Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 16
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 16 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
PUAN AISYAH mengukirkan senyuman manis kepada Firdaus Arasy. Tidak jemu dia merenung wajah lelaki itu. Memang semuanya nampak sempurna.
” Datang seorang aje ke? Adam mana? “. Puan Aisyah mengukirkan senyuman lagi.
” Haah umi Aras datang sorang aje. Adam ada banyak kerja dekat office. Dia sibuk nak uruskan hal cafe. Katanya nak tambah resepi baru lepas tu nak ajar budak baru masuk “.
Puan Aisyah mengangguk kecil. Dalam hati dia kagum dengan sikap Adam. Muda-muda lagi sudah jadi usahawan yang berjaya dan cafe tersebut juga jadi tarikan umum. Begitu juga dengan Firdaus Arasy dalam diam ada bakat yang dimiliki dari kecil.
” Memandang sekarang ni tengah cuti semester jadi Aras cadang nak balik kampung jumpa tokma.. “. Belum sempat Firdaus Arasy menghabiskan kata-katanya Puan Aisyah terus memotong.
” Ha elok sangat lah tu kalau kamu balik sana bawa baby sekali. Umi tak ada masalah memandangkan dia dekat rumah tak buat apa. Kalau ada kat rumah buat semak kepala umi aje! “. Kata-kata Puan Aisyah itu didengari oleh Mawar. Dia baru sahaja menapak hendak ke dapur minum air.
” Eleh umi, umi tak suka kan kalau baby balik sini. Baby nak merajuk lah, baik baby tinggal aje dekat apartment dengan Anis “. Ujar Mawar sambil memuncungkan bibirnya. Firdaus Arasy hanya tergelak kecil melihat gelagat mereka berdua.
” Memang betullah apa yang umi cakap. Kamu ada pun bukan tolong umi. Masak pun tak reti bangun pagi pun umi yang kena kejutkan “.
” Aik umi sampai macam tu sekali? Alamatnya tak adalah orang yang nak dekat Mawar “. Firdaus Arasy mencelah dan ketawa mengekek.
Mawar mengecilkan matanya. Dia menayangkan penumbuk dan makin galak Firdaus Arasy ketawa sambil kedua-dua tangannya diangkat.
” Baby tak pandai masak aje tapi bab kemas rumah baby rajin. Ada juga baby tolong umi kan? Bab masak tu nanti baby belajar lah “. Ujar Mawar sambil mencebik perlahan. Tak pasal-pasal kena perli dengan umi depan Aras!
” Kata kamu aje nak belajar tapi tak buat juga. Bila umi suruh malas lah, nanti lah umi “. Ajuk Puan Aisyah bersama herotan dibibir.
” Kamu cadang nak tinggal sana berapa hari Aras? “. Soal Puan Aisyah kepada Firdaus Arasy. Firdaus Arasy menoleh memandang Puan Aisyah.
” Dalam dua tiga hari aje “.
” Ha baby kamu pergi siap-siap “. Ujar Puan Aisyah kepada Mawar. Mawar meneguk air sambil berkerut dahi memandang Puan Aisyah.
” Siap nak pergi mana umi? “.
” Aras nak balik kampung jadi umi suruh kamu ikut. Buat apa duduk sini baik pergi ikut dia bercuti kat sana kamu pun dah cuti kan? Sesekali rehatkan lah badan tu “.
Mawar mengerling ke arah Firdaus Arasy. Lelaki itu hanya tersenyum sambil berkata tanpa mengeluarkan suara ‘ umi awak yang suruh bukan saya ‘.
” Eh budak ni terjegat lagi kat sini buat apa? Pergilah siap! “. Marah Puan Aisyah sambil menggelengkan kepalanya. Mawar tersengih menayangkan barisan gigi putihnya. Dia sempat menjugilkan matanya kepada Firdaus Arasy namun lelaki itu hanya menjongketkan bahunya.
Dia berlari anak ke tingkat atas menuju ke biliknya. Pintu bilik dibuka kemudian dia kunci dari dalam.
Handphone yang berada di atas katil itu diambil kemudian skrin handphone itu dinyalakan.
5 missed calls from Anis
Uish minah ni ada call ke. Kemudian dia mendail nombor tersebut.
” Memang sekarang tak reti nak angkat call orang ke apa? “. Terjah Anis dihujung talian dan juga kedengaran gadis itu mendengus.
