Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 28
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 28 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
BIBIRNYA perlahan-lahan mengukirkan senyuman kemudian dia terus menarik tangan gadis itu. Mawar tersentak dan dahinya berkerut. Dia hanya membuntuti langkah Anis.
Anis berhenti menapak kemudian dia membalikkan tubuhnya menghadap Mawar. Keningnya sudah terangkat sebelah.
” Kau nampak kat depan tu siapa? “. Soal Anis sambil menudingkan jarinya ke arah susuk tubuh yang baru sahaja keluar dari perut kereta itu.
Mawar memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Anis dan dia kembali menoleh ke arah gadis itu dengan anggukan kepala.
” Jadi kau tunggu apa lagi dekat sini? Pergilah minta maaf “. Seloroh Anis dengan sengihan dibibir. Mawar pula sudah mengelengkan kepalanya.
Anis menepuk dahinya. Minta maaf pun susah ke?
” Aish kau ni pergi jelah! “. Bentak Anis geram. Dia mula menghela nafas panjang.
” Aku takut lah! “.
” Kau yang buat salah lepastu kau yang takut. Kalau dua-dua macam ni sampai bila nak berbaik “. Seloroh Anis. Baguslah dua-dua ego!
Mawar menayangkan muka cemberut nya. Bukan dia tak nak minta maaf dia tak boleh tengok muka Firdaus Arasy. Automatik jadi takut!
” Dia tak makan kau lah. Pergi jelah minta maaf “. Ujar Anis kemudian dia mengusap perlahan bahu gadis itu. Lambat-lambat Mawar mengangguk kepalanya.
” Ha macam tulah kawan aku “. Anis tersengih lebar. Dia menoleh lembut badan gadis itu. Menyuruh untuk pergi dekat Firdaus Arasy.
Mawar menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskan nafasnya kemudian dengan langkah perlahan dia menuju ke arah Firdaus Arasy yang baru sahaja hendak masuk ke dalam rumah.
Mawar memanggil nama lelaki itu. Jantung dia mula berdegup laju bila melihat Firdaus Arasy mematikan langkahnya dan menoleh ke belakang menghadap Mawar dengan pandangan kosong. Kening lelaki itu juga terangkat sebelah.
” Boleh saya cakap dengan awak kejap? “. Soal Mawar dengan perlahan. Matanya memandang tepat ke arah muka Firdaus Arasy yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Lelaki itu kembali meneruskan langkahnya. Dia terus menuju masuk ke dalam rumah dan itu membuatkan Mawar mengeluh perlahan.
Kan aku dah kata dia tak nak cakap dengan aku!
Pandangannya mula menunduk dan dia dapat rasakan airmatanya menitis membasahi pipi. Airmata itu diseka dengan hujung baju.
” Jom “. Ujar Firdaus Arasy. Dia sudah berdiri di hadapan gadis Mawar. Dia masuk ke dalam tadi hendak menghantar beg plastik kepada Tokma. Tokma pesan suruh pergi ke pekan beli ubat dan kebetulan pula Mikail juga ingin membeli barang.
Mawar kembali mendongak memandang ke arah Firdaus Arasy yang berada dihadapannya. Airmata yang jatuh itu diseka dengan hujung baju.
Firdaus Arasy menapak ke arah pondok kayu kemudian dia melabuhkan punggungnya. Mawar melangkah ke arah lelaki itu dan juga turut melabuhkan punggungnya tapi jauh sikit dari Firdaus Arasy. Tiang pondok itulah yang menjadi pemisah antara mereka berdua.
Masing-masing hanya menyepi. Firdaus Arasy membuang pandangannya ke arah sawah padi yang terbentang luas manakala Mawar pula bermain-main dengan jari-jemarinya. Hingus yang mula meleleh itu disedut perlahan.
Dahi Firdaus Arasy berkerut kemudian dia melemparkan pandangan nya kearah Mawar yang berada di sebelahnya.
” Sejak bila awak jadi cengeng ni? “. Soal Firdaus Arasy dengan nada lembut. Dia kembali memandang sawah padi yang terbentang luas.
Mawar hanya diam membisu. Dia hanya mengukirkan secalit senyuman.
Sejak mula jatuh cinta dengan lelaki itu dia mudah untuk terasa hati dan mudah sahaja airmatanya jatuh. Walhal itu bukan dirinya yang sebenar.
