Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 31
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 31 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
ALHAMDULILLAH sekarang aku dah jadi tunang orang. Tunang kepada Muhammad Firdaus Arasy bin Muhammad Athar Arasy. Semuanya diuruskan oleh keluarga aku dan keluarga Aras.
Balik sahaja dari Kedah terus dikejutkan oleh khabar berita tersebut. Terutamanya pada Aras. Lelaki itu tidak tahu menahu. Semua ini rancangan dari Rasyid dan Adam.
Mula-mula umi cakap nak buat masa waktu kitaorang balik dari Kedah haritu. Tapi Aras kata kena tunggu dia habis semester.
Umi kata tempoh pertunangan kami hanya 6 bulan sahaja. Firdaus Arasy pula dah tamatkan semester dan sekarang dia berkerja dekat Jumbo Jeep sebagai PA abang dia sendiri.
Alhamdulillah Jumbo Jeep sekarang sudah makin ramai yang datang mengunjungi. Sebab Adam merasmikan resepi barunya.
Mikail dengan Anis pula? Dua-dua kata suka dan sayang tapi masih lagi ego. Sorang bagi ayat manis dan sorang lagi hanya berlagak seperti biasa.
Dengar cerita sekarang ni Puteri Laila juga sudah menjadi isteri orang. Aku tahu pun dari Anis sendiri. Dia mengikuti akuan Instagram gadis itu. Alhamdulillah kerana akhirnya dia sudah menemui cintanya.
” Mawar! “. Jerit Anis lantang. Terus tersentak Mawar dibuatnya kemudian dia menoleh memandang ke arah Anis. Gadis itu nampak sungguh cantik bila mengenakan pakaian graduan.
Kini dia dan Anis pula baru sahaja menamatkan pengajian mereka di Universiti Teknologi Malaysia. Dia menghela nafas panjang.
Segalanya bermula disini, tempat dimana kali pertama pertemuan antara Firdaus Arasy dan Mawar Dahlia.
” Ikut aku! “. Anis menarik lengan gadis itu. Terteleng kepala gadis itu dek kerana terlalu kuat Anis menariknya.
Mawar hanya mengikuti langkah gadis itu. Kemudian dia berhenti menapak apabila Anis juga melakukan hal yang sama.
Dia menoleh pula ke arah dua kereta yang cukup amat dikenali. Perlahan-lahan bibirnya mula menguntum senyum. Sebaik sahaja fagura itu keluar dari kereta. Terus dia berlari anak ke arah wanita tua itu kemudian tubuh itu dipeluk erat.
” Umi… Baby rindu.. “. Rengek Mawar dengan meleret. Kemudian pipi Puan Aisyah menjadi mangsa ciuman gadis itu.
Puan Aisyah menolak tubuh Mawar kemudian dia menyeka mukanya dengan tapak tangan. Peha kanan gadis itu menjadi mangsa pukulan sulung Puan Aisyah.
” Auch, sakit lah umi! “. Adu Mawar dengan cebikan dibibir. Mukanya mula cemberut. Peha yang masih lagi terasa sakit itu digosok perlahan.
Puan Aisyah memutarkan bola matanya ke atas.
” Kamu ni kan baby, sudah nak jadi bini orang tau. Perangai masih lagi tidak berubah. Nak jadi apa kamu baby? “. Dengus Puan Aisyah. Mawar sudah mula berpeluk tubuh. Umi dah mula membebel!
” Biarkan ajelah dia Sya. Pandai lah dia nak jaga diri nanti “. Sampuk Encik Azman pula. Mawar terus menoleh memandang ke arah Encik Azman kemudian bibirnya mula mengukirkan senyuman. Encik Azman pula hanya membalas dengan mengenyit matanya.
Berbulu sahaja Puan Aisyah melihatnya. Anak bapak sama aje!
” Tulah kerja awak. Asyik back up aje perangai si baby tu. Tengok bila dah besar makin mengada-ngada “. Ujar Puan Aisyah. Dia sudah mula berpeluk tubuh.
Encik Azman hanya menggeleng kepala. Dari dulu sampai sekarang asyik nak salahkan baby aje. Masak sangat dah Encik Azman dengan perangai Puan Aisyah itu. Kalau sudah kata rindu jangan haraplah nak mengaku!
” Alolo busuk masam baby ni. Umi datang jauh-jauh nak marah-marah. Kalau umi marah-marah macam ni lari baba nanti “. Seloroh Mawar dengan selamba. Dia sudah melentokkan kepalanya dibahu kanan Puan Aisyah. Lengan orang tua itu juga dipaut erat.
Makin memuncung bibir wanita tua itu.
Tergelak semua yang ada disitu termasuklah Mikail dan Firdaus Arasy. Sudah lama mereka berdua berdiri disitu sambil memerhati gelagat mereka. Terbit senyuman mekar dibibir lelaki itu.
Firdaus Arasy tersentak apabila iphone 7+ miliknya berbunyi. Dahi dia berkerut apabila melihat nama yang tertera di skrin iPhone itu.
Panggilan dari Adam.
