Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 18
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 18 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
MAWAR DAHLIA berdiri di hadapan cermin dengan mencalit sedikit gincu dibibir mungilnya. Solekan terakhir diakhiri pula dengan mengenakan maskara.
Firdaus Arasy melintasi dihadapan bilik Mawar dan dia berhenti melangkah. Matanya memandang ke arah Mawar yang masih lagi sibuk menghiasi mukanya.
” Sudah sudahlah tu conteng muka. Nanti lagi buruk jadinya! “. Usik Firdaus Arasy sambil tersenyum kecil.
Mawar menoleh memandang ke arah Firdaus Arasy dengan keningnya terangkat sebelah.
” Siapa suruh intai anak dara orang? Tak tahu malu ke “. Mawar menapak ke arah Firdaus Arasy sebelum pintu bilik itu ditutup rapat.
Firdaus Arasy terus mencebik kemudian dia berlalu pergi ke ruang tamu.
” Wow abang Aras ni kan kalau pakai baju apa-apa pun memang nampak segak nah “. Ujar Hanim bersama dengan sengihan dibibir. Lantas itu dia terus menjerit kecil apabila Amira mencubit peha kanannya.
” Sakit lah! “.
Amira menjugilkan matanya kepada Hanim. Kemudian dia menghadiahkan senyuman kepada Firdaus Arasy.
” Abang Aras tok sah lah layan perangai galak si Hanim ni. Dia memang lagu tu! “. Ujar Amira sambil mencebik.
Firdaus Arasy hanya mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.
” Ha Aras Mawar mana? Tokma dari tadi tak nampak batang hidung dia “. Ujar Tokma pula sambil memandang sekeliling rumah.
” Ada dalam bilik Tokma. Orang perempuan memang bersiap lama “.
” Ish abang Aras ni. Tak baik habaq lagu tu. Kami yang perempuan ni kenalah ada level confident. If there is confident then you can face it calmly. I’m right Mira? “. Ujar Hanim sambil menyiku lengan Amira.
” Betui ceq setuju. Kadang-kadang depa makeup pun bukannya nak tayang muka yang segak. Kadang pun ceq lagu tu juga nah. Nak nampak cantik hanya untuk diri sendiri “.
Firdaus Arasy menayangkan muka toya. Kalau cakap dengan dia orang ni memang tak akan menang. Berdebat sampai pagi pun belum tentu habis. Orang perempuan kan nak menang aje!
” Sometimes even men want to look handsome too macam perempuan juga “. Ujar Firdaus Arasy tak nak mengalah. Tokma pula sudah mengelengkan kepalanya.
” Tahu pun abang Aras. Ceq ingat abang tak tahu “.
” Sudah-sudah pening Tokma tengok depa ni lah satgi terus naik migrain. Tokma nak ke dapur kejap tengok pengat pisang yang Mira dengan Hanim buat. Ghalet sembang satgi kering terus ayaq jeghang pengat pisang tu “. Tokma sudah mula beranjak ke dapur. Amira dan Hanim pula memandang sesama sendiri kemudian mereka terus tersengih-sengih.
” Sorry Tokma “.
…***…
MATA Firdaus Arasy hanya fokus gelagat mereka yang berada dihadapannya sambil bersandar di tepi kereta dan tangganya disilangkan ke dada. Dia mengeluh kecil. Tak habis lagi bab drama potong bawang?
Mawar memeluk erat tubuh wanita yang sudah memapah usia itu. Pelukan dieratkan lagi apabila Tokma juga melakukan benda yang sama. Mulalah makin banyak airmatanya mengalir.
” Nanti ada rezeki lagi kita jumpa ye Tokma? “. Ujar Mawar bersama dengan esakan tangisan.
” Kak Mawar jumpa Tokma je. Kita orang semua tak kan dah lupa kot “. Sampuk Amira pula. Dia juga turut mengalirkan airmata.
