Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 29
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 29 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
RASYID IMAN tersenyum lebar apabila melihat kelibat fagura itu mula masuk ke dalam restoran. Restoran Santapan Selera menjadi pilihan. Kebetulan pada waktu itu memang tidak terlalu ramai pelanggan yang datang.
Adam Arasy melabuhkan punggungnya dihadapan lelaki itu. Masing-masing hanya membalas senyuman.
” Macam mana dengan urusan dekat Jumbo Jeep? Semuanya baik-baik? “. Soal Rasyid terlebih dahulu. Adam hanya menayangkan barisan giginya.
” Alhamdulillah makin ramai yang datang. Macam tahu-tahu aje aku nak buat resepi baru “. Ujar Adam dengan gelak tawa kecil.
Rasyid mengukirkan senyuman lebar. Dia juga turut berasa gembira apabila melihat sahabat baiknya itu berjaya.
” Sebenarnya aku suruh kau datang sini ada benda penting yang aku nak sampai kan “. Ujar Rasyid dengan nada perlahan. Dia mengusap perlahan pelipisnya.
” Keluarga aku nak sangat tengok baby dengan Aras khawin. Aku tahu benda ni terlalu awal tapi benda baik tak elok dilengahkan lagi “. Ujar Rasyid lagi.
Adam hanya mengangguk perlahan. Benar juga kata Rasyid itu. Kalau dah kedua-dua mereka suka sama suka. Lebih baik teruskan aje langkah ke seterusnya.
” Aku tak ada masalah Ras. Kita kena tunggu dia orang balik sini. Aku akan bincang pasal ni dengan Aras bila dia dah sampai KL. Bapa saudara aku pun ada kat sini juga nanti apa-apa hal aku akan info dekat kau “. Seloroh Adam dengan sengihan dibibir. Rasyid juga turut mengukirkan senyuman. Dia meraup mukanya dengan tapak tangan. Lega hati mendengarnya.
” Kau jangan risau lah Ras. Soal tu semua biar aku dengan papa aku uruskan nanti “. Adam tersenyum lebar.
” Terima kasih Adam “. Ujar Rasyid. Adam hanya mengangguk perlahan.
…***…
MIKAIL sudah mula menayangkan muka cemberut nya. Pandangannya sudah dialihkan ke tempat lain. Kalau berdebat dengan perempuan kecik ni sampai subuh pun belum tentu habis! Tahu nak menang aje.
” Kenapa dah fade up ke? “. Seloroh Anis dengan lagak persis macam ibu tiri. Dia mula bercekak pinggang. Bibirnya diketap geram.
” Diamlah! “. Ujar Mikail. Kemudian dia mencebikkan mulutnya.
” Kecut! Awal-awal lagi dah mengeluh penat. Kau ni macam perempuan lah. Lembik “. Perli Anis dengan muka bengis. Kemudian dia memeluk tubuhnya. Baru buat sikit dah mengeluh penat!
Terbuntang luas biji mata Mikail apabila dilabelkan ‘lembik’ itu. Oh ini sudah menguji kesabaran aku.
Dia kemudian menyingsing kan lengan baju t-shirt. Muka lelaki itu sudah mula merah padam menahan geram.
” Kau cakap aku apa tadi? Lembik? “. Seloroh Mikail. Dia mula menapak perlahan-lahan ke arah gadis itu.
” Kau nak buat apa ni hah?! “. Nafas Anis mula turun naik. Dia mengundur setapak dua ke belakang. Langkah kakinya mula berhenti apabila kini dia sudah mula dikepong.
Mikail tersenyum sinis. Dia melekapkan tangannya di dinding tersebut. Menghalang tubuh Anis untuk tidak lari dari situ.
” Mika.. janganlah macam ni! “. Bentak Anis geram. Dia sudah mula menutup rapat kedua-dua matanya. Tidak berani menatap muka Mikail. Jarak mereka hanya beberapa inci sahaja.
Mikail terus tergelak kecil apabila melihat muka Anis sudah mula berona merah. Dia kembali menjauhkan diri daripada gadis itu.
Mikail duduk semula diatas bangku kayu itu dan mula menyambungkan kerja iaitu memarut kelapa.
Anis yang menyandar pada dinding itu mula membuka matanya. Kini matanya sudah mula mencerlung tajam ke arah lelaki yang tidak jauh dari tempat dia berdiri. Kecil besar kecil besar sahaja dia memandang lelaki itu.
Dek kerana terlalu geram dengan sikap Mikail. Kaki dihayun laju melangkah ke Mikail kemudian dia terus menolak kepala lelaki itu sehingga terjatuh dari bangku kayu.
