Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 7
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 7 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
SEPERTI yang dikatakan, sudah setengah jam juga lah Mawar menungggu Firdaus Arasy. Namun kelibat lelaki itu tidak muncul-muncul dari tadi. Kata tak suka tunggu lama-lama, sekarang siapa yang tunggu siapa?
” Mana dia ni, dah macam tunggul kayu aje tunggu dia dekat sini “. Mawar sudah mencebik. Jam ditangan dikerling. Sudah pukul tujuh lima puluh enam minit, tak akan tak sampai lagi kot. Desis hati Mawar.
Tiba-tiba datang pula sekumpulan gadis yang tidak dikenalinya sedang memandang tajam ke arah dirinya. Sudahlah dia seorang sahaja yang berada disitu.
Seseorang daripada mereka menghampiri Mawar. Melihat sahaja dari segi pemakaian gadis itu, membuatkan Mawar mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Ya Allah seksi betul dan lagi membuat Mawar terkejut apabila dengan tiba-tiba sahaja dia ditampar oleh gadis yang menghampirinya. Kawan-kawan gadis itu pula hanya tersenyum herot.
Pipi yang terasa pedih diusap perlahan. Apa salah aku, aku ada buat salah dengan diorang ke? Ya allah peritnya rasa. Air matanya terus mengalir ke pipi tanpa diseka.
” A.. Apa sa.. Salah.. Saya sampai awak lempang muka saya? “. Soal Mawar dalam nada terketar-ketar.
” Betul kau tak tahu atau kau pura-pura tak tahu?! “. Ujar gadis itu dengan lantangnya.
” Hey! kau dengar sini baik-baik, aku dah lama perhatikan kau. Aku dah bagi kau warning jangan rapat dengan Aras kan? But you are so stubborn .. now you feel what I feel “. Rambut panjang Mawar yang tidak diikat itu ditarik dengan kasar dan pipi putih Mawar pula ditampar berkali-kali.
Mawar hanya menjerit kecil. Dia tidak mampu hendak menjerit dengan kuat kerana sudah tiada tenaga untuk melawan mereka semua. Sakit dan peritnya hanya Allah sahaja yang tahu.
” Akak sakit.. “. Rayu Mawar. Dia tidak kuat lagi menanggung kesakitan.
” Ohh.. Sakit? Masa kau sakitkan hati aku tu, ada kau fikir? “. Bagai dirasuk hantu, Puteri Laila menampar sekuat hati kedua-dua pipi Mawar sehingga ada keluar cecair merah ditepi mulut gadis itu.
Emelda yang berada dibelakang Puteri Laila itu terus menenangkan sahabatnya itu.
” Ila.. Sudahlah tu, kalau prof nampak mati kita nanti “. Ujar Emelda. Dia sudah memerhati kawasan sekeliling. Takut-takut kalau ada mata-mata yang memerhati.
Mawar sudah terkulai lemah. Dia sudah tidak bermaya untuk berdiri. Kedua-dua pipinya masih lagi terasa sakit. Darah yang mengalir dari mulutnya dibiarkan sahaja begitu.
” Lepas ni aku tak nak tengok kau rapat lagi dengan Arasy. Kau tak layak untuk dia, dia milik aku bukan kau! Ujar Puteri Laila. Sempat juga tubuh kecil Mawar ditolak kasar oleh Puteri Laila sehingga gadis itu jatuh terduduk dan terus berlalu pergi meninggalkan Mawar keseorangan disitu. Berkerut dahi Mawar menahan kesakitan pada punggungnya.
Mawar mula menghamburkan tangisannya. Dia menangis tanpa mengeluarkan sebarang suara. Mulutnya juga ditekup dengan kedua-dua belah tangan. Ya Allah kau kuatkan lah aku untuk harungi ujian yang bakal mendatang. Sungguh kejamnya hati Puteri Laila sehingga aku diperlakukan sebegini. Perlahan-lahan Mawar cuba membangunkan diri dan terus menuju ke padang.
