Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 6
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 6 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
MAWAR DAHLIA menongkat dagu. Kali ini sudah berapa kali dia pergi ke Universiti naik bas. Ada kereta pun, abang Rasyid yang pakai sebab ada urusan penting dekat Dubai.
Tidak sampai beberapa minit, sebuah bas berhenti dihadapannya. Mawar terus berdiri tegak. Dia terus masuk ke dalam bas tersebut.
Tiba-tiba matanya tertumpu ke arah fagura yang amat dikenali sedang berdiri dihadapannya. Terpaksa juga lah Mawar berdiri dihadapan lelaki itu memandangkan ada seorang makcik lingkungan umur 50-an mahu ke tempat duduk di bahagian belakang.
” Ish kau ni lagi, balik-balik asyik muka kau aje yang aku nampak. Tak ada ke muka orang lain. Merosakkan mood aku je pagi-pagi ni “. Ujar Firdaus Arasy sambil mencebik.
Mawar mendengus kasar. Ingat aku nak sangat tengok muka dia. Acah bagus!
” Apa masalah awak eh, saya tak kacau hidup awak kan? “.
” Yup memang kau kacau hidup aku. Kalau bukan sebab kau lari haritu, takkan rosak lah Iphone aku “. Firdaus Arasy memandang tajam ke arah Mawar begitu juga dengan Mawar.
” Kan saya dah cakap, kalau saya ada duit. Sudah lama saya ganti, awak tak faham bahasa ke. Sabar sikitlah “. Bisik Mawar keras.
Firdaus Arasy mencebik. Dia bukannya berharap sangat dekat Mawar agar gadis itu menggantikan Iphone yang rosak itu. Tapi dia hanya geram dengan Mawar kerana sebelum ini tidak pernah lagi mana mana gadis di Universiti itu berani melawan apa sahaja yang dikatakan cuma Mawar Dahlia gadis pertama yang berani melawan cakapnya dan meninggikan suara.
Entah bagaimana, bas yang dipandu oleh lelaki lingkungan umur 40-an itu brek secara mengejut membuatkan semua penumpang tidak dapat mengimbangkan badan termasuk lah Mawar dan badannya hampir tersungkur ke hadapan. Lebih mengejutkan lagi apabila Firdaus Arasy memeluk pinggangnya.
Mawar tercengang, begitu juga dengan Firdaus Arasy. Wajah Mawar juga sudah merah padam malu apabila aksinya itu dilihat oleh orang sekeliling yang berada dalam bas itu.
Bukan sengaja dia mahu memeluk pinggang Mawar disebabkan hampir tersungkur secara tidak langsung dan diluar jangkaannya dia terpeluk Mawar.
” Awak cuba ambil kesempatan kan? “. Tuduh Mawar. Wajahnya masih lagi berona merah. Firdaus Arasy berkerut dahi. Melebih dah burung kakak tua ni.
” Aku ambil kesempatan? Memang tak lah aku nak buat macam tu. Lagipun bukannya aku sengaja. Benda dah nak jadi terima ajelah “. Jawab Firdaus Arasy acuh tak acuh.
Mawar sudah membahang kerana terlampau geram. Dia terus pijak kaki Firdaus Arasy sebanyak dua kali.
Firdaus sudah mengerang kesakitan. Sudahlah si burung kakak tua ni pakai kasut tumit tinggi 8 inci. Cuba bayangkan mahu tak sakit?
” Apa masalah kau hah?! “. Bisik Firdaus keras. Kalau burung kakak tua ni lelaki, sudah lama dia belasah cukup-cukup. Lepastu campak aje dekat sungai Klang habis cerita!
” Padan muka awak. Siapa suruh ambil kesempatan “. Mawar sudah tersenyum kegembiraan.
…***…
” SERIUS lah kau buat macam tu dekat dia? “. Soal Anis separuh menjerit. Dia bagai tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Melihat anggukan dari Mawar, sekali lagi dia Anis melopong.
” Habis dia macam mana? “.
” Macam mana apa, macam tulah “. Jawab Mawar acuh tak acuh sambil itu dia meneguk air jus limau sehingga separuh cawan.
” Ish kau ni, dia tu marah ke bila kau pijak kaki dia dalam bas? “. Bukannya Anis tak tahu perangai ‘gila’ Mawar bagaimana kalau dah geram. Suka hati dia je nak buat apa.
” Mahu tak, merah gila muka dia bila aku pijak .Tapi apa aku kesah, yang penting aku puas “. Mawar mengibas rambutnya yang panjang paras punggung itu.
