Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 2
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 2 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
DIA masih disini menunggu orang yang sama dihadapan Villa Sri Ananda. Dia berdiri dengan memegang sejambak bunga ros.
Hujan lebat turun membasahi bumi seolah memahami jiwa dan raga lelaki itu. Dia kembali mendongak apabila ada seseorang menapak ke arahnya dengan membawa payung.
Dalam keadaan hujan yang lebat itu dia nampak gadis itu tersenyum sinis seolah mengejeknya.
” Arasy.. I rasa sudah cukup jelas dengan apa yang I dah bagitahu you “. Ujar gadis itu dengan sinis.
Firdaus Arasy menatap wajah gadis yang amat disayanginya itu. Wajah yang dibasahi oleh hujan disapu dengan tapak tangan. Dia sedikit menggigil kesejukan.
” Why make me like this? “.
” Sebab duit. “. Gadis itu berura-ura hendak pergi meninggalkan Firdaus Arasy. Dengan cepat lelaki itu menyambar lengan Nuni.
” Gajima “. Firdaus Arasy mengelengkan kepalanya. Meminta untuk gadis itu jangan tinggalkan dia.
” Neo micheosseo? “. Nuni menghembuskan nafas kasar. Dia menepis lengan lelaki itu.
” Jangan tinggalkan I, Nuni. Cakap dengan I yang you memang tak ada niat nak buat macam ni “. Raih Firdaus Arasy dengan simpati. Dia menggenggam erat tangan teman wanitanya itu.
” Pergi balik lah Arasy. Tak ada apa lagi yang I nak cakapkan. You pun dah tahu kan yang I hanya pergunakan you dan nakkan harta you aje “. Nuni menjeling tajam ke arah Firdaus Arasy. Memang dia ni tak faham bahasa ke? Kalau orang dah tak nak buat apa nak paksa!
Firdaus Arasy hanya diam menundukkan kepalanya. Airmata jatuh membasahi pipinya bersama dengan hujan yang turut membasahinya.
” Kau tak menyesal dengan apa yang kau buat? “. Panggilan sudah bertukar kepada kau-aku. Bibirnya terketar-ketar menahan esakan tangisan.
Nuni mendengus kasar dan dia hanya memandang Firdaus Arasy dengan pandangan kosong.
” Kau dah permainkan hati seorang yang sayangkan kau dan terlalu cintakan kau. Sikit pun kau tak menyesal Nuni Nadhirah Jihye? “. Firdaus Arasy memandang tepat ke arah muka Nuni dengan matanya merah akibat menangis.
Nuni dengan lagaknya hanya menggelengkan kepalanya. Menunjukkan bahawa dia tidak menyesal dengan apa yang dia buat.
” Baiklah, cinta aku, sayang aku kau dah pijak sekali dengan maruah aku. Kau pijak-pijak seolah-olah nothing for you. Dengan ini aku Muhammad Firdaus Arasy bin Muhammad Athar Arasy tutup hati aku serapat-rapatnya untuk perempuan. Aku kecewa dengan kau Nuni. Sungguh kecewa “. Firdaus Arasy menggenggam penumbuknya mencari kekuatan.
Ini adalah kali pertama dia menangis teruk depan perempuan. Ye perempuan yang tidak tahu untung.
Nuni tersentak dengan kata-kata Firdaus Arasy itu. Jantungnya berdetak laju. Ye dia perlu kuat kerana jalan ini dia sendiri yang pilih.
” Untuk kali ini aku tak akan toleh ke belakang lagi. Kalau kau mati sekalipun aku dah tak peduli. Semoga kau hidup bahagia dengan jantan yang kau pilih “. Setelah usai sahaja dia mengungkapkan kata-katanya kemudian dia melemparkan sejambak bunga ros itu dengan kasar diatas jalan sehingga terburai keluar dan hancur dibuatnya sebelum dia membenamkan dirinya dalam perut kereta Ferrari dan memecut laju meninggalkan perkarangan rumah tersebut.
Nuni berdiri statik memandang ke arah kereta tersebut sehingga hilang dari pandangannya kemudian dia jatuh terduduk. Mukanya ditekup dengan tapak tangan dan tangisan mula terhabur. Sungguh hatinya remuk melihat airmata lelaki itu jatuh.
Mianhae Arasy!
Dia menangis tersedu-sedan disitu sehingga terhinjut-hinjut bahunya menahan esakan tangisan.
Firdaus Arasy menekan pedal minyak. Semua kereta dia potong dan lampu merah juga dia tidak hiraukan. Dia membawa hati yang remuk kemudian dia menghentikan keretanya di bahu jalan.
Tubuh tinggi lampai itu dibawa keluar dari kereta. Airmata semakin deras mengalir.
Dia meraup rambutnya ke belakang. Segala batu-bata yang ada disitu disepak sehingga jatuh ke dalam tasik. Penghalang jalan itu ditumbuk berkali-kali melepaskan geram.
” Aku benci kau Nuni! “. Jerit Firdaus Arasy dengan lantang. Dia jatuh terduduk diatas jalan tar. Dia meraup mukanya yang penuh dengan airmata.
Sakitnya hati dia hanya Allah sahaja yang tahu. Sukarnya untuk dia bernafas dengan baik. Airmata dan esakan tangisan mula menjadi satu.
Orang yang selama ini bermain dalam fikiran dan hatinya, orang itu jugalah yang merobek hatinya. Mulut kata lain hati kata lain. Mulut menaburkan janji-janji dan kata-kata manis dan mulut itu jugalah yang membuatkan hatinya remuk. Firdaus Arasy kini persis macam orang gila. Dengan rambut serabai dan mata sembab penuh dengan airmata.
Dia menangis semahu-mahunya dijalan tar itu. Bersaksikan bulan dan bintang. Kini hatinya sudah mati untuk semua perempuan.
Bila cahaya kembali menerang
Engkau bakal ku buang
Bila hati sudah kembali tenang
Bayangmu hanya bayangan.
Disaat hati dihancuri
Kisahmu menjadi silam
Kerana perjalanan hidup adalah sinema
Bahkan lebih menyerikan
Tangisan adalah tangisan
Sehingga ia menikam hati