Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 23
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 23 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
” AWAK?! “. Ujar Puteri Laila separuh menjerit. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dilihat.
Lelaki itu tenang sahaja reaksinya. Dia melangkah masuk ke dalam ruangan bilik itu dan mengukirkan senyuman kepada Dato Khalid.
” Uncle maaf ganggu, ni fail-fail yang uncle minta saya check tadi. Maaflah kalau saya hantar fail ni tak kena dengan waktu “. Ujar lelaki itu dengan senyuman dibibir.
Terkebil-kebil mata Puteri Laila melihat lelaki itu.
” Tak apa Syed, terima kasih “.
” Uncle kenalkan ni anak perempuan uncle. Nama dia Puteri Laila “. Ujar Dato Khalid memperkenalkan Puteri Laila kepada lelaki itu.
Lelaki itu menoleh memandang Puteri Laila kemudian dia mengukirkan senyuman sehingga menampakkan barisan giginya dan dia menganggukkan kepalanya sebagai tanda pengenalan.
Gigi taring tu!
” Syed Nazhan “.
Puteri Laila hanya tersenyum kecil. Dia tak cam aku ke?
” Ila, Ila kenal ke dengan Syed? Papa tengok dari tadi Ila asyik tengok muka Syed macam tu. You have a problem with him? “. Soal Dato Khalid dengan kerutan di dahi.
Puteri Laila tersentak kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah Dato Khalid.
” Tak ada papa cuma Ila baru aje terserempak dengan dia sebelum sampai sini tadi “. Ujar Puteri Laila kemudian dia mencuri-curi pandang ke arah Syed Nazhan.
” Betul ke Syed? “. Soal Dato Khalid kepada Syed Nazhan pula. Lelaki itu hanya menggaru pelipisnya.
” Err.. betul Uncle “. Ujar Syed Nazhan lambat-lambat. Dato Khalid mengangguk perlahan.
” Baguslah kalau macam tu. Senanglah urusan uncle lepas ni sebab korang berdua dah kenal “.
Syed Nazhan hanya tersenyum kecil kemudian dia mengusap perlahan pelipisnya.
” Tak apalah kamu berdua pergi lah borak-borak dulu. Uncle ada meeting kejap lagi. Nanti kita sembang lagi “. Pamit lelaki itu sebelum menapak keluar dari pejabat itu.
Puteri Laila hanya memandang belakang badan Dato Khalid sebelum dia menoleh memandang ke arah Syed Nazhan. Lelaki itu hanya mengukirkan senyuman.
…***…
DUA cawan air yang berada dihadapan mata langsung tidak disentuh. Masing-masing hanya memandang ke tempat lain.
Syed Nazhan berdehem sedikit kemudian dia membetulkan tali lehernya. Dia membersihkan tekaknya sebelum memulakan percakapan.
” Err.. awak Puteri Laila kan? “. Ujar lelaki itu dengan janggal.
Puteri Laila hanya mengangguk perlahan. Dia mencapai gelas minuman itu dan meneguk air tersebut hingga setengah. Jantungnya usah dikatakan memang asyik berdetak laju sejak dari tadi.
” Papa saya ada bagitahu yang awak akan gantikan dia untuk tunjuk ajar saya dalam syarikat ni nanti “.
” Yup betul, saya tak sangka pula awak orangnya “. Ujar lelaki itu dengan tenang. Kemudian dia meneguk air minuman untuk membasahi tekak.
” Maksud awak? “. Dahi Puteri Laila berkerut seribu.
Syed Nazhan mengukirkan senyuman lebar.
” Dato Khalid tak bagitahu ke tentang saya dekat awak? “. Soal lelaki itu dengan tenang. Gadis itu hanya menggelengkan kepalanya.
Syed Nazhan tergelak kecil melihat muka gadis itu.
” Saya dah lama kenal awak. Cuma baru sekarang dapat jumpa awak depan-depan. Tak apa kalau uncle tak bagitahu biar saya bagitahu awak “.
Sekali lagi dahi gadis itu berkerut. Apa benda yang aku tak tahu ni?
” Actually saya hanya kenal awak melalui dari uncle dan parents saya. Diorang selalu cerita pasal awak dekat saya. Mummy dan daddy saya cukup berkenan dengan awak dan uncle pun setuju. Jadi saya tak boleh nak buat apa, saya hanya ikut apa sahaja yang dia orang nak “. Ujar lelaki itu dengan tenang.
” Kejap saya tak faham apa yang awak cakap “.
” Sabarlah saya nak cakap dekat awal lah ni “.
” Mummy dan daddy saya cakap dengan uncle nak ambil awak jadi menantu dia. Uncle pun setuju tapi dia tunggu awak balik sini untuk bincang pasal hal ni. Uncle mungkin sibuk atau mungkin dia lupa jadi saya bagitahu ajelah dekat awak “. Ujar lelaki itu lagi.