Manakala Firdaus Arasy pula hanya diam membisu. Sudah lama dia duduk di belakang Mawar.
Anis yang sedar akan kehadiran Firdaus Arasy terus mengemas semua peralatan dia.
” Erk mamat korea yang kau cakapkan tadi tu sekarang ni ada dekat belakang kau. Apa-apa pun aku bla dulu eh? “. Anis terus mencapai beg sandangnya dan terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
Mawar mahu mengikut jejak langkah temannya. Namun dengan cepat lengannya digenggam oleh lelaki itu.
” Lepas lah, suka hati aje nak pegang tangan anak dara orang. Tak tahu malu ke? “. Ujar Mawar geram. Mana-mana nak pergi mesti ada saja muka mamat ni.
” Hah nak apa? Kalau setakat datang nak jumpa saya, cakap pasal hutang. Baik awak simpan je air liur awak. Sebab saya tengah usaha kumpul duit nak bayar hutang awak “. Mawar menjeling tangan Firdaus Arasy yang masih lagi memegang erat tangannya.
” Amboi kau ni.. aku masih berdendam dengan kau pasal tadi tau. And aku jumpa kau ni pun sebab aku nak sampaikan pesanan abang Adam. Dia nak jumpa kau dekat Jumbo Jeep malam ni. Ada hal penting nak cakap.
” Lagi satu, abang Adam yang minta aku ambil kau malam ni. Kalau bukan sebab dia suruh, memang tak lah aku nak amik burung kakak tua padahal boleh je terbang dari rumah ke Jumbo Jeep ops “. Firdaus Arasy menutup mulutnya.
Mawar sudah membahang. Kalau aku burung kakak tua, sudah lama aku cakar muka dia yang acah handsome tu.
” Awak ni kalau satu hari tak sakitkan hati saya, memang tak sah kan? Kalau saya ada pelayar sudah lama saya kepit mulut awak tu. Biar jadi macam mulut itik. Mawar sudah berpeluk tubuh. Geram sungguh dengan singa lapar ni. Ada sahaja nak cari gaduh.
” Berani ke kau nak buat kat aku? “. Cabar Firdaus. Dia sudah menjongketkan keningnya berkali-kali.
Mawar sudah menutup mulut dan hanya menunduk. Dia takut untuk mengangkat muka. Lebih-lebih lagi, wajah ‘singa’ Firdaus Arasy sudah keluar.
Firdaus Arasy tersenyum sinis. Tahu takut.
…***…
MAWAR DAHLIA yang sudah lengkap berbaju blouse dan berseluar jeans paras betis itu terus membelek mukanya. Setelah puas menempek sedikit muka dengan bedak. Dia terus mencapai beg sandangnya lalu terus melangkahkan kaki ke tingkat bawah. Kebetulan dia bertembung dengan Puan Aisyah yang hendak menuju ke dapur.
” Umi, baby nak keluar kejap tau, dalam pukul sembilan lebih baby balik ye? “. Ujar Mawar sebelum berlalu pergi. Puan Aisyah hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Mawar sudah kecut perut. Melihat pula wajah Firdaus Arasy sudah tegang. Mereka bertentangan mata. Mawar terus memandang ke arah lain. Singa jantan sudah berasap!
” Kenapa lambat? Sudah janji kan, sebelum aku sampai, kau dah terpacak kat sini. Ini tak terbalik “. Firdaus bersandar di kereta Ferrari miliknya.
Mawar melirik kan matanya memandang kereta mewah milik Firdaus Arasy. Ada pun kereta, tapi kenapa naik bas tiap-tiap hari? Tak ke pelik kalau macam tu?
” Sorry, saya lambat sebab sakit perut “. Mawar tersengih macam kerang busuk. Sudah lah tadi, siap punya cantik-cantik. Lepas tu boleh pula terasa nak ‘membuang’.
Firdaus Arasy sudah mencebik. Alasan!
” Tak nak masuk eh, ke kau nak suruh aku dukung kau? “. Soal Firdaus Arasy dingin. Mukanya tak usah cakap lah, manjang ketat aje. Susah betul nak tengok mamat ni senyum apatah lagi gelak.
” Ish saya tahu lah, saya bukan nya budak kecik lagi! “. Jawab Mawar sambil mencebik. Dia sengaja hentak kan kakinya.
” Hah melawan aje kerja kau kan? Mulut kecil tapi kuat melawan “.