” Sabar biar aku explain dulu jangan terus nak marah aje “.
” Aku kat bawah tadi phone pula kat atas. Memang ceritanya aku tak angkatlah sebab kat bawah. Kebetulan kat bawah tadi ada umi dan Aras.. “. Belum sempat Mawar menghabiskan kata-katanya Anis terus memotong.
” Oh buah hati datang rumah patutlah! Ni aku nak marah kau ni, dah official dengan Aras tak nak bagitahu aku langsung eh? Sampai hati kau kan? Nasib baik lah Mika bagitahu aku, kalau tak sampai ke sudah aku tak tahu langsung pasal korang dua ni. Apa-apa pun tahniah ye? Aku tumpang gembira! “. Kedengaran Anis tertawa kecil dihujung talian.
” Bukan tak nak bagitahu cuma tak nak kecoh-kecoh. Aku takut nanti ‘peminat-peminat dia serang aku pula! “. Memang lah sekarang ni Puteri Laila dah insaf. Apa korang fikir Puteri Laila aje yang menaruh harapan dekat Firdaus Arasy? Semua perempuan dalam universiti tu gila bayang dengan mamat tu.
Siapa tak gila bayang kalau dah muka pun handsome plus suara sedap. Atlet bola sepak dan bola keranjang pula tu. Kalau fans dia tahu aku makwe dia confirm kena cop sebagai perempuan miang.
” Ha aku nak bagitahu kau ni. Aras cadang nak balik kampung and you know what? Umi suruh aku ikut dia “. Adu Mawar kepada Anis. Sangkaannya gadis itu akan cari alasan dan bantu dirinya untuk tidak mengikuti cadangan umi malah dia hanya tolong gelakkan!
” Aku setuju dengan cadangan umi kau tu. Elok lah kalau umi dah suruh kau ikut Aras balik kampung dia. Jarang tau kalau mak kita bagi greenlight dan peluang tu jangan sia-siakan “. Ujar Anis bersama dengan sisa tawanya.
” Habis kau duduk sana berapa lama weh? Jangan lama-lama aku takut duduk sorang-sorang “. Mawar mencebik perlahan. Tadi kata setuju sangat lepas tu kata takut pula! Pegidahhh.
” In 2 until 3 days “.
” Ohh.. ha oklah aku nak pergi makan bakso dengan Mika ni Hahaha. Apa kau ingat kau je pandai dating? Kirim salam dengan umi and Aras tau. Bye bye! “. Anis terus mematikan talian. Mawar hanya tergelak kecil mendengar kata-kata Anis. Kemudian dia terus bergerak menuju ke arah almari. Beg bagasi diambil lalu satu persatu baju yang dikeluarkan itu dimasukkan ke dalam bagasi.
Setelah selesai memasukkan kesemua baju dan peralatan solek dia terus merebahkan pula badannya di atas katil.
Aras kata esok petang dia ambil Mawar dekat rumah dan terus bertolak ke Kedah.
…***…
PERJALANAN dari Kuala Lumpur ke Kedah hanya mengambil masa lebih kurang dalam empat jam itupun belum termasuk lagi dengan traffic jam. Firdaus Arasy terus mematikan enjin kereta apabila sudah sampai ke destinasi kemudian dia mengeliat dan jari jemarinya dipatahkan.
Mawar yang berada disebelah dikerling dan perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Wajah polos Mawar nampak cantik apabila gadis itu sedang tidur.
Baru sahaja dia hendak mengejutkan gadis itu terus dibatalkan sahaja niatnya apabila melihat Mawar sudah mencelikkan matanya.
” Dah sampai ke? “. Soal Mawar dalam keadaan mamai. Kedua-dua matanya digosok perlahan dan jam ditangan dikerling. Mak ai dah pukul 9:30 malam patutlah bukan main ngantuk lagi!
” Hmm.. jomlah turun “. Ajak Firdaus Arasy bersama dengan sengihan dibibir apabila melihat Mawar mengeliat dengan mulutnya menguap luas. Serius nampak comel!
Mawar terus keluar dari perut kereta diikuti dengan Firdaus Arasy. Sekali lagi dia mengeliat kemudian terus mengerling pula pada Firdaus Arasy yang sedang mengeluarkan beg bagasi.
