Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 32
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 32 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
RASA kehilangan seseorang yang paling bermakna belum hilang masih lagi belum hilang. Kemudian dengar khabar berita bahawa adik lelaki itu kemalangan jalan raya membuatkan Adam Arasy membungkam.
Matanya mula menoleh memandang jururawat yang ke hulur ke hilir dengan berlari anak.
Airmata jantannya jatuh membasahi pipi. Dalam hati tidak putus-putus berdoa agar Firdaus Arasy selamat.
Makin mengalir airmata Adam apabila melihat Mawar menangis teresak-esak.
” Abang… Baby nak tengok tunang baby! “. Bentak gadis itu dengan tersedu-sedan.
Luluh hati Rasyid mendengar suara sebak adiknya itu. Puas Puan Aisyah dan Encik Azman menenangkan namun gadis itu tetap ingin berjumpa dengan Firdaus Arasy.
” Baby.. banyakkan bersabar dan berdoa ye? Abang tahu Aras kuat “. Ujar Rasyid. Dia juga turut mengalirkan airmata.
Mawar menangis lagi.
Pandangan muka dikalihkan ke arah doktor pakar yang baru sahaja keluar dari bilik kecemasan itu.
Adam Arasy menghampiri Doktor tersebut.
” Maaf Encik Adam, Encik Firdaus Arasy kehilangan banyak darah dan kami tiada bekalan darah untuk salurkan kepada dia. Jadi saya minta bantuan Encik Adam, kalau ada sesiapa yang darah sama dengan adik Encik. Boleh terus info dekat saya “. Ujar Doktor yang dikenali sebagai Doktor Sarah.
Mawar mendengar perbualan Doktor Sarah dan Adam Arasy itu terus dia menghampiri mereka.
” Maaf Doktor saya ganggu. Boleh saya tahu jenis darah Firdaus Arasy? “. Soal Mawar kepada Doktor Sarah itu. Berkerut dahi wanita itu.
” Awak keluarga pesakit ke? “.
” Saya tunang dia “. Seloroh Mawar dengan sengihan kecil. Doktor Sarah mengangguk perlahan.
” Kalau macam tu cik? “.
” Panggil aje Mawar “.
” Baiklah cik Mawar, cik boleh ikut saya ke bilik makmal. Kita check dulu kalau darah cik Mawar sesuai atau tidak dengan Firdaus Arasy “. Tutur Doktor Sarah itu dengan lembut. Bibirnya mengukir senyuman. Dalam hati dia memuji kecantikan Mawar.
Nampak sangat riak wajah gadis itu begitu risau. Dia sudah dapat mengagak bahawa pasti Firdaus Arasy juga begitu sayang dengan gadis itu.
” Mari cik Mawar ikut saya ke bilik makmal “. Pamit Doktor Sarah. Dia kembali mengukirkan senyuman.
Mawar mengangguk perlahan. Kemudian dia memandang ke arah Adam Arasy. Lelaki itu hanya mengangguk-angguk kepalanya.
Dengan debaran didada terus Mawar mengikuti langkah Doktor Sarah yang sudah melangkah ke hadapan.
…***…
MAWAR DAHLIA merenung tepat ke arah Firdaus Arasy. Lelaki itu masih lagi tidak sedarkan diri.
Keputusan ujian darah dia dengan lelaki itu adalah positif. Doktor kata keadaan Firdaus Arasy sudah stabil tapi masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia akan bangun. Di dada lelaki itu juga penuh dengan wayar. Jatuh airmata Mawar melihat keadaan Firdaus Arasy.
” Awak.. bangun lah. Saya rindukan awak “. Ujar Mawar. Makin lagi airmatanya mengalir. Terketar-ketar tangannya ingin menyulam tangan dia dengan tangan Firdaus Arasy itu. Namun dia membatalkan niatnya apabila melihat Adam Arasy mula masuk ke dalam bilik tersebut.