Semua yang ada disitu menoleh memandang ke arah lelaki itu.
Firdaus Arasy meminta diri dan berganjak jauh sedikit dari tempat itu. Mawar hanya memerhati sahaja tingkah laku lelaki itu.
Entah mengapa dia mula rasa tidak sedap hati.
” Hello Adam kenapa call aku tiba-tiba ni? Kan aku dah cakap dengan kau, aku balik lambat sikit “. Ujar Firdaus Arasy sedikit perlahan. Dia menoleh memandang ke arah semua bakal ahli keluarganya itu. Apabila mata dia bertentangan mata dengan Mawar. Dia hanya menghadiahkan senyuman.
Adam dalam talian hanya diam menyepi. Yang membuatkan jantung Firdaus Arasy berdetak laju apabila dia mendengar esakan tangisan lelaki itu.
Kejap Adam nangis?
” Kau kenapa ni Adam? “. Soal Firdaus Arasy panik. Dia mula rasa tidak sedap hati.
Sama lelaki itu masih lagi menangis.
” Jawablah Adam! “. Bentak lelaki itu apabila dari tadi Adam Arasy hanya menangis dan diam tidak bersuara.
” Aku nak kau balik sekarang Aras. Aku tunggu kau dekat hospital Ampang “. Ujar Adam dihujung talian dengan esakan tangisan.
Makin berkerut dahi Firdaus Arasy.
” Kenapa? Siapa sakit? “.
” Papa sekarang tengah kritikal. Dia- “. Belum sempat Adam menghabiskan kata-katanya terus Firdaus Arasy mematikan talian.
Tanpa berlengah dia terus berlari menuju ke arah kereta Ferrarinya.
Semua yang ada disitu sudah mengerut dahi melihat sikap Firdaus Arasy. Muka lelaki itu pucat.
” Aras kenapa ni? “. Soal Encik Azman.
” Aras kau ok tak? “. Soal Mikail pula.
Firdaus Arasy mengeleng laju. Dadanya berombak kencang. Jelas kelihatan muka pucat lelaki itu. Matanya juga mula memerah.
” Papa “. Ujar lelaki itu sepatah.
” Kenapa dengan papa awak? “. Sampuk Mawar pula. Risau apabila melihat lelaki itu seperti hilang arah.
” Mika, bawa aku pergi hospital Ampang. Papa tengah kritikal “.
Semua yang ada disitu mengucap panjang. Terkejut apabila mendengarnya.
Firdaus Arasy sudah membenamkan dirinya ke dalam perut kereta. Tanpa berlengah lagi Mikail juga turut masuk ke dalam kereta Ferrari milik Firdaus Arasy itu.
Kereta tersebut sudah mula dipandu laju dan meninggalkan perkarangan tersebut.
” Baba, jom ikut diaorang “. Ajak Mawar sambil menarik lengan Encik Azman. Gadis itu sudah mula mengalirkan airmata.
Encik Azman hanya mengangguk perlahan. Tanpa berlengah masa lagi, terus semua yang ada disitu terus masuk ke dalam kereta.
Mawar dan Anis naik kereta Rasyid manakala Puan Aisyah dan Encik Azman. Dua buah kereta itu mula meninggalkan pekarangan Universiti itu dan terus bergegas mengejar kereta Ferrari Firdaus Arasy.
…***…
FIRDAUS ARASY sudah jatuh terduduk diatas lantai. Adam Arasy memaut lengan lelaki itu,menahan tubuh sasa Firdaus Arasy dari terus rebah.
Airmata jatuh membasahi pipi Firdaus Arasy. Dia menggeleng kepala laju. Kemudian rambut panjang itu dicengkam kuat.
Tak mungkin!
” Kau kena kuat Aras. Kau kena terima hakikat ni “. Pujuk Adam dengan sebak. Bahu adiknya itu diusap lembut.
Syafiqah yang ada disitu memujuk Arfan. Budak kecil itu seolah-olah mengerti apa yang berlaku.
Mawar menghampiri Firdaus Arasy. Dia mencangkung dihadapan lelaki itu. Airmata juga jatuh membasahi pipi.
Doktor memaklumkan bahawa Encik Haris tidak dapat diselamatkan. Ketumbuhan yang ada pada saraf otaknya itu makin besar.
Yang membuatkan Firdaus Arasy makin sebak apabila dia tidak dapat bersama dengan bapa saudaranya itu saat sakaratul maut mengambil nyawanya.
” Tak mungkin Adam! “. Bentak lelaki. Tubi matanya penuh dengan airmata. Jatuh airmata Mawar melihat keadaan tunangnya itu.
” Kau kena kuat dik “. Pujuk Adam dengan tenang.
” Allah ambil papa sebab Dia lebih sayangkan papa dik. Cukuplah papa dah menderita dekat dunia ni. Lepaskan dia pergi Aras “. Pujuk Adam lagi. Makin deras airmata lelaki itu mengalir.
Semua ahli keluarga Mawar juga turut berasa simpati. Mikail yang duduk diatas bangku menunggu itu juga turut mengalirkan airmata.
