Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 19
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 19 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
MAWAR DAHLIA menapak perlahan kemudian kunci pendua rumah dikeluarkan. Baru sahaja hendak membuka pintu, pintu tersebut sudah dikuak dari dalam.
” Astagfirullahaladzim terkejut aku! “. Anis mengusap perlahan dadanya kemudian menarik nafas panjang.
” Lah kau dah naik ke? Aku baru nak turun ambil kau kat bawah “.
Mawar hanya tersenyum sebaris lantas mengelengkan kepalanya.
” Tak apalah susahkan kau aje “. Mawar melangkah masuk ke dalam dengan membawa beg bagasinya kemudian dia menapak terus masuk ke dalam bilik.
Beg diletakkan di tepi pintu kemudian dia terus merebahkan badannya diatas katil.
” Hm.. babe, kau nak makan tak? Aku ada masakkan lauk kegemaran kau. Kalau kau nak, aku boleh panaskan “. Belum sempat Anis ingin menghabiskan kata-katanya Mawar terus memotong.
” Tak payah lah aku tak rasa lapar “. Mawar meletakkan tangan kanannya diatas dahi kemudian dia memejamkan matanya.
Anis menapak ke arah bilik Mawar. Dia melabuhkan punggungnya disebelah gadis itu.
” Kau ada problems ke babe dengan Aras. Sejak kau balik ni kau terus tak ada mood “. Ujar Anis sambil mengusap perlahan peha Mawar.
Gadis itu terus duduk dari pembaringan dan menghadap Anis. Keluhan berat dilepaskan.
” Aku cuma kecil hati dengan dia. Aku tahu dia sibuk tapi tak akan sampai tak nak luangkan masa sedikit pun untuk aku? “. Sekali lagi gadis itu mengeluh. Anis tersenyum kecil kemudian dia memegang kedua tangan Mawar.
” You can’t be like this. Sometimes you have to understand he situation too dan kau kena fikir positif. Mungkin juga dia ada sebab lain “. Ujar Anis berbaur pesan kemudian dia mengusap lembut tangan Mawar bagi menenangkan hati gadis itu.
” Untuk nak kan relationship korang kekal lama, aku cadangkan korang bincang elok-elok selesaikan dengan cara yang elok. Janganlah kita terlalu ikutkan emosi. I can only advise selebihnya kau dengan dia uruskan “.
Mawar hanya tersenyum sebaris.
” Aku bagi kau masa untuk kau tenangkan fikiran. Bila kau dah reda, bincang lah elok-elok dengan Aras. Aku keluar dulu “. Anis mengangkat punggungnya kemudian dia menapak keluar dari bilik. Sebelum itu dia sempat menghadiahkan senyuman kepada Mawar.
Mawar hanya melihat belakang badan gadis itu sebelum kelibatnya hilang dari pandangan. Keluhan berat dilepaskan kemudian dia merebahkan semula badannya.
…***…
FIRDAUS ARASY menolak daun pintu bilik itu kemudian dia menapak masuk ke dalam. Matanya melilau mencari kelibat seseorang.
Seorang lelaki menghampiri Firdaus Arasy kemudian menepuk perlahan bahu tersebut.
” Lama aku tak nampak kau kat sini. Mana menghilang? “. Soal lelaki itu sambil mengukir senyuman lebar.
Firdaus Arasy menoleh ke belakang kemudian dia juga turut mengukirkan senyuman.
” Lately ni aku sibuk sikit. Kalau aku nak tulis lirik atau cover mana-mana lagu aku tak buat dekat sini. Praktis suara dekat rumah aje “. Terang Firdaus Arasy bersama senyuman dibibir.
Amir mengangguk perlahan kemudian dia melabuhkan punggungnya di hadapan Firdaus Arasy.
” Apa-apa pun aku turut bangga dengan kau. Aku dengar kau nak kena standby for new album next week. By the way i wish you good luck “. Amir melemparkan senyuman dibibir dengan kata-kata semangat.
” Aku kena banyakkan praktis dari sekarang. Terima kasih bro “.
” Tak jadi masalah sebab tak sia-sia juga kau belajar dari bapa saudara kau. Alhamdulillah kau dah berjaya sekarang “.
Firdaus Arasy termenung sendiri apabila sebaik sahaja Amir berkata begitu. Sudah lama dia tidak mendengar khabar tentang Encik Haris. Kemudian dia mengukirkan senyuman dan mengangkat punggungnya.
” Eh Mir! Aku nak gerak dulu lah. Ada satu tempat aku nak pergi. Nanti ada masa aku datang sini lagi “.
