Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 26
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 26 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
MAWAR DAHLIA menapak ke arah Firdaus Arasy yang sedang menyusun semua kerusi meja konopi itu. Berpeluh-peluh lelaki itu dan membuatkan Mawar berdebar bila melihat rambut basah yang terjuntai di dahi lelaki itu.
Dia nampak sungguh kacak bila mengenakan pakaian serba hitam dan ada satu kain tuala putih tersangkut di lehernya.
Mawar mendekati lelaki itu dan dia kemudian berdehem.
Firdaus Arasy tersentak kemudian dia menoleh memandang ke arah Mawar yang sudah berdiri di sebelah. Kerusi yang ada disitu menjadi penghalang ditengah-tengah mereka berdua.
” Awak dah sihat? “. Soal lelaki itu terlebih dahulu. Bibir lelaki itu sudah mula mengukirkan senyuman.
Mawar mengangguk perlahan.
” Alhamdulillah dah sihat. Saya nak cakap terima kasih awak sudi buatkan bubur ayam semalam. Bubur tu sedap sampai habis saya makan “. Mawar menayangkan barisan giginya. Terhabur gelak tawa Firdaus Arasy.
” Itu pun saya main campak-campak aje. Selebihnya tengok YouTube and actually saya tak reti buat bubur ayam tu. Biasanya kalau saya sakit pun Adam aje yang masakkan tak pun beli luar atau order “.
Mawar hanya mengangguk perlahan.
” Tapi oklah sedap, saya suka “. Mawar kembali menayangkan barisan giginya yang putih.
Tiba-tiba datang pula seorang gadis yang mungkin usianya agak muda dari Mawar. Dia berjalan berlengang-lenggok lalu menghulurkan segelas air kepada Firdaus Arasy.
Ya anak-anak hanya untuk Firdaus Arasy.
Mawar hanya dapat jelingan tajam dari gadis itu.
” Abang mesti penat kan? Jadi saya bawakan abang air nah minum lah “. Hulur gadis itu dengan senyuman lebar dibibir.
Ewah-ewah minah ni? Datang dari gua mana pastu sibuk jeling-jeling aku. Apa dia ingat dia aje yang ada mata? Sudahlah suka-suka hati aje panggil Aras abang. Aku yang hanya makwe dia ni pun tak pernah panggil dia macam tu.
Firdaus Arasy sudah menayangkan muka bosan. Dia hanya memandang kosong aje gadis itu.
” Tak nak “. Jawab lelaki itu dengan dingin. Dia menoleh memandang ke tempat lain.
” Tak apalah ambil ajelah “. Pinta gadis itu dengan rengekan manja. Dia kembali menghulurkan gelas tersebut
Mawar sudah mula mencebik bila dengar suara gadis itu bukan main lembut lagi.
” Kalau aku nak, aku boleh ambil sendiri. Pergilah bagi dekat orang lain “. Ujar lelaki itu dingin. Kalau tengok muka Firdaus Arasy serangan ni lain tau anak-anak. Dia dah mula keluarkan muka singa lapar!
” Orang lain semua dah ada air. Abang Aras aje yang sibuk buat kerja dari tadi. Jadi Ain ambilkan lah air ni untuk abang “. Ujar Ain dengan sengihan dibibir.
” Oh really? “. Firdaus Arasy menjongketkan keningnya. Ain mengangguk laju.
Bibir lelaki itu sudah tersenyum senget kemudian dia mengambil air tersebut dari gadis itu.
Mula-mula Ain sudah tersenyum lebar tapi lepas itu dia menayang muka cemberut bila air tadi Firdaus Arasy bagi kepada Mawar.
” Mawar sayang.. awak mesti haus kan? Nah awak ambil ni “. Firdaus Arasy menghulurkan air tersebut kepada Mawar. Gadis itu memandang Firdaus Arasy dan Ain dengan silih berganti. Jelas kelihatan wajah ketidakpuashatian Ain itu kemudian bibirnya mengukir senyuman jahat.
” Baby.. I tak minumlah air batu. I takut nanti batuk pula. I kan baru aje elok demam “. Ujar dengan rengekan manja. Sengaja dia membakar-bakar Ain sambil melirik kan matanya ke arah gadis itu kemudian dia menghadiahkan jelingan tajam.
Aku dah kata kau ingat kau sorang aje yang ada mata? Ha rasakan!