” Sekarang ni kita selesaikan apa yang patut. Kau banyak-banyak bersabar dan berdoa “. Ujar Adam Arasy sambil menepuk-nepuk bahu lelaki itu.
Mawar yang ada disitu turut mengangguk perlahan.
” Saya ada dengan awak Aras “. Sampuk Mawar dengan perlahan. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Sayu hatinya melihat wajah sembab Firdaus Arasy itu.
Lambat-lambat Firdaus Arasy menganggukkan kepalanya.
” Kesian saya tengok Aras tu bang. Mesti dia sedih sangat kan? “. Seloroh Puan Aisyah disebelah suaminya itu. Encik Azman sudah menganggukkan kepalanya.
” Kita yang ada ni kena bagi dia semangat “. Ujar Encik Azman. Pandangan dihalakan kepada Firdaus Arasy itu.
Encik Azman menghampiri Firdaus Arasy. Kemudian dengan perlahan dia membangunkan tubuh anak muda itu dan dibantu oleh Adam Arasy.
Mata Firdaus Arasy kini tumpu pada Encik Azman. Encik Azman menepuk bahu lelaki itu dan mengukirkan senyuman.
” Baba tahu Aras kuat. Jangan anggap diri Aras lemah atau berseorangan. Baba dan yang lain ada dengan Aras “. Ujar Encik Azman lembut. Bibir lelaki itu tersenyum lebar.
Firdaus Arasy terus tersenyum kecil. Terus tubuh Encik Azman itu dipeluk erat.
” Terima kasih baba “.
Mawar yang melihat aksi pelukan itu terus mengalirkan airmata. Kalau itu yang boleh membuatkan lelaki itu tenang jadi biarlah. Biarlah dia ambil masa untuk tenangkan fikirannya.
Semua yang ada disitu juga turut mengukirkan senyuman.
…***…
TIMBUNAN tanah itu dipandang buat kali terakhir. Airmata kini jatuh membasahi pipi buat sekian kalinya.
Kepala dia juga turut berdenyut-denyut. Mungkin kerana terlalu banyak menangis.
Semua yang ada disitu mengusap lembut belakang badan lelaki itu. Bagi menenangkan Firdaus Arasy.
Mawar melihat kearah Firdaus Arasy. Sembab muka lelaki itu. Bibir gadis itu tercalit senyuman nipis.
Firdaus Arasy mula bangun dari terus mencangkung. Adam Arasy memapah lelaki itu sehingga ke keretanya. Mawar pula hanya mengikuti dari belakang.
” Adam, kau bawa Mika balik naik kereta kau eh? “. Ujar Firdaus Arasy dengan perlahan.
” Kenapa awak? “. Soal Mawar pula. Dia sudah mula berdiri disebelah lelaki itu. Namun soalan dia hanya dibiar sepi.
Adam mengangguk perlahan. Tangan Mawar ditarik ke belakang. Terus berkerut dahi Mawar melihat dua orang adik-beradik itu.
” Awak nak pergi mana? “. Mawar mula melangkah ke arah Firdaus Arasy namun dengan cepat lengan gadis itu disambar oleh Adam Arasy. Makin berkerut dahi Mawar.
” Abang harap Mawar tak kecil hati dengan apa yang Aras dah buat. Bagi dia masa untuk tenangkan fikiran dia “. Ujar Adam Arasy. Tangannya masih lagi memegang erat lengan Mawar.
Mawar mengalihkan pandangannya ke arah Firdaus Arasy yang sudah membenamkan dirinya ke dalam perut kereta.
Dia hanya mampu memandang kereta itu meluncur laju pergi meninggalkan perkarangan tanah kubur tersebut.
Hatinya mula rasa tidak sedap hati. Berat langkahnya untuk mengejar kereta yang mula hilang dari pandangan itu.
Jantungnya mula berdegup laju.
Firdaus Arasy hanya mampu memandang rear view mirror. Susuk tubuh Mawar itu dipandang sehingga tidak lagi kelihatan. Perlahan bibirnya mengukir senyuman.
Mianhae jagiya.
Baru sahaja dia hendak masuk ke simpang empat dan hendak belok ke kiri. Terus terbuntang mata Firdaus Arasy.
Firdaus Arasy mula hilang kawalan dan manakala kereta perodua Alza itu terus melanggar kereta Ferrari milik Firdaus Arasy sehingga kereta tersebut tersadai di bahu jalan.
Kereta milik Firdaus Arasy remuk teruk dibahagian hadapan begitu juga dengan sisi kereta.
Dua buah kereta itu hanya mengalami remuk kan kecil sahaja. Kereta Hilux hanya pecah pada bahagian cermin hadapan manakala kereta perodua Alza itu pula side mirror patah dan cermin sisi juga pecah.
Orang ramai mula berpusu-pusu mengerumuni tempat kejadian. Beberapa orang cuba untuk memecahkan tingkap kereta Ferrari milik Firdaus Arasy. Dan membawa tubuh lelaki itu keluar dari kereta.
Firdaus Arasy tidak sedarkan diri. Salah satu daripada mereka cuba untuk menghubungi ambulans.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…