Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 3
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 3 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
MAWAR DAHLIA menghentak stereng kereta, menyesal juga dia bangun lambat. Sudahlah hari ini, hari pertama dia menjejakkan kakinya ke Universiti Teknologi Malaysia. Ini semua gara-gara dia lupa hendak mengunci jam. Awal pagi lagi dia sudah dimarahi dengan Puan Aisyah. Terpaksalah tadah telinga. Nak lawan cakap umi? Alamatnya kena siat-siat lah kulit aku.
Mawar parking kereta betul-betul disebelah kereta mewah entah milik siapa pun dia tak tahu. Sempat juga Mawar membandingkan kereta Ferrari berwarna hitam itu dengan kereta Myvi kecil miliknya.
” Untung lah dalam seusia muda macam ni boleh dapatkan kereta mewah sebiji. Nak dibandingkan dengan aku ni, hanya mampu dapat keluar kan kereta second hand je “. Monolog Mawar Dahlia seorang diri sambil mulutnya mencebik.
” Mungkin orang tu kaya kan “. Ujar Mawar Dahlia lagi. Dia mengerling jam di tangan.
” Ya Allah dah lambat “. Mawar Dahlia berlari laju. Dia tidak peduli jika ada mata-mata yang sedang melihat nya. Dia perlu cepat. Sebagai student baru, dia perlu bijak menguruskan waktu. Jadi dia tidak mahu awal-awal sudah dilabelkan sebagai ‘student lewat datang ke Universiti’.
Nasib baik dia memakai jeans paras betis. Kalau pakai skirt pendek alamatnya memang sudah terangkat ke atas. Mawar mempercepatkan langkahnya, apabila didapati bahawa kaunter pendaftaran student baru masih lagi tidak ramai.
” Alhamdulillah, nasib baik cepat “. Mawar bersyukur panjang.
Setelah selesai mendaftarkan diri, Mawar memutuskan untuk bersiar-siar seketika memandangkan waktu orientasi bakal bermula pada pukul 10.00 pagi. Dia mengerling jam di tangan, ada masa lagi empat puluh lima minit. Lambat lagi!
Sedang sibuk melihat suasana universiti itu, entah macam mana dia boleh terlanggar seseorang.
” Ya Allah saya minta maaf! “.
…***…
FIRDAUS ARASY baru sahaja habis bermain bola sepak bersama kawan-kawannya di padang. Badan yang terasa melekit, membuatkan dia semakin rimas.
Entah bagaimana, tubuhnya yang tinggi lampai itu dilanggar oleh seorang gadis yang tinggi hanyalah paras dadanya sahaja menyebabkan dia terdorong ke belakang dan kebetulan Iphone 7 miliknya yang dipegang sudah melayang entah ke mana.
” Ya Allah, saya minta maaf. Saya betul-betul tak nampak awak. Sekali lagi saya minta maaf “. Ujar gadis itu meminta maaf.
” Adakah saudara ada tercedera di mana-mana bahagian badan? Sekali lagi saya minta maaf “.
Firdaus Arasy mendengus kasar. Dia berdiri tegak sambil merenung tajam ke arah gadis di hadapannya.
” Buta ke? Lain kali kalau nak jalan pandang depan, bukan pandang bawah! Ingat ni buat larian merentas desa? “. Marah lelaki itu terus menusuk ke hati Mawar. Pedas dan pedih!
Lelaki itu membongkokkan badan nya dan mencapai sesuatu ‘objek’ berwarna hitam. Barang kali dompet.
Melihat kerutan di dahi lelaki itu membuatkan Mawar turut melopong apabila melihat ‘objek’ itu adalah sebuah iPhone. Alamak…
Alangkah terkejutnya apabila melihat skrin telefon itu sudah calar.
” Tengok, kau dah calarkan Iphone ni “. Firdaus menunjukkan Iphone 7 itu ke Mawar.
” Aku nak kau bayar balik Iphone yang kau dah rosakkan tu. Kalau tak… Nahas kau aku kerjakan! “. Ujar Firdaus Arasy lagi. Jelas mukanya menunjukkan dia benar-benar bengang.
Mawar Dahlia menarik nafas panjang.
Kalau setakat nak minta maaf dia boleh aje buat. Tapi kalau dah suruh bayar duit Iphone yang bercalar tu, alamatnya memang kering lah duit poket dan yang membuat kan Mawar berasa geram dan menyampah bila lelaki dihadapannya ini asyik terjerit- jerit, cakap elok-elok tak boleh ke? Aku bukannya pekak lagi.
