Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 17
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 17 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
PUTERI LAILA termenung di tepi sudut balkoni. Fikirannya jauh memikirkan tentang perkara yang sudah lama berlalu.
Sekeping gambar yang menjadi pengubat rindu dipegang erat. Gambar itu selalu direnung dan juga menjadi tempat untuk meluahkan perasaan seolah-olah gambar itu bercakap.
Sudah hampir enam bulan berada di London tapi khabar lelaki itu langsung tidak diketahui. Dia hanya mampu mengikuti perkembangan Firdaus Arasy melalui akuan Instagram miliknya.
Hati dia bertambah sakit apabila hampir setiap hari lelaki itu memuat naik gambar atau video bersama dengan Mawar berserta dengan
caption sweet. Dia berani akui, bukan mudah untuk melupakan cinta pertamanya tapi dia sendiri yang nak tengok lelaki itu bahagia.
Salena Laurell menghampiri Puteri Laila. Bahu gadis itu diusap lembut dari arah belakang.
” What wrong with you Ila? You have problems? “.
” Nothing “. Kata Puteri Laila sepatah. Dia mengukirkan senyuman kecil.
” Don’t fool me. I know you “.
” If I hide any kind of problem, you’ll know too. Promise with me, If I tell you, don’t be angry “. Kata Puteri Laila sambil tergelak kecil. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan kata-katanya.
” Babe, I can’t forget he even one day. I miss he but I want to see he happy with that girl. Puteri Laila membenamkan mukanya ke bahu Salena. Dia menangis tersedu-sedan dan dengan cara itu sahaja yang dapat membuatkan dirinya kuat.
Salena selalu jugalah tempat untuk dia melepaskan segala perasaannya. Gadis itu setia mendengar isi hatinya.
Salena juga banyak membantu Puteri Laila sehingga sekarang gadis itu sudah mula memakai tudung.
” Hey, I don’t want to see you sad again and remember about that he. Stop hoping and hurt yourself. Start new life, learn to forget he. There are many other men out there who can take care of you better than he. I tak nak tengok you terus menerus macam ni Princess. Kawan siapa yang sanggup biarkan kawan dia terus lemah macam ni “. Salena memeluk erat tubuh gadis itu. Terasa basah bahunya dek kerana Puteri Laila tidak henti-henti mengalirkan airmata.
” You’re here crying and he’s having fun there and you think he’s going to remind you? Oh come on lah Princess, dia takkan ingatkan you. Jangan biarkan hati you terus sakit “. Pesan Salena. Sampai bila dia nak biarkan Puteri Laila macam tu. Dia berhak bahagia kot.
” I know it’s hard for you to do all this but I won’t leave you alone. Apa guna you lari kat London but your heart is still turning to he “.
” I nak you lupakan dia dari sekarang. Buang semuanya tentang dia dari fikiran you and hati you. London ni banyak lagi lelaki yang jauh lebih baik daripada dia “. Kata Salena sambil tertawa kecil. Puteri Laila hanya tersenyum kecil lantas dia menggelengkan kepalanya.
” Tak sama langsung macam dia Lena “.
” Mungkin bukan sekarang tapi I akan cuba lupakan dia “. Ujar Puteri Laila lagi.
Salena Laurell hanya menghembuskan nafas panjang.
” It’s up to you “.
” Thanks “. Puteri Laila tersenyum kecil. Hidung dan mukanya semua kemerahan akibat menangis.
” Now I don’t want to see you cry. All I want you to do is go take a shower and clean yourself. I nak ajak you keluar kita pergi shopping and don’t worry I belanja you “. Salena menepuk lembut bahu Puteri Laila. Gadis itu hanya mengukir senyuman dan mengesat airmatanya.
” Wait a minute “.
” Ok! “.
…***…
MAWAR DAHLIA menekan perutnya yang terasa senak. Air matanya menitis dek kerana ketawakan Firdaus Arasy.
Firdaus Arasy mengecilkan matanya. Geram melihat Mawar asyik ketawakan sahaja dirinya.
” Suka eh gelakkan saya jatuh? “. Firdaus Arasy mencebik. Geram betul melihat gadis comel dihadapannya. Bukan tahu nak tolong tapi tolong gelakkan adalah.
