Note: Upgrade your browser if you can't see the images.
BILA CINTA MULA BERSEMI - Chapter 30
You are reading BILA CINTA MULA BERSEMI Chapter 30 at mangacake.
Please use the Bookmark button to get notifications about the latest chapters of BILA CINTA MULA BERSEMI next time when you come visit our manga website
SUASANA di ruang tamu itu mula riuh-rendah apabila melihat dahi Mikail sudah berbenjol. Semua yang ada disitu mula mengeleng kepala dan ada juga antara mereka yang sudah mula berbisik sesama sendiri.
Kecuali seorang gadis yang bernama Nurul Anisa Farhana. Gadis itu bantai ketawa berdekah-dekah sehingga berair biji matanya.
Mencerlung tajam Mikail kepada gadis itu. Bibir lelaki itu juga sudah mula berdecit.
” Kelakar lah aku tengok kau Mika. Bison atas badan dia memang sah-sah lah ada benjol. Tapi kalau kau aku panggil ajelah Mika Bison “. Ujar Anis bersama sisa tawanya. Tertunduk-tunduk gadis itu menahan senak di perutnya.
” Awat dengan hang Mika? Ada terhantuk dekat mana-mana kah? “. Soal Farhan dengan sengihan dibibir. Kesian pula tengok dahi Mikail itu.
Mikail berfikir sejenak dan jari-jemarinya mula mengetuk dagu.
Semalam dia ada mimpi, dia memeluk seseorang. Yang pasti bau dia wangi!
” Tak ada pula terhantuk mana-mana tapi semalam aku mimpi aku peluk orang “. Seloroh Mikail dengan sengihan meleret. Yang lain sudah gelak mengekek.
Anis pula sudah tayang muka cemberut. Dia memalingkan mukanya ke tempat lain.
” Jangan habaq kat ceq yang hang pi peluk anak lembu Aras? “. Sampuk Iszul pula. Dia sudah mula tersengih. Manakala tangan kirinya sudah merangkul pinggang si isteri.
Mikail mencebik kan bibirnya. Buat apa nak mimpikan si Kimbli tu. Mula-mula dengar nama anak lembu itu lawak juga tapi bila akhir-akhir ini dah terbiasa. Kata Tokma Firdaus Arasy yang bagi nama tu. Bagus sangatlah sebab dua-dua perangai pelik!
” Banyak lah kau punya mimpi. Aku yang jadi mangsa kau adalah! “. Seloroh Firdaus Arasy. Dari tadi lelaki itu hanya mendiamkan diri. Memang patut diam pun sebab melantak char kway teow sorang-sorang.
Kerut dahi Mikail. Cuba mengingati peristiwa semalam. Dia tayang muka blur.
” Nasib baik aku ni ada lagi rasa kesian dekat kau tau. Kalau tidak lama dah aku campak kau dalam parit depan tu “. Ujar Firdaus Arasy dengan mulut penuh makanan. Tokma yang ada disebelah lelaki itu hanya menggelengkan kepala.
Semua yang ada disitu sudah gelak mengekek.
” Lepas ni sumpah aku taubat tak nak tidur dengan hang lagi Mika “. Ujar Firdaus Arasy. Kini dia sudah mula bangun dari tempat duduknya. Ingin ke arah sinki untuk mencuci pinggan yang sudah licin.
Usai itu dia duduk semula ditempat duduknya.
” Kalau kau tak nak tidur dengan aku. Aku boleh aje tidur dengan Paan. Boleh kan Paan? “. Soal Mikail pada Farhan pula. Melopong mulut lelaki itu.
” Ha? Ah boleh-boleh “. Ujar lelaki itu lambat-lambat.
” Lepaih ni hang pula lah Paan jadi mangsa “. Irfan tiba-tiba mencelah. Dia pun turut ketawa mengekek.
Mikail memuncungkan bibirnya. Kalau dah tidur mana nak sedar apa!
” Tak payah susah-susah nak tidur dengan orang lah Mika. Senang cerita kau tidur aje dengan Kimbli. Boleh peluk dia sekali “. Seloroh Anis pula. Dia menjelirkan lidahnya kepada Mikail apabila lelaki itu mula mencerlung tajam ke arahnya.
Sekali lagi ruang tamu itu penuh dengan gelak ketawa. Sejak ada Firdaus Arasy bawa balik kawan-kawannya itu. Rumah itu jadi riuh-rendah dengan telatah semua yang ada disitu. Boleh dikatakan satu kepala. Sampai Tokma pun hanya mampu geleng kepala sahaja.
…***…
BAJU pengantin berwarna royal blue itu dipandang untuk sekian kalinya. Hatinya mula berbaur gembira dan gementar.
Sepanjang sesi pengenalan antara dia dan Syed Nazhan. Semua urusannya dipermudahkan. Dari segi borang-borang berkaitan dengan khawin juga hanya dalam masa dua hari sahaja siap.