Puteri Laila sudah melopong mulut.
” Awak jangan terkejut, uncle tak paksa awak kalau awak tak nak terima sekali pun. Dia hormat dengan apa jua sekali pun alasan awak “. Syed Nazhan menenangkan gadis itu seraya mengukirkan senyuman.
” Saya cuma terkejut dengar apa yang awak cakap. Saya takut saya kecewa buat kali kedua. Saya lari dekat London pun sebab nak lupakan seseorang dan mungkin sekarang ni dia dah bertunang kot dengan gadis pilihan dia “. Luah Puteri Laila dengan perlahan. Kemudian dia menghelakan nafas panjang.
Lelaki itu memandang ke arah Puteri Laila seraya mengangguk perlahan.
” Kalau itu yang papa saya nak, saya ikutkan aje. Saya terima dengan hati yang terbuka dan saya percaya semua ni berlaku ada hikmahnya “. Ujar Puteri Laila dengan perlahan.
Terkebil-kebil mata Syed Nazhan apabila mendengar ayat yang diungkapkan oleh gadis itu. Aku salah dengar ke?
” Saya tak paksa awak saya- “. Belum sempat Syed Nazhan meneruskan kata-katanya, Puteri Laila mengangkat tangan melarang lelaki itu untuk menghabiskan kata-katanya.
” Macam apa yang saya cakap tadi, saya terima “. Puteri Laila merenung tepat ke arah Syed Nazhan kemudian lambat-lambat dia mengukirkan senyuman.
” Alhamdulillah “. Ujar Syed Nazhan syukur kepada Allah.
” Kenapa awak senang aje terima saya sedangkan awak tak kenal saya pun “. Ujar Syed Nazhan pelik. Gadis dihadapannya hanya menjongketkan bahunya.
” Sebab awak sama macam dia “. Ujar gadis itu dengan perlahan. Hanya dengar tak dengar sahaja. Syed Nazhan menjongketkan kening sebelah.
Faham dengan reaksi lelaki itu lantas Puteri Laila hanya tergelak kecil.
” Ok memandangkan awak dah tahu siapa saya, saya nak tahu pula tentang awak “.
Syed Nazhan tergelak kecil.
” Tak ada apa yang istimewa pun tentang saya “.
” Mana boleh macam tu, saya tak kenal awak langsung. Tak aci lah macam ni “. Puteri Laila mencebik kemudian dia merenung tajam ke arah lelaki itu.
Tercetus tawa Syed Nazhan apabila melihat muka cemberut gadis itu.
” Ok ok saya bagitahu “. Ujar Syed Nazhan dengan sisa tawa.
” Syed Nazhan Rizqin Fahmi bin Syed Anuar 27 tahun, anak sulung dari tiga beradik “. Ujar lelaki itu memperkenalkan dirinya dengan nada lembut. Dia tersenyum sehingga menampakkan gigi taringnya.
” Lagi awak nak tahu tentang apa pasal saya? Kan saya dah cakap, tak ada apa yang awak nak tahu tentang saya “. Ujar lelaki itu lagi.
” Panjangnya nama awak. Nama saya pun pendek aje tapi sedaplah nama awak! “. Seloroh Puteri Laila dengan sengihan lebar. Syed Nazhan tergelak kecil.
” Mummy saya yang letak nama tu. Mummy pernah cerita, masa mengandungkan saya mummy ingatkan perempuan jadi mummy cadang nak letak nama Syaharah Nur Reisha tapi tulah yang keluarnya hanyalah seketul Syed Nazhan. Jadi nama tu mummy bagi dekat adik saya “. Terang Syed Nazhan dengan sengihan dibibir.
Apa yang Puteri Laila kenal tentang lelaki ini adalah yes bibir dia tak lengkang dengan senyuman tak pun kerja dia gelak atau senyum.
” Saya minta maaf kalau mummy awak hanya kenal saya melalui dari papa saya. Saya tak baik macam apa yang awak jangkakan. Saya pernah buli orang, sakitkan hati orang dan saya juga merupakan salah satu perempuan yang paling orang takuti masa dekat Universiti di Malaysia dulu “. Jujur gadis itu kemudian dia menundukkan kepalanya dan bermain-main dengan jari-jemarinya.
Syed Nazhan hanya tersenyum.
” Saya tak kesah pun pasal semua tu. Who are we to want to punish people’s mistakes. I’m nobody and I don’t blame you for being like that. I believe you may have a reason “. Ujar lelaki itu dengan tenang. Lambat-lambat Puteri Laila mengangkatkan kepalanya memandang ke arah lelaki itu.
” Kenapa awak baik sangat? “.
