Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 33
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 33 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
ADAM ARASY membersihkan tubuh badan Firdaus Arasy dengan menggunakan tuala basah. Dilap perlahan-lahan badan itu. Kemudian pandangan pulak dihalakan ke arah muka pintu apabila ada seseorang memutarkan tombol pintu tersebut.
Senyuman dilemparkan buat gadis itu.
” Mawar sihat? “. Soal Adam Arasy terlebih dahulu. Dia kembali menyambung kerjanya itu.
Mawar mengukirkan senyuman lebar. Kemudian dia mengangguk perlahan.
” Sihat alhamdulillah.. “.
” Mawar nak pergi kantin. Abang ada nak pesan apa-apa tak? “. Ujar Mawar lagi. Bibirnya dari tadi tidak lengkang dengan senyuman.
Adam Arasy menoleh ke arah gadis itu. Dalam hati dia bersyukur kerana gadis itu tidak lagi membazirkan airmatanya.
” Boleh juga. Tapi abang nak air aje “.
Berkerut dahi Mawar.
” Tak akan abang nak minum air aje? Makan? “. Ujar Mawar pelik. Takkan diet kot.
” Tak apalah abang ada bawa bekal dari rumah. Cuma lupa nak bawa air aje “. Tutur Adam. Dia meletakkan kain basah itu ke dalam mangkuk yang berisi air lalu membuangnya ke dalam sinki yang memang sudah tersedia disitu.
Mawar mengangguk perlahan kemudian dia terus keluar dari bilik itu.
Kebetulan pada waktu itu terserempak dengan Doktor Sarah. Gadis itu mengukirkan senyuman.
” Cik Mawar kan? “. Ujar gadis itu terlebih dahulu. Bibirnya sekali lagi mengukirkan senyuman.
Mawar mengangguk perlahan.
” Kita banyak kali terjumpa tapi tak berpeluang untuk berborak pun “. Ujar Doktor Sarah itu lagi. Mawar tersenyum kecil. Kekok apabila bercakap dengan Doktor Sarah.
” Tak apa saya faham yang Doktor sibuk “. Ujar Mawar perlahan. Tergelak Doktor Sarah itu.
” Panggil aje Sarah. Saya sebaya dengan awak Mawar Dahlia “. Ujar gadis itu dengan senyuman.
Terbuntang mata Mawar apabila Doktor Sarah itu tahu nama panjangnya. Sebelum ini dia tidak pernah pula beritahu nama penuh nya pada gadis itu.
Sekali lagi Doktor Sarah tergelak kecil.
” Saya kenal awak dah lama Dahlia. Tak sangka jumpa awak kat sini dan kebetulan pula awak tunang kepada Firdaus Arasy iaitu kawan kepada teman lelaki saya “.
” Saya nak sangat jumpa awak. Selalu sangat Amran cerita pasal awak dekat saya. Dia cerita kat saya macam mana awak kenal dengan Aras “. Ujar Sarah lagi.
Mawar mengangguk perlahan. Tak sangka pula bahawa Doktor Sarah itu adalah teman wanita Amran. Untung Amran dapat gadis itu. Sudahlah baik, cantik pula tu.
” Awak nak pergi mana? “. Soal Sarah.
” Saya nak pergi kantin kejap belikan air untuk abang Adam “.
Sarah mengangguk perlahan.
” Tak apalah lain kita borak lagi. Saya pun ada patients ni. Hope jumpa lagi lepas ni. Saya gerak dulu ye? Assalamualaikum “. Ujar Doktor Sarah itu kemudian terus berlalu pergi. Mawar hanya memandang belakang badan gadis itu sehingga hilang dari pandangan.
Kemudian dia mula mengatur langkah menuju ke kantin.
…***…
ANIS FARHANA berdecit kemudian dia memeluk tubuhnya. Pandangan dihalakan ke luar tingkap.