Airmata yang jatuh itu diseka dengan hujung baju.
” Biarkanlah Aras rehat. Abang jaga Aras malam ni. Mawar balik rehat ye? “. Ujar lelaki itu dengan lembut.
Sudah seharian gadis itu duduk di sisi Firdaus Arasy. Makanan yang dibeli pun langsung gadis itu tidak sentuh.
Mawar mengeleng laju kepalanya. Dia menggenggam tangan kiri Firdaus Arasy dengan erat.
” Tak nak! Mawar nak duduk sini teman Aras “. Ujar gadis itu dengan gelengan kepala. Genggaman tangan ditangan Firdaus Arasy itu diperkemaskan.
Walau macam mana sekalipun dia tak nak tinggalkan lelaki itu. Kalau boleh dia tetap nak tunggu dekat situ sampai Firdaus Arasy sedar.
Adam Arasy menghelakan nafas panjang. Luluh hatinya melihat muka sembab gadis itu. Kemudian dia menghalakan pandangannya ke arah Firdaus Arasy.
Bangunlah dik. Kau tak kesian ke tengok Mawar? Aku tak sanggup tengok airmata dia jatuh sebab risaukan kau. Desis hati Adam.
Pandangan mereka serentak menoleh ke arah Doktor Sarah iaitu Doktor yang merawat Firdaus Arasy.
Bibir gadis itu mengukirkan senyuman lebar. Dia mula menapak ke arah Adam Arasy.
” Boleh saya bercakap dengan Encik Adam sekejap? “. Soal Doktor Sarah kepada Mawar. Lambat-lambat gadis itu mengangguk perlahan.
Dia meleraikan pegangan tangannya. Kemudian dengan langkah berat dia mengatur langkah keluar dari bilik itu. Memberi ruang kepada Adam Arasy dan Doktor Sarah.
Sebaik sahaja kelibat Mawar hilang dari pandangan. Dia terus menoleh memandang ke arah Adam Arasy. Dia mula menghala nafas panjang.
” Apa yang saya nak beritahu dengan Encik Adam. Saya harap Encik Adam bersabar dan banyak-banyak berdoa ye? “. Ujar Doktor Sarah. Dia kembali menghela nafas panjang.
” Encik Firdaus Arasy mengalami amnesia. Mengikut laporan yang diterima Encik Firdaus Arasy hanya dapat mengingati hal-hal tertentu sahaja. Kita kena tunggu dia sedar dulu. Ikutkan dia dah stabil mungkin disebabkan oleh kesan ubat bius. Saya harap Encik Adam banyak-banyak kan bersabar ye? “. Ujar Doktor Sarah itu. Berat untuk diluahkan tentang hal itu. Namun dengan kudrat yang dia ada jadi dia harus memberitahu juga.
Adam Arasy menekup mulutnya dengan tangan. Ya Allah beratnya ujian yang kau turunkan.
” Encik Adam boleh maklumkan pada keluarga yang lain. Saya nak cakap tadi tapi tengok semua orang tak ada kat luar. Jadi saya maklumkan pada Encik Adam sahajalah “. Ujar Sarah lagi. Dia kembali mengukirkan senyuman.
” Baiklah “. Ujar Adam sepatah. Dia kembali menoleh ke arah Firdaus Arasy.
” Er.. Encik Adam “. Ujar Sarah. Dia baru sahaja hendak beredar dari situ kemudian dia menoleh semula ke arah Adam Arasy.
” Ye? “.
” Yang tadi tu tunang Encik Firdaus Arasy kan? “. Soal Sarah dengan sengihan dibibir.
Adam hanya mengukirkan senyuman kemudian dia mengangguk perlahan.
” Saya nampak dia betul-betul berharap sangat agar Encik Firdaus Arasy bangun dari komanya. Bila dia dah reda nanti, Encik Adam pujuk dia cakap dengan elok-elok. Sebab saya takut nanti dia pengsan pula “. Pesan Sarah sebelum melangkah pergi dari situ. Sempat dia mengukirkan senyuman lebar kepada Adam Arasy.