” Awak bawalah sekali dengan beg saya eh? Saya masuk dalam dulu tau bye bye! “. Mawar terus meninggalkan Firdaus Arasy berseorangan. Terpinga-pinga lelaki itu melihat Mawar yang sudah jalan berlengang di hadapannya. Wah pandai eh? Beg dia yang besar gedabak ni suruh orang bawakan. Aish nasiblah sayang!
Firdaus Arasy gagahkan juga dirinya untuk membawa beg-beg bagasi tersebut.
” Aduhai, perempuan ni bawa apa sebenarnya ni? Beg bukan main berat lagi. Aku yang lelaki ni pun bawa barang tak adalah sampai berat macam ni “. Adu Firdaus Arasy sambil mencebik. Dia menarik beg tersebut dan terus masuk ke dalam rumah.
” Assalamualaikum “. Salam diberi sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam rumah tersebut. Firdaus Arasy hanya tersengih kecil apabila melihat Mawar kena soal siasat dengan sepupunya.
” Awek mana sesat malam-malam ni? Tak pernah nampak pun “. Ujar Irfan bersama kedutan di dahi. Kemudian dia beralih memandang pula Firdaus Arasy yang masih terjegat di hadapan pintu.
” Aras kawan hang kah? “. Soal Irfan. Firdaus Arasy hanya menayangkan barisan gigi putihnya.
” Hang ada hubungan special kah dengan Aras? “. Soal salah satu perempuan yang ada disitu dan Mawar hanya mengagak yang gadis itu mungkin lebih muda darinya.
Firdaus Arasy hanya berdiri statik di hadapan pintu sambil memerhatikan gelagat mereka semua. Persis macam polis tengah buat siasatan. Ada aje soalan yang dikemukakan!
” Eh tak adalah. Kitaorang kawan aje! “. Ujar Mawar teragak-agak sambil bermain-main dengan jarinya. Gila kau nak bagitahu dia orang yang aku ni awek Aras? Jenuh nak menjawab soalan dia orang nanti. Sudahlah semua sepupu dia lebih kurang dalam 7 orang. Hah kau tengok betapa rajinnya aku kira.
Firdaus Arasy pula sudah mencebik perlahan. Dia hanya memerhati sahaja gadis itu dari belakang.
” Betui kah. Awat ceq rasa depa ni ada something wrong? “. Ujar satu suara. Lelaki itu memandang pelik ke arah Firdaus Arasy dan Mawar dengan kerutan di dahi. Mawar menayangkan barisan gigi putihnya. Aduh soalan kbat ni.
Firdaus Arasy melangkah ke arah Mawar kemudian lengan gadis itu ditarik.
” Ceq bawa Mawar masuk bilik dulu nah. Esok pagi kita sembang lagi “. Firdaus Arasy tersenyum sebaris dan jelas kedengaran semua sepupunya mengeluh dan ada juga yang mencebik.
Firdaus Arasy membawa Mawar sehingga sampai ke biliknya. Dia meletakkan beg bagasi milik Mawar ditepi pintu. Muka lelaki itu jelas menunjukkan yang dia sedang marah.
” Kenapa awak buat muka macam tu. Saya ada buat salah ke? “. Soal Mawar pelik. Tadi ok aje ni tiba-tiba nak marah datang period juga ke?
” Asal tak bagitahu terus kat dia orang tu, awak makwe saya? “. Soal Firdaus Arasy dengan keningnya terangkat sebelah.
Alahai dia marah pasal benda tu ke?
” Awak dah gila? Sudahlah tadi dia orang tanya saya banyak soalan lepas tu nak cakap yang saya ni makwe awak. Lagipun awak sendiri yang cakap, awak tak nak hebohkan pasal kita. Jadi saya tak bagitahu dia orang lah “. Jawab Mawar sambil berpeluk tubuh.
” Bagitahu ajelah apa salahnya “.
” Dah tepi sikit saya malas nak bertekak dengan awak ni. Baik saya tidur lagi bagus! “. Mawar terus menarik beg bagasinya masuk ke dalam bilik. Pintu bilik itu ditutup kuat sehingga kena tepat pada batang hidung Firdaus Arasy yang kebetulan duduk dekat dengan pintu.
Firdaus Arasy mengaduh kesakitan. Dia memegang hidungnya yang masih lagi terasa sakit. Uish ni kalau patah hidung mancung aku hilang terus tittle ‘ Aras yang handsome ‘.
