Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 24
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 24 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
MATA-MATA yang sedang ralit memerhati gerak-geri mereka berdua sikit pun tidak dihiraukan. Ada juga antara mereka yang sudah berbisik sesama sendiri dan ada juga yang bila berselisih, hanya menghadiahkan jelingan.
Kan aku dah cakap, aku tak suka heboh-hebohkan pasal benda ni. Tengok satu Universiti sudah gossip pasal aku dengan Arasy! Mulut siapa yang celupar sangat meh aku sumbat dengan tayar!
” Tak sangka pula Firdaus Arasy tu pilih kak Mawar. Aku tengok dia biasa aje “. Ujar salah satu daripada mereka dan yang pasti dia adalah junior.
” Betul tu nak katakan lawa aku rasa kak Puteri lagi lawa kot daripada dia tapi tulah aku dengar kak Puteri dah pindah “. Sampuk kawan perempuan itu pula.
” Agak-agak kan kak Mawar tu punca kak Puteri dengan Abang Firdaus Arasy break up ke? “.
” Agaknya lah kot, memang dia tu tak tahu malu kan? “.
Anis sudah mula mengempalkan penumbuknya. Geram apabila kawannya itu jadi bahan ejekan dari junior-junior mentah yang tak tahu cerita sebenar.
Mawar menenangkan gadis itu. Dia menggelengkan kepalanya.
” Aku tak suka lah dengar pasal bab rampas merampas ni. Macam tak ada orang lain aje dekat Universiti ni. Padahal ramai lagi kot lelaki dekat sini tapi Abang Firdaus Arasy juga dia nak rampas “. Seloroh gadis itu dengan cebikan dibibir. Dia tidak hairan kalau Mawar dan Anis dengar perbualannya. Sengaja dia cakap kuat-kuat.
Anis sudah mula membentak geram. Dia melipatkan lengan bajunya hingga ke siku. Aku dah tak boleh nak sabar lagi, panas aje telinga dengar dua ekor cicak ni mengumpat!
Anis menghampiri dua orang perempuan itu dengan lagak persis macam orang nak kutip hutang.
” Korang berdua ni memang tak ada kerja eh? “. Soal Anis dengan muka bengisnya.
Dua orang perempuan itu sudah menelan air liur.
” Kalau tak tahu cerita jangan pandai-pandai buat cerita tau. Nanti takut jadi fitnah, karang naya aje mulut tu kena sumbat dengan tayar “. Perli Anis Farhana dengan sinis.
Terkulat-kulat dua perempuan itu bila ditegur sebegitu rupa.
” Maaflah kak tapi memang betul kan apa yang saya cakapkan tu “. Ujar salah seorang daripada gadis itu. Jelas kelihatan muka dia tidak puas hati.
” Ohh really? Before doing anything, try to put yourself in Kak Mawar’s shoes. Dengar sendiri daripada mulut dia atau dari Firdaus Arasy, jangan cuba buat kesimpulan sendiri lepastu mencanang dekat semua orang. Cara tu tak baik tau and you better apologize sebab takut nanti esok dah “. Anis membuat memek muka seolah-olah dah mati dengan mata terpejam rapat dan lidah dikeluarkan.
Kecut perut dua orang perempuan itu bila dengar soalan mati. Lantas mereka mengelengkan kepalanya laju.
” Hah kalau tak nak mati cepat pergi minta maaf! “. Jerkah Anis Farhana itu membuatkan mereka berdua tersentak kemudian cepat-cepat dua orang perempuan itu menghampiri Mawar.
Tangan gadis itu digenggam erat.
” Kak kita orang minta maaf kalau tuduh akak bukan-bukan. Maafkan kita orang eh? “. Raih dua orang perempuan itu dengan muka belas kasihan. Hampir nak tergelak Mawar melihat muka dua orang perempuan itu.
” Akak maafkan “. Ujar Mawar dengan senyuman dibibir. Dia menoleh pula memandang ke arah Anis. Gadis itu sudah mula bercekak pinggang.
” Janji tak buat lagi tau? “. Ujar Mawar lagi.
” Iye kak kita orang janji tak buat lagi! “.
” Sudah pergi balik, hati-hati jalan tau? “. Mawar mengukirkan senyuman. Dua orang perempuan itu mengangguk sahaja kepalanya. Sebelum beredar dari situ, sempat dia menoleh ke arah Anis dan membongkokkan separuh badannya.
Setelah kelibat dua orang perempuan itu hilang dari pandangan terus terhabur tawa Mawar apabila menoleh memandang ke arah Anis.
Anis Farhana sudah mencebik. Dia memutarkan bola matanya ke atas.
” Gelak lah lagi, budak-budak tu aku tak dapat sumbat dengan tayar. Mulut kau pula yang aku sumbat nanti “. Ujar Anis memberi amaran. Dia sudah memeluk tubuhnya.
” Kesian budak-budak tu, kau ni pun garang sangat! “. Seloroh Mawar dengan sisa tawanya.