” Kau dengar tak?! “. Tengking Firdaus Arasy.
” Dengar lah… “. Jawab Mawar acuh tak acuh.
” Eleh bukannya rosak teruk pun, calar sikit je pun dah kecoh! “. Bisik Mawar sambil mencebik. Namun dapat didengari oleh lelaki itu.
” Apa, calar sikit kau kata? Kau tengok ni sampai tak hidup kau tahu tak! “. Marah Firdaus Arasy. Kali ini dia memang tidak dapat kawal kemarahannya. Dia berasa sungguh geram melihat reaksi selamba yang ditunjukkan oleh gadis itu.
” Kalau saya rasa nak bayar, saya bayarlah. Kalau tak ada apa-apa nak cakap saya pergi dulu. Bye bye “. Sebelum melangkah pergi sempat Mawar melambai tangan membuatkan lelaki itu semakin ‘membara’.
” Kau tunggu nasib kau bila aku jumpa kau lagi lepas ni “. Gumam Firdaus Arasy.
…***…
SEPANJANG berlangsungnya hari pertama orientasi, Mawar langsung tidak fokus setiap sesi yang dilakukan. Dia hanya memikirkan masalah yang baru sahaja berlaku. Awal-awal lagi dah timbul masalah. Sudahlah masalahnya dia bergaduh dengan senior pula tu. Harapkan aje muka handsome tapi perangai macam singa lapar! Garang nauzubillah.
” Awak? Dengar tak apa yang saya terangkan? “. Soal salah satu senior yang ada disitu.
Mawar menayangkan muka blur. Dia tercengang.
” Huh? “.
” Aish awak ni kan, muka je cantik, tapi tulah suka berangan. Saya dah banyak kali dah panggil nama awak. Ni giliran awak bagi idea lepastu boleh terus buat perbentangan. Ayat yang paling cantik dan tersusun dia akan terangkan dekat semua orang “. Ujar senior tadi yang bernama Amirul .
” Oh ok “. Jawab Mawar. Dia mula bermain pensel di jarinya. Dia mula menulis dan memadam. Hampir setengah minit asyik ulang perkara yang sama sahaja. Dia memandang ke arah padang. Memandangkan dewan kuliah hanya bersebelahan dengan padang, banyak juga sekumpulan lelaki sedang bermain bola sepak.
Tiba-tiba matanya tertumpu pada fagura yang amat dikenali. Siapa lagi tak lain tak bukan lelaki singa lapar. Memandangkan jarak dewan kuliah dengan pandang hanya beberapa langkah, jelas sungguh dia melihat kelincahan lelaki itu bermain bola. Agak menakjubkan. Dia kembali menulis semula.
Sesorang perempuan duduk disebelah Mawar lalu berbisik.
” Agak-agak awak pilih siapa dalam kalangan student yang dekat sana? “. Bisik perempuan itu. Mawar menayangkan muka blur.
” Aish awak ni, takkan tak tahu dalam universiti ni ramai student yang main bola sepak dan hampir semua lelaki dekat situ mempunyai ciri rupa yang sangat-sangat kacak! “. Ujar gadis itu penuh keterujaan.
” Awak pilih siapa? “. Ujar gadis itu lagi.
” Erk… Saya tak tahu “. Mawar menggelengkan kepalanya.
” Hm ruginya awak. Oh nama saya Anis Farhana. Awak? “. Ujar gadis itu sambil menghulurkan tangan.
” Mawar “. Mawar menyambut huluran tangan tersebut sambil tersenyum.
” Boleh saya tanya awak satu soalan? “. Soal Mawar. Dia mengerling susuk tubuh lelaki yang sungguh dia benci untuk pertama kalinya di universiti tersebut. Kalau lah ada batu dekat sini, sudah lama dia lemparkan batu tersebut dekat singa lapar tu. Biar dia hilang ingatan terus.
” Apa dia? “.
” Awak kenal dengan lelaki yang duduk dekat bangku pakai jersi warna biru oren yang tak ada lengan tu? “. Soal Mawar ingin tahu. Anis menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Mawar.
” Oh mamat tu kenal sangat “.
” Awak kenal dia? “. Anis mengangguk perlahan.
