Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 27
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 27 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
” TOLONG jadi pengapit akak “. Qistina memandang wajah Mawar dengan mengerdipkan kedua-dua matanya. Terkebil-kebil mata Mawar memandang ke arah Qistina kemudian dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
” Err.. Mawar tak reti kak “. Ujar gadis itu lambat-lambat.
Tergelak kecil Qistina apabila melihat muka cemberut Mawar itu.
” Tak apa Mawar cuma perlu buat benda senang aje. Jaga penampilan pengantin, payung kan dia dan kipas kan pengantin dekat pelamin itu aje “. Ujar gadis itu dengan senyuman dibibir.
” Macam susah aje “.
” Tak susah pun. Apalah Mawar ni biasanya kan orang akan berebut-rebut tau nak jadi pengapit sebab kadang ada juga yang terjadi lepas aje turn pengantin, pengapit dia pula menyusul “. Ujar Qistina dengan sengihan dibibir.
Biasanya benda tu kadang terjadi tapi wallahualam sebab jodoh semua ditentukan oleh Allah SWT.
” Lah tak siap lagi ke pengantinnya? “. Seloroh Tokma kemudian masuk ke dalam bilik pengantin itu. Mawar dan Qistina tersentak kemudian dia memandang ke arah Tokma.
” Dah Tokma cuma Mawar aje yang tak siap lagi “. Ujar Qistina kemudian dia menudingkan jari ke arah Mawar. Terus berkerut dahi gadis itu.
” Eh kenapa Mawar pula? “. Mawar sudah mula menayangkan muka blur.
” Iyelah awak kan nak jadi pengapit akak. Syira tolong makeup kan Mawar ni cantik-cantik ye? “. Ujar Qistina kepada Syahira itu. Gadis itu hanya mengangguk perlahan.
Qistina bangun dari tempat duduknya kemudian dia menarik lengan Mawar dan menyuruh gadis itu untuk duduk diatas kerusi makeup tersebut.
” Tapi kak Qis, Mawar dah pakai makeup “. Seloroh gadis itu dengan kerutan di dahi. Syahira mula mengeluarkan barang-barang solekannya dan mula menjalankan kerjanya.
” Tak apa biar nampak lagi cantik sikit “. Ujar Qistina dengan senyuman melebar.
Mawar hanya turuti sahaja apa yang disuruh Syahira itu. Kejap dia mendongakkan kepala lepastu menutup mata.
Syahira tersenyum puas apabila melihat solekan yang dia buat ke atas muka Mawar itu. Makeup yang simple tapi nampak cantik dan memang dengan sesuai dengan kulit Mawar yang putih gebu.
Mawar menatap wajahnya di pantulan cermin. Aku tak pernah makeup berlebihan macam ni. Paling-paling pun hanya bedak dan secalit lipstick.
” Ha kan dah nampak cantik tu “. Puji Qistina apabila muka Mawar. Dia juga turut mengukirkan senyuman.
Matanya mengerling ke arah jam kemudian dia menarik tangan Mawar membawa keluar dari bilik pengantin itu. Orang ramai yang berselisih dengan gadis itu, dia hanya mengukirkan senyuman sahaja.
Mawar pula sudah menundukkan mukanya. Malu bila berhadapan dengan orang ramai dalam keadaan muka yang tak seberapa lawa ni.
Qistina menghampiri suaminya justeru itu dia meleraikan pegangan pada tangan Mawar. Gadis itu hanya berdiri dibelakang Qistina.
” Abang, kita ada masalah sekarang ni. Nurul dengan Asyraf lambat datang sebab diaorang tersangkut dekat jalan. Qis dah tak ada pilihan lain selain jadikan Mawar sebagai pengapit tapi Qis tak tahu nak suruh siapa jadikan sebagai pengapit lelaki “. Bisik Qistina disebelah Iszul. Kemudian dia menoleh memandang ke arah Mawar.
Mula-mula dia tak cam tapi lepas sahaja isterinya bagitahu yang itu Mawar barulah dia kenal. Gadis itu nampak lain bila pakai makeup.
Bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman.
” Tak apa soal tu abang boleh uruskan “. Ujar Iszul dengan senyuman dibibir. Matanya melilau mencari kelibat seseorang dan kemudian dia tersenyum lebar apabila melihat fagura itu sedang duduk bersama kawannya.
” Aras mai sat! “. Laung Iszul sambil melambaikan tangannya ke arah Firdaus Arasy. Lelaki itu tersentak kemudian dia terus bangun dari kerusi menapak ke arah Iszul.
Mawar sudah mula berdegup kencang. Sudahlah dia masih lagi tidak bertegur dengan lelaki itu. Mawar hanya memerhati sahaja gerak-geri Firdaus Arasy. Lelaki itu langsung tidak menoleh ke arahnya.