” Kau dah kenapa monyet? “. Ujar Mikail dengan pandangan tajam. Entah apalah minah seekor ni. Asyik nak buat muka masam aje.
” Kau ni kan orang lain semua tengah risau tau. Yang kau pula duduk dekat sini sibuk makan makan makan “. Bentak Anis geram. Masuk kali ini sudah kali ke berapa lelaki itu memesan makanan.
Berdecit lelaki itu kemudian dia kembali menyuakan nasi itu ke dalam mulutnya.
” Kau ni bising lah. Aku lapar kenalah makan. Kalau aku tak makan nanti aku mati “. Ujar Mikail dengan mulut penuh. Anis sudah mula memutarkan bola matanya ke atas.
” Tak ada istilah kalau tak makan boleh mati. Pandai-pandai kau aje “.
” Eh ada tau! “. Seloroh Mikail dengan sengihan dibibir.
” Kalau ada siapa? “.
” Hanya berlaku pada aku “. Terus Mikail ketawa mengekek.
Mata Anis mula mencerlung tajam. Dek kerana geram dengan sikap Mikail. Terus kepala lelaki itu diketuk dengan menggunakan sudu.
” Sakit lah! “. Ujar Mikail. Dia sudah mula memegang kepalanya yang terasa sakit. Dahinya berkerut seribu. Kalau perlahan lagi tak apalah aku boleh terima juga ni kuat kot!
” Kau ni umur aje 26 tahun. Tapi mengalahkan macam 26 bulan “. Ujar Anis dengan cebikan dibibir.
Entah kenapa dia boleh terdetik nak sukakan lelaki itu. Kadang-kadang perangai Mikail memang menyakitkan hati tapi kadangkala juga hatinya mudah tercuit dengan setiap apa yang dilakukan oleh lelaki itu.
” Perangai tidak mengenai usia tapi yang penting muka aku tetap menjadi pujaan ramai “. Seloroh Mikail dengan bangga. Anis memutarkan bola matanya keatas. Menyampah!
” Kau ni tak payahlah buat muka macam tu. Kau nampak comel tau. Aku suka tengok kau marah. Syomel wangat “. Mikail terus mengekek ketawa.
” Gelak-gelak. Kejap lagi tercekik tau lah. Itu dan kau terus mati kang tak sempat kahwin “. Perli Anis dengan bercekak pinggang.
” Kahwin? Kalau macam tu aku kena masuk meminang kau cepat-cepat lah “. Ujar Mikail dengan senyuman mekar dibibir. Terbuntang mata Anis mendengarnya.
” Apa kau ni.. “.
” Lah bukan kau cakap tadi aku tak sempat nak kahwin ke? Ha jadi aku nak ajak kau kahwin lah ni “. Ujar Mikail serius. Tenang sahaja wajah lelaki itu.
Debaran didada Anis kini makin lama makin kencang. Terlopong mulutnya apabila mendengar kata-kata dari lelaki itu.
” Kau ni jangan main-main lah “.
” Aku tak main-main. Aku serius “.
” Bukan aku tak nak tapi sekarang ni keadaan tak mengizinkan. Semua orang dalam keadaan risau Mika. Bila semua dah redha, InshaAllah semuanya akan dipermudahkan juga “. Ujar Anis. Terus tersenyum meleret Mikail dibuat.
” Kau serius lah Anis? “.
” Sekarang ni aku tanya kau pula. Nampak macam aku main-main ke? Mood aku tengah elok ni kang aku ubah fikiran melepas kau nanti “. Ujar Anis tanpa secalit senyuman. Walhal dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu bertapa malunya dia saat ini.
” Ok ok “. Mikail mengangkat kedua tangannya. Bibirnya mula tersenyum lebar.
” Dah cepat makan lepas ni kita nak melawat Aras kan? “. Ujar Anis kemudian dia mula berpeluk tubuh.
Mikail menayangkan barisan giginya. Dia kembali menyuakan suapan nasi lemak itu ke dalam mulutnya.