Mawar memandang tajam ke arah Firdaus Arasy. Suka hati lah, mulut aku bukan mulut kau. Sepak kang! Bisik Mawar dalam hati.
Firdaus tahu dari segi mimik muka Mawar dan mulut gadis itu kejap cebik, kejap muncung. Ni mesti lain tak bukan tengah mengumpat aku lah tu!
…***…
PERJALANAN dari rumah Mawar ke Jumbo Jeep hanya mengambil masa lebih kurang dalam setengah jam. Tanpa menunggu lebih lama, Mawar terus menolak daun pintu restoran itu. Wajah pertama yang dicari adalah Adam Arasy.
Melihat lelaki itu tidak kelihatan sibuk, terus Mawar mendekati. Firdaus Arasy yang turut masuk ke Jumbo Jeep entah hilang ke mana.
” Assalamualaikum abang Adam “. Mawar terlebih dahulu memberi salam. Adam Arasy terus menoleh lantas terus tersenyum.
” Waalaikumussalam, ingatkan Mawar tak nak datang tadi “. Lelaki itu tidak lengkang mengukirkan senyuman dan yang membuatkan Mawar lebih tertarik adalah apabila Adam tersengih atau tersenyum ada dua lesung pipit di bahagian kiri dan kanan.
Mawar mengagumi dengan sikap Adam kerana lelaki itu agak ramah orangnya berbanding dengan Firdaus Arasy. Sudahlah garang macam singa kelaparan senyum pun tak pernah ketat aje mukanya.
” Ada apa ye abang Adam nak jumpa dengan saya? “. Soal Mawar. Oh sebelum terlupa, Adam Arasy ni juga salah satu teman baik Rasyid iaitu rakan memancing.
Abang Rasyid ada juga cerita secara terperinci mengenai Adam. Tapi dia tidak tahu pula bahawa Adam tu adalah abang kepada Firdaus Arasy.
” Mari kita borak dekat sana “. Adam menunjukan meja yang masih kosong berhampiran dengan pejabat nya.
Mereka sama-sama melangkah ke tempat tersebut dan melabuhkan punggung. Air yang dipesan oleh mereka juga sudah dihidangkan atas meja.
” Abang nak cerita pasal siapa ni? Siap duduk jauh-jauh lagi “. Ujar Mawar pelik. Dia juga hairan kenapa memilih tempat yang begitu jauh dari meja-meja pelanggan.
” Saja “. Jawab Adam sepatah.
” Sebelum abang nak mulakan cerita, abang nak tanya sikit. Mawar dengan Arasy ada apa-apa hubungan ke? “. Soal lelaki itu sambil memandang tepat ke anak mata Mawar.
Mawar tercengang, gila ke nak bercinta dengan mamat sakai yang bajet handsome tu? Sudahlah garang macam singa. Lepastu cakap suka jerit-jerit. Kalau hari-hari duduk sebelah dia alamatnya boleh pekak terus telinga.
” Eh mana ada! Mawar dengan dia tak ada apa-apa hubungan istimewa pun. Hendak katakan bercinta jauh sekali, hendak katakan kawan pula bukan macam kawan. Asal berjumpa aje bertengkar. Terserempak pula asyik bergaduh “. Ujar Mawar.
Adam hanya mengangguk perlahan. Dia juga tahu sikap adik lelakinya macam mana. Anti perempuan konon!
” Mawar nak tahu kenapa dia jadi macam tu? “. Soal Adam. Melihat anggukan Mawar, Adam terus menghelakan nafasnya.
” Dulu dia tak macam tu. Aras lelaki yang paling ceria. Dia hormat dengan semua orang. Dia anak yang sangat taat. Anak Soleh dan solat tak pernah dia tinggal tapi sikap dia terus berubah sekelip mata lepas seorang demi seorang yang dia sayang tinggal kan dia. Aras ni memang mudah sangat sayang dengan orang. Dia kalau dah sayang memang dia sayang betul-betul.
Dia pernah bercinta sebelum ni, tapi bekas kekasih dia tu tinggal kan dia sebab lelaki lepas tu tipu dia sebabkan nakkan harta yang Aras ada. Lepas je bekas kekasih dia tinggal kan dia macam tu je tanpa khabar berita, tahu-tahu selang dalam dua bulan lebih, dia dapat khabar berita yang bekas kekasih dia tu meninggal dunia sebab kemalangan dengan pakwe dia. Aras tak boleh terima sebab dia still sayangkan perempuan tu dan dalam masa yang sama dia tak boleh nak maafkan apa yang perempuan tu buat dekat dia.
