Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 12
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 12 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
MAWAR DAHLIA menggoyangkan kedua-dua kakinya. Hari ini dia tinggal seorang diri, kalau ada Anis, bolehlah juga ajak berbual. Satu hari juga lah tak nampak batang hidung anak Sazali tu. Tup tup dah balik Kelantan. Katanya kakak sedara dia khawin.
Aku sudahlah penakut, mula lah fikir bukan-bukan. Ish Anis bukannya nak bagitahu awal-awal, ini tidak tahu-tahu aje sudah ke sana. Bukannya tahu nak mesej ke call dulu ke, main pergi aje! Desis hati Mawar.
Dia mencapai handphone nya lalu aplikasi WhatsApp dibuka. Hm tak ada siapa yang nak ajak borak ke?
Status yang baru sahaja di upload itu terus dibuka lalu terus bibirnya mengukir senyuman. Video cover lagu itu hanya ditunjukkan separuh badan sahaja. Muka tidak kelihatan hanya nampak gitar dan lelaki itu sedang duduk. Alunan muzik itu sungguh membuatkan Mawar terpaku. Firdaus Arasy mendendangkan sebuah lagu ‘peluang kedua’ by Amir Hariz. Setiap jumaat juga lelaki itu akan cover lagu-lagu dan post dekat status Whatsapp.
Sudahlah muka handsome, suara sedap dan pandai main gitar pula tu. Akibat terlalu suka dan tanpa fikir panjang, Mawar terus membalas status itu lalu butang ‘send’ ditekan
Sending reply…
Mawar terus menutup handphone lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.
…***…
HABIS sahaja mendendangkan beberapa buah lagu, dia terus mencapai Iphone 7 Plus lalu skrin handphone itu dihidupkan.
Dahi Firdaus Arasy berkerut. Mesej dari seseorang itu menarik perhatiannya. Tanpa fikir panjang, Firdaus Arasy terus membaca sepintas lalu mesej tersebut.
Mawar pendek😴
Suara awak sedap
Awak dah buat saya cair…💘
I love you Arasy!
Firdaus Arasy terkesima. Dah kenapa dengan dia ni, demam ke? Jantungnya terus berdegup laju. Aik jantung laju kau berdegup. Desis hati Firdaus Arasy.
Firdaus Arasy mengukirkan senyuman. Dia meletakkan semula Iphone nya di atas katil, lalu gitar yang dipegang itu mula dimainkan. Dia terus sambung menyanyikan beberapa buah lagu.
Sementara dalam bilik Mawar, gadis itu baru sahaja selesai mandi dan hanya berkemban. Baju yang hendak dipakai terus disarung ke tubuhnya. Setelah selesai, rambut yang masih basah itu dikeringkan pula dengan tuala lalu terus disikat rapi.
Setelah selesai menghiasi diri, kakinya pula melangkah ke arah katil lalu dia terus merebahkan badannya. Handphone miliknya dicapai lalu aplikasi WhatsApp dibuka. Dahinya mula berkerut.
Kejap aku ada chat Aras ke tadi? Desis hatinya.
Ruangan mesej itu ditekan lalu terus membaca mesej yang dihantar 20 minit yang lalu.
^^^Suara awak sedap…^^^
^^^Awak dah buat saya cair…💘^^^
^^^I love you Arasy!^^^
^^^✓✓^^^
^^^(Dibaca)^^^
Mawar mengucap panjang. Dia menepuk dahinya. Kalau nak padam sekali pun tak guna sebab nasi sudah menjadi bubur.
Ya Allah.. kenapa lah kau ni bodoh sangat Mawar! Hm matilah aku, lepas ni mesti kena gelak kaw kaw dengan mamat tu confirm. Umi… Tolong baby! Desis Mawar dalam hati.
…***…
MAWAR DAHLIA hanya jalan menunduk. Kakinya laju melangkah hendak menapak ke kelas. Sudahlah tadi dia bertembung dengan Firdaus Arasy ketika hendak ke library. Lelaki itu pula hanya memandang tajam ke arahnya.
” Mawar tunggu lah, penat saya nak kejar awak ni! “. Jerit Adriana. Tercungap-cungap gadis itu mengejar langkah Mawar Dahlia.
” Kita jumpa lain kali aje lah ye? Saya kena cepat ni “. Ujar Mawar. Kalau boleh dia malas nak tunggu lama-lama dekat situ. Takut pula nanti terserempak lagi dengan Firdaus Arasy.
” Saya cuma nak pulangkan semula kertas kerja awak aje. Lagipun nanti awak juga yang nak gunakan nya juga kan? “. Adriana menghulurkan satu fail hijau kepada Mawar Dahlia. Gadis itu menyambut huluran tersebut lalu terus mencepatkan langkahnya.
” Laju-laju nak ke mana entah “. Adriana hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat Mawar Dahlia.
Sampai sahaja di toilet dia membasuh mukanya berkali-kali. Malunya!
Tiba-tiba pintu tandas itu dihempas kuat dari arah luar membuatkan Mawar terperanjat. Satu kumpulan yang cukup dikenali dalam universiti itu. Yup geng budak ‘diva’.
” Kenapa buat muka beruk. Terkejut ke tengok aku? “. Soal Puteri Laila sambil memeluk tubuh. Jelas kelihatan muka gadis itu agak bengis.
” Aku nak tanya kau ni, aku nak tahu apa hubungan kau dengan Aras hah? “. Ujar gadis itu lagi.