” Ha tulah padan muka awak tadi saya nak tolong angkatkan awak tak bagi. Semua benda awak kata saya tak boleh angkat. Kan dah jatuh padan muka. “. Mawar terkekeh-kekeh ketawa sambil melutut di hadapan Firdaus Arasy.
Suka betul dia tengok mamat ni jatuh dengan muka cemberut nya. Serius comel!
” Ok ok fine, bunga Mawar boleh awak tolong angkatkan saya? “. Firdaus Arasy membuat muka simpati berharap sangat Mawar menolong nya tapi hanya dibalas dengan gelengan kepala.
” Tak nak! Tadi bukan main cakap boleh angkatlah tak berat lah. Bangun sendiri! “. Mawar menjelirkan lidahnya kepada Firdaus Arasy. Lagaknya juga persis macam ibu tiri sambil mencekak pinggang.
” Sampai hati awak tak nak tolong saya kan? Tak apalah kalau awak tak nak tolong saya, saya minta tolong aje dekat budak-budak yang dari tadi sibuk pandang-pandang saya tu “. Ujar Firdaus Arasy sambil memuncungkan bibirnya ke arah yang dimaksudkan itu. Mawar menoleh ke arah belakang dan ternyata benar apa yang dimaksudkan oleh Firdaus Arasy.
Sekumpulan remaja perempuan sedang berbisik sesama mereka kemudian menudingkan jari ke arah Firdaus Arasy sambil tertawa kecil.
” Ha pergilah, awak kan handsome ramai fans pula tu “. Mawar menghembuskan nafas kasar. Menyampah betul!
” Jangan menyesal? “. Soal Firdaus sambil menjongketkan keningnya. Jelas kelihatan muka gadis itu merah padam.
” Pergilah saya tak menyesal pun! “. Mawar terus beredar meninggalkan Firdaus Arasy.
Firdaus Arasy gagahkan diri untuk bangun dari tempat itu dan terus mengejar langkah Mawar. Lengan baju gadis itu ditarik perlahan.
” Awak nak pergi mana ni? Penat saya kejar tau “. Ujar Firdaus Arasy termengah-mengah.
” Pergi jelah mana-mana pun “. Jawab Mawar acuh tak acuh. Dia memalingkan mukanya ke tempat lain.
” Awak marah eh? “. Soal Firdaus Arasy sambil memegang kedua-dua bahu Mawar namun gadis itu cepat-cepat menepis.
” Tak lah saya tengah senyum! “. Mawar menayangkan barisan giginya. Tawa Firdaus Arasy hampir terhabur apabila melihat muka comel gadis itu.
Mawar mencebik kemudian dia menjauhkan sedikit tubuhnya dari Firdaus Arasy.
Firdaus Arasy menghelakan nafas lembut. Dia mendekati Mawar kemudian dia menyentuh perlahan bahu itu.
” Honey, listen here carefully. Thousands of woman came to attract me. I will never cheat on you. Will not and if my choice is you. So you are my choice. Why? Because enough of you can make me smile, laugh and it’s all about you “. Ujar Firdaus Arasy dengan penuh syahdu. Dia memandang tepat ke dalam mata Mawar. Mereka bertentangan mata.
Mawar melarikan pandangan kemudian dia menepis lembut tangan lelaki itu.
” Kenapa Mawar? “. Soal Firdaus Arasy pelik.
Mawar mengelengkan kepalanya.
” Awak tak percayakan saya ke? “. Sekali lagi gadis itu mengelengkan kepalanya.
” Bukan macam tu “.
” Habis tu? “.
” Saya cuma terfikir kenapa awak sukakan saya sedangkan saya tak cantik dan saya berani jujur. Saya langsung tak pandai masak “.
Firdaus Arasy menghelakan nafas lembut. Itu yang dia fikirkan?
” Kenapa awak fikir sampai macam tu sekali sayang? Jatuh cinta dengan seseorang itu bukan atas dasar sebab kekurangan dia tetapi kerana ketulusan hati dia. Sebab itu saya jatuh cinta dengan awak. I don’t look at your past, I look at your honesty “.
” Saya tak kesah pun awak tak pandai masak sebab tu semua boleh belajar dan saya berani jujur awak memang tak cantik pun! “. Ujar Firdaus Arasy lagi bersama dengan sengihan dibibir.
