Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 22
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 22 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
LIPATAN terakhir baju itu diletakkan di dalam almari sebelum pintu almari itu ditutup rapat. Kemudian dia melabuhkan punggungnya diatas katil lalu mengeluarkan sesuatu didalam beg kertas.
Plastik pembalut itu dikoyak dan dia tersenyum lebar melihat beberapa helai tudung bawal yang cantik.
Salena yang baru sahaja melintasi bilik Puteri Laila terus dia menghentikan langkahnya. Dia menjenguk sedikit ke dalam bilik gadis itu. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.
Dia berdehem kecil.
Puteri Laila tersentak kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Salena yang sudah bersandar di muka pintu.
” Bila masa you beli semua tudung ni? “. Ujar Salena kemudian dia menapak ke arah gadis itu dan melabuhkan punggungnya disebelah Puteri Laila.
” I beli time kita keluar haritu. Senyap-senyap aje then baru harini buka kotak plastik “.
Salena mengangguk perlahan. Kemudian dia mengambil satu persatu helaian tudung tersebut.
” I’m happy when you start to change. I harap you berubah bukan disebebabkan dia “.
Puteri Laila mengelengkan kepalanya laju.
” No Lena, I changed not because of him. I berubah sebab nak cari keredhaan Allah. I dah terlalu banyak buat dosa sampai I lupa siapa diri I. I tak boleh terus menatap macam orang bodoh. Like what I said before to you. I nak lupakan dia “. Ujar Puteri Laila kemudian dia tersenyum kecil.
” Baguslah kalau you cakap macam tu. Lega hati I. Apa yang you buat, I akan support dari belakang because you my friend “. Salena mengukirkan senyuman lebar.
” Oh, I dengar lusa you dah start masuk office papa you right? Alhamdulillah I ada teman nak pergi kerja “. Ujar Salena dengan gembira.
” Yaa betul, I akan uruskan syarikat papa. Walaupun nervous I tetap kena ambil alih juga syarikat tu. Lagipun papa dah berusia dan papa akan serahkan jawatan CEO dekat I “.
” Lusa I datang office jumpa papa dan papa hanya terangkan apa yang patut I buat “.
” I’m so happy with you, muda-muda lagi bakal pegang jawatan CEO dan bukan mudah untuk sandang jawatan besar tu “.
Puteri Laila mengangguk perlahan. Setuju dengan kata-kata Salena. Ada juga dikalangan mereka yang pegang jawatan besar tapi tidak mampu pikul tanggungjawab itu dengan betul. Hanya mahu duduk di kerusi CEO dan berlagak sombong.
” InshaAllah I tak akan sia-siakan peluang tu. I akan banggakan papa dan I yakin dengan diri I sendiri “.
Salena tersenyum lebar melihat senyuman yang terukir di bibir gadis itu.
…***…
TANGAN Puteri Laila ingin menolak daun pintu cafe kemudian ada satu tangan lain yang juga ingin menolak pintu tersebut sebelum kedua-dua mereka serentak menoleh memandang satu sama lain.
” Sorry miss, my wrong “. Ujar lelaki itu dengan lembut. Dia tersenyum manis sehingga menampakkan gigi taringnya.
Jantung Puteri Laila berdegup kencang. Matanya tidak lepas daripada memandang wajah lelaki yang berada dihadapannya sebelum dia berdehem kecil.
Sekali lagi lelaki itu tersenyum lebar.
” No it’s not your fault “. Ujar Puteri Laila perlahan. Hanya dengar tak dengar sahaja suaranya.
Lelaki itu tersenyum lebar.
” Saya jalan dulu ye? “. Pamit lelaki itu kemudian dia tersenyum lagi. Memang dari awal lelaki itu hanya tersenyum sahaja. Murah dengan senyuman!
” Silakan “. Ujar Puteri Laila memberi ruang kepada lelaki itu. Lelaki itu terus mengangguk perlahan kemudian dia beredar dari situ.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
Matanya tidak lengkang dari memandang ke arah pintu cafe tersebut. Jantungnya usah dikatakan lagi. Memang dari tadi berdengup laju.
Kenapa lelaki tu sama macam dia? Senyuman dia, mata dia kenapa semuanya sama?
Lantas dia menggelengkan kepala laju. Tak mungkin dia ada dekat sini. Mana mungkin seorang lelaki seperti dia cari aku sampai dekat sini. Aku harap aku salah orang!
Dia menapak keluar menuju ke arah kereta milik Salena. Gadis itu sudah membentak geram kerana mereka sudah lambat untuk pergi ke office.
Puteri Laila hanya membiarkan sahaja gadis itu memarahinya dirinya. Kemudian dia membenamkan dirinya ke dalam perut kereta.
Sepanjang perjalanan itu, fikiran Puteri Laila asyik teringatkan semula pasal lelaki di cafe tadi.