Ain mencebik kemudian dia berlalu pergi dari situ. Sempat lagi dia menjeling ke arah Firdaus Arasy dan Mawar itu.
Mawar sudah bersorak gembira. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Pergi main jauh-jauh!
Mawar memeluk tubuhnya memandang ke arah Firdaus Arasy dengan pandangan tajam.
” Wo wo awak dah kenapa ni sayang? Saya ada buat salah ke? “. Soal Firdaus Arasy dengan dahinya berkerut.
” Siapa perempuan tu? “. Soal Mawar dingin. Mukanya tidak ada secalit senyuman pun.
Firdaus Arasy sudah tergelak kecil. Sah ni kes cemburu!
” Alah saya tak kenal langsung lah dia tu. Lagipun memang setiap kali saya balik sini, muka dia aje yang saya nampak tapi awak tahu kan saya memang tak layan dia “. Ujar Firdaus Arasy dengan senyuman dibibir. Mawar masih lagi dalam keadaan begitu.
” Iyelah tu “. Mawar memandang ke tempat lain kemudian bibirnya dimuncungkan.
” Awak panggil saya apa tadi? Baby? Cuba awak panggil lagi sekali saya nak dengar “. Firdaus Arasy mengerdipkan kedua-dua matanya. Mawar memutarkan bola matanya ke atas.
” Ah tak payah mengada tepi! “. Mawar berura-ura hendak pergi dari situ kemudian dia terdorong ke belakang apabila hujung bajunya ditarik seseorang.
” Ish apa awak ni?! “. Bentak Mawar geram. Firdaus Arasy yang berada dihadapannya hanya mendapat jelingannya.
Firdaus Arasy sudah menghela nafas. Dia melepaskan pegangan baju Mawar.
” Mianhae jagiya, awak pun tahu kan saya macam mana bila layan dengan perempuan lain selain awak. Pernah ke sebelum ni saya layan perempuan lain belakang awak? Pernah ke awak nampak saya layan mereka macam awak? “. Soal Firdaus Arasy dengan tenang tapi serius. Mawar sudah menunduk memandang batu-bata yang ada disitu.
Dia menguis-nguis dengan hujung kakinya. Lambat-lambat gadis itu mengelengkan kepalanya.
” Awak tak percayakan saya ke Mawar? “. Soal lelaki itu dengan serius. Mendengar sahaja nada suara dari lelaki itu membuatkan Mawar tidak mahu mengangkat mukanya. Dia takut nak bertentangan mata dengan Firdaus Arasy.
Firdaus Arasy mendengus perlahan kemudian dia mengangguk sebelum menapak pergi dari situ.
Mawar kembali mendongakkan kepalanya apabila melihat kelibat Firdaus Arasy tidak ada disitu. Bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman kecil.
…***…
CINCIN berbentuk mutiara itu disarungkan ke jari manis Puteri Laila. Gadis itu sungguh cantik mengenakan baju kurung moden peplum dengan manik yang bersulam didada nya dan juga dihujung baju kurung itu.
” Alhamdulillah semuanya dipermudahkan segala urusan. Cantik anak mummy pakai baju ni “. Ujar Puan Sharifah dengan senyuman mekar dibibir.
Majlis pertunangan itu hanya buat kecil-kecilan itupun hanya keluarga belah perempuan dan lelaki.
” Finally we will have sisters-in-law! “. Teriak dua orang kembar itu kemudian dia mereka memeluk sesama sendiri.
Syed Nazhan menapak ke arah Puteri Laila dengan senyuman dibibir. Gadis itu juga turut membalas senyuman lelaki itu.
” Alhamdulillah awak akhirnya bakal menjadi milik saya. Walaupun antara kita tak ada lagi terbit rasa cinta, InshaAllah saya akan jaga awak sebaik-baiknya “. Ujar Syed Nazhan dengan senyuman dibibir. Tersipu-sipu malu Puteri Laila dibuatnya.
” Izinkan saya curi hati awak miss fiance “. Ujar Syed Nazhan sambil melutut di hadapan gadis itu dengan mengeluarkan seutas gelang tangan yang terukir nama diatas sebuah hati itu iaitu Syed dan Laila.
Ahli keluarga Syed Nazhan dan Puteri Laila sudah mula bersorak gembira ada juga diantara mereka yang menekup mulut kerana teruja dan ada juga yang sudah mula menitiskan airmata.
