Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 9
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 9 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
MAWAR DAHLIA membawa beg-beg bagasi berwarna merah jambu masuk ke dalam lif. Sudahlah rumah Anis tingkat 12. Nasib baik naik lif kalau naik tangga mahu tak reput semua tulang.
Apabila pintu lif terbuka luas, Mawar cepat-cepat menolak keluar beg bagasi tersebut. Mata Mawar melilau mencari nombor rumah Anis Farhana.
” Mana satu eh? “. Desis hatinya.
Tiba-tiba ada satu suara memanggil nama Mawar. Lantas gadis itu terus menoleh.
” Eh abang Adam, buat apa dekat sini? “. Soal Mawar. Dia hanya memandang sekilas Firdaus Arasy yang berada di sebelah Adam.
” Mawar buat apa dekat sini? “. Soalan dibalas dengan soalan.
” Err.. Mawar baru pindah ke sini duduk dengan kawan Mawar. Rumah dia depan tu aje “. Ujar Mawar sampai menunjuk ke arah rumah yang dimaksudkan.
” Oh maknanya kita berjiran lah ye? “. Sampuk Firdaus Arasy.
” Hah? “. Soal Mawar bingung. Berjiran?
” Abang datang sini nak lepak rumah Aras. Kebetulan jumpa Mawar kat sini pula. Kebetulan pula rumah kawan Mawar tu sebelah rumah Aras “. Ujar Adam Arasy sambil tergelak kecil.
” Hah?! “. Mulut Mawar sudah melopong. Serius lah rumah singa lapar ni bersebelahan dengan rumah Anis?
Firdaus Arasy sudah tergelak kecil. Dia lagi suka kalau Mawar pindah ke sini. Boleh sakat budak kecil ni hari-hari. Lagi membuatkan Firdaus Arasy gembira apabila dapat tahu rumah kawan Mawar itu rupanya bersebelahan dengan rumahnya. Kita berjumpa lagi budak pendek! Desis hati Firdaus Arasy.
” Hai selamat datang jiran baru “. Firdaus Arasy melambaikan tangannya ke arah Mawar Dahlia sambil tersenyum lebar. Senyuman penuh makna. Mawar pula menjeling tajam.
” Oklah abang Adam Mawar masuk dulu eh? Bye assalamualaikum “. Mawar terus mengeluarkan kunci pendua yang Anis bagi kepadanya lalu tombol pintu itu dipulas dan terus masuk ke dalam dengan cepat tanpa menoleh kiri kanan. Usah dikatakan lagi lah muka dia macam mana. Kalau disimbah air ke mukanya confirm sudah berasap.
Adam dan Firdaus Arasy hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat Mawar yang serupa macam kucing kehilangan anak.
…***…
FIRDAUS ARASY sudah gelak terbahak-bahak sampai terkeluar air matanya. Perutnya juga terasa kejang sebab terlalu banyak sangat ketawa.
” Amboi kau bukan main suka lagi ye? Tak baik lah gelakkan orang “. Ujar Adam sambil menggelengkan kepalanya.
” Tak sangka pula jumpa dengan Mawar. Berjiran pula tu “. Gelak Firdaus Arasy lagi. Adam Arasy pula hanya mencebik entah apa yang kelawar nya pun dia tak tahu. Barangkali sudah gila adiknya itu.
” Kau suka lah kan? “. Firdaus Arasy tersengih-sengih seperti kerang busuk.
” Suka lah, boleh sakat dia hari-hari. Aku suka tengok cik bunga mengamuk HAHAHAHA “. Gelak Firdaus Arasy lagi.
” Perangai tak sudah-sudah “. Adam mencebik.
” Tak salahkan? “.
” Memang lah tak salah, tapi kau buatlah sampai kau suka dekat dia pun tak apalah Aras “. Kini Adam Arasy pula yang ketawa berdekah-dekah.
” Choy “. Firdaus Arasy mencapai bantal peluk lalu dilemparkan ke arah Adam Arasy. Makin galak lah dia ketawa.
Sementara itu pula Mawar Dahlia mencebik. Dia masih lagi marah dengan Anis.
” Sudah-sudah lah tu merajuk dengan aku. Bukannya aku tak nak bagitahu tapi sengaja tak nak bagitahu kau. Sorry “. Anis Farhana tersengih-sengih.
” Sampai hati kau tak bagitahu aku pun yang dia berjiran dengan kau “. Mawar memeluk erat patung hello kitty miliknya dengan erat.
” Alah kau ni benda kecil macam tu pun nak merajuk dengan aku. Lagipun aku memang dah tahu lama dah Aras tinggal sebelah rumah aku. Aku nak bagitahu kau tapi memanjang lupa aje. Pastu bila nak bagitahu pasal Aras kau yang cakap tak nak dengar aku sebut nama dia lah apalah. Ha salah siapa sekarang ni? “. Soal Anis Farhana sambil menjongketkan keningnya.
Mawar Dahlia membuat muka cemberut. Dia menyembahkan mukanya dengan patung hello kitty. Anis pula hanya menggelengkan kepalanya.
