Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 4
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 4 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
” SELAGI saya masih hidup, selagi itulah saya akan terus menerus mencintai awak Mawar Dahlia. Awaklah bunga saya, awaklah kekasih saya dan juga awaklah nyawa saya “.
” Saya tak akan pernah jemu dan berasa bosan dengan awak. Hari-hari saya penuh dengan gelak tawa awak dan semuanya tentang awak “. Ujar lelaki itu lagi.
Mawar hanya diam tidak berkutik. Dia mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh Firdaus Arasy. Lelaki itu mendekatkan diri nya dengan Mawar lalu berbisik…
” I love you “.
Mawar terus terjaga dari tidurnya. Peluh yang mengalir di dahi diseka dengan hujung baju. Ya Allah, kenapa aku mimpi singa lapar tu? Mawar beristighfar panjang. Maksud kali ini sudah dua kali dia mimpi tentang lelaki itu. Mimpi lelaki itu tiba-tiba datang ke arahnya dengan keadaan menangis. Kali ni pula luahkan perasaan. Apa maksud semua ini?
Bagi Mawar, mimpi itu adalah satu benda yang sangat menggelikan.
Sementara di bilik Firdaus Arasy, lelaki itu juga turut mimpi tentang gadis itu. Gadis itu datang dalam mimpinya dengan keadaan menangis dan badannya penuh dengan bekas luka dan berdarah.
” Kenapa aku mimpi dia? “. Firdaus Arasy menggaru pelipisnya. Hatinya berdebar debar. Dia kembali merebahkan badannya. Syiling bilik itu direnung lama olehnya.
…***…
MAWAR DAHLIA mengeluh perlahan. Mana bas ni! Kalau tidak kerana Abang Rasyid ada hal penting nak diuruskan hari ni, memang tak lah aku nak naik bas. Sudahlah ada kereta, tapi tak guna. Pagi-pagi lagi dah buat hal. Semput lah, tak hiduplah. Hendak saja buang dalam lombong. Jam di tangan sudah menunjukan pukul tujuh suku pagi. Sekali lagi dia mengeluh.
Lagi membuatkan dia semakin rimas apabila ada seorang lelaki asyik memandang ke arahnya sambil tersenyum-senyum.
Dia meraba-raba setiap inci mukanya. Kot-kot ada bekas sisa makanan yang dia makan pagi tadi. Tak ada pula.
” Aku pakai makeup tebal sangat ke? Setahun aku, aku tak pakai makeup tebal, hanya secalit bedak dan liptint aje atau aku pakai baju terbalik “. Mawar menarik sedikit hujung baju. Dahinya berkerut. Ok aje tak terbalik. Desis hatinya.
” Asal dia pandang aku lain macam “. Soal Mawar pelik.
Cepat lah bas sampai! Dengus Mawar dalam hati. Dia memegang erat handbag dan juga hujung baju nya.
” Hai cik adik “. Ujar lelaki itu. Lelaki itu juga tidak henti-henti merenung dirinya atas bawah seolah-olah mahu menelan hidup-hidup.
” Adik ni lawa lah. Jadi isteri abang nak tak? “. Soal lelaki itu lagi. Mawar hanya membatu kan diri.
Apa jadi isteri dia? Aku salah dengar ke. Dengan keadaan macam orang tak betul ada hati nak aku jadi bini dia? Ya Allah tolonglah hambamu ini…
Mawar hanya menjeling tajam ke arah lelaki itu. Dahinya sudah penuh dengan manik-manik jernih.
” Sombong lah adik ni. Ni buat abang makin suka ni “. Lelaki itu tergelak kecil.
Kalau aku ketuk pakai kasut tumit tinggi ni kang, satu apa pun tak dapat. Sudahlah gatal macam ulat bulu. Badan kalau bau harum tak apalah juga, ni dah macam bau kerbau. Bisik hati Mawar. Sumpah aku nekad dah tak nak naik bas dah kali ni.
” Jadi girl friend abang pun sudah cukup bagus “. Lelaki itu tersenyum lebar.
” Maaf saya tak berminat! “. Jawab Mawar acuh tak acuh. Kebetulan pada waktu itu bas baru sahaja sampai. Mawar terus berlari anak menaiki bas itu. Dia duduk dibahagian belakang. Mawar sempat lagi mengerling lelaki yang berada diluar bas itu sedang melanbai tangan ke arah nya. Namun lelaki itu hanya dapat jelingan sahaja.
Tanpa Mawar sedar, ada mata yang sedang memandang ke arah nya dari tadi sejak dia masuk ke dalam bas itu.
Senyuman di bibir itu mula terukir. Jumpa juga kau akhirnya Mawar Dahlia.
…***…
FIRDAUS ARASY mempercepatkan langkahnya. Dia cuba larikan diri daripada Puteri Laila. Balik-balik muka gadis itu sahaja yang dia jumpa! Sumpah terseksa.
” Arasy, tunggu lah kejap! “. Laung Puteri Laila. Dia berlari anak mengejar Firdaus Arasy yang sudah jauh ke hadapan.
” Kau nak apa! “. Tengking Firdaus Arasy. Begitulah sikapnya apabila melayan orang lain selain daripada teman baiknya.