Adam Arasy hanya mengangguk perlahan.
…***…
SEMUA yang ada disitu mengucap panjang. Begitu juga dengan Mawar Dahlia.
Nafasnya berombak turun naik. Puan Aisyah menenangkan gadis itu. Dia mengusap lembut belakang badan Mawar. Dan meminta untuk gadis itu duduk terlebih dahulu.
Mawar hanya menuruti sahaja. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Puan Aisyah.
Anis yang ada disitu memandang sayu kearah teman baiknya.
” Mawar.. aku harap kau kuat dan aku percaya Aras pun kuat “. Pujuk Anis. Dia menenangkan Mawar agar gadis itu tidak mengeluarkan airmatanya.
Lepas sahaja Adam Arasy menceritakan bahawa Firdaus Arasy mengalami amnesia. Semua yang ada disitu hanya mampu mengucap panjang.
” Baby.. jangan ikutkan perasaan sangat ye? Baby jangan sedih-sedih. Kalau Aras tahu baby nangis macam ni mesti dia lagi sedih. Aras kata dia tak sukakan tengok baby nangis? “. Ujar Rasyid pula. Dia menahan airmatanya dari terus mengalir. Dia perlu kuat untuk Mawar. Begitu juga dengan semua ahli keluarga Mawar.
Tidak putus mereka memberi kata-kata semangat untuk gadis itu.
” Baba tahu anak baba kuat. Ingat pesan baba baby, Allah uji kita sebab apa? Sebab dia tahu baby mampu harungi ujian ni. Allah tak akan uji hambanya melebihi dari kemampuan kita sendiri “. Ujar Encik Azman. Dia mengusap perlahan bahu anak bongsunya itu.
Mawar tersentuh dengan kata-kata Encik Azman itu. Walaupun Encik Azman jarang mengeluarkan kata-katanya tapi cukup dengan ayat itu sahaja dapat menenangkan hatinya semula.
” InshaAllah baba “. Ujar Mawar lambat-lambat. Kemudian dia mula bangun dari tempat duduk. Jam dikerling sudah menunjukkan pukul 1:45 p.m. Dia baru teringat, dia belum lagi menunaikan solat Zohor.
” Mawar nak solat kejap ye? “. Pamit Mawar sebelum beredar dari situ. Perlahan sahaja langkahnya menapak keluar dari situ.
Yang lain hanya memandang sayu ke arah Mawar. Encik Azman, Rasyid dan juga Mikail sudah awal-awal lagi sembahyang berjemaah. Manakala Anis dan Puan Aisyah cuti.
…***…
MAWAR DAHLIA menadah kedua tapak tangannya. Airmata jatuh membasahi pipi.
” Ya Allah, Ya Tuhanku. Kau kuatkanlah hati hamba-Mu ini Ya Allah. Terlalu berat ujian yang Engkau turunkan buatku. Kau kuatkanlah juga hatiku untuk menerima sebarang rintangan yang bakal mendatang. Aku redha jika ini kesudahannya “. Makin laju airmata gadis itu mengalir membasahi pipi. Kemudian dia mengaminkan doa tersebut.
Kini barulah hatinya berasa tenang. Dalam hati tidak putus-putus dia berdoa agar Firdaus Arasy kembali seperti sediakala.
Hatinya rindu dengan usikan manja dan gelak ketawa dari lelaki itu.
Handphone dikeluarkan dia mula membelek gambar lelaki itu. Bibirnya mengukir senyuman.
Untuk sekian kalinya, airmata kembali jatuh membasahi pipi.
Kemudian dia menekap kan handphone ke dadanya.
Dia mula menghaburkan tangisannya diatas sejadah itu. Dia tidak peduli lagi jika mata-mata sedang memandang ke arah Mawar. Cukup dengan cara itu sahaja yang mampu buat dia rasa lega.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…