Suasana antara mereka kembali sunyi sepi. Masing-masing hanya diam membisu dan hanya kedengaran suara burung-burung berkicauan sahaja.
Firdaus Arasy mengeluh perlahan kemudian dia terus bangun dari tempat duduknya. Dia berura-ura hendak pergi dari situ kemudian badannya terdorong ke belakang apabila hujung bajunya ditarik oleh Mawar.
Firdaus Arasy menoleh memandang ke arah gadis itu. Muka gadis itu hanya tunduk sambil bermain-main dengan jari-jemarinya. Dia kembali mengeluh dan melabuhkan punggungnya.
” Awak nak cakap apa Mawar? “. Ujar Firdaus Arasy dengan perlahan dan serius.
Keluhan berat dilepaskan. Mawar kembali mengangkatkan mukanya dan menoleh ke arah Firdaus Arasy. Airmatanya jatuh membasahi pipi.
” Saya minta maaf “. Ujar Mawar dengan perlahan. Cukup untuk lelaki itu dengar kemudian dia kembali menundukkan kepalanya.
Dia menghela nafas kemudian dia menyambung semula kata-kata.
” Bukan saya tak percayakan awak tapi- “. Belum sempat Mawar menghabiskan kata-katanya Firdaus Arasy sudah mengelengkan kepala. Meminta untuk gadis itu tidak meneruskan kata-katanya.
” Saya tak marahkan awak pun sebenarnya “. Ujar Firdaus Arasy dengan sengihan dibibir. Dia menyeluk ke dalam kocek seluarnya dan mengeluarkan sapu tangan lalu dihulurkan kepada Mawar.
” Lap air mata awak “. Firdaus Arasy mengukirkan senyuman lebar. Mawar turut mengukirkan secalit senyuman dan lambat-lambat dia menyambut huluran tersebut.
” Eh kejap kalau awak tak marahkan saya kenapa awak macam nak jauhkan diri awak dari saya? “. Soal Mawar pelik. Sepanjang tempoh satu hari ini lelaki itu asyik jauhkan diri daripada Mawar.
Biasanya Firdaus Arasy akan cari dia juga tidak kiralah lelaki itu sibuk atau tak.
” Saja nak tengok awak pujuk saya atau tak “. Ujar Firdaus Arasy. Lelaki itu dari tadi hanya berlagak biasa aje.
” Tapi sangkaan salah. Saya ingat awak pujuk saya rupanya saya yang buat awak nangis adalah “. Ujar Firdaus Arasy lagi. Dia tersengih menayangkan barisan giginya.
Mawar memuncungkan bibirnya. Dia mencebik perlahan.
” Mana ada saya menangis “.
” Saya bukan buta lagi Mawar. Saya perhatikan awak setiap masa. Saya tak sepatutnya buat awak macam tu “. Firdaus Arasy menghela nafas panjang. Memang dia akui semua itu salahnya.
Mawar mengelengkan laju kepalanya.
” Tak mengapa Aras. Kosong-kosong ye? “. Mawar tersenyum lebar. Terus tercetus tawa Firdaus Arasy.
” Ye kosong-kosong “.
Mereka berdua bertentangan mata kemudian masing-masing hanya berbalas senyuman.
…***…
ANIS FARHANA melabuhkan punggungnya diatas kerusi meja makan itu. Dia menoleh memandang ke arah Mikail yang sedang leka bermain dengan anak-anak buah Firdaus Arasy. Terbit satu senyuman mekar dibibir mungil lelaki itu. Sikap Mikail itu membuatkan hati Anis mula berdetak laju.
” Kau memang suka main dengan budak-budak ke Mika? “. Seloroh Anis dengan mengukirkan senyuman. Tersentak Mikail dibuatnya tapi dia tidak menoleh. Bibirnya hanya mengukirkan secalit senyuman.
” Suka dan asalkan aku jadi ayah kepada anak-anak kau “. Ujar Mikail dengan selamba. Dia kembali bermain dengan anak sepupu Firdaus Arasy. Gelak mengekek budak kecil itu dibuatnya. Kedua-dua pipi budak kecil itu dicium berkali-kali.
Anis hanya tersenyum sebaris.