” Awak jangan salah faham, saya dengan Aras memang tak ada apa-apa hubungan pun. Kita orang kenal pun tak “. Ujar Mawar dengan suara ketakutan.
” Penipu! “. Ujar salah seorang daripada mereka.
” Betul! Saya tak tipu. Kalau awak rasa saya cuba nak rampas Aras dari awak maaf saya tak ada niat langsung nak buat macam tu. Saya tahu siapa saya dan saya sedar saya tak setanding dengan awak “. Ujar Mawar dengan penuh keyakinan.
Puteri Laila tersenyum sinis. Kata-kata yang diungkapkan oleh Mawar itu langsung tidak memberikan apa-apa kesan pun terhadap dirinya.
” Aku nak ingatkan kau sekali lagi eh, Aras tu milik aku dan dia tetap akan jadi milik aku. Aku tak akan mudah putus asa untuk dapatkan dia. Kalau kau berani cuba nak rampas dia, aku tak akan teragak-agak untuk sakitkan kau lebih teruk dari hari itu “. Kata Puteri Laila berbaur ugutan itu. Dia tersenyum sinis sebelum meninggalkan Mawar Dahlia disitu diikuti dengan kawan-kawannya yang lain.
Mawar susah terkaku seketika. Air matanya jatuh. Ya Allah kau kuatkan lah aku.
…***…
RASYID IMAN menyemak kesemua fail yang bertimbun di atas mejanya. Dia memicit perlahan kepalanya yang sudah berdenyut-denyut.
” Bro, kau ok tak ni? Kalau kau penat sangat rehat lah dulu. Jangan paksa sangat diri tu. Kerja kerja juga tapi jangan sampai lupa nak rehat “. Kata Syahmi selaku teman paling akrab.
” Tak apa aku ok je ni “.
” Sure? “. Soal Syahmi minta kepastian. Rasyid mengangguk perlahan.
” Oh sebelum aku lupa, boss pesan dekat aku yang bulan depan kau kena pergi Dubai. Dekat sana ada projek besar yang kau kena selesaikan “. Kata Syahmi tenang. Kadang kesian juga tengok Rasyid tapi nak buat macam mana memang itu kerjanya sebagai arkitek.
” Pergi lagi. Baru minggu lepas aku pergi, ni nak bertolak ke sana lagi ke? Hmm alamatnya aku khawin aje lah dekat sana “. Ujar Rasyid sambil tertawa kecil diikuti oleh Syahmi.
” Cari awek jauh bosskur “. Kata Syahmi sambil tersenyum lebar manakala Rasyid pula hanya tersengih sehingga menampakkan barisan giginya.
…***…
FIRDAUS ARASY termengah-mengah sambil menarik nafas panjang. Dia menghentikan langkah Mawar.
” Kau lari lah sejauh mana pun, aku tetap akan cari kau! “. Kata Firdaus Arasy sambil tersenyum sinis. Nak lari konon!
” Aku nak tanya kau ni.. “. Mawar sudah kaget. Janganlah dia tanya pasal mesej tu tolong lah.
” … Tapi aku nak kau jawab dengan jujur Mawar “. Kata Firdaus Arasy. Dia merenung ke arah wajah Mawar yang sudah menunduk.
Mawar menghela nafas perlahan. Dia harus kuat untuk hadapi apa jua keadaan sekalipun. Dia menghela nafas lagi. Perlahan-lahan dia mendongak memandang ke arah Firdaus Arasy yang berada dihadapannya.
” Boleh aku tahu kenapa kau hantar mesej tu dekat aku? Aku cuma nak tahu kenapa “. Kata Firdaus Arasy dengan nada yang lembut. Mawar kembali menundukkan wajahnya. Dia sudah dapat mengagak yang Firdaus Arasy akan menanyakan soalan tersebut.
” Mawar aku tanya kau elok-elok ni. Kau ungkapkan perkataan tu hanyalah gurauan atau kau betul-betul maksudkannya? “. Kata Firdaus Arasy lagi.
Firdaus Arasy menghela nafas panjang.
” Mawar jawablah aku tanya dengan manusia yang ada mulut, telinga dan bukannya aku tanya dengan tiang besi! “. Kata Firdaus Arasy berbaur geram.
Lama juga Mawar membisu. Tiba-tiba air matanya mengalir dengan deras dan itu membuatkan Firdaus Arasy sedikit gelabah. Aku ada buat salah ke?
” Apa yang saya luahkan haritu memang saya tak sengaja dan saya tak fikir panjang pun waktu tu. Yes saya ungkapkan perkataan tu sebab… “. Ayatnya tergantung. Dia menghela nafas panjang cuba untuk mencari kekuatan.
” … Sebab saya betul-betul sukakan awak. Saya makin sukakan awak bila awak mula-mula ambil berat pasal saya, waktu saya kena lempang teruk dengan Puteri Laila. Saya takut nak luahkan perasaan saya dekat awak sebab Puteri Laila juga, dia ugut saya macam-macam. Saya harap ni kali terakhir kita jumpa dan jangan awak muncul depan saya lagi. Saya juga tak nak tengok awak sakit begitu juga dengan saya “. Setelah selesai menghabiskan kata-katanya, Mawar Dahlia terus masuk ke dalam perut kereta Myvi nya dan terus memecut laju.
Firdaus Arasy ditinggalkan sendirian. Mukanya jelas kelihatan terkejut dengan apa yang baru sahaja dikatakan oleh Mawar itu. Jantungnya mula berdegup kencang.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…