” Oi tutup pintu tu agak-agak lah. Sakit tahu tak hidung orang! “. Jerit Firdaus Arasy dihadapan pintu bilik itu. Nasib sayang kalau tak dah lama aku humban dekat parit depan rumah tu!
” Siapa suruh duduk depan pintu! “. Teriak Mawar dari dalam bilik.
Firdaus Arasy mencebik lalu terus melangkahkan kakinya menuju ke arah biliknya. Tubuh sasa itu dihumbankan ke atas katil dan terus membuka skrin iPhone nya.
Aplikasi WhatsApp dibuka dan dia menekan profil seseorang. Tangannya menari-nari diatas papan kekunci.
Sementara di bilik sebelah, Mawar baru sahaja hendak melelapkan matanya, bunyi notification masuk bertalu-talu membuatkan tidurnya terganggu. Dia mendengus kasar.
Siapa pula kacau mood aku nak tidur ni!
Aplikasi WhatsApp dibuka kemudian dahinya berkerut seribu. Duduk bilik sebelah pun nak hantar mesej ke. Fikir sweet?
Arjuna(Aras)❤️
Awak dah tidur ke tu?
Saya ganggu awak ke?
Ada benda nak cakap ni
Malam ni malam jumaat..
Awak nak tahu tak?
Laju sahaja tangannya membalas mesej tersebut.
^^^Baru aje nak lelapkan mata^^^
^^^Kacau lah awak ni!^^^
^^^Apa dia?^^^
^^^✅✅^^^
Arjuna(Aras)❤️
Dekat rumah Tokma ni seram sikit.
Tengah malam kerap sangat bunyi macam-macam benda pelik. Bunyi tu kerap dengar dekat bilik awak 😂
Bulu roma Mawar mula menegak sebaik sahaja membaca mesej daripada Firdaus Arasy. Aras ni memang tak guna punya mangkuk. Waktu aku nak tidur lah dia cerita pasal benda ni!
^^^Aras jangan sampai saya ketuk kepala awak dengan batu!^^^
^^^Jangan main-main boleh tak?!^^^
^^^Serius tak kelakar!^^^
^^^✅✅^^^
Mulutnya ditekup dengan tangan supaya tawanya tidak terhabur. Dia boleh bayangkan bagaimana reaksi Mawar sekarang ni. Kalau duduk depan-depan mesti kembang kempis hidung kecil itu.
Arjuna(Aras)❤️
Tak adalah sayang, saya gurau aje! Heheheheh. Hwa hajima… Tapi kalau ada awak dengar apa-apa atau nak pergi toilet ke, ketuk je pintu bilik saya. Saya berani jamin tak sampai berapa minit dah terpacak depan pintu😂😂
Firdaus Arasy sudah terkekeh-kekeh ketawa, kali ni memang dah tak boleh tahan. Confirm muka Mawar sekarang ni cemberut. Dia menekan perutnya yang terasa senak. Dia sengaja mahu mengusik Mawar. Bukan dia tak tahu yang gadis itu penakut bila dengar cerita pasal hantu.
^^^Sakai lah awak ni Aras!^^^
^^^Benci tau tak!^^^
^^^✅✅^^^
Lagi bertambah galak Firdaus Arasy ketawa sambil dia menekup mulutnya dengan tangan. Apabila tawanya sudah reda, dia merenung pula pada siling yang diperbuat daripada kayu dan bibirnya mengukir senyuman sebelum matanya perlahan-lahan tertutup rapat.
…***…
JAM sudah berganjak ke angka 2.00 pagi. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Bunyi ‘benda’ itu kedengaran semakin kuat membuatkan Mawar mengigil ketakutan.
Ini adalah kali pertama dia mendengar ‘benda’ tu mengilai. Lagi membuatkan Mawar berasa takut apabila ‘benda’ tu mula mencakar dinding-dinding rumah dan ada juga kedengaran bunyi derapan tapak kaki di atas bumbung.
Lututnya terketar-ketar dan tangannya juga mula berasa sejuk begitu juga dengan peluh di dahi turut menitik. Dia terus ambil keputusan untuk keluar dari bilik dan entah bagaimana Mawar boleh terlanggar tubuh seseorang dan Mawar terus mencangkung. Dia merapatkan kakinya ke dada dengan mata tertutup.