…***…
MAWAR DAHLIA memeluk erat bantal peluk hello kitty nya. Ish takut pula rasanya bila tengok cerita hantu malam-malam ni. Anis pula sudah terlelap di sebelah nya.
Jam dinding sudah menunjukan pukul sembilan suku. Lepas solat Isyak Mawar terus terpacak dihadapan televisyen. Teringin sangat nak tengok cerita hantu sorang-sorang kan dah mendapat.
Matanya tidak lepas memandang skrin tv, tiba pula part yang paling menyeramkan dimana seorang gadis itu bergerak menuju ke dapur untuk melihat apa yang berlaku. Baru sahaja gadis itu menjenguk kan kepalanya disebalik dinding. Tiba-tiba ada satu lembaga muncul di hadapan gadis itu dan membuatkan Mawar Dahlia menjerit dengan kuat.
Anis yang sudah nyenyak tidur terus terjaga. Dia terpinga-pinga, siapa pula yang menjerit malam-malam ni. Ganggu orang tidur je!
” Kau dah kenapa jerit-jerit? Aku nak tidur pun tak senang lah “. Marah Anis. Dia menggosok kedua-dua matanya. Masih ngantuk lagi.
” Aku tengah tengok cerita hantu. Seram weyy “. Merengek Mawar sambil jarinya tunjuk ke arah tv.
” Siapa suruh kau tengok pandai. Sudah tahu penakut nak sangat tengok cerita mengarut tu. Sudahlah tutup tv tu jom tidur esok ada kelas kan? “. Anis terus bangun dan mengeliat. Segala bunyi semua keluar. Teruk betul perangai.
Mawar hanya mengangguk perlahan. Dia mencapai remote tv dan terus menekan punat off/on. Mawar pula terus mengejar langkah Anis dan lengan gadis itu dipaut erat.
” Kau ni dah kenapa… “. Anis mencebik.
” Aku tidur dengan kau eh malam ni? Takut… “. Mawar tersengih-sengih.
” Suka hati kau lah Mawar “.
Mawar tersengih lebar. Dia mengeratkan lagi pelukan dilengan Anis Farhana sambil melentokkan kepalanya di bahu gadis itu seperti lagak anak dan seorang ayah.
Anis Farhana sudah merebahkan badannya di atas katil manakala Mawar hanya duduk bersila di atas katil sambil membelek handphone nya.
Baru sahaja menyalakan skrin handphone dan membuka data terus banyak mesej masuk. Semuanya dari ‘Singa lapar’.
Arasy
Hai jiran baru
Buat apa tu
Arasy
Oi dah tidur ke?
Arasy
Balas lah mangkuk!
Penat dah ni🙄
Arasy
Mawar balas lah!
Mawar hanya tergelak kecil. Mesej tersebut hanya dibaca sahaja. Jual mahal sikit hihihi. Handphone itu terus ditutup lalu diletakkan di atas almari sebelahnya. Mawar terus merebahkan badannya disebelah Anis. Dia merapatkan tubuhnya dekat ke arah Anis. Dia mula rasa seram sejuk dan mula rasa meremang. Terus terlintas pula part cerita hantu tadi. Nyah kau setan!
…***…
MAWAR DAHLIA ketawa kecil. Dia hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat kawan-kawan barunya. Suka sangat melawak, lagi-lagi si Ahmad.
” Siapa yang dapat curi hati Mawar ni memang aku tabik hormat lah dekat dia “. Ujar Ahmad sambil ketawa mengekek.
” Aku setuju sebab Mawar ni hati dia keras sikit “. Anis menyampuk sambil tersenyum. Mawar mencebik ada pula ke situ!
” Aku pun setuju dengan apa yang Anis cakapkan tu “. Ujar Khairul Azmi.
” Kan lebih seronok, kalau aku je yang jadi boyfriend kau “. Ujar Hadi sambil tersenyum lebar.
” Eh mana boleh, aku pun nak juga “. Bantah Irwan pula. Mawar pula sudah menepuk dahi. Pula dah.
” Sudah-sudah tak payah nak gaduh biar aku jadi wartawan tak berbayar kejap “. Khairul merampas botol plastik dari tangan Anis lalu membetulkan tali leher nya.
” Test test one two three “. Penutup botol plastik itu ditepuk berkali-kali dengan perlahan.
” Ok Mawar saya Wartawan dari Sendiri berhad ingin menanyakan satu soalan kepada awak. Adakah awak bersedia. Sila jawab dengan jujur ye wahai Cik Mawar Dahlia binti Muhamad Azman “. Ujar Khairul Azmi lagak seperti seorang wartawan.
Mawar sudah tergelak besar diikuti kawan-kawannya yang lain. Khairul Azmi hanya menahan tawanya.
” Ok “. Mawar mengangguk perlahan sambil tersengih-sengih.
” Cik Mawar Dahlia, kalau awak diberi satu pilihan, awak memilih siapa antara dua orang lelaki ini. Adakah Hadi Aris atau Irwan Fahmi Ideris. Sila buat pemilihan Cik Mawar Dahlia “. Soal Khairul Azmi gaya ala-ala wartawan.