Pandangannya mula dikalihkan ke arah dulang hantaran yang tersusun cantik diatas katil. Bilik itu juga sudah dihiasi sepenuhnya oleh Salena bertemakan white and gold.
Airmatanya tumpah membasahi pipi apabila matanya mula terpandang kearah bingkai gambar Dato Khalid dengan Datin Rosminah.
Bibirnya terketar-ketar menahan sebak. Sudah 5 tahun ibunya itu hilang tanpa khabar berita. Walaupun Dato Khalid dan Datin Rosminah sudah lama bercerai. Tapi langsung khabar berita dari perempuan itu dia tidak ketahui.
Ketukan di pintu mematikan lamunan gadis itu. Airmata diseka dengan hujung jari. Senyuman lebar terbit dibibir mungilnya apabila Salena mula melangkah masuk.
” Tak sabar I tengok you pakai baju pengantin ni Princess. Lepas ni kehidupan you dah mula berubah. Entahlah I akan rindukan semua kenangan-kenangan kita dekat sini “. Ujar Salena kemudian dia membelek baju gaun pengantin itu.
Puteri Laila tersenyum kecil.
” I khawin atau pun tak tetap sama aje Lena. I tetap Puteri Laila “. Seloroh gadis itu dengan perlahan.
Salena tersengih.
” I’m happy with you. I pray that the bond of love between you and Syed Nazhan will last forever. I tak akan nangis tapi I cuma terharu “. Salena tersengih lebar. Matanya tidak lengkang memandang ke arah gaun pengantin itu. Cantik!
” Kau ada lagi masa dalam dua hari sahaja untuk jadi isteri orang princess. Are you ready? “.
Puteri Laila tersenyum lebar kemudian dia mengangguk perlahan.
” Yes, I am ready to be Syed Nazhan’s wife “. Gadis itu senyum meleret. Begitu juga dengan Salena.
” You dah nak jadi isteri orang tau. I aje yang masih solo “. Seloroh Salena dengan bibirnya mencebik. Bukan tak nak bercinta dengan siapa-siapa. Dia jenis tak suka buang masa dengan dunia hiburan. Kalau bercinta sakit hati buat apa!
” Bukan orang tak nak you tau. You tu aje yang jual mahal “. Perli Puteri Laila. Dia sudah gelak mengekek apabila melihat memek muka gadis itu sudah mula memerah.
” Tak naklah. Diaorang tu semua pantang nampak perempuan lawa mulalah gelabah. I nak cari lelaki yang tak pandang langsung dengan perempuan tau dan paling best susah nak dapatkan hati dia. Comel apa “. Ujar Salena kemudian berpeluk tubuh. Terus tergeleng kepala Puteri Laila.
Wujud lagi ke lelaki macam tu?
” Kalau macam tu baik you cari aje lelaki lain. Belum sempat you dekat dengan dia. Awal-awal lagi dah kena tolak “.
Bibir Salena mula memuncung.
” Belum cuba belum tahu kan? “. Salena menayangkan barisan giginya.
” Up to you babe. I wish you good luck! “. Puteri Laila juga turut mengukirkan senyuman lebar. Mereka saling berbalas pelukan.
…***…
” BERAPA hari kamu dekat sana Rasyid? “. Soal Puan Aisyah. Anak sulungnya itu dipandang sekilas kemudian dia kembali menuangkan air ke dalam jug air.
” Tak lama Umi, Ahad ni Ras balik sini semula “. Ujar Rasyid kemudian dia menyarungkan stokin dikaki nya. Kelibat Encik Azman juga tidak kelihatan. Lain tak bukan mesti main golf lah tu.
” Kamu dah bincang dengan Adam ke Ras? “. Ujar Puan Aisyah dari arah dapur. Kemudian dia menuju ke arah anak sulungnya itu dengan membawa satu botol air yang berisi nescafe lalu dihulurkan kepada Rasyid.
” Dah umi,Adam kata kena tunggu baby dengan Aras balik dulu. Lepas tu baru kita boleh bincang dengan diaorang “. Seloroh Rasyid. Dia sudah mengambil botol air yang berisi nescafe itu dari tangan Puan Aisyah. Kemudian dia menunduk menyalami tangan wanita tua itu.
” Ras pergi dulu ye Umi. Kirim salam dekat baba nanti “. Pamit Rasyid kemudian terus berlalu ke keretanya. Puan Aisyah hanya memerhati sahaja tingkah laku anak bujangnya itu. Bibirnya mula mengukirkan senyuman.
Matanya tidak lengkang dari memandang ke arah kereta Honda Civic itu sehingga hilang dari pandangan.
Rasyid itu kalau bab kerja memang tidak pernah lekat dekat rumah. Kalau waktu cuti pun belum tentu dia ada. Itulah dia kalau sudah namanya kerja arkitek sibuk mengalahkan kerja pangkat besar.
…Bersambung…
…Bila cinta mula bersemi…