” Jangan makan aku, darah aku tak sedap. Kalau kau nak makan aku juga nanti kau mati “. Ujar Mawar sambil menundukkan kepalanya dalam keadaan mata masih lagi terpejam rapat.
Firdaus Arasy berkerut dahi. Bibirnya mengukir senyuman nakal.
” Kalau aku nak makan juga “. Suaranya dilembutkan sehabis mungkin. Dia menahan tawanya dari terus terhabur.
” Tolonglah aku tak kacau kau, janganlah kacau aku “. Rayu Mawar. Jelas kedengaran gadis itu menangis.
Firdaus Arasy menggaru pelipisnya. Rasa bersalah pula sebab dah membuat gadis itu menangis. Niatnya hanya hendak bergurau aje tak sangka sampai jadi macam ni sekali.
” Hey, look at me “. Ujar Firdaus Arasy sambil melutut di hadapan Mawar. Gadis itu menggeleng laju.
” Aku tak nak tengok muka kau yang penuh dengan ulat lepas tu ada darah. Aku tak sanggup! “. Gadis itu menekup mukanya dengan tangan. Esakan tangisan mula kedengaran.
” I’m sure if you look at my face, you must not to be afraid “. Firdaus Arasy memegang kedua-dua bahu Mawar. Jelas terasa badan gadis itu sedikit menggigil.
Perlahan-lahan Mawar mengangkat wajahnya. Mukanya terkejut tatkala melihat Firdaus Arasy yang berada di situ sambil menayangkan barisan gigi putihnya kemudian mata gadis itu melilau memandang segenap rumah.
” Awak cari apa tu? “. Soal Firdaus Arasy hairan. Dia juga menoleh memandang segenap rumah kemudian memandang semula ke arah Mawar.
” Mana benda tu? “.
” Benda apa? “.
” Bunyi tadi tu “.
” Oh.. “. Firdaus Arasy hanya menganggukkan kepalanya. Faham benar apa yang dimaksudkan oleh Mawar itu. Bukan dia tak dengar bunyi benda tu menggilai.
Mula-mula pelik juga sebab dah dekat 10 tahun duduk dengan Tokma tak pernah dengar lagi bunyi macam tu.
” Awak pun dengar juga ke? “. Soal Mawar. Firdaus Arasy hanya mengiakan sahaja.
” Awak tak takut? “.
” Tak “. Jawab Firdaus Arasy sepatah.
” Buat apa nak rasa takut, benda tu juga makhluk yang diciptakan oleh Allah kan. Dekat dalam dunia ni bukan kita je yang hidup ada juga makhluk lain macam mereka “. Terang Firdaus Arasy.
Bunyi pintu bilik dikuak membuatkan mereka berdua sama-sama menoleh ke arah tersebut. Muncul susuk tubuh Abang Iszul yang sedang mamai sambil menggosok matanya.
” Awat hampa semua tak tidoq lagi? “.
” Ceq tak bulih tidoqlah “. Kata Firdaus Arasy sambil menayangkan barisan gigi putihnya.
” Awat hang pun dengar kah bunyi tu? “. Abang is memandang Mawar dan Firdaus Arasy silih berganti. Mereka berdua hanya mengangguk perlahan. Lantas itu Mira dan Hanim juga keluar dari bilik begitu juga dengan Irfan dan Farhan.
” Ah sudah hampa semua pun dengar juga kah? “. Semua yang ada disitu hanya mengangguk perlahan. Iszul menghela nafas panjang.
” Ceq tak bulih tidoq kalau benda tu asyik bunyi ja. Mana nak lena “. Ujar Mira sambil menghela nafas kasar.
Iszul menggaru pelipisnya. Parah lah kalau macam ni. Sudahlah Tokma pun tak balik lagi. Tokma kalau dah pergi rumah Makcik Senah sampai ke subuh pun tak balik lagi.
” Pelik juga sebelum ni tak dak bunyi macam ni “. Ujar Irfan tiba-tiba mencelah. Kacau mood orang je nak tidur!
” Itulah masalahnya “.
” Semalam Aras mesej kata rumah ni ada banyak dengar macam-macam benda “. Ujar Mawar tiba-tiba. Firdaus Arasy menoleh memandang ke arah Mawar. Dia menjugilkan matanya. Mawar hanya berbuat endah tak endah sahaja.