…***…
Firdaus Arasy baru sahaja sampai ke Universiti. Dia terus menuju ke tempat biasa, tempat dimana dia selalu berjumpa dengan Mawar.
Sampai sahaja ditempat tersebut, bayang Mawar pula tidak kelihatan. Kata Anis, awal pagi lagi Mawar sudah gerak pergi ke Universiti tapi mana dia?
Tiba-tiba matanya tertumpu pada kain sapu tangan berwarna merah jampu yang tidak jauh dari tempat dia berdiri. Macam kenal. Ni sapu tangan kegemaran Mawar. Selang beberapa dari tempat dia berdiri, terdapat juga kesan tompokan darah yang masih baru begitu juga pada sapu tangan milik Mawar.
‘Apa yang dah jadi? ‘. Desis hati Firdaus Arasy. Dia mula rasa tidak sedap hati. Firdaus Arasy terus berlari anak mencari Mawar.
Hampir satu Universiti itu dia mencari, namun tiada juga nampak kelibat Mawar. Tiba-tiba matanya tertumpu pula ke arah gelanggang bola keranjang. Di situ terdapat seorang gadis sedang duduk diatas bangku. Sah itu memang Mawar!
Firdaus Arasy terus berlari mendapatkan Mawar.
” Kat sini rupanya kau, puas aku cari “. Ujar Firdaus Arasy tercunggap-cunggap. Gadis itu duduk membelakanginya.
Firdaus Arasy terus menghadap Mawar. Terkejut bukan kepalang apabila melihat kedua-dua pipi Mawar merah macam kena tampar dan juga ada cecair merah pada tepi bibir merah jambu itu. Rambut gadis itu pula sudah kucut-masai.
” Siapa yang buat kau, sampai macam ni sekali? “. Soal Firdaus Arasy dengan nada lembut. Melihat keadaan gadis itu dia teringat semula tentang arwah emaknya.
Mawar hanya menggelengkan sahaja kepalanya. Gadis itu terus bangun. Dia tidak mahu melibatkan Firdaus Arasy dalam hal nya.
Tangan gadis itu disambar. Dia harus tahu siapakah yang tergamak melakukan perkara tersebut terhadap Mawar. Kalau dia tahu siapa pelakunya memang makan penumpuk lah ceritanya.
” Aras please, lepas ni awak tak perlu rapat dengan saya. Jangan cuba sesekali datang dekat dengan saya. Tolonglah saya merayu sangat-sangat dengan awak “. Ujar Mawar dalam keadaan lemah.
” Apa salah aku? Apa salah aku sampai aku tak boleh rapat dengan kau Mawar? “. Soal Firdaus Arasy bertubi-tubi.
” Awak tak ada salah apa-apapun, saya cuma nak awak jauhkan diri awak dari saya itu aje “.
” Siapa yang buat kau sampai macam ni sekali, jawab Mawar?! “.
Mawar hanya menggelengkan kepalanya. Air mata mengalir deras di pipi gadis itu.
” Puteri Laila kan yang buat semua ni? “. Soal Firdaus Arasy. Melihat gadis itu hanya mendiamkan diri, membuatkan Firdaus Arasy lagi bertambah berang.
” Betul lah, memang aku agak semua ni akan jadi punya “.
” Sudahlah awak, nasi sudah jadi bubur “.
Firdaus Arasy menatap wajah Mawar. Dia mula berasa kesian terhadap gadis itu. Tangan Mawar masih lagi digenggam erat. Dia terus membawa Mawar keluar dari universiti itu.
” Awak nak bawa saya pergi mana ni? “. Soal Mawar pelik. Sudahlah keluar tidak meminta kebenaran.
” Jumbo Jeep “. Jawab lelaki itu. Kebetulan ada sebuah teksi dihadapan mereka.
” Kita nak buat apa pergi Jumbo Jeep? “.
” Jumpa abang Adam “.
” Untuk apa? “.
” Shhh.. baik kau diam, kalau kau tak nak tengok aku marah kau “. Tangan gadis itu masih lagi digenggam kemas oleh Firdaus Arasy. Pipi Mawar sudah berona merah, suka hati dia je nak pegang tangan anak dara orang.