Irwan, Hadi, Ahmad dan yang lain-lain sudah menunggu jawapan dari Mawar. Mawar sudah melopong. Soalan apakah ini?
” Jawab dengan jujur ye? “. Soalan Mawar itu dapat dijawab dengan anggukan dari Khairul Azmi.
” Ok kalau saya buat satu pilihan dua-dua saya tak nak “. Ujar Mawar jujur. Masing-masing sudah ketawa manakala Hadi dan Irwan hanya mengeluh.
Dari jauh Firdaus Arasy hanya memerhati sahaja apa yang mereka semua lakukan. Dia duduk di atas kerusi dan matanya fokus memandang figura seorang gadis yang tidak jauh dihadapannya.
” Kau kenapa Aras? “. Soal Imran. Bukan dia tak nampak yang Firdaus Arasy asyik memandang Mawar Dahlia. Kejap menunduk lepas itu pandang semula ke arah gadis itu.
” Tak ada apa-apa lah “. Nafi Firdaus Arasy.
” Jangan tipu lah. Aku nampak kau perhati je dari tadi budak perempuan tu. Siapa nama dia. Mewa? “. Soal Aiman pula.
” Nama dia Mawar “. Ujar Firdaus Arasy.
” Ha Mawar! “. Ujar Aiman sambil memetik jarinya.
” Kau suka budak tu eh? “. Teka Danny pula.
” Mana adalah. Memang tak lah aku suka dia. Kau sendiri nampak kan ramai lelaki keliling dia “. Firdaus Arasy mencebik. Tapi dia mula rasa tidak senang duduk. Mulut kata lain, hati kata lain.
” Eleh, kau kan rapat dengan dia… mana tahu kau dah jatuh hati dengan bunga Mawar tu “. Ujar Danny dan yang lain hanya ketawa mengekek.
Entah apa yang difikirkan oleh Firdaus Arasy, terus dia bangun dari tempat duduknya itu lalu terus melangkahkan kakinya menuju ke arah Mawar Dahlia. Lengan gadis itu ditarik kasar.
Hadi, Irwan dan yang lain-lain terkejut dengan tindakan Firdaus Arasy itu namun semua tidak berani untuk masuk campur. Siapa tidak takut dengan Firdaus Arasy. Bukan sahaja orangnya, dengar nama dia sahaja sudah cukup buat lutut mereka bergetar.
Anis Farhana tidak terkejut malah hanya menyembunyikan senyuman. Baguslah dua-dua keras kepala!
Mawar memberontak. Dia menarik lengannya namun cengkaman kuat dari Firdaus Arasy tidak dapat dilawan. Tenaga lelaki itu lebih kuat dari tenaga seorang wanita seperti Mawar Dahlia.
” Awak ni dah kenapa Aras, apa masalah awak?! “. Marah Mawar. Sekali lagi dia cuba menarik lengannya namun hampa.
” Lepas lah sakit tahu tak “. Melihat muka Mawar Dahlia sudah merah padam dan air mata gadis itu jatuh membasahi pipi membuatkan hati Firdaus Arasy sakit. Ye dia benci dan tidak suka melihat gadis itu menangis. Lantas itu dia terus melepaskan genggaman tangannya dari terus menyakiti Mawar Dahlia.
” Sorry “. Ujar Firdaus Arasy sepatah. Dia merenung ke dalam mata Mawar. Lantas gadis itu terus menundukkan kepalanya.
” What is your motive for pulling my hand at will. Saya ada buat kesalahan besar dekat awak ke? “. Ujar Mawar dalam esakan tangisan.
Firdaus Arasy mendengus kasar. Arghhh aku benci dengar suara tu. Firdaus Arasy mengusutkan rambutnya. Dia rasa bersalah gila terhadap Mawar.
” Aku tak sengaja. Entah apa yang aku fikir sampai aku tak sedar apa yang aku buat “. Firdaus Arasy menggaru pelipis kirinya.
” Mianhae “. Ujar Firdaus Arasy dalam bahasa Korea.
” Maaf sekali lagi sebab aku sesuka hati je tarik tangan kau. Sakit sangat ke? “. Soal Firdaus Arasy dengan prihatin. Dia mahu memegang lengan Mawar tapi dia takut. Takut kalau lagi sekali dia sakitkan gadis tu.
Mawar hanya menggelengkan kepalanya lalu mendongak memandang ke arah Firdaus Arasy. Jelas kelihatan muka merah padam gadis itu dan matanya juga merah.
” Tak sakit dah “. Ujar Mawar dengan perlahan. Air matanya juga terus diseka.
Firdaus Arasy mengangguk perlahan. Dia mengukirkan senyuman ke arah Mawar Dahlia.
” Kalau macam tu aku masuk kelas dulu eh? Kalau ada apa-apa kau mesej je aku “. Firdaus Arasy terus melambaikan tangannya lalu terus melangkahkan pergi dari situ.
Mawar hanya memandang belakang badan lelaki itu sehingga tidak lagi kelihatan. Lantas itu dia terus memegang dadanya. Adakah aku seorang sahaja yang merasai kehadiran perasaan pelik ni? Kau buat aku hilang arah Firdaus Arasy…
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…