mendengar pengakuan dari Firdaus Arasy itu. Dia sebak. Air matanya makin deras mengalir.
” Kau kena faham Puteri. Soal hati dan perasaan kau tak boleh buat main. Aku mengaku aku sukakan Mawar. Aku terima dia sebab aku betul-betul cintakan dia dan sayangkan dia. You are so beautiful. There might be a man better than me. God has always planned our storyline. Maybe i’m not for you but believe me, god has saved someone who truly love you. Just hold on and keep doa “. Ujar Firdaus Arasy dengan lembut kemudian dia mengukirkan senyuman manis.
Puteri Laila tunduk memandang lantai. Bahunya terhinjut-hinjut sedikit kerana terlalu banyak mengalirkan airmata. Mawar terus mendekati kemudian dia beranikan diri untuk memeluk tubuh gadis itu. Pelukannya makin erat apabila Puteri Laila turut membalas pelukan tersebut meskipun gadis itu lebih tinggi daripada Mawar Dahlia.
” Don’t cry anymore beautiful girl. Even thought it hurts, you have to be strong. I’m always there for you “. Mawar cuba memujuk lantas itu Puteri Laila menolak lembut tubuh Mawar dari terus memeluk dirinya.
” Bukan mudah untuk kita lepaskan orang yang kita sayang tapi dalam masa yang sama kita nak buat dia rasa bahagia disamping orang yang dia sayang walaupun dia bukan milik kita. Doakan I dapat pasangan hidup yang sama macam Aras yang sayangkan you Mawar lebih dari nyawa dia. I’m sure you can do your best. I wish you both were happy and enough to make me feel very happy “.
” Jangan risau pasal I, I nampak je macam tak boleh terima semua ni but for what I nak terus kejar orang yang tak nak terima I and I sedar bukan mudah untuk seseorang buka pintu hati dia “. Ujar Puteri Laila sambil tergelak kecil. Dia menarik nafas panjang sebelum meneruskan semua kata-katanya.
” It’s hurts but I’m glad you’re happy with this girl. Then I won’t mess with you. Goodbye my dark love “. Ujar Puteri Laila kepada Firdaus Arasy. Lelaki itu hanya tersenyum sebaris.
” And for you too Mawar, take care of my heart. Kalau I dengar you lukakan hati dia, I takkan teragak-agak rampas dia daripada you. Siap you kalau berani-berani buat buah hati I macam tu “. Ujar gadis itu sambil ketawa. Kata-kata Puteri Laila itu membuatkan Mawar dan Firdaus Arasy turut ketawa.
” Mawar I nak minta maaf kalau selama ni I ada buat salah dengan you and there are so many things I hurt you. I know at that time I didn’t think long and just followed my feelings of hatred towards you. I minta maaf sangat-sangat dekat you and I hope you tak berdendam dengan I “. Ujar Puteri Laila sambil memaut lengan Mawar. Dia betul-betul kesal dengan tindakan kejam yang pernah dia lakukan terhadap gadis itu.
” Tak apa Kak Puteri, Mawar dah lama maafkan akak. Tak pernah pun nak simpan dendam. Apa yang jadi dulu tu semua Mawar dah tolak tepi dan Mawar bersyukur akak dah sedar dari terus membuat kesilapan “. Ujar Mawar dengan tenang. Dia tersenyum kecil.
” And for you too Aras, I nak minta maaf dekat you if I ada buat salah. I suka hati paksa you buat itu ini even I tahu yang you memang tak suka. Maafkan semua salah I yang pernah I buat dekat you and I harap juga yang you tak simpan dendam dekat I “.
” Tak perlu minta maaf. Aku dah maafkan kau “. Ujar Firdaus Arasy dengan tenang. Dia mengukir senyuman lebar.
” Oklah I pergi dulu. I tak boleh lama-lama kat sini. Nak kena cepat banyak lagi kerja yang nak kena buat “. Puteri Laila hendak beredar namun lengannya cepat disambar oleh Mawar.
” Nak pergi mana ni. Tak nak duduk minum dulu? “. Soal Mawar pelik. Gadis itu nampak tergesa-gesa.
” I nak balik London menetap terus disana memandangkan dekat sini I habiskan master. I nak uruskan sikit kerja dekat sana gantikan syarikat papa I “. Ujar Puteri Laila sambil tersenyum sebaris.
