Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 34
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 34 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
” MAWAR DAHLIA tunang kau “.
Berkerut dahi Firdaus Arasy sebaik sahaja mendengar nama tersebut. Dia mula berfikir sejenak. Nama itu seolah-olah sudah sebati dalam ingatannya namun dia tak dapat mengingati apa-apa pun.
” Dia bukan sahaja tunang kau. Tapi dialah sumber kekuatan dan pelengkap hidup kau. Dia adalah segala-galanya bagi kau dik “. Ujar Adam lagi. Kemudian lelaki itu mengeluh perlahan. Fikirannya mula memikirkan tentang gadis itu.
Makin berkerut dahi Firdaus Arasy.
” Kau tak perlu paksa diri kau untuk ingatkan balik siapa Mawar. Kau berehat lah dulu. Aku nak keluar cari dia kejap “. Pamit Adam sebelum keluar dari bilik itu.
Firdaus Arasy memandang belakang badan Adam Arasy sehingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangan.
Otaknya masih lagi berfikir tentang gadis tadi.
Dia mula meraba-raba mencari sesuatu. Bawah bantal tak ada. Kemudian dia menarik laci meja. Bibirnya mengukir senyuman lebar.
Alhamdulillah masih lagi nampak elok. Cuma skrin iPhone itu sedikit retak.
Skrin itu dinyalakan kemudian dia terus membuka galeri. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia beria-ia mahu mengingati siapa gadis itu.
Satu persatu gambar itu dilihat. Terus berdebar-debar jantung Firdaus Arasy tika ini apabila melihat gambar pertama gadis itu. Sungguh hati dia sakit. Sakit bila teringat balik gadis itu pergi dengan juraian airmata. Jauh di sudut hati dia benci melihat air mata gadis itu jatuh.
Kedua-dua tangannya diletakkan di atas kepala. Berkerut dahi lelaki itu menahan sakit. Dia menjerit lantang.
” Arghhhh sakit! “. Dia mula mengingati siapa gadis itu apabila melihat gambar yang kedua adalah gadis itu bersama dengannya sewaktu jadi pengapit dahulu. Tak semua tapi dia tahu siapa gadis itu pada dirinya.
Jarum branula yang berada ditangan kirinya itu disentap dengan kuat. Darah yang mula mengalir itu dibiarkan sahaja. Hoodie hitam disarung ke tubuh dan dia menutup mukanya dengan mask hitam.
Sebelum keluar dari situ dia sempat mengambil beberapa barang miliknya seperti telefon dan dompet.
…***…
HAMPIR satu kawasan Hospital itu dia mencari kelibat Mawar. Tapi batang hidung gadis itu langsung dia tidak temuinya. Dia mengeluh perlahan.
” Mana awak pergi Mawar? “. Ujar Adam dengan keluhan berat.
Adam tersentak apabila telefon bimbit mula berdering. Dahinya mula berkerut apabila melihat nama gerangan yang tertera di skrin telefon itu.
Butang hijau ditekan dan dia terus melekapkan telefon itu ke telinganya.
” Ye waalaikumussalam Mika, kenapa? “. Soal Adam Arasy terlebih dahulu. Matanya masih lagi memandang segenap kawasan itu.
Kemudian matanya terus terbuntang luas.
” Apa?! Biar betul Mika? “. Soal Adam Arasy bagaikan tidak percaya. Berdetak laju jantung Adam, bila Mikail memberitahu bahawa Firdaus Arasy tidak ada dibiliknya.
Tanpa membuang masa dia terus mematikan talian tersebut dan berlari masuk ke dalam hospital itu semula. Soal dimanakah Mawar berada sekarang ini ditolak tepi.
Sampai sahaja dihadapan bilik Firdaus Arasy. Orang pertama yang dicari adalah Mikail. Terus Adam menapak ke arah lelaki itu yang sedang duduk diatas kerusi menunggu sambil meraup rambutnya ke belakang. Anis juga turut ada disitu.
” Macam mana Mika kau jumpa dia? “. Soal Adam dengan keadaan tercungap-cungap penat.
” Dia tak ada kat sini. Puas aku cari tapi apa yang jumpa dalam bilik dia ni je “. Ujar Mikail dengan mendatar. Dia mula menghulurkan sepucuk surat kepada Adam Arasy.
” Aku tak tahu tu apa tapi aku rasa benda tu untuk kau “. Ujar Mikail sebaik sahaja Adam Arasy menyambut huluran tersebut. Lambat-lambat lelaki itu membuka lipatan kertas tersebut.
To: ADAM ARASY
Aku nak minta maaf.
Aku buat keputusan untuk pergi dari sini. Aku dah ingat siapa perempuan tu. Tapi tak sepenuhnya cuma aku ingat dia siapa buat aku.
