Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 5
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 5 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
FIRDAUS ARASY menolak daun pintu Jombo Jeep. Dia melangkah masuk ke bilik pejabat abangnya. Tertera di muka pintu itu nama ‘ MUHAMMAD ADAM ARASY BIN MUHAMMAD ATHAR ARASY ‘.
” Assalamualaikum “. Firdaus Arasy terlebih dahulu memberi salam. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
” Waalaikumussalam “. Jawab Adam Arasy. Dia tersenyum lebar apabila melihat wajah adiknya itu. Sudah berapa tahun dia tidak berjumpa dengan Firdaus Arasy kerana berada di Korea Selatan gara-gara tidak mahu berjumpa dengan arwah ayah.
” Lama tak jumpa kau, rindu sangat. Apa khabar? “. Soal Adam sambil tersenyum.
” Sihat aje. Ada apa kau nak jumpa aku “.
Adam Arasy terus tersenyum.
” Kau free tak malam ni? “. Soalan dibalas dengan soalan.
” Boleh lah juga, lagipun aku bosan duduk dekat apartment tu sorang-sorang. Bukannya buat apa pun “. Adu Firdaus Arasy. Duduk seorang diri memang membosankan lagi-lagi hidup bujang.
” Tulah kau, aku suruh khawin tak nak. Degil! “. Sakat Adam Arasy.
” Huh, tak ada kuasa nak fikirkan pasal khawin. Buang masa aje “.
” Apa salahnya, tengok aku dah ada anak bini lagi. Seronok apa. Umur kau tu pun dah lanjut, bila lagi aku nak merasa anak buah “. Adam Arasy ketawa kecil.
” Oh ye sebelum aku lupa, memandangkan kau free malam ni boleh lah menyanyi sikit dekat sini ada buat pertunjukan bunga api, jadi bolehlah kau buat kerja sambilan “.
Firdaus Arasy berfikir sejenak. Sudah lama dia tidak menyanyi. Kali terakhir sebelum dia berangkat ke Korea.
” Boleh juga tak ada masalah “. Adam Arasy terus tersenyum lebar.
…***…
MAWAR DAHLIA mengambil tempat di bahagian hadapan yang bertentangan dengan pentas utama. Sudah lama dia tidak datang ke Jumbo Jeep. Kali terakhir dia datang ketika blind date dengan anak teman baik uminya.
” Nak order apa ye cik Dahlia? “. Soal Emir sambil tersenyum.
” Milo tabur satu ye? “. Emir menulis sesuatu diatas nota. Dikembali memandang Mawar Dahlia.
” Makan? “. Soal Emir bersama pen dijari.
” Erk.. awak bagi saya pencuci mulut je “. Emir mengangguk perlahan dan terus beredar dari situ.
Tiba-tiba lampu menjadi malap dan tidak sampai beberapa minit lampu kembali terang di atas pentas utama dan seorang lelaki memakai hoodie hitam sedang duduk diatas kerusi. Lelaki itu mula mendendangkan lagu ‘ Yang benar ‘.
Terlalu panjang kisah yang kita karang
Hingga tiada dayaku menoktahkannya
Sungguh aku tak pernah mengenal lelah
Untuk mencintaimu
Dengarkanlah
Disini aku menunggu
Kata putus darimu
Walaupun aku tahu
Kau telah pergi jauh
Selama ini aku tetap memilih
Untuk kekal setia membahagiakanmu
Tapi kini kau tinggalkan hanyalah
Secebis harapan
Sakitnya jiwaku
Sengsara
Dengarkanlah
Disini aku menunggu
Kata putus darimu
Walaupun aku tahu
Kau telah pergi jauh
Hu-wo
Andai takdir
Ingin memisahkan
Relaku serah seluruh jiwa
Biar sampai masa
Kumenutup mata
Dengarkanlah
Disini aku menunggu
Kata putus darimu
Walaupun aku tahu
Kau telah pergi jauh
Andai takdir
Ingin memisahkan
Relaku serah seluruh jiwa
Biar sampai masa
Kumenutup mata
Benarlah kata orang, akan ada tiga orang yang mampu membuat kita jatuh cinta. Pertama seorang yang suka membuat lawak, kerana mereka akan mencari satu cara untuk membuat kita ketawa. Kedua, seorang pemain piano. Contoh nya jika kita bersedih, dia akan memainkan alunan muzik yang sangat indah dan membuatkan kita kembali tersenyum dan seorang penyanyi.
Yes I fell in love dengan pemilik suara merdu tersebut. Tapi siapakah gerangan di sebalik hoodie hitam itu sebab lelaki itu hanya menundukkan kepalanya.
Tiba-tiba perut Mawar Dahlia berasa sakit sangat. Aduh perut ni buat hal lah! Aku nak dengar suara merdu mamat ni pun terbantut. Mawar Dahlia terus berlari anak ke tandas.
…***…
KEDENGARAN tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir pada malam ini. Firdaus Arasy tersenyum lebar. Dia terus turun dari situ, bukan dia tidak tahu Mawar turut ada di Jombo Jeep. Cuma gadis itu sahaja tidak perasan akan kehadiran nya. Firdaus Arasy terus pergi ke arah dimana Mawar pergi.
Dia nampak Mawar berlari bergegas ke tandas. Firdaus Arasy melabuhkan punggung nya di bangku sambil menunggu Mawar.