Selain itu juga dia hendak pergi ke sana supaya lebih cepat dia dapat lupakan Firdaus Arasy.
” Jaga diri baik-baik “. Ujar Mawar Dahlia sambil tersenyum. Puteri Laila hanya mengangguk perlahan.
” You too “. Puteri Laila terus beredar meninggalkan Firdaus Arasy dan Mawar Dahlia. Air matanya kembali jatuh ke pipi.
…***…
EMELDA melopong dia tak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar. Mustahil.
” Aku dah agak memang dia orang ada hubungan pun. Saja aje berlakon buat-buat tak kenal padahal dah lama bercinta! “. Ujar Emelda dengan nada geram.
” Ha sekarang kau nak pergi mana pula dengan beg besar ni? “. Soal Emelda pelik. Tadi bukan main menangis then sekarang buang tabiat nak lari jauh dari sini. Sewaktu melihat Puteri Laila balik, terkejut juga melihat apabila muka gadis itu sembab dan matanya penuh dengan air mata.
” London “. Ujar gadis itu sepatah.
” Tak boleh dekat lagi ke? “. Perli Emelda sambil mendengus kasar.
” Mel.. ada sebab aku pergi sana. Aku cuba bawa diri tenangkan fikiran dekat sana dan aku nak lupakan Aras “. Tubi mata Puteri Laila bergelenang dan tunggu masa untuk jatuh sahaja. Entah kenapa sebut sahaja nama Firdaus Arasy membuatkannya hampir menangis.
” Habis tu kau macam mana? “.
” Macam ni lah “. Jawab Puteri Laila acuh tak acuh. Puteri Laila menarik keluar beberapa helai tisu yang berada di sisinya lalu menghembus keluar hingusnya. Ni lah padahnya apabila terlalu banyak menangis.
” Puteri.. why don’t you fight for your love? “. Emelda mendengus kemudian wajah temannya itu direnung.
” For what Mel untuk kebaikan aku ke? Aku tak nak jadi penyebab menghancurkan hubungan orang, cukup dulu aku buat macam tu “. Ujar Puteri Laila dengan sebak. Dahlah jangan ungkit lagi perkara ni Mel. Desis hatinya.
” Kau rela walaupun menyakitkan? “. Soal Emelda. Masih ada lagi peluang untuk rebut orang yang kita sayang. Well Firdaus Arasy belum khawin dengan Mawar kan? Masih ada masa lagi kot! Desis hati Emelda.
” Aku rela walaupun menyakitkan. Aku nak tengok dia bahagia dengan pilihan hidup dia. Bagi aku, aku dah cukup gembira tengok Aras tersenyum dengan orang yang dia sayang walaupun orang tu bukan aku “. Berketar-ketar bibir Puteri Laila begitu juga dengan airmata yang tidak henti-henti mengalir.
” Babe, dulu kau tak macam ni tau. Asal kau tiba-tiba jadi lemah macam ni? Come on lah.. Fight for your love “.
” Untuk apa aku nak perjuangkan demi cinta aku kalau hanya aku aje yang bertepuk sebelah tangan. Aku yang bodoh sebab kejar cinta dia sedangkan dia tak cintakan aku. Mel.. sakit memang sakit tapi aku kena terima hakikat yang Aras tak cintakan aku dan aku juga kena terima hakikat bahawa dia berhak tentukan dengan siapa pilihan hati dia “. Ujar Puteri Laila. Dia sudah kehabisan tenaga untuk teruskan kata-katanya.
” Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan kau dan aku kenal siapa Puteri Laila. Puteri Laila tak selemah ni. Dia kuat untuk berkorban apa jua sekalipun “.
Puteri Laila mengelengkan kepalanya.
” Puteri Laila yang tu dah lama mati Mel. Dia tak setabah yang dulu. Cukup lah Mel jangan sebut pasal dia lagi. Aku nak lupakan tentang dia. Kau sepatutnya kawan aku, kau doakan yang terbaik untuk aku bukannya kau makin seksa aku dengan ingatkan balik semua tu “. Puteri Laila menyeka air matanya. Cukup harini airmatanya banyak mengalir gara-gara seorang lelaki.
Emelda hanya mampu diam membisu. Bukan bermaksud penat untuk bercakap tapi dia sengaja memberi peluang kepada Puteri Laila untuk tenangkan fikiran.