” Ye abang Is ada apa? “. Soal Firdaus Arasy sebaik sahaja berdiri di hadapan lelaki itu. Matanya mula mengecil apabila terkena cahaya matahari. Memang petang itu cuaca bukan main panas lagi.
” Abang nak minta tolong dengan Aras boleh tak? “. Soal Iszul dengan senyuman dibibir. Kemudian pandangannya dihalakan ke arah Mawar dan kembali memandang ke arah Firdaus Arasy.
” Tolong apa? “.
” Sekarang ni kalau nak tunggu pengapit kita orang sampai memang lambat. Jadi kita orang cadangkan Aras dan Mawar jadi pengapit kita orang boleh? “. Sampuk Qistina dengan senyuman dibibir. Dia menudingkan jari ke arah Mawar yang berada dibelakangnya.
Firdaus Arasy turut menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh gadis itu. Kemudian jantungnya berdegup laju apabila melihat Mawar yang sungguh cantik mengenakan baju kurung berwarna gold dan memang kebetulan dia juga turut memakai baju berwarna sama.
Patutlah dia tak cam siapa gadis dibelakang Qistina itu sebab nampak lain. Mawar nampak lain sangat bila mengenakan makeup.
Dia kembali memandang ke arah Iszul dengan mengangguk kepala.
” Boleh Aras tak ada masalah “. Ujar Firdaus Arasy dengan senyuman dibibir.
Iszul dan Qistina saling berpandangan dan kemudian mereka juga turut mengukirkan senyuman lebar.
…***…
PHOTOGRAPHER profesional itu mula memainkan peranannya dan beberapa keping gambar juga sudah diambil. Pelbagai gaya yang digayakan oleh dua orang pengantin itu dan tidak lupa juga dengan Mawar dan Firdaus Arasy.
Mawar mencuri-curi pandang ke arah Firdaus Arasy yang segak berbaju Melayu berwarna sama dengan bajunya.
Jangan fikir kami dah jadi pengapit tapi sudah berbaik ya? Tidak masih lagi seperti tadi. Masing-masing hanya buat haluan masing-masing.
Mawar kembali memandang ke arah kamera dan dia hanya mengukirkan secalit senyuman sahaja. Dia hanya fikir tentang Qistina dan Abang Is sahaja. Kalau bukan sebab tu dia tak akan terima tawaran Qistina.
Sungguh hatinya sakit bila diperlakukan oleh begitu. Tapi dalam masa yang sama dia dia akui itu memang salahnya sendiri.
Setelah selesai sesi fotografi sekarang masa untuk makan beradab. Mawar mengiringi raja sehari itu sehingga ke meja makan. Dia membetulkan kain pengantin tersebut sebelum menyuruh gadis itu duduk diatas kerusi meja makan.
Sebelum melabuhkan punggungnya disebelah pengantin, Mawar terlebih dahulu menoleh ke arah Firdaus Arasy. Pandangan mereka berpaut antara satu sama lain kemudian dengan cepat lelaki itu menoleh memandang ke hadapan semula.
Anis yang mengambil tempat di meja makan yang bertentangan dengan meja makan raja sehari itu hanya tersenyum melihat gelagat dua orang pengapit itu. Cantik sangat!
Kemudian matanya menoleh memandang ke arah Mikail yang sudah melabuhkan punggungnya disebelah gadis itu.
Terbuntang matanya melihat aksi selamba lelaki itu kemudian dia mencebik perlahan dan apa yang membuat jantung Anis berdetak laju apabila terhidu bau perfume dari lelaki itu. Dia kenal bau ni ya bau brand dexandra.
” Aku tahu aku handsome tapi jangan sampai tak berkelip mata kau tengok aku “. Seloroh Mikail tanpa memandang ke arah Anis. Ayam madu yang menjadi santapannya itu disuakan ke dalam mulut.
Terus terbatuk-batuk Anis dibuatnya. Alamak kantoi!
Anis berdecit kemudian dia melarikan pandangannya ke tempat lain.
” Perasan “. Bisik Anis perlahan.
” Kau makan itu aje? Cukup ke? “. Soal Mikail apabila melihat Anis hanya makan buah epal hijau dan juga bubur kacang.
Anis mengeluh perlahan.
” Suka hati aku lah nak makan apa pun. Perut aku bukan perut kau! “.
” Ha kau ni sibuk menyelit kat sini buat apa? Banyak lagi kot tempat kosong asal duduk kat sini pula? “. Ujar Anis lagi. Pelik juga aku dengan mamat ni padahal banyak lagi tau tempat-tempat kosong. Sibuk aje!