Farhan dan Irfan pula sudah buat muka toya kemudian masing-masing beralih pula ke arah Firdaus Arasy.
” Sampai sana kirim salam dengan Adam “. Ujar Iszul sambil menepuk bahu Firdaus Arasy.
Firdaus Arasy hanya mengangguk perlahan.
” Mawar tak akan lupa korang semua. Terima kasih sebab korang semua layan Mawar baik sangat. InshaAllah kita jumpa lagi nanti “.
” Tokma kat sini jaga kesihatan tau. Jangan lupa makan dan jangan lupa makan ubat “. Ujar Mawar lagi bersama dengan sengihan dibibir.
Tokma pula hanya mengangguk perlahan. Bibir wanita tua itu tidak lengkang dengan senyuman.
” Hang dok sah risau pasal Tokma nah. Depa semua ni ada, pandai lah jaga Tokma nanti “.
Hanim menghampiri Mawar dengan membawa satu plastik yang berisi bekas makanan lalu diberikan kepada Mawar.
” Ni pengat pisang yang sempat Hanim dengan Mira buat kat dapur tadi. Rasanya cukup untuk akak “. Plastik tadi sudah bertukar tangan.
” Terima kasih susah-susah aje korang buatkan “.
” Dok sah habaq lagu tu nah. Ambil aje Hanim dengan Mira buat untuk akak. Lagipun ceq tahu kak Mawar suka makan pengat pisang tu kan? “. Sampuk Amira pula. Gadis itu hanya tersenyum.
” Abang Aras, pedo sikit bawak anak dara orang nah. Dah sampai Kuala Lumpur tu habaq kat kami “. Ujar Hanim berbaur pesan. Lelaki itu hanya mengangguk perlahan bersama sengihan dibibir.
” Hang tok sah risau, nanti mana tau Aras bawak Mawar sebagai kawan. Esok lusa kad khawin pula sampai “. Ujar Farhan sambil terkekeh-kekeh ketawa.
” Hang ni Paan ada-ada ja nah “. Ujar Tokma sambil menggelengkan kepalanya. Farhan hanya menayangkan barisan giginya.
” Kirim salam dekat umi dengan baba bila hang dah sampai KL nanti ye Mawar? “.
” InshaAllah Tokma “.
” Mawar balik dulu ye? Assalamualaikum semua “. Ujar Mawar lagi. Dia melambaikan tangannya. Semua yang ada disitu hanya mengangguk perlahan. Perlahan-lahan tubuh kecil itu masuk ke dalam perut kereta.
” Seronok awak borak dengan dia orang sampai saya dah masuk kereta pun awak tak perasan “. Ujar Firdaus Arasy ala-ala merajuk apabila sebaik sahaja Mawar masuk ke dalam kereta.
” Awak apa tahu. Membebel je kerjanya “. Mawar mencebik kemudian dia berpeluk tubuh.
” Jangan lah marah. Kalau ada rezeki nanti kita datang sini lagi. Saya tengok awak pun selesa dengan dia orang terutamanya dengan Tokma “.
” Tokma layan saya dengan baik “.
” Tokma memang macam tu. Dengan semua orang dia ramah. Tak hairan lah juga dengan awak. InshaAllah nanti saya bawa awak datang sini lagi “. Pujuk Firdaus Arasy. Dia terus memandu kereta meninggal pekarangan rumah tersebut.
Mawar hanya mendiamkan diri. Dia merenung ke luar tingkap menikmati pemandangan yang indah itu sebelum matanya perlahan-lahan tertutup rapat.
…***…
FIRDAUS ARASY hanya mengukir senyuman apabila melihat Mawar sudah terlelap di sebelahnya.
Entah datang dari mana nyamuk kemudian hinggap tepat diatas hidung mancung gadis itu. Tangan Firdaus Arasy cepat sahaja mahu menghalau nyamuk tersebut kemudian dia terus membatalkan niatnya apabila melihat gadis itu mula menggeliat kecil dan mencelikkan matanya.