” Saya banyak dengar pasal dia daripada kakak saya. Kebetulan kakak saya memang satu kelas dengan dia. Dia pindah sini dua tahun lepas. Kakak saya cakap, dia ni kaya tapi dia ni jenis tak pandai nak bergaya. Muka dah cukup handsome tapi berpakaian selekeh. Dia ni bila orang bertanya atau beramah mesra, dia tidak akan jawab dan hanya memandang kosong pada orang-orang yang mahu berkawan dengannya. Malah dia hanya mempunyai beberapa orang teman sahaja. Mungkin kawan rapat. Itupun hanya dua tiga orang.
Menurut kata kakak saya, Arasy sudah dianggap sombong dan berlagak dalam universiti ni. Tiada seorangpun yang mahu mendekati dia atau ingin berkawan dengan nya. Ada satu hari, ada seorang perempuan ingin berkenalan dengan dia dan gadis itu meluangkan perasaannya pada Arasy, namun gadis itu dapat habuan. Gadis itu dimarah dan dihina “. Ujar Anis Farhana panjang lebar. Mawar hanya mengangguk perlahan. Memang patut pun dia gelarkan lelaki itu sebagai singa lapar. Asyik nak marah aje.
” Eh awak berdua ni, saya suruh cari idea nak buat perbentangan bukan suruh borak kosong “. Marah Amirul selaku ketua senior yang bertugas di situ.
” Maaf “. Ujar dua gadis itu serentak. Mereka cepat-cepat menulis semula kerja tadi.
…***…
MAWAR DAHLIA dengan cepat melangkah kakinya keluar dari universiti itu. Dia tidak mahu bertembung dengan Firdaus Arasy gara-gara kes pagi tadi. Hutang tidak dibayar konon!
” Mawar tunggu! “. Jerit Anis selaku teman barunya.
” Saya dah lambat ni “. Ujar Mawar. Dia takut kalau terserempak atau bertembung lagi dengan lelaki itu. Cukuplah satu hari ni dia asyik hadap muka singa lapar tu.
” Apa-apa awak Whatsapp atau hubungi saya terus. Saya dah lambat ni, Bye! “. Mawar terus berlalu pergi apabila melihat kelibat Firdaus Arasy yang baru sahaja keluar dari kelas.
Anis hanya menggelengkan kepalanya. Dia terus berlalu pergi.
Mawar terus mendapatkan si abang yang sudah lama menunggu di situ.
” Abang buat apa kat sini? Naik apa? ” . Soal Mawar dalam nada kegembiraan.
” Abang naik teksi. Saja datang lawat adik abang. Tak apa harini biar abang drive kereta baby “. Ujar Rasyid kepada adiknya.
Mawar hanya mengangguk. Kerana rindu dan sudah menjadi kebiasaan, pipi lelaki itu akan di cium berkali-kali. Dia tidak peduli jika ada mata-mata yang sedang memandang ke arah mereka berdua.
” Baby ni tak malu ke orang tengok? Dekat rumah tak apalah juga, ni dekat U. Apa pula kata kawan-kawan baby atau orang yang memandang? “. Soal Rasyid. Bukan dia tidak kenal perangai gila adiknya yang seorang ni.
” Baby peduli apa, lagipun abang Ras kan abang kandung baby. Jadi apa masalahnya? “.
” Memang lah tak salah, tapi cubalah hormat sikit “. Pesan Rasyid kepada adiknya yang tidak faham bahasa itu.
” Sudahlah jom balik, baby dah penat sangat ni. Mawar terus masuk ke dalam perut kereta dan diikuti oleh Rasyid. Kereta itu pecut laju meninggalkan perkarangan Universiti itu.
…***…
FIRDAUS ARASY terus keluar dari celah pokok itu. Dia sebenarnya mahu menyembunyikan diri daripada Puteri Laila. Gadis itu tidak habis-habis berkepit dengan dirinya.
Sampai semua aktiviti lelaki itu, Puteri Laila wajib tahu. Huh? Macam aku ni suami dia pula nak bagitahu semua benda.
Kebetulan dia tengah menyorok, terdengar pula perbualan Mawar dengan seorang lelaki. Siap panggil ‘baby’ bagai. Dia cuma hanya dengar sayup-sayup sahaja.
Gadis itu juga seperti mahu mengelakkan diri daripada nya. Bukan dia tidak tahu apabila dia keluar dari kelas tadi, dia nampak gadis itu. Begitu juga dengan gadis itu, baru sahaja dia hendak mengejar dengan cepat Mawar melangkah pergi.
” Tak apa, buat masa sekarang ni kau boleh lari dari aku. Lepas ni, jangan haraplah aku nak lepaskan kau! “. Ujar Firdaus Arasy sebelum melangkahkan kakinya.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…