” Hang dengaq tang mana. Tak pernah lagi ceq dengaq bunyi-bunyi tu “. Ujar Farhan pula.
” Betui “. Ujar mereka yang ada disitu. Kecuali Firdaus Arasy. Mawar sudah mencebik dan pinggang lelaki itu dipulas sehingga badan Firdaus Arasy melentik menahan sakit.
” Sakit lah! “. Bisik Firdaus Arasy keras. Dia menjugilkan matanya kepada Mawar.
” Anda rasa saya kesah? “. Mawar melabuhkan punggungnya di atas sofa. Mata dah ngantuk ni. Dia bersandar pada kerusi tersebut dan matanya mula terpejam rapat.
” Hang duk sini berapa lama Aras? “. Soal Iszul dan yang lain hanya pasang telinga.
” Ahad ni balik lah. Ada kerja sikit nak buat “.
Iszul hanya mengangguk perlahan. Firdaus Arasy mendekati Mawar yang sudah tersengguk-sengguk tidur dan dia melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu.
Kesian pula melihat gadis itu dalam keadaan macam tu. Lantas itu Firdaus Arasy mendekatkan dirinya dengan Mawar sehingga bahu mereka bersentuhan. Kepala Mawar diletakkan di bahunya.
Aksi selamba Firdaus Arasy itu dilihat oleh semua sepupunya. Ada diantara mereka yang sudah tersengih-sengih dan ada juga yang sudah mencebik.
” Amboi Aras.. “. Ujar Farhan sambil ketawa mengekek. Begitu juga yang lain. Firdaus Arasy sudah menunduk malu. Lupa pula ada orang!
” Hang pi bawa Mawar masuk bilik nah. Kesian dia mesti ngantuk tu “. Ujar Iszul bersama sengihan dibibir.
” Erk nak buat macam mana ni? “. Firdaus Arasy menggaru keningnya. Dia memandang pula ke arah Amira dan Hanim. Malangnya mereka hanya menjongketkan bahu.
” Ceq dengan Hanim masuk bilik dulu nah. Kami dah mengantuk ni. Kan Hanim kan? “. Ujar Amira kepada Hanim. Hanim hanya menayang muka blur. Dia terus menarik lengan Hanim sehingga masuk ke dalam bilik.
” Ceq pun nak masuk bilik dulu nah “. Irfan sudah mula bangun dari tempat duduknya. Farhan pula perlahan-lahan bangun dengan menayangkan barisan giginya sebelum turut masuk ke dalam bilik.
” Nampaknya hang lah yang kena angkat. Abang is tak dapat nak tolong sebab tangan sakit. Abang is masuk bilik dulu nah? “. Iszul terus masuk ke dalam bilik meninggalkan Firdaus Arasy yang masih lagi terpinga-pinga.
Firdaus Arasy terus mencepung tubuh kecil Mawar masuk ke dalam bilik. Dia meletakkan gadis itu ke atas katil dengan perlahan-lahan. Kain batik yang dipakai oleh Mawar terselak sedikit sehingga menampakkan betisnya yang putih gebu itu. Firdaus Arasy menarik sedikit kain tersebut sehingga tertutup betis yang terselak tadi.
Firdaus Arasy terus menapak keluar dari bilik. Pintu itu ditutup dengan perlahan tanpa mengeluarkan bunyi supaya gadis itu tidak terjaga.
…***…
CAHAYA MATAHARI menembusi tingkap bilik itu tepat mengenai ke arah muka Firdaus Arasy sehingga membuatkan lena nya terganggu. Dia terus bangun dari pembaringan dan mengeliat.
Firdaus Arasy menapak ke arah tepi sudut dinding untuk melakukan beberapa senaman ringan. Dia melakukan senaman push up dalam kedudukan meniarap dengan tangan dan kaki diluruskan. Senaman ini berfungsi untuk menguatkan otot-otot
pektoral, trisep dan deltoid depan dengan faedah tambahan kepada sisa deltoid, serratus anterior coracobrachialis dan bahagian tengah badan secara keseluruhan.
Badannya diluruskan dengan kaki dan tangan dibuka sedikit kemudian dia menurunkan badannya tanpa menyentuh lantai. Senaman itu dilakukan selama 30 minit.