” You dah kenapa ni Princess? Sejak keluar dari cafe tadi I tengok you lain macam aje “. Ujar Salena seraya menoleh memandang ke arah Puteri Laila yang ada disebelah sebelum dia kembali fokus memandu.
Puteri Laila hanya mendiamkan diri. Dalam hati tidak henti dia berkata bahawa lelaki tadi bukan dia.
” Ish I ni macam cakap dengan tunggul kayu! I marah you tadi pun, you buat tak tahu aje “. Bentak Salena geram. Dia menjeling tajam ke arah Puteri Laila.
” Nothing “. Ujar Puteri Laila sepatah.
” Tak ada konon! Masalahnya you ni dah macam lepas baru nampak hantu tau! Tiba-tiba senyap, tadi bukan main lagi you beria cakap nak beli sushi sebelum sampai office. Ni sushi dah beli tapi langsung tak nak makan. Ish I tak faham langsung lah dengan you ni “. Salena mencebik kemudian dia menghala nafas kasar.
” I don’t know, I feel like I saw him “.
” Who? “. Soal Salena dengan kerutan di dahi.
” Don’t talk to me you saw him at here princess “. Salena memandang tepat ke arah Puteri Laila kemudian lambat-lambat gadis itu mengangguk perlahan.
” Oh really princess?! Dia cari you dekat London ni? What a fool you are. You lupa ke dia dah ada teman hidup dia and why he wants to find you? “. Ujar Salena separuh tak percaya.
” I tak tahu. I cuma nak cakap lelaki tu sama macam dia “. Ujar Puteri Laila membela dirinya. Macamlah korang tak pernah jumpa dengan orang yang hampir sama dengan seseorang yang korang kenal?
” Then lepas aje you tengok orang tu terus you cop oh tu dia ke? Why dia ada kat sini? Please lah princess, dalam dunia ni ramai yang ada pelanduk dua serupa tau! Mana-mana you pergi pun memang akan jumpa muka yang hampir sama macam dia “. Salena menarik nafas panjang. Geram!
” Janganlah marah I “. Puteri Laila memuncungkan bibirnya seraya memeluk tubuhnya.
” I tak marahkan you tau. Tapi tolonglah jangan macam ni “.
Puteri Laila hanya diamkan diri. Apa yang aku buat semua salah!
…***…
DATO KHALIL memandang anak perempuannya yang duduk dihadapan dengan senyuman dibibir. Hilang semua rasa rindunya pada anak gadis itu.
” Papa percayakan pada Ila, Ila akan buat yang terbaik dan Ila tak akan sesekali lupa apa yang papa terangkan dekat Ila tadi “. Ujar Puteri Laila dengan sengihan dibibir.
Dato Khalid tersenyum lebar.
” Alhamdulillah tak sia-sia papa bazirkan air liur papa selama 30 minit dekat Ila “.
Puteri Laila tergelak kecil kemudian dia menggelengkan kepala perlahan.
” Tiba masanya untuk papa rehat. Apa guna ada sorang anak tapi tak boleh nak tunjuk ajar pada dia kan? Papa yakin sangat anak papa ni boleh buat dengan baik. Tengoklah macam tadi, papa terangkan sikit aje kamu dah faham semuanya “. Dato Khalid tersenyum lebar. Dia yakin yang anak dia mampu memberi harapan yang tinggi dan dia yakin dalam usia semuda gadis itu pasti akan membawa hasil.
” Tapi papa tak akan biarkan kamu keseorangan. Ada seseorang yang akan bimbing kamu kalau papa tak ada di office “. Ujar Dato Khalid seraya tersenyum lebar.
Dahi Puteri Laila berkerut seribu.
” Kenapa bukan papa aje yang bimbing Ila? “.
Dato Khalid hanya tersenyum dan soalan itu dibiar sepi.
” Siapa yang akan bimbing Ila nanti papa? “. Soal Puteri Laila lagi.
Belum sempat Dato Khalid ingin menjawab soalan Puteri Laila, ketukan di pintu menghentikan niatnya. Dia menoleh memandang ke arah fagura yang berdiri di muka pintu.
” Panjang umur! Ha Ila, orang yang Ila cakapkan tu ada dekat belakang Ila sekarang “. Ujar Dato Khalid seraya tersenyum.
Puteri Laila mengerutkan dahinya sebelum dia memusingkan kepalanya memandang ke arah figura yang dimaksudkan oleh Dato Khalid.
Terkejut apabila melihat gerangan tersebut lantas Puteri Laila bangun dari tempat duduknya. Begitu juga dengan lelaki itu tapi dia hanya tersenyum lebar.
” Awak?! “. Ujar Puteri Laila separuh menjerit.
…BERSAMBUNG…
…Bila cinta mula bersemi…