…***…
ADAM ARASY tersengih-sengih seperti kerang busuk sambil dia menoleh memandang ke arah adik bongsunya sehingga membuatkan lelaki itu berasa tidak selesa.
” Kau asal tersengih-sengih macam dah kena sampuk hantu? “. Ujar Firdaus Arasy sambil mencebik.
Adam hanya menggelengkan kepalanya kemudian dia tergelak kecil.
” Hah sah-sah kau ni dah kena rasuk hantu. Kejap tersengih-sengih lepas tu tiba-tiba gelak sorang-sorang. Kalau kau kena sampuk dengan hantu jangan kacau aku, aku tak ada masa nak layan kerenah kau “. Kata-kata Firdaus Arasy itu membuatkan Adam Arasy ketawa mengekek. Entah apa yang kelakarnya pun dia tak tahu.
” Kau ni cakap elok sikit lah. Aku masih waras lagi ok “. Ujar Adam bersama sisa tawa.
” Ha aku nak tanya kau ni, kau memang ada sorok kan rahsia apa-apa daripada aku ke? “. Soal Adam Arasy sebaik sahaja sisa tawanya hilang. Dia kembali merenung wajah Firdaus Arasy dengan pandangan yang serius.
” Sorokkan apa? “. Soal Firdaus Arasy pelik. Setahu dia memang tak ada apa-apa cerita pun yang perlu dikongsikan kepada Adam.
” Ye ke? Kau yakin atau kau memang tak nak cerita apa-apa dekat aku? “. Soal Adam Arasy meminta kepastian.
” Tak yang kau ni asal tiba-tiba tanya soalan macam tu? “.
” Tak adalah aku cuma nak tahu asal kau nak rahsiakan benda ni. Patutnya kau kena ceritakan dekat aku juga “. Kata-kata Adam Arasy itu membuatkan Firdaus Arasy berkerut seribu. Apa benda yang dia cakap ni.
” Kejap apa benda yang kau nak cakap sebenarnya ni. Aku tak fahamlah “.
” Jadi betul lah kau dengan Mawar dah official? Sampai hati kau kan tak nak bagitahu kat aku sampailah aku dengar dari mulut orang lain “. Ujar Adam pura-pura kecil hati tapi dalam hati dia bersyukur sangat akhirnya terbuka juga pintu hati adik bongsunya itu.
Firdaus Arasy berhenti menyelak helaian akhbar, dia mengangkat muka memandang ke arah Adam Arasy. Dia sedar bahawa hal itu tidak boleh lagi dirahsiakan namun dia hanya membalas dengan senyuman kecil.
” Mana kau tahu? “. Soal Firdaus Arasy pelik. Setahu dia, memang setakat ni tak bagitahu sesiapa lagi termasuk Adam. Takkan lah Mawar yang bagitahu kot.
” Rasyid bagitahu aku “. Ujar Adam Arasy kemudian dia menghirup secawan kopi sebelum meneruskan kata-katanya.
” Dia nampak mesej kau masuk dalam notification Mawar. ‘ Sayang.. Iove you ‘… “. Ejek Adam Arasy sambil membuat memek muka geli kemudian dia ketawa berdekah-dekah. Firdaus Arasy yang berada disitu sudah tersipu-sipu malu.
” Sebenarnya aku cadang tak nak bagitahu dan bila masing-masing dah ready baru ambil keputusan untuk bagitahu semua tapi korang dah tahu so tak surprise lah “.
” Dulu bukan main cakap tak suka lah perangai dia macam budak-budak. Akhirnya kau yang dah jatuh cinta. Kena penangan cinta Mawar ye bang? “. Adam Arasy tergelak kecil. Dia turut berasa gembira apabila mendapat tahu Mawar dan adiknya itu sedang bercinta dan masing-masing sudah memasang niat untuk ke langkah seterusnya.
Firdaus Arasy mengecilkan matanya geram melihat Adam Arasy yang dari tadi asyik mengertawakan dirinya lantas itu dia terus bangun dan dahi Adam Arasy ditepuk kuat sebelum dia beredar dari pejabat itu.
” Woi sakitlah “. Jerit Adam Arasy sambil merenung tajam ke arah Firdaus Arasy sehingga susuk tubuh itu tidak kelihatan.
Kurang ajar punya adik!
Dahi yang masih lagi terasa pedih itu digosok perlahan.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…