Mawar memalingkan mukanya ke arah Firdaus Arasy dengan matanya dikecilkan.
” Jadi kalau saya tak cantik kenapa suka dekat saya juga? “. Soal Mawar sambil memuncungkan bibirnya. Nafasnya tika ini sudah turun naik.
Tawa Firdaus Arasy terus terhabur. Memang betul-betul kelakar tengok muka pendek ni dengan muncung sedepa macam itik.
” Gelak lah lagi “. Ujar Mawar sambil memeluk tubuh. Menyampah betul!
” Ok ok dah tak gelak dah “. Ujar Firdaus Arasy dengan sisa tawanya. Kemudian dia berdehem.
” You don’t think you’re not pretty baby. To me you are so pretty and perfect. Cukup dengan senyuman dan lirikan mata awak yang mampu buat saya jadi tak keruan. Saya akui awak sungguh cantik dan kecantikan awak tak mampu nak ditandingi oleh mana-mana perempuan pun. Sebab kecantikan awak terletak pada hati awak yang mulia tu “.
Entah kenapa ayat yang diungkapkan oleh lelaki itu telah membuatkan Mawar hilang kata. Hatinya berbunga-bunga dan perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.
” Saya baru perasan awak ni dengan saya aje bukan main beria mengayat bagai dan susah nak nampak awak senyum dengan orang lain. Awak senyum pun dengan orang tertentu aje. Itupun saya, kawan-kawan awak dan abang Adam “.
Firdaus Arasy tersenyum sinis.
” Untuk apa saya nak bazirkan masa dengan orang lain. Lebih-lebih lagi dengan orang yang saya tak kenal langsung. Awak untung sebab dapat bercakap dengan saya “. Ujar Firdaus Arasy dengan nada bersahaja. Dia membuang pandangannya ke arah sawah padi yang terbentang luas itu.
” Itu pun secara kebetulan. Tak sangka lelaki dingin macam awak boleh selembut kapas “.
Firdaus Arasy tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya.
” Cuba awak tengok pemandangan sawah padi dekat sini. Cantik kan? “. Soal Firdaus Arasy sambil menunjukkan ke arah yang dimaksudkan itu.
Mawar menoleh memandang ke arah yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Kemudian dia mengangguk perlahan.
” Cantik “.
” Cantik lagi kalau tengok sama-sama dengan awak “. Firdaus Arasy ketawa mengekek. Mawar tersengih kecil kemudian dia menepuk bahu lelaki itu.
” Sakit lah! “. Ujar Firdaus Arasy sambil menggosok perlahan bahunya.
Mereka berdua kembali memandang ke arah sawah padi dan bibir masing-masing tidak lengkang dengan senyuman.
…***…
FIRDAUS ARASY melangkah ke ruang tamu apabila mendengar suara gelak tawa sepupunya. Dia baru sahaja selesai membersihkan diri.
Firdaus Arasy melabuhkan punggungnya disebelah Iszul dan betul-betul menghadap Mawar. Gadis itu duduk dihadapannya dan bersembang dengan Hanim dan Amira.
Firdaus Arasy hanya memerhati sahaja tingkah laku gadis itu kemudian bibirnya mengukir senyuman lebar. Dia suka melihat Mawar mengenakan kain batik dan berbaju t-shirt. Nampak comel!
” Ceq syak lah kan Aras dengan Mawar ni ada hubungan istimewa lah. Dok tadi pandang sampai tak berkelip mata “. Ujar Irfan tiba-tiba membuatkan semuanya memandang ke arah Firdaus Arasy.
Lelaki itu sudah mengusap perlahan pelipisnya.
” Tak payah nak syak memang aku dah tahu dia orang ni ada something wrong “. Sampuk Farhan pula.
” Betul kan Aras? “. Ujar Farhan lagi bersama dengan sengihan dibibir.
Firdaus Arasy hanya tersenyum kecil. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Mawar. Gadis itu hanya tertunduk malu.
” Diam tu maknanya betui lah “. Ujar Hanim pula sambil tersenyum lebar. Kemudian dia menepuk perlahan peha kanan Mawar.
” 2 kali lah ceq makan nasi minyak. First abang is second Aras. Fuh kenyang “. Ujar Farhan sambil ketawa mengekek.