” Kenapa tiap kali I nak jumpa you, you cepat-cepat larikan diri seolah-olah nak jauhkan diri dari I. Why Arasy “. Soal Puteri Laila manja. Dia sudah memaut lengan sasa lelaki itu. Namun lelaki itu menepis kasar.
” Kau bukannya makwe aku, suka hati aku lah nak larikan diri dari siapa pun “. Ujar Firdaus Arasy dingin.
Nak layan perempuan gedik macam ni? Alamatnya mati kelemasan lah aku sebab dengar rengekan manja dia ni. Huh menyampah!
” But why, is it wrong if you treat me well? Tak salahkan sayang “. Puteri Laila memaut sekali lagi lengan lelaki itu.
” Dengar sini baik-baik perempuan gila. Jangan ingat kau goda aku, secara automatik aku akan tergoda dengan kau. Kau silap, aku takkan sesekali mudah jatuh cinta dengan kau. FAHAM! “. Sebelum melangkah pergi, sempat Firdaus Arasy menepis kasar tangan gadis itu. Puteri Laila juga dapat jelingan dari Firdaus Arasy.
Puteri Laila mendengus kasar. Sudah 2 tahun dia ingin meraih cinta daripada Firdaus Arasy. Namun lelaki itu hanya memandang kosong terhadap diri nya dengan perasaan yang amat sedih Puteri Laila terus berlalu pergi.
Sementara itu, Firdaus Arasy yang berada di tempat biasa terus melantunkan bola keranjang nya berkali-kali. Rambutnya juga sudah kusut-masai. Kebetulan pada waktu itu, Mawar baru sahaja melintas di hadapannya terus sahaja lengan gadis itu disambar.
Terkejut bukan kepalang apabila tiba-tiba sahaja lengannya disambar oleh seseorang lantas Mawar memalingkan mukanya.
Sekali lagi Mawar Dahlia terkejut melihat lelaki itu adalah lelaki yang paling dia benci.
” Lepas lah, sakit tahu tak! “. Mawar cuba untuk meleraikan cengkaman dari lelaki itu namun tenaga perempuannya tak sama dengan tenaga Firdaus Arasy.
” Awak nak apa lagi ni? Tak cukup-cukup ke awak buli saya selama ni “. Soal Mawar. Dia sudah mengalirkan air mata, kerana tidak tahan dengan cengkaman kuat dari lelaki itu.
” Sudah gaharu cendana, sudah tahu bertanya pula “. Pegangan pada lengan Mawar diperkemaskan.
” Tahu apa? “. Soalnya bersama kerutan di dahi. Lelaki itu mendengus kasar.
” Bila nak ganti? “. Firdaus Arasy menjongket kan keningnya berkali-kali. Tanda bahawa dia tengah serius.
Ya Allah macam mana aku boleh lupa. Abang Rasyid tolong baby… Mawar menggaru kepalanya yang tidak gatal.
” Err… Kalau saya ada duit nanti, saya janji saya akan bayar “. Jawab Mawar takut-takut.
” Aku tak suka dengar orang berjanji, kau tahu kan padahnya jika seseorang itu mungkir janji? “. Sekali lagi Firdaus Arasy menjongket keningnya.
” Saya tahu… “. Mawar mengangguk perlahan.
” Bagus! “. Firdaus Arasy terus berlalu pergi meninggalkan Mawar Dahlia.
Mawar Dahlia terus mencebik. Harap muka aje handsome tapi kalau bercakap tu biar lah perlahan-lahan sikit. Dasar singa lapar!
…***…
PUTERI LAILA berpeluk tubuh. Dia rasa geram pula apabila Mawar asyik mendapat perhatian dari Firdaus Arasy iaitu buah hatinya.
” Kau dah kenapa Ila? Muncung sedepa aje. Ada apa-apa masalah ke? “. Soal Erissa Hani selaku teman baiknya.
Puteri Laila mendengus
” Kau tengoklah mereka berdua tu, asyik berkepit aje! Geram betullah aku “. Puteri Laila mencebik. Dia berasa sungguh geram apabila Firdaus Arasy asyik bercakap dengan Mawar Dahlia.
” Biarkan aje lah diorang tu “. Erissa Hani kembali menyisip minuman nya.
” Biarkan aje kau kata? Kau pun tahu kan aku dah lama suka Arasy “. Puteri Laila mendengus kasar. Geram sungguh dengan sikap acuh tak acuh kawan baiknya itu. Langsung tak membantu!
” Kau rasa diorang couple ke? “.
” Entah aku sendiri pun tak tahu. Nampak cara diorang bercakap macam tak aje “. Erissa Hani memandang ke arah Mawar Dahlia dan Firdaus Arasy silih berganti.
” Cuba kau tengok diorang macam gaduh kan? “. Soal Erissa Hani kepada Puteri Laila.
” Entahlah aku sendiri pun tak tahu, nak cakap macam mana. Kalau betul lah diorang ada apa-apa hubungan, aku akan pastikan diorang tak akan kekal lama. Itu janji aku. “. Puteri Laila memandang ke arah Erissa Hani sambil tersenyum lebar.
” Apa-apa lah Ila “.
Puteri Laila kembali menyisip minuman nya sambil memandang wajah-wajah dihadapannya.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…