Selepas itu dia melakukan pula senaman sit up. Senaman ini pula dikenakan pada abdomen untuk menguatkan dan menegangkan otot perut.
Firdaus Arasy baring dalam posisi punggung di lantai, tangan di belakang kepala dan lutut dibengkokkan untuk mengurangkan tekanan pada otot belakang dan tulang belakang. Dua-dua vertebra atas dan bawah badan diangkat dari lantai sehingga semua yang unggul dari punggung tidak menyentuh lantai.
Senaman ini perlu dilakukan dengan postur yang betul agar tidak ada risiko sakit belakang dan terlengkung bawah pinggang yang boleh mendatangkan risiko kecederaan.
Setelah selesai melakukan dua senaman itu, dia mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Sementara di dapur pula, Mawar sedang memotong bawang besar sehingga mengalir airmatanya.
Kalau aku tahu potong bawang ni menyusahkan baik aku siang ikan aje tadi! Lagi bagus. Mawar mengesat airmata dengan hujung baju kemudian dia menghiris bawang itu.
” Aik kak Mawar potong bawang pun boleh nangis kah “. Usik Hanim sambil tersengih kecil. Mawar hanya menayang barisan gigi putihnya.
” Akak cucuk bawang tu dengan hujung pisau barulah tak rasa pedih “. Ujar Amira pula. Gadis itu hanya menuruti sahaja. Betullah tak pedih langsung!
Tiba-tiba kedengaran suara berdehem membuatkan ketiga-tiga gadis itu menoleh ke arah empunya suara tersebut.
” Eh abang Aras! Awat berdiri tegak aje kat situ “. Ujar Amira tersengih kecil. Dia kembali memotong sayur kangkung.
Mawar mencuri-curi pandang ke arah Firdaus Arasy. Sejujurnya Mawar akui yang Firdaus Arasy nampak lebih handsome apabila rambutnya itu masih basah. Sekali lagi dia memandang ke arah lelaki itu namun dia tertangkap apabila Firdaus Arasy turut memandang ke arahnya. Firdaus Arasy mengenyit kan mata membuatkan Mawar tertunduk malu.
” Mana Tokma? “. Soal Firdaus Arasy. Dari semalam lagi dia tak nampak kelibat orang tua itu.
” Oh, Tokma pi tengok Paan dengan abang is dekat kebun sat. Tokma nak bercucuk tanam katanya. Satgi depa balik lah tu “. Ujar Hanim. Dia menumis pula bawang yang sudah dipotong itu ke dalam kuali.
” Nak masak apa ni? “. Soal Firdaus Arasy. Dia menghidu bau tumisan bawang tadi. Fuh wangi!
” Ayam masak sambal merah. Lepastu kak Mawar kata nak tumis sayur. Alang-alang dia nak belajar masak “. Kata Hanim.
Firdaus Arasy menoleh memandang buah hatinya. Mawar hanya membalas dengan senyuman dibibir.
” Tak apa abang boleh ajarkan kak Mawar masak. Cakap je nak belajar masak makanan apa, abang boleh ajarkan “. Firdaus Arasy mengenyit kan matanya kepada Mawar. Gadis itu hanya tersipu malu.
” Haah kak Mawar, kalau akak nak belajar masak suruh aje abang Aras ajarkan. Dia ni semua serba-serbi pandai. Kita orang pun belajar dari dia “. Ujar Amira dan Hanim hanya mengangguk tanda setuju.
Sejujurnya memang Firdaus Arasy pandai dalam bidang masakan. Dulu waktu arwah mak ada pun memang tiap-tiap hari wanita itu akan memuji masakannya.
” Lauk dah siap! “. Hanim teriak kecil. Lauk sudah siap dihidang barulah muncul susuk tubuh tiga orang manusia.
” Wow baru balik dari kebun terus rasa lapaq. Ceq tak sabaq nak makan ni “. Ujar Farhan sambil ketawa mengekek. Bau aroma masakan itu membuat perutnya berbunyi begitu juga dengan Iszul. Mereka berebut-rebut melangkah ke sinki untuk mencuci tangan.
Mawar yang sedang menumis sayur terus tergelak kecil melihat gelagat mereka yang persis macam budak-budak. Tokma pula hanya mengelengkan kepalanya.
Meja makan itu penuh dengan suara gelak tawa mereka semua.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…