” Dekat sini aku tak kenal siapa-siapa. Aku cuma kenal kau aje. Lagipun aku tengok kau makan sorang-sorang jadi aku temankan lah “. Ujar Mikail dengan selamba. Kemudian dengan selambanya dia mencapai buah epal yang ada didalam pinggan gadis itu dan menyuapkan ke dalam mulutnya.
Terbeliak biji mata Anis apabila melihat makanannya dicuri oleh Mikail.
” Oi aku punya lah! “. Kecil mata Anis sekarang ni apabila melihat Mikail hanya berlagak biasa.
” Alah kau ni bising lah. Aku lapar, aku makan lah “.
” Kalau kau lapar tu dekat buffet banyak lagi makanan yang ada. Kenapa ambil aku punya juga! “. Bentak Anis geram. Dia masih lagi mengawal nadanya supaya tidak didengari oleh oleh ramai, cukup hanya lelaki itu sahaja yang mendengar.
” Aku malas nak bangunlah. Sudah-sudah baik kau diam sebelum aku cium kau kat sini. Bingit telinga aku dengar kau bising tau tak? “. Mikail kembali menyuakan buah epal ke dalam mulutnya.
Anis sudah mula protes. Tak guna cakap dengan mamat Korea ni!
” Michyeosseo “. Bisik Anis keras. Dia menyuap kasar bubur kacang itu dalam mulutnya.
Mikail menoleh memandang ke arah Anis dengan dahinya berkerut. Kejap dia cakap apa tadi? Gila?
” Kau ulang balik apa yang kau cakap tadi? “. Mikail kini sudah membalikkan tubuhnya menghadap Anis Farhana. Dia memandang ke arah gadis itu dengan kening terangkat.
Anis juga melakukan hal yang sama. Menghadap lelaki itu dengan pandangan tidak puas hati.
” Tak nak! “.
” Kau cakap aku gila? “.
” Haah memang kau gila pun! “. Ujar Anis sambil berpeluk tubuh. Mikail sudah mula tersenyum senget.
” Kalau aku cakap aku gilakan kau, kau nak buat apa? “. Kini kening Mikail pula dijongketkan berkali-kali. Dia memeluk tubuhnya begitu juga dengan Anis.
” Memang sah-sah lah kau ni gila Mika. Otak wayar kau putus eh? “. Seloroh Anis dengan senyuman sinis.
” Tak aku masih waras lagi “.
” Aku suka kau! “. Ujar Mikail serius. Dia menatap muka Anis. Jelas kelihatan dia benar-benar serius.
Terus terhabur tawa gadis itu sebaik sahaja mendengar pengakuan lelaki itu. Sampai berair biji matanya.
” Kau tengah buat lawak ke Mika? Kelakarlah! “. Ujar Anis bersama sisa tawanya. Kemudian dia menepuk berkali-kali peha kanannya.
Mikail sudah meraup rambutnya ke belakang. Nampak macam aku buat lawak ke?
” Tak kau rasa sekarang ni kelakar ke Anis? “. Soal Mikail serius. Tipulah kalau rasa tak kecewa sikit tapi dia kenalah kentalkan hati juga.
” Eh merepek lah kau ni! Dah tepi sikit aku nak pergi ambil makanan lagi “. Ujar Anis kemudian terus bangun dari tempat duduknya.
Mikail hanya memandang belakang badan gadis itu kemudian dia mendengus kasar dan terus meninggalkan tempat tersebut.
Anis kembali dengan membawa makanan kemudian dahinya terus berkerut melihat tempat itu sudah tidak ada kelibat Mikail. Bahunya terus dijongketkan dan dia kembali duduk disitu menikmati makanannya.
…***…
MAJLIS itu habis tepat pada pukul 4:10 minit. Ramai juga jiran-jiran tertangga dan juga kenalan rapat mereka sudah mula beransur pulang dan hanya ada beberapa orang sahaja iaitu saudara mara Iszul dan Qistina.
Semua yang ada disitu hanya duduk diatas kerusi meja makan. Ada yang sudah mengipas muka sendiri dan ada juga yang sudah terbaring diatas meja. Masing-masing sudah mula mengeluh penat.
Anis menghampiri Mawar yang sibuk berbual dengan sepupu Firdaus Arasy.
Matanya memandang sekeliling mencari fagura seseorang. Dari tadi dia tidak nampak kelibat Firdaus Arasy dan juga Mikail.
” Kau sibuk tak? Aku nak cakap sikit dengan kau ni “. Ujar Anis berbisik perlahan disebelah gadis itu. Mawar mengangguk perlahan kemudian dia meminta diri kepada semua sepupu Firdaus Arasy itu.