” Kenapa kau pilih aku Mika? “. Soal Anis pelik. Yelah Mikail ni sudahlah ada rupa paras yang elok. Dia dengan Firdaus Arasy tidak jauh bezanya. Dua-dua digilai ramai. Tapi hanya memilih gadis yang macam aku ni. Sudahlah tak cantik lepastu perangai macam lelaki. Siapa aja yang nak?
Mikail hanya diam membisu.
” Aku pelik dalam banyak-banyak perempuan kenapa mesti aku? “. Ujar Anis lagi. Nada suaranya perlahan dan cukup hanya Mikail sahaja yang mendengarnya.
Mikail mencium pipi anak kecil itu buat kali terakhir dan menurunkan anak kecil itu dari pangkuannya. Terkedek-kedek budak kecil itu berlari anak ke arah ibunya.
” Kenapa Mika? “. Soal Anis lagi sebaik sahaja melihat lelaki itu hanya diam tidak berkutik.
Mikail menghala nafas panjang. Dia membalikkan kerusi yang didudukinya menghadap Anis.
” Jangan tanya aku kenapa Anis. Jujur aku kata, aku tak ada jawapan untuk jawab soalan kau. Hati aku terdetik untuk pilih kau dan aku tak ada jawapan kenapa aku pilih kau. Mungkin doa aku Allah dah makbulkan. Aku yakin kalau aku bawa kau jumpa omma mesti dia pun akan rasa macam mana aku rasa “. Ujar Mikail dengan tenang kemudian dia meraup rambutnya ke belakang.
Detak jantung Anis makin berdegup laju.
” Aku tak paksa kau Anis. Kalau kau tak suka aku sekalipun aku redha “. Ujar Mikail lagi. Kali ini nada suaranya makin perlahan. Entah kenapa Anis dapat rasa bahawa lelaki itu terasa hati dengan dia.
” Mika, cuba kau tanya mana-mana perempuan dekat luar sana. Siapa yang tak tertarik dengan sikap lelaki macam kau? “.
Kata-kata Anis itu membuatkan dahi Mikail berkerut.
” Maksud kau? “.
” Aku suka tengok kau layan budak-budak. Actually start first aku jumpa kau, aku suka tengok perangai kau layan orang. Walaupun kasar tapi tak adalah sampai biadap dengan orang-orang sekeliling “. Ujar Anis dengan sengihan dibibir. Bukan dia tidak suka dengan Mikail. Perempuan haruslah jual mahal kan?
Mikail terus tersenyum meleret. Tercuit hatinya apabila mendengar bait-bait kata dari gadis itu.
” Omma aku yang ajar semua tu. Dia kata walaupun teruk layanan orang kepada kita. Kita kena tetap balas dengan cara yang baik. Dia curahkan kasih sayang dia sepenuhnya untuk aku dengan Aras. Aras tu dia dah anggap macam anak dia sendiri. Lagipun aku anak tunggal dan sebab tulah aku suka dengan budak-budak “. Ujar Mikail dengan sengihan dibibir. Anis pula sudah mengangguk-angguk kepalanya.
” Macam mana kau boleh kenal dengan Aras? “. Soal Anis. Dia pelik juga kenapa Firdaus Arasy boleh rapat dengan Mikail. Apa hubungan mereka dan yang membuatkan Anis pelik adalah Firdaus Arasy juga pandai cakap Korea padahal anak jati Malaysia.
” Aku kenal dengan Aras waktu dia kecil lagi dan kebetulan arwah mak dia dan omma kawan rapat. Hampir tiap hari juga aku main sama-sama dengan dia. Aku sambung belajar pun dengan dia juga dekat Korea “.
Anis mengangguk faham.
” Lagi kau nak tahu apa pasal aku? “. Mikail mengangkat keningnya berkali-kali dengan sengihan dibibir. Tergelak Anis dibuatnya.
” Setakat ni tak ada “.
” Betul ni? Kau tak nak tanya ke aku ada awek dekat Korea masa belajar dulu? “. Soal lelaki itu dengan senyuman mengejek.
Anis sudah mula memutarkan bola matanya ke atas.
” Kalau kau tak nak tanya tak apa biar aku jawab “.
” Aku hampir meneroka serata dunia dan jumpa beribu-ribu perempuan cantik dekat luar sana. Citarasa aku hanya dekat gadis di tanah air sendiri. Ramai aje yang nakkan aku tapi aku tolak. Entahlah, mungkin sebab aku nak ubah tradisional keluarga. Yelah appa dah khawin dengan orang Korea takkan aku pun nak khawin dengan diaorang kan? Jadi aku carilah orang Malaysia “. Ujar Mikail lagi.
