Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 21
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 21 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
MAWAR DAHLIA melangkah masuk ke dalam dewan yang cukup cantik. Matanya tertarik pada butiran manik yang berada di setiap atap siling yang dijadikan sebagai lampu hiasan.
Tema tersebut kena dengan warna baju yang dipakai oleh Mawar. Baju itu ialah baju pemberian daripada Firdaus Arasy. Lelaki itu menyuruh Mawar memakai baju tersebut pada waktu dia membuat persembahan. Ya iaitu hari ini.
Mawar mendandan kan rambut dengan mengayakan hujung anak rambut didandan kerinting persis Barbie doll. Tidak lupa juga anting-anting berwarna putih pemberian Firdaus Arasy juga dipakai.
Memang hampir semua barangan dari pemberian lelaki itu. Bila ditolak dia akan ugut untuk tidak membuat persembahan umum tersebut. Gila bukan?
” Selamat datang cik, boleh saya tahu cik booking meja atas nama siapa? “. Tanya salah satu perempuan yang berada di sebelah pintu gerbang. Bibir gadis itu tidak lengkang dengan senyuman. Terserlah lesung pipitnya dibelah kanan. Cantik!
” Firdaus Arasy “. Iye lelaki itu sudah pesan kalau sampai sahaja ditempat tersebut. Cakap sahaja nama dia dan mereka juga adalah salah satu tetamu VIP.
” Mawar, aku tak sangka dewan ni boleh jadi cantik macam ni. Dah macam majlis khawin! “. Ujar Anis dengan teruja. Matanya melilau memandang segenap ruang dewan tersebut.
” Cik, meja awak dekat barisan hadapan sebelah kanan ye. Nombor meja ialah nombor 4 “. Ujar gadis itu dengan senyuman dibibir. Ahh aku yang perempuan ni pun cair dengan senyuman tu.
” Terima kasih “. Mawar tersenyum lebar kemudian dia menundukkan sedikit kepalanya. Dia menarik tangan Anis supaya mengikut langkahnya.
Matanya terus memandang sekeliling mencari meja tempat duduknya.
” Mawar! “. Jerit satu suara. Mawar menoleh memandang gerangan suara tersebut. Kemudian bibirnya mengukir senyuman.
” Eh abang Adam pun ada kat sini? “. Mawar mendekati mereka dan terus melabuhkan punggungnya. Memandangkan itu adalah meja bernombor 4.
Dihadiahkan senyuman lebar buat Syafiqah dan juga anak Adam Arasy. Disitu juga ada Mikail, Rasyid dan juga seorang lelaki yang sudah berusia.
Melihat kerutan di dahi Mawar, Adam Arasy sudah tergelak kecil.
” Abang kenalkan ni papa saudara abang, Encik Haris “. Adam Arasy memperkenalkan Encik Haris kepada Mawar. Lelaki tua itu mengukir senyuman begitu juga dengan Mawar.
Anis sudah menunduk malu. Dia melabuhkan punggungnya betul-betul di hadapan Mikail.
” Jadi ni lah Mawar yang selalu Adam ceritakan tu? “. Soal Encik Haris sambil mengerling ke arah Mawar. Cantik! Memang padan dengan Aras.
” Ye pa, dialah Mawar adik Rasyid “.
” Baby tak tahu pun abang Ras ada dekat sini. Ingatkan tak datang “. Bisik Mawar betul-betul disebelah Rasyid. Lelaki itu hanya tergelak kecil.
” Abang dari tempat kerja balik rumah terus datang sini tau. Mestilah abang datang. Bakal adik ipar buat persembahan kot gila tak datang! “. Rasyid terkekeh-kekeh ketawa tapi nadanya masih lagi dikawal.
Mawar mencebik kemudian dia menepuk perlahan peha Rasyid. Makin galak lelaki itu mengekek ketawa.
” Pandai-pandai aje abang ni kan! “.
” Apa salah ke abang cakap? “.
” Diam lah abang malu baby tau! “. Bisik Mawar keras. Kemudian dia terus menghadiahkan senyuman kepada Encik Haris apabila lelaki itu memandang ke arahnya.
” Adik abang ni nampak cantik tau harini “. Puji Rasyid dengan sengihan dibibir.
” Oh selama ni baby tak cantik lah? “. Mawar menjugilkan bola matanya.
” Bukan macam tu, maksud abang memang baby hari-hari nampak cantik tapi untuk hari ni memang lagi cantik! “. Rasyid menaikkan ibu jarinya.