” Assalamualaikum “. Firdaus Arasy terus berlalu pergi meninggalkan stadio tersebut. Amir menjawab salam Firdaus Arasy sambil menghantar kelibat lelaki itu sehingga hilang dari pandangan. Dia kembali meneruskan kerjanya.
Firdaus Arasy berjalan laju menuju ke keretanya dan membenamkan dirinya dalam perut kereta kemudian enjin kereta dihidupkan. Lantas itu kereta tersebut dipandu laju menuju ke suatu tempat.
Sampai sahaja ditempat tersebut kereta di parking diluar panggar. Papan tanda yang terpampang dibaca perlahan.
‘ Tanah perkuburan Islam Taman Ibukota Kuala Lumpur ‘.
Sebelum keluar dari kereta sempat Firdaus Arasy menyarungkan songkok hitam dikepala yang memang sudah lama dia sediakan didalam kereta. Tidak lupa juga untuk membawa beberapa botol air mineral dan juga segulung tikar mengkuang yang diletakkan di bonet kereta.
Firdaus Arasy terus keluar dari perut kereta. Cuaca panas terik tidak dapat memberi apa-apa kesan terhadap dirinya. Jemur beberapa lama dibawah sinaran matahari pun kulit dia tetap kekal maintain.
Dia berjalan kaki sehingga sampai betul-betul dihadapan pusara arwah mak nya. Tertera nama ‘ Siti Nur Shahanis Binti Mat Iderus ‘.
Firdaus Arasy kemudian meletakkan tikar diatas tanah lalu terus melabuhkan punggungnya.
” Assalamualaikum mak. Adik datang ni. Mak sihat? “. Soal Firdaus Arasy perlahan.
” Adik minta maaf sebab dah lama tak datang jenguk mak. Adik rindu sangat-sangat. Mak adik ada banyak benda nak cerita dengan mak. Mak dengar ye? “. Ujar Firdaus Arasy sedikit sebak. Dia menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-katanya.
” Alhamdulillah adik dah berjaya sekarang ni. Impian mak dah tercapai dan semua ni berkat doa mak dan abang Adam. Mak nak tahu tak adik ada kenal sorang perempuan ni. Adik tak tahu macam mana nak cakap dekat mak “. Firdaus Arasy menyeka air matanya yang mengalir di pipi.
Itulah dirinya setiap kali meluahkan perasaan dekat depan pusara arwah Puan Shahanis pasti akan mengalirkan air mata.
” Dia baik sangat mak dan perangai dia buat adik teringat dekat mak. Adik tak tahu sejak bila adik mula sayangkan dia tapi adik memang betul-betul sayangkan dia mak “. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut seolah-olah memahami isi hati Firdaus Arasy.
” InshaAllah adik janji adik akan bawa dia jumpa mak. Mak pasti rasa terpegun bila tengok muka dia yang comel dan adik akui dia memang cantik mak. Saling tak tumpah macam mak “. Air mata dia jatuh lagi membasahi pipi. Firdaus Arasy menarik nafas panjang kemudian dihembus perlahan.
Dia membuka botol air mineral kemudian mula menyirami diatas tanah pusara arwah mak nya. Rumput-rumput kecil yang ada disitu juga dibersihkan. Setelah itu dia menaburi pula bunga-bunga kertas di atas pusara itu.
Bunga itu sempat dibeli di hadapan simpang sebelum masuk ke kawasan Tanah perkuburan Islam tersebut.
” Cantik dah rumah mak “. Ujar Firdaus Arasy sambil tersenyum lebar.
” Mak.. adik nak balik dulu ye? InshaAllah kalau adik ada masa lagi adik akan selalu datang jenguk mak. Mak doakan untuk adik semoga urusan adik minggu depan dipermudahkan. Adik suka untuk ingatkan mak selalu bahawa adik rindu dan sayangkan mak “. Firdaus Arasy mengusap lembut batu nisan arwah mak nya.
” Adik balik dulu ye mak? Assalamualaikum “. Firdaus Arasy memberi salam kemudian dia membersihkan tempat tersebut sebelum beredar meninggalkan tempat tersebut.
Sempat dia menoleh memandang pusara tersebut sebelum berlalu pergi dari situ. Airmatanya diseka dengan hujung baju.
…***…
DIA bagaikan tidak percaya apabila melihat gerangan seorang yang amat dirindui berada di hadapannya. Orang yang selama ini dia cari dan tertanya-tanya dimanakah lelaki itu berada dan ya dia berada di hadapannya tika ini.
” Adam “. Tutur lelaki itu dengan lembut. Jatuh airmatanya dipipi namun dia hanya membiarkan sahaja.