” Yelah bagi muka sangat dekat diaorang tu sebab tu kau senang aje kena pijak oleh budak-budak mentah tu “.
” Alah aku malas nak layan lebih-lebih. Biar lah dia orang nak kata apa pun “. Mawar sudah memuncungkan bibirnya.
” Kau aje yang pekakkan telinga. Aku memang pantang dengar orang buat mulut ni “.
Anis Farhana sudah mendengus kasar. Itu baru sikit, kalau aku sekolah kan kau huh mesti terus ambil surat berhenti. Dasar budak-budak!
” Jomlah balik kita singgah Jumbo Jeep kejap. Aku lapar nak makan lepas tu kita study sama-sama “. Mawar memaut lengan Anis kemudian dia mengerdipkan kedua-dua matanya.
Anis mencebik lantas dia mengangguk perlahan.
…***…
MASUK ni sudah 2 kali pinggan nasi ayam yang dimakan oleh Mawar. Tekun gadis itu menyuakan nasi ayam itu ke dalam mulut tanpa menghiraukan sekeliling.
Anis sudah menekup mukanya dengan tapak tangan. Nafas dihela kasar. Sah memang kawannya itu bela jin!
” Salah satu sebab kenapa aku suka makan dekat Jumbo Jeep ni kan Anis, ni ha nasi ayam ni lah “. Seloroh Mawar dengan mulut penuh dengan makanan.
Anis tersengih menampakkan barisan giginya.
” Makan lah selagi kau boleh makan “. Ujar Anis kemudian dia meneguk air jus limau.
Matanya terbuntang melihat Firdaus Arasy menghampiri Mawar dan lelaki itu membuat isyarat meletakkan jari telunjuk ke bibir meminta supaya gadis itu tidak memberitahu Mawar akan kehadirannya.
Anis hanya mengangguk perlahan kemudian dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
Firdaus Arasy melabuhkan punggungnya disebelah Mawar yang sedang leka menyuapkan nasi ke dalam mulut.
” Amboi lapar betul miss flower? “. Soal Firdaus Arasy kemudian dia tergelak kecil.
Mawar tersentak lantas itu dia menoleh memandang ke arah Firdaus Arasy. Matanya terus terbuntang dan dia mula terbatuk-batuk kerana tersedak.
Firdaus Arasy mula panik kemudian dia mengusap perlahan belakang badan gadis itu.
Anis pula menghulurkan gelas air jus tembikai Mawar. Menyuruh untuk gadis itu minum air tersebut.
” Ish apalah miss flower ni, makan pun boleh tersedak “. Seloroh Firdaus Arasy sambil tangannya masih lagi mengusap lembut belakang badan Mawar.
” Entah Mawar ni makan kot iye pun elok-elok lah! “. Sampuk Anis pula.
” Suka eh awak makan nasi ayam tu? Emir cakap tadi awak order sampai 2 pinggan. Are you serious miss flower? Kuat betul girlfriend saya makan “. Ujar Firdaus Arasy dengan gelak ketawa mengekek.
Mawar mencebik.
” Suka hati saya lah! “. Dia kembali menyuakan suapan nasi itu ke dalam mulut. Anis hanya jadi pemerhati manakala pula Firdaus Arasy sudah mengelengkan kepalanya.
” Eh tadi Farhan ada call, dia kata minggu depan Abang is dah nak khawin dan dia orang jemput awak sekali “.
Mawar berhenti menyuakan nasi ayam ke dalam mulutnya. Dia menoleh memandang ke arah Firdaus Arasy.
” Serius lah? “. Soal Mawar dengan kening terangkat sebelah. Firdaus Arasy hanya mengangguk perlahan.
” Bila awak nak bertolak? “. Dia kembali menyuakan suapan nasi yang terakhir ke dalam mulutnya. Alhamdulillah kenyang!
” Rabu ni “.
” Awalnya? “.
” Yelah dah majlisnya buat dekat rumah Tokma. Jadi nak tak nak kita kena gerak Rabu ni juga “. Ujar Firdaus Arasy dengan tenang. Dia mencapai gelas minuman Mawar kemudian dia meneguk air itu sehingga habis.
Melopong mulut gadis itu apabila melihat aksi selamba Firdaus Arasy itu.
Firdaus Arasy meletakkan gelas kosong itu kemudian dia sendawa dengan kuat. Anis yang melihat aksi tersebut juga turut melopong kan mulutnya.
” Sorry miss flower, saya habiskan air awak. Penat bercakap lepastu terasa haus pula “. Ujar Firdaus Arasy dengan sengihan dibibir.
Terkebil-kebil mata Mawar memandang ke arah Firdaus Arasy.
” Jangan lupa tau nanti saya info dekat awak. Awak siapkan aje barang awak awal-awal “. Ujar Firdaus Arasy kemudian dia mengangkat punggungnya.