” Mummy saya yang ajar macam tu dan saya pun banyak aje jumpa macam-macam orang dekat sekeliling. Setiap manusia tak pernah lepas dari membuat kesilapan dan mereka juga harus cepat-cepat bertaubat. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua para hambanya “. Ujar Syed Nazhan dengan senyuman dibibir.
Tersentak Puteri Laila apabila mendengar bait-bait kata dari lelaki itu. Dia tersentuh dengan kata-kata dari Syed Nazhan.
” Boleh awak ajar saya tentang agama? “. Soal Puteri Laila dengan penuh berharap. Entah kenapa hatinya rasa yang ini adalah pilihan yang tepat.
” InshaAllah “. Syed Nazhan hanya mengukirkan senyuman. Dia mengangguk perlahan kepada Puteri Laila.
…***…
SALENA melopong mulut. Aku salah dengar ke ni?
” Are you serious Princess? You tak main-main kan? “. Melihat gelengan gadis itu sekali lagi mulutnya melopong.
” Wow, I tak percaya langsung. You bakal khawin dengan ‘kembar’ Firdaus Arasy tau atau I tengah bermimpi sekarang ni “. Sekali lagi Puteri Laila mengelengkan kepalanya. Dia tergelak kecil melihat reaksi gadis itu.
” Relax lah babe, I yang nak khawin you pula yang over “.
” Masalahnya you tahu tak siapa lelaki tu. Latar belakang dia macam mana. How can you agree like that Princess? “.
Melihat gelengan kepala Puteri Laila membuatkan mata Salena terbuntang luas.
” Oh my god, otak kawan I ni masih berfungsi dengan elok tak? “. Salena menghampiri Puteri Laila kemudian dia membelek kepala gadis itu. Sampai membuatkan Puteri Laila terdonggak ke atas.
” Apa kena dengan you ni? “. Soal Puteri Laila pelik. Rimas dirinya apabila diperlakukan sebegitu.
” Sepatutnya soalan tu I tujukan dengan you “.
” Otak I masih lagi elok ok. I tak tahu macam mana I boleh terima dia tapi I rasa yang dia adalah pilihan yang terbaik dan I yakin dengan apa yang papa aturkan untuk I “. Ujar Puteri Laila dengan sengihan dibibir.
Salena menghelakan nafas panjang.
” Kalau I nak cakap lebih-lebih dengan you pun tak guna Princess. What I want to say is you are confident in your decision? “. Soal Salena dengan riak wajah serius. Dia tidak mahu lihat lagi temannya itu sakit. Cukup lah hanya sekali dia lihat gadis itu mengalirkan airmata hanya disebabkan oleh seorang lelaki.
” I dah fikir masak-masak dan apa yang I rasa dekat Syed Nazhan adalah dia seorang lelaki yang mampu ubah I. Cara dia, layanan dia tak sama langsung dengan Arasy. Berbeza sungguh Salena. Kalau you dekat tempat I pun, mungkin you akan rasa sama macam apa yang I rasa. Mungkin you anggap yang I ni gila sebab baru aje pertama kali jumpa dan terus fall in love “.
” And I say yes, I’m in love with him “. Ujar Puteri Laila lagi. Dadanya berombak turun naik penat. Matanya sedikit berair diseka dengan hujung jari.
” Maaf kalau you rasa dengan tindakan kejam I and kalau I ni terlalu pentingkan diri sendiri. Dengan cara ni sahaja I dapat lupakan dia Lena. I tak pergunakan Syed Nazhan untuk lupakan dia tapi memang I dah mula jatuh cinta dengan dia masa awal-awal jumpa “. Ujar Puteri Laila lagi. Salena hanya diam membisu mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh gadis itu. Dia kehilangan kata-kata.
” Kalau itu keputusan you, I tak dapat nak halang tapi kalau pilihan you kali ni sama macam kali kedua. Terus terang I cakap, I tak akan masuk campur “. Ujar Salena apabila sudah lama mendiamkan diri.
” You tak nak tengok I bahagia ke Lena? “. Soal Puteri Laila dengan kerutan di dahi. Dia merenung tepat ke arah Salena. Gadis itu sudah meraup mukanya.
” Kawan siapa yang tak nak tengok kawan dia bahagia Princess. Dan kawan siapa yang sanggup tengok kawan dia derita? “. Redup sahaja pandangan Salena kepada Puteri Laila. Tak ada secalit senyuman pun terbit dari bibir gadis itu.
” Doakan yang terbaik untuk I Lena. Tolonglah I kali ini aje, tolong sokong dengan keputusan yang I dah buat “. Puteri Laila memegang erat kedua tangan Salena. Jatuh airmata apabila bertentang mata dengan gadis itu. Dia harap kali ini yang Salena dapat terima dengan hati yang terbuka.
Sedangkan dia boleh terima kenapa tidak pada Salena?