Mawar berdehem.
” Sampai bila awak nak pegang tangan saya? “. Perli Mawar. Sempat juga Mawar mengerling ke arah Firdaus Arasy. Terus sahaja tangan gadis itu dileraikan. Firdaus Arasy mengusap tengkung nya.
Malu lah tu..
…***…
PUTERI LAILA tersenyum puas. Dia gembira apabila berjaya melakukan perkara tersebut.
” Puas hati aku tengok perempuan tu sakit “. Ujar Puteri Laila sambil tersenyum.
” Kalau boleh aku nak aje buat dia lagi menderita. Tapi.. aku fikir kita dekat universiti je, kalau aku jumpa budak perempuan tu kat luar, memang lunyai badan dia aku kerjakan “. Ujar Puteri Laila lagi dengan senyuman sinis.
Emelda hanya menggelengkan kepalanya. Dia sebenarnya malas nak masuk campur dalam urusan yang tak munasabah kawan baiknya itu. Dia juga tidak suka akan dengan cara Puteri Laila yang terus-menerus untuk menyakiti Mawar.
Emelda hanya memandang kosong ke arah Puteri Laila.
…***…
ADAM ARASY mengucap panjang. Dia tidak menyangka bahawa Puteri Laila sanggup berbuat demikian semata-mata ingin membalas dendam kerana cintanya ditolak mentah-mentah oleh Firdaus Arasy. Tidak cukup dengan itu Mawar pula yang jadi mangsa.
” Aku janji dengan kau Mawar, selagi kau ada dengan aku, aku akan pastikan tak ada siapapun yang berani usik kau. Itu janji aku “. Ujar Firdaus Arasy. Dia memang kedua-dua bahu Mawar sambil tersenyum.
Itulah kali pertama dia melihat Firdaus Arasy tersenyum. Jantungnya mula berdegup kencang. Entah dia, merasakan perasaan aneh mula timbul dalam hatinya apabila mendengar ayat daripada lelaki itu dan mula rasa cair melihat Firdaus Arasy tersenyum manis dihadapannya. Tanpa sedar Mawar sudah membalas senyuman lelaki itu.
Adam Arasy pula hanya memandang ke arah dua orang lelaki dan perempuan yang berada dihadapannya.
” Saya takut kalau-kalau Puteri Laila datang balik dan serang saya. Kalau macam tu biar saya aje yang undurkan diri “. Mawar hendak bangun, namun dengan cepat lengannya disambar oleh Firdaus Arasy.
” Apa gunanya kalau aku dah janji yang aku akan jaga kau? “. Bukan pada Mawar sahaja dia berjanji, malah dengan Rasyid pun dia sudah berjanji untuk mengambil alih buat sementara waktu untuk menjaga Mawar sepanjang ketiadaan Rasyid di Malaysia.
” Please stop blaming yourself. You are not wrong in the problem. Jadi jangan hukum diri sendiri boleh? “. Firdaus Arasy memandang tepat ke arah Mawar. Apabila mata bertentang mata, laju sahaja jantung Mawar berdenyut kencang.
” Abang pun akan jaga Mawar “. Ujar Adam Arasy apabila sudah lama mendiamkan diri disitu.
Mawar hanya mengangguk perlahan. Dia berasa lega apabila ada dua orang lelaki yang sanggup menjaga dirinya sepanjang ketiadaan abang Rasyid. Dia berasa bersyukur sangat.
Firdaus Arasy tidak lengkang dengan senyuman. Dia mula merasakan perasaan aneh mula muncul dalam hatinya. Mawar sedar akan dirinya diperhatikan oleh Firdaus Arasy, terus menundukkan kepalanya. Malu dipandang sebegitu oleh lelaki itu.
Firdaus Arasy tergelak kecil dalam hati. Baru aku perasan yang kau ni cantik Mawar. Kenapa lah aku ego sangat dengan kau, marah kau tak tentu pasal. Maafkan aku sebab selama ni tengking kau. Desis hatinya.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…