Bagi aku masa untuk tenangkan fikiran aku. Dah ok barulah aku balik Malaysia.
Dahi Adam berkerut seribu. Balik Malaysia? Apa yang Aras maksudkan.
Kemudian dia menyambung semula membaca isi kandungan surat tersebut.
Jangan cari aku. Tapi bila semua dah settle aku sendiri yang balik sana. Jaga diri baik-baik dan pesan pada semua jangan bimbang tentang aku.
Mianhae Hyung
Arasy..
Sebaik sahaja dia selesai membaca surat tersebut. Terus Mikail menghampiri Adam. Berkerut dahinya melihat riak wajah lelaki itu berubah.
” Kenapa Adam? “. Soal Mikail. Adam kemudian melabuhkan punggungnya diatas kerusi.
” Tak guna kita nak cari Aras “. Ujar Adam perlahan.
” Kenapa? “. Sampuk Anis. Sedari tadi gadis itu hanya diam membisu sahaja.
” Di bukan ada kat sini pun “. Ujar Adam dengan keluhan berat. Seorang larikan diri dan seorang lagi menghilangkan diri. Makin kusut fikiran Adam ketika ini.
Mikail merampas surat yang berada di tangan Adam. Dia membaca sekilas isi kandungan surat tersebut. Dahinya terus berkerut seribu.
” Aku tahu dia pergi mana “. Ujar Mikail dengan sengihan dibibir. Yang lain kini sudah mula memandang ke arah lelaki itu. Dengan kening terangkat sebelah. Menunggu jawapan dari Mikail.
” Lain tak bukan mesti dia pergi Korea “.
” Buat apa dia nak pergi sana? “. Soal Anis mula berdecit. Dia sudah mula memeluk tubuhnya.
” Ada betul juga apa yang Mika cakap tu. Tak ada tempat lain dia nak pergi melainkan dekat sana “. Ujar Adam pula.
” Tak apa biar dia pergi sana untuk berapa lama yang dia nak “. Ujar Mikail.
” Tapi macam mana dengan Mawar? Dia tahu ke? “. Soal Anis. Kini dia memandang ke arah Adam Arasy. Lelaki itu hanya menjongketkan bahunya.
” Kenapa dua-dua ambil keputusan untuk pergi sedangkan hati mengatakan sayang? Ish aku pelik lah! “. Ujar Anis lagi. Dia mendengus kasar. Ambil keputusan untuk larikan diri daripada selesaikan masalah.
” Abang pun tak tahu nak cakap macam mana lagi Anis. Mawar pun abang tak dapat nak call. Dia matikan handphone “.
Semua yang ada disitu hanya diam membisu. Masing-masing sudah kehabisan kata-kata. Keluhan berat dilepaskan.
…***…
MAWAR DAHLIA menekup mukanya dengan tapak tangan. Airmata makin deras mengalir. Sumpah hati dia sakit. Sungguh sakit bila orang yang kita sayang tidak mengenali siapa diri kita. Lebih menyakitkan bila orang itu adalah tunang sendiri.
Didalam kereta Myvi itu dia menghaburkan tangisannya. Berat ujian yang Engkau turunkan buat ku Ya Allah.
Sementara di rumah gadis itu pula Encik Azman, Puan Aisyah sudah dan Rasyid mula tidak senang duduk. Dari pagi sampai ke malam gadis itu tidak pulang ke rumah.
Bila dihubungi pula tidak dapat kerana gadis itu mematikan telefonnya.
” Mana adik kamu ni Ras? Umi risau lah “. Ujar Puan Aisyah. Dia hulur ke hilir sambil bercekak pinggang.
” Ras dah cuba tanya Adam. Dia sendiri pun tak dapat call baby umi. Mudah-mudahan baby tak ada apa-apa “. Ujar Rasyid dengan risau.
” Umi, bila baby dah balik nanti abang minta dengan umi. Jangan salahkan baby. Dia mangsa keadaan umi. Kita sebagai ahli keluarga dia kena bagi kata-kata semangat “. Pesan Rasyid dengan airmata berlenangan. Terkedu Puan Aisyah dibuatnya.
Hati seorang ibu siapa yang tidak risau kalau tengok anaknya masih lagi tidak pulang ke rumah.
Ketukan di pintu membuatkan semuanya menoleh. Muncul susuk tubuh Mawar dengan mukanya sembab menangis.
Puan Aisyah mendapatkan gadis itu. Tubuh kecil itu dipeluk erat.
” Baby pergi mana sayang? “. Soal Puan Aisyah sebak. Mawar tersenyum kecil.
” Umi, baba, Abang ras. Mawar masuk bilik dulu ye? Mawar nak rehat “. Ujar gadis itu dengan perlahan. Puan Aisyah meleraikan pelukan. Kemudian dia mengangguk perlahan.