…***…
BARU sahaja Adam Arasy ingin melangkah keluar dari bilik itu. Dia menoleh memandang kearah tangannya. Ada satu tangan mula mengenggam lengan Adam Arasy. Perlahan-lahan matanya dikalihkan ke arah Firdaus Arasy.
Dia mengucap panjang. Dia menekup mulutnya dengan tapak tangan apabila melihat lelaki itu dah sedarkan diri.
Terus Adam melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Airmata jatuh membasahi pipi.
Syukur alhamdulillah adiknya itu sudah sedar.
” Aku kat mana Adam? “. Soal lelaki itu. Dia memandang ke sekeliling kemudian memegang kepalanya yang berbalut dengan bandage.
” Kau dekat hospital “. Ujar Adam Arasy lambat-lambat. Airmata diseka dengan hujung baju. Bibirnya terketar-ketar menahan sebak.
” Macam mana aku boleh ada kat sini? Aku tak sakit lah “. Ujar Firdaus Arasy dengan kerutan di dahi.
” Kau tak ingat ke kau kemalangan?. Kereta kau pun hancur “. Ujar Adam Arasy. Berkerut dahi Firdaus Arasy. Dia cuba mengingatinya semula. Namun hampa, memang dia tak ingat langsung.
Firdaus Arasy mengelengkan laju kepalanya.
” Kau tak ingat apa-apa kejadian sebelum kau kemalangan tu? “. Soal Adam lagi. Sekali lagi lelaki itu mengelengkan kepalanya.
Ketukan di pintu itu membuatkan Adam dan Firdaus Arasy serentak menoleh.
” Assalamualaikum “. Sapa Mawar. Dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Kalau tadi dia masuk ke situ dengan sengihan melebar tapi kini dia kembali menarik senyuman itu.
Mawar memandang ke arah dua orang yang berada dihadapannya kini. Plastik berisi air mineral dan juga roti itu terlepas dari tangannya.
Pandangannya kini dikalihkan ke arah Firdaus Arasy. Airmatanya jatuh membasahi pipi.
Perlahan-lahan dia menapak ke arah lelaki itu. Dia tidak melabuhkan punggungnya tapi hanya berdiri statik di sebelah Adam.
Makin berkerut dahi Firdaus Arasy apabila melihat wanita itu. Jelas kelihatan muka lelaki itu memandang Mawar dengan renungan tajam.
Hendak sahaja Mawar mengusap lembut pipi lelaki itu. Benar dia rindukan lelaki itu. Airmata makin laju mengalir membasahi pipi. Lidahnya kelu untuk mengeluarkan suara.
” Alhamdulillah awak dah sedar Aras “. Akhirnya Mawar mengeluarkan suaranya. Terhabur tangisannya didepan lelaki itu.
Adam hanya memandang mereka silih berganti. Dia pelik dengan sikap adiknya itu. Takkan tak rasa gembira langsung bila tunang sendiri ada depan mata?
” Who are you? “. Soal Firdaus Arasy dengan kerutan di dahi. Matanya tajam merenung ke arah gadis itu.
Tersentak Adam dan Mawar. Bagaikan dipanah petir Mawar tika ini. Kepalanya mengeleng laju. Tak mungkin!
” Kau tak kenal Mawar ke Aras? “. Soal Adam. Firdaus Arasy menoleh memandang ke arah Adam Arasy.
Melihat gelengan dari lelaki itu cukup membuatkan hati Mawar remuk.
Dia tak kuat untuk berada lama disitu. Hatinya sakit. Sumpah sakit.
Dengan airmata laju membasahi pipi terus dia berlari keluar dari bilik itu. Adam Arasy hendak bangun ingin mengejar langkah Mawar namun dia membatalkan niatnya apabila ditahan oleh Firdaus Arasy.
” Boleh aku tahu siapa perempuan tu? “. Soal Firdaus Arasy. Adam kembali melabuhkan punggung.
” Mawar Dahlia tunang kau “.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…