Lepas kes tu pula, kitorang terpaksa berhenti kerja dan terus balik kampung sebab nak tengok arwah mak. Jiran-jiran semua cakap, masa ketiadaan kitorang, arwah mak kena pukul teruk dengan arwah ayah. Arwah ayah kaki judi, mabuk dan bila tak dapat duit atau kalah judi, arwah mak lah mangsa pukulan dan hamukkan ayah “.
Mawar hanya mampu diam membisu. Dia juga turut bersimpati terhadap keluarga Adam dan Firdaus Arasy.
” Dua tahun lalu, mak pergi tinggalkan kitorang semua dan itu memberi kesan buruk kepada Aras. Dia langsung tak boleh terima keadaan dan Aras memang salahkan seratus peratus arwah mak meninggal sebab arwah ayah. Mak ada barah otak tahap empat dan kanser dekat perut. Doktor beritahu tu semua adalah salah satu punca dari pukulan arwah ayah sebab tiap-tiap hari arwah mak kena dengan ayah. Kitorang dekat KL tak tahu apa-apa langsung mengenai arwah mak atau apa yang arwah ayah buat dekat mak. Sebab mak tak pernah cerita apa-apa dekat kitorang, yang dia hanya beritahu dia dekat sana sihat dan semuanya ok.
Sebulan lepas arwah mak meninggal, ayah pula meninggal sebab dia banyak berhutang dengan Along dan hutang-hutang dia tak dapat nak langsaikan. Orang-orang kampung jumpa jenazah arwah dekat tepi semak berlumuran dengan darah dan hutang-hutang arwah ayah pula Pak Cik Harris selaku adik ayah yang tolong bayarkan semuanya. Sekarang ni kitaorang tak tahu nak bergantung pada siapa. Pak cik pula bukannya ada dekat sini. Tak tahu bila dia balik. Kitaorang hanya tinggal sebatang kara. Hanya abang sahaja tempat dia menumpang kasih sayang “. Ujar lelaki itu panjang lebar.
” Aras memang selalu bersikap dingin dengan semua perempuan ke? “. Soal Mawar. Dia juga ingin tahu lebih lanjut tentang lelaki itu.
” Tidak, Aras bukan macam tu, mungkin dia sudah hilang keinginan untuk bercakap dengan orang atau dia dah tak nak rapat dengan mana-mana perempuan sebab Mawar dengar kan tadi abang cerita apa? Dia dah serik dengan orang yang hanya nak pada hartanya dan bukan dirinya dan apa yang berlaku pada diri dia mungkin salah satu punca disebabkan dia bersikap macam tu? “. Mawar hanya mengangguk perlahan. Sekarang dia faham mengapa Firdaus Arasy bersikap dingin dengan semua perempuan termasuk dirinya.
” Macam mana nak ambil hati dia abang Adam? “. Soal Mawar. Dia teringin juga mahu mengambil hati Firdaus Arasy. Penat kot hari-hari asyik nak bergaduh dan dia sendiri pun pelik kenapa sedikit demi sedikit dia mula tertarik dengan Firdaus Arasy. Entahlah mulut kata lain, hati kata lain.
Adam sudah tersengih.
” Mudah saja nak ambil hati dia, berlembut dengan dia. Ambil berat pasal dia dan lagi satu Aras ni agak baran kalau dia tengah mengamuk janganlah sesekali melawan, alamatnya makin menjadi-jadi lah amarahnya “. Ujar Adam sambil tersenyum manis.
” Abang nak minta satu je dari Mawar boleh? “. Soal Adam. Dia cukup yakin hanya Mawar sahaja gadis yang layak untuk adik nya.
” Selagi Mawar boleh tolong, InshaAllah abang “.
Adam Arasy menarik nafas panjang.
Dia merenung ke arah Mawar.
” Abang berharap sangat dekat Mawar supaya dapat buka balik pintu hati dia dan mampu ubah sikap dia. Hanya Mawar je yang abang harapkan “. Ujar Adam dengan harapan yang sangat tinggi. Jelas dimata Mawar yang Adam benar-benar bergantung harapan padanya.
Mawar hanya diam tidak berkutik. Macam mana dia nak lembutkan hati batu Firdaus Arasy dan macam mana dia nak ubah sikap lelaki itu. Mawar hanya memandang Adam Arasy sepintas lalu dan mengalirkan pandangannya ke tempat lain.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…