Mawar pula sudah memutarkan bola matanya ke atas.
” Apa-apa lah abang “.
…***…
LAMPU yang berada di atas pentas itu tiba-tiba dimatikan. Serta merta keadaan dewan tersebut sunyi sepi. Semua mata mula fokus ke arah figura yang mula menapak ke arah mikrofon.
Matanya mula mencari kelibat seseorang. Dia mula mengukirkan senyuman apabila melihat gadis itu. Dia nampak cantik.
Alunan muzik mula dimainkan dan dia mula menyanyikan barisan lagu tersebut.
” I’m only one call away
I’ll be there to save the day
Superman got nothing on me
I’m only one call away
Call me, baby, if you need a friend
I just wanna give you love
C’mon, c’mon, c’mon
Reaching out to you, so take a chance “.
Firdaus Arasy menyanyikan lagu tersebut dengan penuh syahdu. Matanya memandang ke arah Mawar kemudian dia menutup semula matanya.
” No matter where you go, know you’re not alone
I’m only one call away “.
Jantung Mawar berdegup laju. Mata dia tidak lengkang memandang ke arah Firdaus Arasy. Dia akui lelaki itu nampak sungguh kacak bila mengenakan tuxedo serba hitam.
Rambut lelaki itu juga tidak seperti selalu, gayanya sudah ditukar dan nampak lebih handsome kerana gaya itu sesuai dengan rambut Firdaus Arasy yang agak panjang itu.
” I’ll be there to save the day
Superman got nothing on me
I’m only one call away
Come along with me and don’t be scared
I just wanna set you free
C’mon, c’mon, c’mon
You and me can make it up, anyway
For now, we can stay here for a while
Cause you know, I just wanna see your smile
No matter where you go, know you’re not alone “.
Mata Firdaus Arasy tidak lengkang memandang ke arah Mawar sejak dia mula berdiri di atas pentas itu. Gadis itu seolah-olah magnet yang mampu menarik pandangan Firdaus Arasy dari terus memandang ke arah gadis itu.
” I’m only one call away
I’ll be there to save the day
Superman got nothing on me
I’m only one call away
When you’re weak I’ll be strong
I’m gonna keep holding on
Now don’t you worry, it won’t be long
Darling, if you feel like hope is gone
Just run into my arms
I’m only one call away
I’ll be there to save the day
Superman got nothing on me
I’m only one, I’m only one call away
I’m only one call away
I’ll be there to save the day
Superman got nothing on me
I’m only one call away
I’m only one call away “.
Firdaus Arasy menghabiskan bait-bait barisan lagu tersebut. Nafasnya turun naik penat. Dia mengakhiri ucapan dengan menundukkan separuh badannya sebagai tanda ucapan terima kasih.
Tepukan gemuruh mula kedengaran satu dewan tersebut. Ada diantara mereka mula berdiri menepuk tangan sebagai satu penghargaan kerana Firdaus Arasy dapat menjalankan perkara tersebut dengan baik.
Walaupun lagu mudah dan senang dibawa namun cara lelaki itu mengalunkan lagu tersebut dengan berbeza dan mampu membuat semua orang terpukau bila mendengarnya.
Sekali lagi dia menundukkan separuh badannya sebelum turun dari pentas.
…***…
AIR kosong itu diteguk rakus sehingga habis satu cawan kemudian dia menuang lagi ke dalam cawan tersebut dan kembali meneguk.
Firdaus Arasy lebih gemar memilih air kosong berbanding dengan air manis.
Ah lega!
Mawar menghampiri Firdaus Arasy kemudian dia bersandar pada dinding. Sapu tangan berwarna merah jambu tu dihulurkan kepada Firdaus Arasy.
” Mesti awak penat kan? Ambil lah kain ni buat lap peluh awak “. Mawar mengukirkan senyuman manis.
Kening Firdaus Arasy terangkat sebelah.
Kemudian dia menyambut huluran tersebut. Dilap perlahan dahinya dan membuatkan Firdaus Arasy tertarik dengan kain itu adalah baunya. Tak perlu mencium kain tersebut pun dia sudah dapat mengagak bahawa itu semerbak bau bunga Ros.
” Terima kasih “. Firdaus Arasy tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi putihnya.
” Saya suka tengok awak pakai baju macam ni. Nampak cantik “. Sekali lagi bibir lelaki itu mengukirkan senyuman.
Pipi Mawar sudah mula berona merah.
” Awak pun apa kurangnya. Awak nampak lebih handsome bila gayakan rambut macam tu “. Mawar tersengih lebar. Wal hal dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaannya bila dipuji depan orang yang kita suka.