Semua yang ada disitu mengangguk perlahan.
Baru sahaja dia hendak menapak selangkah dua. Pandangannya mula gelap dan semuanya seolah-olah berpusing. Tubuh kecil itu terhuyung-hayang. Sebelum tubuh itu rebah ke lantai sempat Rasyid menyambutnya. Sebelum pandangannya mula gelap dan mula tidak sedarkan diri.
” Ya Allah baby! “. Jerit Puan Aisyah. Dia terus mendapatkan gadis itu. Begitu juga Encik Azman.
” Ras bawa baby masuk bilik ye? “. Ujar Rasyid panik. Dia mula mencepung tubuh kecil itu bawa masuk ke bilik. Luluh hatinya melihat keadaan adiknya sebegitu. Puan Aisyah dan Encik Azman hanya membuntuti langkah Rasyid.
Rasyid meletakkan Mawar diatas katil kemudian dia menyelimuti tubuh itu. Kemudian tangannya mengusap lembut kepala Mawar.
Encik Azman dan Puan Aisyah hanya memerhati sahaja dari muka pintu. Mereka juga sedih melihat keadaan gadis itu.
” Kesian baby kan Abang? Tak pernah saya tengok anak saya sampai macam tu sekali “. Ujar Puan Aisyah sebak.
” Dua-dua saya sayang abang. Dia dan Aras umpama nyawa saya sendiri. Bila dengar dia lari hospital lepas tu terus ke Korea, hati siapa tak risau bang “. Ujar Puan Aisyah lagi. Agaknya macam itulah kot apa yang Mawar rasa.
” Kita doakan aje untuk mereka Sya. Perancangan Allah itu lebih indah. Lebih baik awak doakan aje untuk mereka kerana doa seorang ibu itulah yang paling makbul “. Ujar Encik Azman tenang. Dia juga turut berasa simpati atas apa yang terjadi pada anak perempuannya itu. Tapi sebagai ketua keluarga dia juga harus bersikap tenang.
Bibirnya menguntum senyum.
” Biarkan baby rehat “. Ujar Encik Azman sebelum beredar dari situ. Puan Aisyah menoleh memandang ke arah Mawar dan Rasyid kemudian dia juga mengatur langkah pergi dari situ.
…***…
KEESOKAN harinya Mawar Dahlia hanya merenung ke luar jendela. Jasad dia disini tapi fikirannya melayang jauh entah ke mana. Sakit bila merindui sang kekasih.
Dimana engkau menghilang. Jangan biarkan aku keseorangan disini tenggelam terkapai-kapai.
Encik Azman melangkah masuk ke dalam bilik anak perempuan itu. Sayu hati melihat keadaan Mawar.
” Baby.. “. Panggil Encik Azman meleret. Bahu anak perempuan itu diusap lembut. Mawar menyeka airmatanya kemudian dia membalikkan tubuhnya menghadap Encik Azman. Bibirnya menguntum senyum kecil.
” Baba percaya anak baba ni kuat menjalani ujian yang mendatang. Baba percaya juga mungkin Aras pergi ke sana ada sebab “. Ujar Encik Azman. Cuba untuk memeluk gadis itu. Terus mengalir airmata Mawar apabila mendengar kata-kata dari seorang ayah itu. Hatinya mudah tersentuh dan dia tidak boleh tahan airmatanya depan lelaki itu.
” Baba.. baby rindu dia. Sakit baba, sakit “. Ujar gadis itu sebak. Makin deras airmata mengalir. Dia menyembamkan mukanya diatas bahu lelaki itu. Encik Azman mengusap lembut belakang badan Mawar.
” Dua kali ganda sakit yang baby rasa. Dia tak ingat siapa baby dan dia tinggalkan baby tanpa bagitahu apa-apa “. Ujar gadis itu lagi. Dia menangis teresak-esak dibahu Encik Azman.
” Apa baby ni tak layak untuk bahagia ke baba? Kenapa dia buat baby macam ni? “. Ujar Mawar sambil memandang ke arah muka Encik Azman. Sayu hati seorang ayah bila melihat keadaan anaknya menangis meratapi pemergian orang yang disayangi.
Dia meletakkan kepala Mawar ke dadanya dan mengusap lembut kepala Mawar.
” Baby sabar sayang. Jangan terus macam ni. Anggap aje ni satu ujian untuk kamu dan Aras. InshaAllah baba percaya yang dia akan balik semula ke sini “. Pujuk Encik Azman. Dia mengangkat wajah Mawar, memandang tepat ke arah anak mata gadis itu.
Mawar tersenyum kecil. Dia menyeka airmata. Sembab sahaja muka gadis itu ketika ini.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…