” Kejap abang is nak khawin? Bila? “. Soal Firdaus Arasy blur. Dia memandang ke arah Farhan dengan kerutan di dahi.
” Awat hang tak tahu kah? “.
Firdaus Arasy hanya menggelengkan kepalanya sebagai tanda tidak tahu.
” Hang lupa kah Paan, waktu abang is tunang Aras mana ada kat sini. Dia kat Korea. Adam ja yang datang sebagai wakil “. Terang Amira kepada Farhan. Farhan hanya mengangguk perlahan.
” Wow mesti cantik kan tunang abang is. Tengok orangnya pun sudahlah handsome “. Kata-kata Mawar itu membuatkan Iszul tersenyum lebar.
” Tak adalah segak macam hang sangkakan “. Ujar Iszul bersama dengan sengihan dibibir.
” Amboi puji abang is handsome ye? Habis saya ni tak handsome ke? “. Soal Firdaus Arasy sambil mencebik.
Mawar sudah melopong kan mulutnya. Hanim dan Amira pula sudah ketawa mengekek begitu juga dengan Irfan dan Farhan.
” Hang dengan abang is pun nak cemburu kah? Teruk betui hang ni Aras “. Ujar Farhan bersama dengan sengihan dibibir. Manakala yang lain pula sudah mula tertawa kecil.
” Hm korang.. Mawar masuk bilik dulu ye? Mawar nak rehat kejap “. Ujar Mawar seraya terus berdiri. Yang lain hanya mengangguk perlahan manakala Firdaus Arasy hanya jadi pemerhati.
” Tak apalah kak Mawar rehat aje dalam bilik. Depa ni kalau sembang sampai pagi tak habis lagi! “. Ujar Hanim sambil ketawa kecil.
” Haah lagipun esok pagi kak Mawar dengan abang Aras nak bertolak balik KL kan? Tak apa rehat ja “. Sampuk Amira pula.
” Aras tak nak rehat juga ke? “. Soal Iszul pula.
Firdaus Arasy hanya menggelengkan kepalanya.
” Kejap lagi tak rasa ngantuk “.
Mawar mengukirkan senyuman kepada semua yang ada disitu sebelum masuk ke dalam bilik.
Pintu bilik ditutup rapat kemudian dikunci dari dalam. Dia merebahkan dirinya diatas katil sebelum lampu tidur dimatikan.
Baru sahaja dia hendak menutup matanya. Bunyi notification masuk bertalu-talu membuatkan lena nya terganggu.
Mawar mencapai handphone nya dan terus menyalakan skrin tersebut. Mesej dari Firdaus Arasy. Dahinya terus berkerut. Pelik tak akan masuk bilik aje pun dah rindu.
Arjuna ( Arasy )❤️
Dah tido ye?
Sorry ganggu kalau awak dah tido.
Saya cuma nak cakap iloveu!
😁
^^^Baru nak lelapkan mata^^^
^^^Gatal!^^^
Firdaus Arasy menekup mulutnya dengan belakang tangan. Matanya memandang sekeliling, memerhati semua sepupunya yang masih lagi leka berbual. Kemudian jari-jemari menari-nari diatas papan kekunci.
Arjuna ( Aras )❤️
Amboi garangnya 😂
Tak apalah awak tido tau
Esok pagi kita dah nak gerak balik KL.
Goodnight Jagiya!
Sekali lagi dahi Mawar berkerut. Jagiya? Apa benda tu?
^^^Jagiya? Apa benda tu?^^^
^^^Pelik-pelik lah bahasa awak ni^^^
Firdaus Arasy terus terkekeh-kekeh ketawa. Hanim, Amira, Irfan, Iszul dan juga Farhan menoleh memandang ke arah Firdaus Arasy dengan kerutan di dahi.
” Awat dengan hang ni Aras? Dok tersengih-sengih macam kerang busuk pasai pa? “. Soal Iszul.
Firdaus Arasy terus mengelengkan kepalanya.
” Tak ada apa “.
Mawar🌹
Dah lah saya malas nak layan awak
Saya nak tido tau
Selamat malam
Assalamualaikum
Mawar meletakkan semula handphone diatas meja kemudian dia terus melelapkan matanya.
Bibir Firdaus Arasy masih lagi tersenyum lebar secara hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah sepupu-sepupunya.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…