” Awak suka? “.
Mawar hanya mengangguk perlahan, mengiakan sahaja kata-kata Mawar itu.
” Kalau awak suka, saya tukar style rambut macam ni aje lah “.
Kalau tadi Mawar menganggukkan kepalanya tapi sekarang dia menggelengkan kepala.
” Kenapa pula? “. Soal Firdaus Arasy hairan bersama dengan kerutan di dahi.
” Nanti makin ramai fans awak! “. Ujar Mawar dengan memuncungkan bibirnya.
Firdaus Arasy sudah mengekek ketawa.
” Awak cemburu ye? “. Ujar Firdaus Arasy bersama dengan sisa tawanya.
Mawar mencebik kemudian dia mencubit lengan kiri Firdaus Arasy sehingga membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan.
” Err Aras, saya nak pergi tandas sekejap, awak tak perlu hantar saya balik. Saya balik dengan abang Rasyid sebab Anis lepas ni plan nak keluar dengan Mika. Oh saya nak pesan dekat awak, ada orang nak jumpa awak dekat luar dewan “. Mawar berura-ura untuk beredar dari situ namun lengannya sempat disambar oleh Firdaus Arasy.
” Kejap Mawar, siapa yang nak jumpa saya? “. Kening Firdaus Arasy terangkat sebelah.
Mawar mengeluh perlahan.
” Nanti awak tahu sendiri. Saya nak pergi tandas tak tahan dah ni! “. Mawar melepaskan genggaman tangan Firdaus Arasy kemudian dia terus menapak pergi dari situ meninggalkan Firdaus Arasy yang terpinga-pinga.
Firdaus Arasy masih lagi dengan muka blur nya. Terkebil-kebil matanya memandang belakang badan gadis itu sehingga kelibatnya hilang dari pandangan.
…***…
FIRDAUS ARASY menapak ke luar dewan kemudian matanya memandang segenap kawasan tersebut mencari seseorang yang dimaksudkan oleh Mawar.
Siapa pula yang nak jumpa aku ni?
Kemudian matanya fokus memandang satu figura yang berdiri membelakangi nya. Jelas kedengaran bahawa lelaki itu mengeluh dan pandangannya dihalakan ke arah dada langit.
Firdaus Arasy menghampiri susuk tubuh lelaki itu dan berdiri disebelah. Lelaki itu masih lagi tidak menyedari akan kehadirannya.
Tanpa menoleh ke arah lelaki itu dan dia terus berdehem membuatkan lelaki itu menoleh memandang ke arah Firdaus Arasy.
Terkejut bukan kepalang apabila melihat kini yang berdiri di sebelahnya adalah Firdaus Arasy. Benarkah ini Arasy? Ya Allah kau kuatkanlah hati aku.
” Tuan ke yang berjumpa dengan saya? “. Soal Firdaus Arasy tanpa menoleh ke arah lelaki itu. Dia asyik memandang suasana malam yang sungguh cantik itu.
” Y.. ye saya “. Ujar Encik Haris dengan gagap. Dalam hati dia mengeluh berat. Airmata yang mengalir sedikit itu diseka dengan hujung jari.
” Ada apa ye Encik nak jumpa dengan saya? “. Firdaus Arasy menoleh memandang ke arah lelaki itu. Kalau tadi bibirnya mengukirkan senyuman tapi tidak lagi. Terkejut dengan apa yang dilihatnya.
Bagaikan satu tamparan hebat buat dirinya tika ini. Sungguh dia tidak percaya yang berdiri di hadapannya adalah orang yang selama ini dia cari. Tertanya-tanya dimanakah lelaki itu berada. Dan sekarang tiba-tiba muncul dihadapannya.
” Aras? “. Ujar Encik Haris perlahan. Airmata jatuh jua ke pipinya. Ingin sahaja tubuh kecil itu dipeluk erat, melepaskan rindu namun dia batalkan sahaja niatnya.
” Papa rindu Aras! “. Tutur lelaki itu dengan menghaburkan tangisannya.
Tubi mata Firdaus Arasy sudah penuh dengan airmata. Dia tahankan dirinya dari terus mengalirkan airmata depan lelaki itu. Dia tak nak nampak yang dirinya lemah.
Lutut Firdaus Arasy terketar-ketar. Baru sahaja dia hendak melangkah pergi ada satu tangan yang menggenggam lengannya.