Anis mencebikkan mulutnya.
” Kalau kau cari orang Malaysia kenapa tak khawin aje dengan perempuan yang tergila-gilakan kau? “. Seloroh Anis kemudian dia memandang ke arah lain.
Mikail hanya menggelengkan kepalanya. Suka sangat menyampuk!
” Kau ni aku tak habis cerita lagi. Dengarlah dulu! “. Mikail sudah menjeling kearah gadis itu.
” Macam apa yang kau cakap tadi kenapa aku tak khawin aje dengan perempuan yang tergila-gilakan aku. Bukan tak nak tapi kau tak rasa menyampah ke? Yelah sepatutnya orang perempuan ni kena jaga sikit maruah diaorang. Perempuan mestilah kena tunjukkan sikit sikap pemalu tu “.
” Aku pun ada juga test. Teringin nak rasa cinta tu macam mana. I met the lucky women in this world and first women I like. Dia adalah kau Nurul Anisa Farhana “.
Tersentak jantung Anis apabila mendengar bait-bait kata dari Mikail. Dia kembali menoleh memandang ke arah lelaki itu. Apabila mereka bertentangan mata bibir lelaki itu tercalit senyuman mekar.
” Dengar macam gila kan? Tapi memang aku gila pun. Gilakan kau “. Ujar Mikail lagi. Terbit senyuman mekar dibibir mungil lelaki itu.
” Mulut penuh gula! “. Seloroh Anis dengan jelingan tajam. Tipulah kalau kata dia tidak suka dengan kata-kata manis dari lelaki itu. Sengaja jual mahal.
” Kau kalau dah suka tu cakap ajelah suka! Tak payahlah sorok-sorok “. Mikail mencebik bibir kemudian dia berpeluk tubuh.
” Diamlah! “. Anis memutarkan bola matanya ke atas kemudian dia juga turut melakukan hal yang sama macam lelaki itu lakukan. Apa kau ingat kau sorang aje boleh berpeluk tubuh?
” Ego! “. Ujar Mikail. Masing-masing sudah melarikan pandangan ke tempat lain.
…***…
ADAM ARASY menyemak semula senarai resepi baru yang bakal ditambah dalam restoran miliknya. Bibirnya dari tadi tidak lengkang dengan senyuman.
Dalam hati dia sudah bersyukur kerana setiap titik peluhnya akhirnya membawa hasil.
” Encik Adam bila kita akan rasmikan semua resepi-resepi baru ni? “. Soal Emir dengan sengihan dibibir.
” Saya tak tahu lagi tapi saya cadang. Saya akan rasmikan bila adik saya dah bertunang “. Ujar Adam Arasy dengan senyuman dibibir. Emir juga turut mengukirkan senyuman.
” Buat masa sekarang kita fokus dulu pada makanan yang ada. Nanti saya sediakan semua bahan-bahan dan awak semua hanya perlu tunggu arahan dari saya sahaja “. Seloroh Adam Arasy lagi.
” Baiklah Encik Adam. Nanti saya maklumkan pada yang lain “. Ujar Emir dengan senyuman dibibir. Dia menundukkan sedikit badannya dan terus berlalu menuju ke dapur.
Adam Arasy hanya memandang belakang badan lelaki itu sehingga hilang dari pandangan. Matanya kembali menatap kertas ditangannya.
Dia kembali tersenyum. Matanya menatap pula bingkai gambar yang berada di atas meja. Wajah wanita itu diusap lembut.
” Mak, Adam akan pastikan impian mak untuk tengok adik khawin akan tercapai “. Ujar Adam dengan sebak.
Deringan telefon itu mematikan lamunan Adam. Dia menyeka air mata kemudian terus mengambil telefon itu lalu diletakkan di telinga.
” Waalaikumussalam. Aku tengah free ni. Ok dalam masa setengah jam nanti aku sampai “. Ujar Adam. Kemudian dia mematikan panggilan tersebut. Dia mula bangun dari tempat duduknya dan melangkah keluar dari bilik pejabat.
” Emir! Saya nak keluar kejap ye? Maklumkan pada semua saya benarkan awak balik awal “. Ujar Adam Arasy sebelum melangkah pergi. Emir hanya mengangguk perlahan.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…