Adam hanya berdiri statik disitu. Dia kaku dan mulutnya tidak mampu berkata apa-apa. Air matanya semakin deras mengalir. Sungguh dia rindu benar dengan empunya suara tersebut.
Sebaik sahaja mak dengan ayah meninggal, lelaki itu juga turut meninggalkan Adam dan Firdaus Arasy dengan meninggalkan sepucuk surat. Dalam isi surat tersebut hanya mengatakan bahawa lelaki itu baik-baik dan dia harus menjalani pembedahan juga dalam surat tersebut mengatakan bahawa Adam harus menjaga adiknya baik-baik sewaktu ketiadaannya.
Sejak itu juga Adam tidak lagi menerima sebarang khabar berita tentang lelaki itu. Detik ini lelaki itu kembali muncul dan mengukir senyuman dihadapannya.
” Papa “. Tutur Adam lembut dan jatuh lagi airmatanya.
” Mana papa menghilang? “. Soal Adam bersama dengan esakan tangisan. Cukup hanya dia dan orang tua itu sahaja yang dengar.
Encik Haris turut berasa sebak. Mahu sahaja tubuh kecil itu dipeluk erat tapi dia hanya mampu memerhati sahaja.
” Maafkan papa, Adam. Ada sebab kenapa papa tinggalkan kamu berdua. Papa sakit Adam “. Ujar Encik Haris perlahan. Dia menarik nafas panjang untuk mengumpul kekuatan.
” Jangan hukum papa sampai macam ni sekali Adam. Cukup sudah bertahun papa tinggalkan Adam. Bagilah papa peluang tebus semua kesalahan papa “. Adam mengelengkan kepalanya dan menyuruh untuk Encik Haris berhenti bercakap.
” Jangan papa cakap macam tu. Adam tak ada masalah dan tak pernah sekali pun Adam berdendam atau marah dekat papa. Sebaiknya Adam sarankan papa jumpa Aras. Dia betul-betul rindukan papa “. Tutur Adam Arasy dengan esakan tangisan. Terhinjut-hinjut bahu lelaki itu.
Cukup airmata yang mampu menceritakan semuanya. 10 tahun dia menanggung beban ini dan hampir berputus asa dengan kehidupannya.
Dia mendekati tubuh orang tua itu kemudian memeluk dengan erat. Dia tidak peduli kalau semua staf nya sedang memandang ke arah mereka tika ini. Apa yang dia tahu, dia benar-benar merindui bapa saudara nya itu.
Setelah itu masing-masing sudah meleraikan pelukan dan menyeka airmata.
” Aras mana Adam? “. Soal Encik Haris sambil memerhati segenap ruang Jumbo Jeep itu.
” Dia sihat? “.
” Mesti sekarang ni dia makin handsome kan? “. Bertubi-tubi soalan yang dilemparkan oleh Encik Haris. Adam Arasy hanya membalas dengan mengukirkan senyuman.
” Aras alhamdulillah sihat pa. Adam tak berani cakap tapi kalau papa tengok dengan mata papa sendiri. Adam yakin papa pun terpegun “.
Kata-kata Adam Arasy itu membuatkan Encik Haris ketawa.
” Maknanya memang dia makin handsome lah ni? “.
” Ramai fans dia dekat universiti tu papa. Perempuan semua gilakan dia kecuali Aras. Keras sangat hati dia pa “.
” Alhamdulillah hati dia dah terbuka untuk sorang perempuan. Adik kawan Adam sendiri “. Ujar Adam dengan sengihan dibibir. Encik Haris pula berkerut dahi.
” Kawan Adam? Siapa? “.
” Rasyid “.
” Papa kenal Rasyid je. Tak tahu pula papa yang Rasyid tu ada adik perempuan. Elok sangat lah tu, papa harap hubungan mereka berdua bukan hanya sekadar permainan aje. Doakan ajelah yang baik-baik untuk Aras “. Ujar Encik Haris bersama dengan senyuman dibibir. Dia turut merasa bahagia walaupun tak pernah jumpa dengan gadis yang dimaksudkan oleh Adam Arasy itu.
” Adam, papa takut kalau Aras tak nak jumpa papa dan “. Belum sempat Encik Haris ingin menghabiskan kata-katanya Adam Arasy terus memotong.
” Papa jangan fikir sampai macam tu sekali. Adam kenal adik Adam. Ego macam mana sekalipun dia, Adam percaya hati dia lembut. InshaAllah Adam akan cuba pujuk dia nanti “. Pujuk Adam Arasy sambil menepuk bahu Encik Haris dengan lebih seraya mengukir senyuman lebar.
” Papa harap macam tu lah “.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…