Firdaus Arasy menoleh ingin memandang siapakah gerangan tersebut. Adam Arasy pantas menggelengkan kepalanya. Dia tidak membenarkan Firdaus Arasy beredar.
” Kita bincang hal ni dekat tempat lain. Aku tak nak orang lain dengar tentang masalah keluarga kita “.
Firdaus Arasy menepis tangan Adam Arasy.
” Kalau aku cakap aku tak nak? “. Sinis sahaja kata Firdaus Arasy. Dia mencerlung tajam ke arah dua orang lelaki yang berada dihadapannya.
” Boleh tak untuk hari ini je kau dengar cakap aku. Jangan terlalu ikutkan perasaan marah kau “. Ujar Adam Arasy berbaur pesan. Dia kekal tenang sahaja.
Firdaus Arasy mendengus kasar kemudian dia menapak menuju ke arah bangku yang sudah tersedia disitu. Pandangannya di alihkan ke tempat lain.
Adam Arasy mengusap lembut belakang badan Encik Haris. Dia meminta untuk lelaki itu bersabar dengan sikap dan layanan adiknya.
Lelaki itu hanya tersenyum sebaris sebelum dia mengangguk perlahan.
Adam dan Encik Haris sama-sama melabuhkan punggung di atas bangku batu itu. Mereka mengambil tempat berhadapan dengan Firdaus Arasy.
” Aku harap sebelum papa jelaskan apa yang dia nak cakapkan. Aku minta untuk kau tenang dan banyakkan berdoa untuk papa “. Ujar Adam Arasy memecahkan kesunyian itu.
Dahi Firdaus Arasy berkerut.
” Maksud kau? “.
Adam Arasy mengangguk perlahan kepada Encik Haris. Memberi ruang untuk lelaki itu meluahkan perasaannya.
” Sebelum papa nak cerita, papa nak minta maaf sebab lama menghilangkan diri. Papa nak minta maaf sangat-sangat dekat korang bedua. Papa pergi ke luar negara tu bukannya saja-saja, ada sebab papa pergi sana “. Encik Haris menyeka airmata dengan hujung jari kemudian dia mengeluh perlahan.
” 10 tahun papa pergi sana sebab nak jalani pembedahan otak. Papa akui waktu tu memang rasa takut sangat. Takut sebab papa tak akan jumpa korang berdua bila papa jalani pembedahan tu. Kawan papa dari UK tulah yang sanggup temankan papa sepanjang sesi pembedahan tersebut.
Alhamdulillah pembedahan tu berjaya dilakukan. Papa dah tak rasa sakit macam mana mula-mula kena dulu. Papa ingat, papa dah boleh kembali hidup macam biasa tapi nak buat macam. Perancangan Allah itu lebih indah. Lepas 4 tahun jalani pembedahan, papa kembali rasa sakit yang terlampau sakit dekat kepala.
Doktor cakap ada ketumbuhan dalam kepala papa lepas sahaja pembedahan tu dijalankan. Doktor cakap dah tak boleh nak buat apa sebab ketumbuhan tu betul-betul dekat dengan urat saraf. Jika nak buat juga pembedahan tu, mungkin ada dua risiko. Satu meragut nyawa dan kedua kemungkinan urat saraf boleh terputus “. Ujar Encik Haris dengan esakan tangisan.
Airmata Firdaus Arasy mengalir dengan deras. Adam Arasy juga turut mengalirkan airmata. Walaupun dia sudah mendengarnya, namun dia tetap kalah dengan airmata.
” Papa harap Aras tak simpan dendam dengan papa. Papa tak sanggup jika Aras terus seksa papa macam ni. Papa dah tua Aras, bila-bila masa aje Allah akan tarik nyawa papa “. Mendengar sahaja kata-kata dari Encik Haris itu, makin tumpah airmata lelaki itu mengalir.
Lantas itu dia menggeleng kepala laju. Dia mendekati tubuh lelaki itu dan memeluk tubuh itu dengan erat.
” Jangan cakap macam tu pa. Jangan tinggalkan Aras “. Firdaus Arasy membenamkan wajahnya diatas bahu Firdaus Arasy.
” Sikit pun Aras tak simpan dendam dekat papa “. Luluh hati Encik Haris bila lelaki itu memeluk erat tubuhnya.
Adam Arasy yang memerhati turut mengalirkan airmata.
Makin erat tubuh Firdaus Arasy itu dipeluk erat oleh Encik Haris.
Bersaksikan bulan dan bintang malam itu malam penuh dengan airmata dari insan tiga anak-beranak itu. Biarlah airmata menceritakan segala.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…