” Ya Allah terkejut saya “. Mawar terperanjat. Mana tak nya buka mata sahaja tengok Firdaus Arasy ada di depan matanya. Sudahlah jarak mereka terlalu dekat.
” Sudah berapa lama awak tengok saya? “. Mawar menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada. Firdaus Arasy disebelah dipandang dengan kerutan di dahi.
Firdaus Arasy terus membetulkan posisi kedudukannya. Dia berdehem sambil membetulkan kaca mata hitamnya.
” Perasan mana ada saya tengok awak. Awak jangan risau saya tak ada niat lain “.
” Penipu! “. Mawar berdecit. Dia menjauhkan sedikit jaraknya dengan Firdaus Arasy.
” Awak tidur tadi, saya ingatkan nak kejutkan tapi tak sampai hati pula. Lepastu ada nyamuk hinggap dekat hidung awak. Saya nak halau tapi awak dah terjaga “. Ujar Firdaus Arasy dengan tenang. Dia meletakkan tangannya diatas stereng kereta.
Mawar mengecilkan matanya. Boleh percaya ke mamat ni.
” Berapa lama dah kita dekat sini? “. Soal Mawar kemudian dia memandang sekeliling. Cepat betul sampai KL.
” Hm.. dalam setengah jam juga “.
Mawar melopong mulut. Lamanya aku tidur sampai tak sedar ya Allah.
” Saya minta maaf tak teman awak borak masa drive “. Ujar Mawar sambil menundukkan kepalanya.
” Tak mengapa Mawar. Lagipun saya tahu awak penat “.
” Saya dah nak gerak dah ni. Beg bagasi awak saya dah keluarkan tapi saya letak dekat tepi tembok tu je. Saya dah call Anis kejap lagi dia turun ambil awak. Maaf saya tak dapat nak teman awak sampai naik atas. Saya ada hal penting nak kena buat lepas ni “. Ujar Firdaus Arasy sambil mengerling jam ditangan. Mawar hanya mengangguk perlahan. Dia faham benar dengan situasi lelaki itu.
” Rasanya awak tak perlu tunggu saya tau. Sebab saya ada kerja sikit dan saya terus singgah pergi studio. Minggu depan saya dah start praktis for new album “.
Mawar hanya mengangguk perlahan kemudian dia terus keluar dari perut kereta itu. Sebelum menutup pintu kereta tersebut, sempat Mawar memandang sekilas wajah lelaki itu.
Kalau iya pun nak cepat, muka aku langsung tak nak pandang dah ke?
Mawar tersenyum kecil. Dia tutup pintu kereta itu dengan perlahan. Airmatanya laju sahaja mengalir di pipi. Dia terus melangkah setapak dua kemudian dia berhenti melangkah apabila namanya dipanggil.
Mawar tidak menoleh hanya berdiri statik disitu sambil mendengar bait-bait kata yang diungkapkan oleh lelaki itu.
” Mawar Dahlia saya tahu saya dah lukakan hati awak. Saya tahu saya banyak buat silap dengan awak tapi tak bermaksud saya lupakan awak. Sesibuk macam mana sekalipun saya, saya tak akan sesekali lupakan awak.
Gadis itu sahaja yang buat saya jadi macam sekarang dan gadis itu jugalah yang buat saya jadi tak keruan dan hilang arah. Saya janji Mawar Dahlia, InshaAllah lepas habis je semua kerja ni. Saya dah pasang niat dan azam untuk ambil awak jadi hak saya “.
Saya nak halalkan awak Mawar. Itu janji saya. Mawar Dahlia binti Muhamad Azman saya sayangkan awak “. Airmata gadis itu makin mengalir dengan deras. Dia menyeka airmata itu sebelum kembali menapak mengambil beg bagasi miliknya.
Firdaus Arasy memandang belakang badan gadis itu sehingga kelibatnya hilang dari pandangan. Dia mengeluh dan tangannya kuat menggenggam erat stereng kereta.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…