Puteri Laila mengangguk perlahan kemudian dia mengukirkan senyuman. Salena yang turut ada disitu juga sudah mula menitiskan airmatanya.
” Silakan Syed Nazhan “.Syed Nazhan sudah mengucap syukur. Dia bercadang bakal mempercepatkan perkahwinan mereka dalam bulan enam iaitu pada hari ulang tahun kelahiran Puteri Laila.
” Terima kasih sebab sudi benarkan saya masuk ke dalam hati awak. Saya tak sangka dan saya tak mampu nak cakap apa-apa. Lidah saya kelu “. Ujar Syed Nazhan sebak. Dia berasa gembira kerana cinta pertamanya akhirnya bersemi jua.
” Terima kasih juga sebab awak jadikan saya sebagai pilihan awak. Saya harap kisah kita tidak akan berhenti disini. Semoga suatu hari nanti, cinta kita kekal tertanam dalam jiwa sampai bila-bila “. Ujar Puteri Laila dengan sengihan dibibir.
Syed Nazhan tersenyum lebar.
Dia percaya kerana perancangan Allah itu lebih indah. Dia memisahkan dengan orang yang bukan milik kita tapi digantikan dengan orang yang tepat.
Lihat sahajalah rupa yang hampir sama tapi perwatakan yang berbeza.
” I’m happy with you babe. Finally you meet your love, I tak sangka kawan I bakal tamatkan zaman bujang dia. Lepas ni tinggal lah I sorang aje duduk dekat condo tu “. Ujar Salena sambil memuncungkan bibirnya. Tergelak Puteri Laila dibuatnya apabila melihat muka Salena itu.
” Don’t worry, I takkan lupa kawan I “. Puteri Laila mendepakan tangannya ingin memeluk tubuh kawannya itu. Salena tergelak kecil kemudian dia menghampiri Puteri Laila lalu memeluk kawannya itu dengan erat.
” Ok ok dah cukup sekarang tak nak sedih-sedih because today is the special day and apa kata kita ambil peluang ini untuk menghabiskan masa untuk bergambar bersama? “. Ujar Salena seraya menoleh memandang semua yang ada disitu. Mereka semua hanya mengangguk perlahan. Mengiakan sahaja kata-kata gadis itu.
Juru gambar yang sudah berada lama disitu terus mengambil tempatnya untuk merakam detik-detik indah tersebut.
Pelbagai posing menarik yang digayakan oleh semua yang ada disitu dan yang paling gembiranya adalah Puteri Laila.
…***…
SOLEKAN terakhir dari jurusolek yang bernama Syahira itu dipandang dengan teliti. Dia sungguh kagum dengan cara gadis itu makeup Qistina iaitu isteri abang Iszul.
Qistina dan Iszul selamat diijabkabulkan pada pukul 10 pagi tadi dan sekarang hanya tinggal majlis bertandang belah pihak lelaki sahaja.
” Cantiknya Kak Qis “. Seloroh Mawar dengan sengihan dibibir. Gadis itu mengukirkan senyuman dengan lebar. Sejak kali pertama jumpa dengan Qistina gadis itu ramah dan juga tidak lengkang mengukirkan senyuman.
Kalau cakap pun bukan main perlahan lagi. Dia dan Iszul bagaikan pinang dibelah dua. Sesuai sangat!
” Mawar pun apa kurangnya “. Ujar Qistina dengan senyuman dibibir. Dia menoleh memandang ke arah seorang perempuan yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam bilik pengantin.
” Ye Miza kenapa ni? “. Soal Qistina dengan kerutan di dahi. Pelik juga apabila melihat wajah pucat gadis itu.
” Kak Qistina macam mana ni. Akak dah nak bersanding tapi pengapitnya belum sampai lagi. Dia orang tersangkut sebab jalan sesak “. Ujar gadis itu dengan panik. Qistina sudah menghela nafas panjang. Ah sudah mana aku nak cari pengapit ni.
Kemudian matanya memandang ke arah Mawar. Mawar juga menoleh ke arah gadis itu dengan kerutan di dahi.
” Nak tak nak Mawar kena tolong akak “. Ujar Qistina sambil meraih kedua tangan Mawar. Gadis itu sudah berkerut dahi.
” Tolong apa kak? “.
” Tolong jadi pengapit akak “.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…