” Anis kalau kau nak ikut pun boleh aje. Sebab aku ajar Mika sekali “. Ujar Firdaus Arasy kepada Anis.
Sibuk aje mamat tu nak ikut aku balik kampung siap cakap lagi wajib ajak Anis.
” Hah? Err.. ha.. ok ok “. Lambat-lambat Anis menganggukkan kepalanya. Pipinya sudah mula berona merah.
” Saya gerak dulu tau jagiya. Awak balik hati-hati, jangan merayau melencong ke tempat lain pula “. Ujar Firdaus Arasy kepada Mawar. Dia melambaikan tangannya sebelum beredar dari situ sempat dia mengenyitkan matanya.
Mawar sudah tersipu-sipu malu disitu.
” Eh Mawar cepatlah nanti kalau lambat balik kang, takut jalan jem pula “. Seloroh Anis sambil menepuk-nepuk lengan gadis itu.
Mawar mendengus kasar.
” Ish sabar lah! Bagi aku cuci tangan dulu “. Mawar mengangkat punggungnya dari kerusi itu kemudian dia melangkah ke arah sinki untuk membasuh tangannya.
Pili air dibuka dan dia mula membasuh tangannya. Belum sempat dia ingin mencapai sabun, pili air itu ditutup oleh Anis dan lengan gadis itu ditarik.
” Ish lambat lah kau ni! “. Marah Anis dia menarik tangan Mawar dan berjalan laju terus ke kereta mini Cooper nya.
” Kau ni laju-laju nak ke mana? Sabarlah! “. Bentak Mawar geram. Aku belum cuci tangan dengan betul tau. Ni ha bau ayam!
Tubuhnya sudah masuk ke dalam kereta dan dia menjeling tajam ke arah Anis yang sudah duduk ditempat memandu. Tali pinggang ditarik kasar, pandangannya dialihkan ke luar tingkap.
Kereta mini Cooper itu mula meninggalkan pekarangan Jumbo Jeep itu.
Mata Mawar dihalakan ke arah Anis kemudian dia menghadiahkan jelingan tajam sebelum dia kembali memandang ke arah luar tingkap.
…***…
KOTAK cincin itu dihulurkan kepada Puan Sharifah. Puan Sharifah menyambut huluran tangan itu dan bibirnya mengukir senyuman sebaik sahaja kotak cincin itu dibuka.
” Pandai abang pilih cincinnya. Simple tapi nampak cantik “. Puji Puan Sharifah dengan bibirnya masih lagi mengukirkan senyuman.
Syaharah mula menjuihkan bibirnya. Dia duduk melabuhkan punggungnya disebelah Puan Sharifah.
” Huh, memang lah cantik kalau Ara yang pilihkan. Nak harapkan abang, dia awal-awal lagi dah garu kepala sebab tak tahu bentuk cincin macam mana “. Kata-kata Syaharah itu membuatkan Puan Sharifah ketawa.
Syed Nazhan pula sudah mengusap lembut belakang lehernya. Tak boleh nak simpan rahsia lah mangkuk seekor ni!
” Agaknya muat tak jari kak Laila tu mummy? Ara agak-agak aje “.
Puan Sharifah mengeluarkan cincin itu dari kotak cincin kemudian dia menyarungkan cincin tersebut ke jari manisnya.
” Oklah ni kalau jari Ara boleh masuk, jari mummy pun boleh juga tak mustahil lah kalau jari kak Laila pun muat “.
” Mummy suka dengan bentuk cincin ni. Cantik sangat “. Ujar Puan Sharifah sambil membelek-belek cincin tersebut.
Encik Syed Anuar hanya menggelengkan kepalanya.
” Aik Ipah, lagak awak macam nak khawin lagi aje? “. Seloroh Syed Anuar dengan sengihan dibibir. Sengaja dia mahu mengusik isterinya itu.
Puan Sharifah sudah menjeling tajam ke arah Encik Syed Anuar. Bibirnya mula mencebik.
” Awak ni ke situ pula! “.
” Hm.. manalah tahu “. Ujar Encik Syed Anuar acuh tak acuh.
Tiga adik beradik itu sudah mengelengkan kepala apabila melihat gelagat mummy dan daddy nya.
” Nah abang, simpan dulu cincin ni nanti mummy sarungkan sendiri cincin ni dekat tangan bakal menantu mummy “. Puan Sharifah meleraikan cincin tersebut daripada jarinya. Dia letakkan semula ke dalam kotak cincin itu sebelum diserahkan semula kepada Syed Nazhan.
Syed Nazhan menyambut huluran tersebut. Dia mengangguk perlahan.
” Lusa abang bawa kak Laila datang sini “. Ujar Syed Nazhan dengan senyuman mekar dibibir.
Puan Sharifah dan semua ahli keluarganya hanya menganggukkan sahaja kepala. Hanya dua orang adik kembarnya itu sahaja yang berteriak gembira. Syed Nazhan hanya tergelak kecil melihat gelagat adik-adik itu.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…