Gadis itu menghela nafas panjang kemudian dia mengangguk perlahan.
” Buat lah apa yang you nak lepas ni Princess. I tak mampu nak halang dan I always pray for you “. Ujar Salena sebelum dia melangkah pergi masuk ke dalam bilik. Airmata jatuh jua ke pipinya.
Airmata jatuh bukan sebab dia penat tapi sebab dia rasa sungguh gembira kerana akhirnya kawan dia sudah dapat seorang lelaki yang bakal menjadi miliknya kelak.
Puteri Laila memandang belakang badan Salena sehingga kelibatnya hilang dari pandangan. Senyuman kecil mula terbit dibibir mungilnya.
…***…
SELURUH ahli keluarganya itu hanya dapat mengucap syukur apabila akhirnya anak lelaki itu bakal menamatkan zaman bujangnya.
” Alhamdulillah senang mummy dengar bila Naz cakap macam tu. Mummy ingatkan, mummy tak dapatlah nak jadikan Laila tu menantu tapi Allah dah makbulkan doa mummy “. Ujar Puan Sharifah dengan senyuman mekar dibibir.
” Abang dah jumpa calon dia tapi kita dua aje yang menyendu kan adik? “. Seloroh Syahadah dengan memuncungkan bibirnya.
Syaharah hanya mengangguk perlahan. Mengiakan sahaja kata-kata kakaknya itu. Syed Nazhan sudah tergelak kecil melihat gelagat dua orang adik kembarnya itu.
” Korang berdua tu kecil lagi, siapa yang nak? Sudahlah tak cantik! “. Ujar Syed Nazhan dengan gelak ketawa mengekek. Dua orang adik perempuannya sudah memandang tajam ke arah Syed Nazhan.
” Pandai-pandai aje abang cakap kita orang tak cantik. Kalau kita orang tak cantik kenapa kawan-kawan abang tu sibuk mengorat? “. Ujar Syaharah sambil mengecilkan bola matanya.
” Betul tu, kita orang dah besar eh. Umur 21 tau, bukan budak kecil lagi!”. Sampuk Syahadah bagi pihak adik kembarnya itu.
Puan Sharifah sudah mengelengkan kepalanya. Pening melihat tiga beradik itu berperang mulut.
” Manalah abang tahu! Dia orang tu gila agaknya kot. Lagipun dekat mata abang ni korang still lagi nampak kecil tau “. Ujar Syed Nazhan tidak mahu mengalah.
” Sudah-sudah kalau nak bergaduh tu sampai besok tak akan habis “. Sampuk Puan Sharifah apabila tadi hanya menjadi pemerhati menyaksikan pergaduhan anak-anaknya itu.
” Naz, kalau dua-dua pihak dah setuju bila agak-agak nak langsaikan pertunangan tu? Tak perlu risau semuanya mummy boleh selesaikan “.
” Haah abang betul tu, soal bab baju atau pelamin jangan risau. Untuk seketul abang Nazhan ni kitaorang bagi free aje “. Ujar Syahadah dengan sengihan dibibir. Syaharah pula hanya menganggukkan kepalanya.
Syed Nazhan tersenyum lebar. Untung apabila dapat adik-adik yang dalam usia muda tapi sudah berjaya membuka satu butik pengantin. Syahadah pula pandai dalam bab membuat pelamin, hantaran dan menjahit manakala Syaharah pula minat dalam bidang yang sama cuma dia lebih fokus pada henna dan makeup.
Kadang sampai tidak menang tangan dibuatnya kerana terlalu banyak dapat tempahan. Lagi-lagi bila musim cuti persekolahan.
” Kena tanya dulu pihak belah perempuan mummy. Abang tak kesah bila-bila cuma kena tanya juga Laila. Pasal soal tarikh tu bila-bila aje boleh tentukan dan untuk korang berdua, terima kasih “. Ujar Syed Nazhan dengan sengihan dibibir. Puan Sharifah, Syahadah dan Syaharah sudah tersenyum lebar.
Mereka semua menoleh memandang ke arah Encik Syed Anuar yang baru sahaja turun dari tingkat atas.
” Soal tu Daddy akan bincangkan sendiri dengan Dato Khalid. Buat masa sekarang ni buat dulu persiapan apa yang patut “. Ujar Encik Syed Anuar kemudian dia melabuhkan punggungnya disebelah isterinya.
Semua yang ada disitu hanya mengangguk perlahan.
” Minggu depan bawa Laila kat sini. Nanti bila-bila free kamu bawalah dia pergi butik adik-adik kamu “. Ujar Puan Sharifah dengan senyuman mekar dibibir.
Dua orang adik kembarnya itu sudah bersorak gembira. Syed Nazhan hanya tergelak kecil.
” InshaAllah mummy “.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…