Mawar berasa lega apabila sudah melepaskan ‘hajat’ nya. Mawar bergegas ke sinki untuk membasuh kedua tangannya. Sudah itu, dia membelek pula wajahnya yang sudah kelihatan comot itu, lalu ditempekkan sedikit bedak.
Setelah puas menempek sedikit makeup, dia terus keluar dari tandas itu.
Firdaus Arasy yang sedang leka memandang anak-anak ikan dalam akuarium itu terus memalingkan wajahnya apabila melihat Mawar sudah keluar dari tandas. Lengan gadis itu terus disambar.
Akibat terlampau terkejut, satu tamparan hinggap di pipi Firdaus Arasy. Lelaki itu terkesima sambil memegang pipinya yang terasa perit.
” Ya Allah, sorry tak sengaja “. Melihat riak wajah Firdaus Arasy membuatkan Mawar semakin takut.
” Sakit sangat ke? “. Ujar Mawar lagi. Jelas kedengaran suara nya terketar-ketar.
” Tak lah, tak sakit pun. Rasa macam kena bakar je “. Perli Firdaus Arasy. Pipi yang masih lagi terasa sakit belum hilang. Tangan je kecil tapi dia punya sakit, tak terkata peritnya macam mana.
Mawar mencebik itulah balasannya, siapa suruh pegang tangan orang sesuka hati. Kan dah mendapat!
” Awak buat apa kat sini. Sesat eh? Tandas lelaki bukan dekat sini, tapi dekat tingkat bawah ke awak buta atau memang tak reti baca? “. Perli Mawar. Dalam hatinya sudah ketawa mengekek.
Wajah Firdaus Arasy terus berubah.
Ada ke muka handsome macam ni dia katanya tak reti baca. Huh! Buat malu aje.
” Aku cari kau sebab, kau masih berhutang lagi dengan aku. Kau ingat tu “. Pesan Firdaus Arasy. Bukan itu niatnya, dia cari gadis itu sebab nak ajak gaduh je.. rindu nak tengok dia marah.
Err… Rindu? Hm pelik-pelik je lah kau ni Arasy! Desis hatinya. Bukan apa, dia sendiri pun tidak tahu mengapa dia suka benar melihat wajah Mawar ketika marah.
” Kan saya dah cakap kalau saya ada duit, saya bayarlah. Awak tak faham bahasa ke? “. Ujar Mawar. Dia tahu dia yang salah tapi dia tetap berusaha cari duit untuk bayar harga Iphone milik lelaki itu.
” Hwanae jima “. Ujar Firdaus Arasy dalam bahasa Korea yang membawa maksud ‘janganlah marah’.
” Huh? “. Mawar tercengang. Kau cakap dalam bahasa Korea ingat aku faham ke.
Firdaus Arasy hampir ketawa melihat wajah cemberut Mawar Dahlia. Serius wey kelakar! Namun cepat-cepat dia membatalkan niatnya.
” Err.. tak ada apa-apa lah “. Firdaus Arasy terus meninggalkan Mawar Dahlia yang masih lagi terpinga-pinga.
…***…
ADAM ARASY memandang wajah adiknya yang sedang leka bermain dengan telefon.
” Sudah lama ke kau kenal dengan perempuan tadi? “. Soal Adam. Dia mahu melihat bagaimana reaksi adiknya apabila dia sebut nama tentang gadis tadi.
Firdaus Arasy hanya mendiamkan diri. Dia tahu siapa yang abangnya maksudkan.
” Aku tengok perempuan tu sesuai dengan kau. Tak nak berkenalan ke, mana tahu ‘sangkut’ “. Sakat Adam.
” Aku dengan dia cuma kawan aje, tak lebih dari tu pun “. Ujar Firdaus Arasy bersahaja. Dia sendiri pun tidak tahu sama ada dia dengan Mawar hanya sebagai kawan ataupun tidak. Pantang jumpa aje gaduh, terserempak pun gaduh tak jumpa pun boleh gaduh ha macam mana tu?
” Kau jangan lupa Asy, aku mula-mula dengan kak Ika pun kawan. Tup-tup tersangkut dan alhamdulillah dah ada anak pun, nak masuk dua lagi pula tu “.
” Pergilah kenal-kenal dengan budak tu, dia pun cantik apa “. Puji Adam. Bagi Adam, Mawar sudah cukup cantik. Ada ciri-ciri wanita terakhir dan baik budi pekertinya dan membuatkan Adam makin yakin dengan Mawar adalah gadis itu pandai hormat kepada orang tua.
” Maaf aku tak ada jawapan dan aku belum bersedia “. Ujar Firdaus Arasy perlahan.
Adam Arasy mengeluh perlahan.
” Aku cuma nak cakap dan aku doakan semoga pintu hati kau akan terbuka dan semoga jodoh kau adalah dia, aku tak berharap tapi aku takkan putus asa doakan untuk kau amin… “. Itulah doa yang selalu diamalkan oleh nya setiap hari. Adam Arasy terus mengatur langkah keluar dari pejabat itu.
Firdaus Arasy yang duduk diatas sofa sambil membelek telefon terus terhenti. Kata-kata abangnya masih lagi berlegar di fikiran nya.
Kalau itulah doa dari abangnya, untuk dia. Dia hanya redha jodoh semua di tangan Allah.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…