Semua yang ada disitu hanya mengangguk kan sahaja kepala. Tanpa menunggu lama Anis terus menarik lengan gadis itu jauh dari tempat tersebut.
Dia memandang ke sekeliling memastikan tidak ada siapa yang ada disitu.
” Kau nak cakap apa ni? “. Soal Mawar dengan dahi berkerut.
Anis melepaskan keluhan berat. Dia meraup mukanya dengan tapak tangan.
” Mika cakap dia suka aku “. Luah Anis perlahan. Melopong mulut Mawar apabila mendengar ayat yang diungkapkan oleh gadis itu.
” Kau biar betul Anis? “. Soal Mawar bagaikan tidak percaya. Dia kembali melopong kan mulutnya apabila gadis itu mengiakan sahaja kata-katanya.
” Jadi kau dengan dia dah official lah ni? “.
Anis hanya mengeleng laju. Dia melepaskan keluhannya.
” Tak sebab aku dengan dia baru aje kenal tapi aku nampak muka dia betul-betul kecewa dengan aku. Sekarang ni aku tak tahu dia dekat mana, mungkin keluar dengan Aras kot “. Sebut sahaja pasal nama Firdaus Arasy, mata Mawar melilau mencari kelibat lelaki tersebut. Dan betul lah apa yang Anis katakan tu, lelaki itu tiada disitu.
Lepas sahaja habis majlis itu dia terus menapak ke arah sepupu-sepupu Firdaus Arasy. Bahkan waktu jadi pengapit tadi pun dia tidak ada peluang untuk berbicara dengan lelaki itu. Mungkin lelaki itu masih marahkan dia lagi.
Mawar memandang ke arah Anis dengan mengukirkan secalit senyuman.
” Apa-apa kau kena sabar tau. InshaAllah kalau betul dia sayangkan kau, aku percaya yang dia tak akan berputus asa untuk dapatkan kau “. Pujuk Mawar sambil mengusap lembut bahu kawan baiknya itu.
Anis hanya mengangguk perlahan.
” Eh kejap aku baru perasan yang korang berdua ni jarang duduk sama-sama atau borak tau. Kau gaduh dengan dia eh? “. Seloroh Anis dengan pandangan tajam. Biasanya Mawar dengan Firdaus Arasy akan cari peluang untuk bersembang tapi harini masing-masing hanya buat haluan masing-masing sahaja.
Sesibuk macam mana sekalipun diaorang pasti akan borak juga tapi ni tadi sorang buat muka sedih sorang lagi hanya berlagak selamba aje.
” Mana ada! A.. aku dengan dia ok aje “. Ujar Mawar lambat-lambat kemudian dia mengetap bibir.
Anis mengecilkan matanya.
” Baik kau mengaku sekarang. Aku bukan bodoh lagi “. Ujar Anis serius. Walaupun dia kenal Mawar tidak sampai setahun tapi cukuplah dalam waktu terdekat itu dia sudah lali dengan sikap gadis itu.
Anis tersenyum senget bila melihat gadis itu mengangguk perlahan.
” Kenapa pula? “.
Mawar hanya menunduk sahaja.
” Salah aku “.
” Aku buat dia marah “. Ujar Mawar lagi. Airmata dia jatuh ke pipinya kemudian dia menyeka dengan hujung baju.
” Kenapa kau tak minta maaf? “. Soal Anis sambil memegang lengan gadis itu. Dia mengusap perlahan bahu gadis itu.
” Macam mana aku nak minta maaf dengan dia. Kau tengok sekarang ni batang hidung dia pun tak ada “. Ujar Mawar dengan perlahan. Airmata tumpah membasahi pipi gadis itu. Dari tadi dia hanya menahan air mata itu dari jatuh ke pipi. Tapi depan Anis dia tidak mampu lagi untuk menahan airmatanya.
” Kau tunggu dia balik lepas ni dan aku nak kau minta maaf “. Seloroh Anis kemudian menarik lengan gadis itu menghadap dirinya.
Mawar terus tergelak kecil.
” Kau pun perlu buat benda yang sama dekat Mika. Kalau rasa dah suka bagitahu ajelah! “.
Anis mula berdecit kemudian dia melepaskan genggaman tangan pada lengan gadis itu.
” Aku malu lah “. Ujar gadis itu perlahan. Mawar pula sudah mengelengkan kepala.
” Kau nak malu apa? Bukannya aku tak tahu kau pun suka dekat Mika kan? “.
” Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang “. Mawar tergelak mengekek apabila menyanyikan bait-bait lagu tersebut. Anis juga turut mengekek ketawa.
Kemudian matanya tertancap pada dua fagura yang baru sahaja keluar dari kereta. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman sebelum menoleh memandang ke arah Mawar.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…