Mikail mendengus kasar dan menoleh ke arah Anis dengan pandangan tajam. Dia sudah mengetap gigi.
” Sakitlah gila! “. Jerit lelaki itu dengan lantang. Mujurlah tempat itu agak tersorok sedikit. Kalau tidak pasti suara Mikail itu sudah didengari oleh orang.
” Mianhae Mika “. Ujar Anis sambil menekup mulutnya. Berpura-pura berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
Mata lelaki itu sudah mula memerah. Dia bangun dari tempat duduknya. Tangan yang kotor itu diseka dengan hujung baju.
Anis sudah kecut perut. Liur ditelan. Apabila melihat lelaki itu mula hendak berlari ke arahnya dengan begitu pantas Anis membuka langkah seribu.
Tidak lupa juga kain batik yang tersarung kemas di pinggangnya itu juga dipegang erat. Naya kalau londeh.
Anis menoleh ke belakang. Dia terus menjerit kecil apabila melihat Mikail hampir mengiringinya. Kemudian dia terus menghentikan langkahnya. Anis membalikkan tubuhnya menghadap ke arah Mikail dan mengangkat kedua tangannya. Mengalah.
Dadanya kini sudah berombak kencang. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskan nya. Begitu juga dengan Mikail. Tercungap-cungap lelaki itu.
” Ok dah aku tak nak main kasar lagi dengan kau ni. Kalau macam ni lah perangai kau kan, reject terus aku nak suka kau “. Ujar Anis kemudian dia memuncungkan bibirnya.
” Maknanya memang kau suka aku lah? “. Seloroh Mikail dengan sengihan meleret. Sekarang ni dia rasa nak menjerit. Fuhh sabar Mika sabar.
Anis sudah mencebik. Dia memutarkan bola matanya ke atas.
” Heh perasannya kau ni.. miang macam ulat bulu lah “. Anis sudah meremang satu badan. Kalau tadi Mikail tersenyum sehingga ke telinga tapi kini dia sudah buat muka cemberut. Pandangan tajam dihalakan ke arah gadis itu.
” Kau ni memang suka main tarik tali eh? Kejap kata suka pastu macam buat-buat tak suka. Mana satu ni? “. Mikail mendengus kasar. Pelik betul dengan sikap seketul Nurul Anisa Farhana ni. Agaknya waktu mak dia mengandungkan dia tertelan ubat gigi kot.
Eh yang aku kutuk tu bakal mak mertua aku. Bongok lah kau Mika!
” Suka hati aku lah. Sibuk aje! “. Anis berpeluk tubuh. Mukanya sengaja dikalihkan ke tempat lain.
Terus tergeleng kepala Mikail melihat gelagat gadis itu. Barangkali tengah period kot!
…***…
SUASANA malam itu membuatkan lega Firdaus Arasy terganggu. Lebih-lebih lagi apabila mendengar dengkuran dari Mikail. Kalau diamati betul-betul sudah persis macam bunyi kerbau jantan.
Dia mencapai Iphone yang berada diatas meja. Kemudian aplikasi WhatsApp Messenger dibuka.
Mesej Mawar dibuka kemudian jari-jemari menari-nari di atas papan kekunci.
Yeojachingu❤️
Hai assalammualaikum.
Sibuk ke?
Firdaus mengeluh perlahan. Bibirnya tersenyum kecil. Last seen gadis itu adalah pada pukul 9:56 p.m.
Mungkin dia dah tidur. Desis hati lelaki itu. Dia meletakkan semula Iphone 7 Plus itu diatas meja. Baru sahaja dia hendak merebahkan badannya, terasa berat dibahagian pehanya. Polos sahaja muka Mikail dengan meletakkan kakinya diatas peha Firdaus Arasy.
Pinggang Firdaus Arasy itu dijadi mangsa pelukan Mikail. Makin lama makin erat. Jelas kelihatan muka Mikail tersengih-sengih seperti kerang busuk.
Akibat terlalu rimas, Firdaus Arasy terus menolak tubuh Mikail sehingga terjatuh dari atas katil. Kedengaran suara lelaki itu mengerang kesakitan.
Firdaus Arasy memanjangkan lehernya melihat Mikail bergerak-gerak sedikit. Kemudian terus diam tidak berkutik. Sah tidur mati!
Dia menjongketkan bahunya kemudian menarik selimut. Mata dipejam rapat. Dalam masa setengah jam mulalah kedengaran dengkuran dari kedua-dua lelaki itu.
…
…
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…